Wednesday 26 February 2014

Qada dan Qadar - Part 5


                           Ariel memandu keretanya selaju 90km sejam kerana dia tidak begitu terburu-buru untuk sampai ke destinasinya. 3 Bulan sekali dia akan ke pantai Air papan dan bermalam beberapa hari untuk bercuti. Dia tidak tahu kenapa dia selalu memilih destinasi percutian yang sama. Mungkin kerana pantai itu yang selalu menjadi tempat permainannya bersama adiknya Amirul semasa mereka kecil dahulu. Ariel rapat dengan Amirul walaupun dia suka mengusik dan menyakat Amirul kerana Amirul seorang anak yang jujur tidak pandai menipu atau berbohong manakala dia seorang anak yang nakal dan lincah. Sungguhpun begitu dia tetap menjadi anak kesayangan ayahnya. Apa yang dia hendak semua ayahnya cuba adakan dan sediakan untuknya. Walaupun Amirul anak bongsu, Amirul tidak pernah mendapat keistimewaan seperti Ariel. Ini sedikit sebanyak membuatkan Amirul sedikit cemburu dengan abangnya Ariel. Namun begitu dia tetap sayangkan Ariel.
 

                              Ariel memerlahankan had kelajuan keretanya bila terpandang akan seseorang berdiri di bahu jalan melambai ke arahnya. Ariel melirik kearah jam di dashboard. Jam menunjukkan 11.40 malam. Ariel mengambil keputusan untuk memberhentikan keretanya. Ariel menurunkan cermin tingkap. Matanya sempat menjeling ke arah kereta Honda hitam milik wanita itu yang tersadai di bahu jalan.
 

                              “Please help me, my kereta rosak and it’s getting late, and I’m scare,” ujar wanita itu dengan wajah terdesak. Suaranya tersekat-sekat kerana menahan takut. Apa taknya bagai nak gila dia melambai kerarah kereta atau kenderaan yang lalu di tempatnya namun tak ada seorang pun yang berani hendak memberhentikan kereta mereka. Sungguhpun kecut kerana tempat itu gelap dan hari semakin larut dia terpaksa bertindak sedemikian agar pemandu itu dapat menumpangkannya setidak-tidaknya ke pekan daripada dia terpaksa bermalam di dalam kereta sendirian.
 

                              “Masuk,” jawab Ariel dengan wajah selamba.
 

                              Wanita itu segera menuju kearah boot keretanya lalu mencapai travel beg dan menuju kearah kereta lelaki yang sedang menunggunya. Tiada perasaan takut pun terbit di hatinya kerana dia lebih rela menjadi teman lelaki itu dari terpaksa bermalam di tempat ini yang sunyi dan gelap.
 

                              “Thanks,” jawab wanita itu lalu menutup pintu kereta lelaki itu.
 

                              Ariel tidak menjawab dia hanya menganggukkan kepalanya perlahan tanpa memandang kearah wanita itu.
 

                              “Where are you heading to?,” soal Ariel.
 

                              Wanita itu tidak menjawab. Dia menyeluk saku skirtnya lalu mengeluarkan secebis kertas yang tertera alamat yang hendak di tuju. Dalam cahaya samar-samar lampu neon dia cuba membaca alamat yang terdapat di kertas tersebut.
 

                              “Erm, No. 15 Kampung Baru, Mersing,”
 

                              “Kampung Baru, Mersing, buat apa kat sana?,” soal Ariel tiba-tiba berminat ingin tahu.
 

                              “I’m meeting someone there?,” jawab wanita itu acuh tak acuh bila lelaki itu ingin tahu akan tujuannya ke alamat tersebut. Kenapa dia berminat ingin tahu?
 

                              “Sorry, I can’t send you to the address, you bermalam sahaja di hotel dan besok sahaja you kesana sendiri,” jawab Ariel sinis lalu menoleh kearah wanita muda itu. Baru dia dapat melihat wajah penumpangnya dengan jelas.
 

                              “Ariel Ahmad?,” ujar wanita itu bila menyedari lelaki yang memandu itu adalah lelaki yang cukup dikenali.
 

                              “Yup,” jawab Ariel ringkas kerana dia tidak terperanjat bila penumpang wanita itu tahu akan namanya kerana pernah beberapa kali terserempak dengan wanita itu di Zouk bersama teman-temannya. Dia kenal akan wajah wanita itu tapi tidak tahu akan namanya.
          

                              “Out of millions people in Malaysia I bump into you,” cemuhku perlahan. No doubt aku masih lagi meminatinya tapi aku masih sakit hati dengan perangai jerknya yang memarahi aku tempoh hari. Kenapa aku ditemukan dengannya hari ini ketika aku benar-benar memerlukan pertolongan.
 

                              “Excuse me??,” ujar Ariel kerana menyedari wanita itu berkata sesuatu namun tidak begitu jelas di pendengarannya.
 

                              “Fine just send me to the nearest hotel,” jawabku malas hendak bertekak dengan lelaki sombong itu. Buatnya dia tukar fikiran berhentikan aku di tempat sunyi dan tinggalkan aku sendirian naya nanti, lebih baik aku mendiamkan diri.
 

                              Ariel menjeling bila wanita itu tidak banyak soal. Wanita itu memalingkan wajahnya kearah luar kerana tidak berminat untuk berbual dengannya. Sempat mata nakalnya menjeling kearah betis putih gebu milik wanita itu.
 

                              “Give me the address,” soal Ariel tiba-tiba.
 

                              Aku yang hampir terlelap tersentak bila tiba-tiba di sergah Ariel.
 

                              Kan I dah beritahu address dia tadi,” jawabku tidak berpuas hati.
 

                              “Entah-entah salah address,” sindir Ariel tanpa menoleh kearah wanita itu.
 

                              Aku mengetap bibir menahan marah bila disindir Ariel begitu. Apa dia ingat mata aku cemeh ke tak nampak. Aku menyeluk saku skirt lalu menyerahkan cebisan kertas tersebut kepadanya. Ariel mencapai kertas tersebut tanpa banyak bicara. Ariel menghidupkan lampu dari dalam kereta untuk memastikan alamat yang diberikan adalah betul. No. 15 Kampung Baru, Mersing. Ariel mematikan lampu. Matanya melirik kearah jam di dashboard jam menunjukkan 12.30 malam.
 

                              “I will send you to the address tomorrow, dah lewat semua orang dah tidur,” ujar Ariel tanpa mengulas panjang.
 

                              “Ok, whatever!,” jawabku dalam hati. Malas hendak layan lelaki sakit jiwa macam Ariel. Hilang mengantukku bila di sergah Ariel. Sepanjang satu jam perjalanan ke hotel kami tidak berkata apa-apa. Jauh juga rumah yang dimaksudkan Miera. Dah nak dekat daerah Air papan, Mersing juga. Ariel memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan hotel Sentosa.  Aku dapat mengagak hotel itu menjadi pilihannya.
 

                              “Thanks for the ride, I’m indebted to you,” ujarku cuba membuahkan senyum. Aku sepatutnya berterima kasih dengan Ariel kerana dia menyelamatkan aku dari tempat sunyi dan gelap itu. Tapi aku tidak tahu kenapa aku tidak begitu sincere bila mengucapkan terima kasih kepadanya.
 

                              “Pay for the room,” ujar Ariel ringkas lalu membuka pintu kereta.
 

                              “Sharks,” gerutuku sebal. Patutlah aku tidak begitu sincere bila mengucapkan terima kasih tadi kerana dalam baik dia mengenakan aku. Fine. Aku bayar sewa biliknya semalam so we even 0-0 tak ada lagi terhutang budi dengannya. Dasar lelaki tak gentleman langsung. Aku menghempas pintu kereta BMWnya sekuat hati. Sempat aku menendang tayar keretanya. Ah rasakan. Geram dengan perangai ass*#%&nya. Ariel menyerahkan kunci bilik kepadaku sebaik sahaja terpandang wajahku. Aku mencapai kunci tersebut dari tangannya tanpa berkata apa.
 

                              “Meet me here at 7.30am sharp if you want me to send you to that address,” ujarnya seraya tersenyum sinis. Dia mendaki tangga untuk menuju kearah biliknya tanpa memperdulikan aku yang membara dengan perangai dan perbuatannya itu. Kalau tidak kerana kereta rosak aku tidak akan bertemu dengan Ariel dan tidak perlu sakit hati dengan perangai Ariel. Kalau diikutkan kepala gila aku. Memang aku maki dia teruk-teruk. Aku peduli apa lelaki handsome ke tak handsome kalau kurang ajar lebih terima aje habuan dari aku. Cuma nasibnya baik hari ini kerana aku tidak ada mood untuk berbuat demikian sebab aku kepenatan dan mengantuk dan juga kerana aku hendak berubah kepada wanita yang baik. Betul lah kata Miera untuk berbuat baik dan mencari pahala tidak begitu mudah cubaannya banyak.
 
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment