Monday 3 February 2014

Watsapp Luv! - Part 2


              Sejak seminggu lalu aku bertengkar dengan Shafiq. Shafiq langsung tidak menghubungiku. Aku tahu Shafiq malas hendak memujuk lagi. Atau mungkin Shafiq sudah lupa bahawa dia sudah bertunang memandangkan dia tidak kurang wanita yang melayan dirinya. Aku menjadi tidak keruan bila memikirkan perangai Shafiq. Ikutkan hati hendak sahaja aku memutuskan hubungan dengan Shafiq. Tapi aku sayangkan Shafiq. Kata orang waktu bertunang banyak dugaannya. Mungkin ini adalah salah satu dugaan yang dimaksudkan. Aku harus bersabar. Aku menarik nafas lalu melepaskannya perlahan. Aku duduk mengadap TV yang sedari tadi aku hidupkan namun aku tidak menumpukan perhatian kerana risau memikirkan Shafiq. Aku mencapai bantal kecil lalu memeluk erat. Sesekali bantal kecil itu ku jadikan sasaran untuk aku melepaskan geram. Bantal itu ku tumbuk-tumbuk kerana geram pada Shafiq.

               Issk aku tidak boleh duduk diam. Kalau aku pendamkan dalam hati, aku boleh jadi gila. Aku perlukan seseorang yang dapat ku luahkan rasa hati aku. Tapi kepada siapa? Aku tidak punya ramai teman wanita yang rapat. Lynda. Aku tersenyum lebar bila teringatkan Lynda. Sudah lama aku tidak mendengar khabar berita dari Lynda. Lyndalah sahaja teman yang rapat dengan aku. Walaupun kami jarang bertemu tapi kami sering juga bertanya khabar sekali sekala. Kali terakhir aku whatsapp dengan Lynda 3 tahun yang lalu. Aku mencapai S3 ku yang berada di atas meja. Aku mencari Lynda di dalam contact watsapp ku.

               Hai Lynda, How are you? Dah lama tak chat. J

               Aku menunggu selama 5 minit sebaik sahaja menghantar message pertama. Lynda tidak online. Hmm Lynda sibuk barangkali.

               Aku mula menaip lagi kerana aku pasti Lynda akan membalas messageku bila dia berkesempatan untuk berbuat demikian.

               Lynda aku ada masalah dengan Shafiq. Kalau kau free kita meet up?? Kalau tak free kita chat aje kat watsapp.

               Aku hendak minta pandangan dari kau mengenai masalah aku. Hanya kau sahaja yang dapat memberi aku nasihat yang baik. Kau tahu kan aku tak ada teman rapat selain dari kau.

               Hampir 10 minit aku mengadap watsapp namun tiada jawapan dari Lynda. Aku tidak berputus asa masih lagi menaip message kepada Lynda.

               Aku tak suka dengan perangai Shafiq yang suka berkawan dengan ramai wanita. Tapi Shafiq kata hanya teman biasa untuk suka-suka sahaja dan tidak serious. Apa pendapat kau boleh terima ke alasan yang Shafiq berikan.

Aku tersenyum bila Lynda online sebaik sahaja menerima messageku yang keempat.

               ???? Who’s this? Why are you telling me your problems?

               Aku mengerutkan dahi bila mendapat message pelik dari Lynda. Apa dia tak kenal aku lagi ke? Baru 3 bulan tak contact. Tak mungkin Lynda sudah lupakan aku. Lynda perangai semula jadinya itu suka menyakat. Mungkin dia hendak mengenakan aku atau Lynda tengah sibuk dan tidak punya masa untuk melayan aku. Lynda memang seorang yang keras hati. Aku agak kagum dengan perangai Lynda. Jika dia tidak suka sesuatu dan tidak kena pada caranya. Lynda tidak teragak-agak untuk menyampaikan pendapatnya. Dia tidak peduli sekiranya orang berkecil hati atau tidak yang penting dia tidak hipokrit. Kadang kala aku ingin menjadi seperti Lynda wanita yang berani dan tidak fickle minded seperti aku. Adakah kerana sikapku yang tidak tegas maka Shafiq mengambil kesempatan ke atas diriku.

               Aku mengeluh kecil bila mengenangkan perbuatan Shafiq. Haruskah aku bertegas dengan Shafiq. Dan menjadi wanita yang begitu protective hingga merimaskan. Masalahnya aku bukan wanita seperti itu. Aku tidak pernah meminta Shafiq memberitahuku dengan siapa dia bersama setiap kali dia keluar rumah. Aku tidak mahu mengongkong pergerakan Shafiq sehingga merimaskannya. Aku percaya pada Shafiq. Aku percaya dia tidak akan menduakan aku. Tapi kenapa aku tidak senang hati bila Shafiq berbuat demikian sekiranya aku percayakannya.

               Aku keliru Lynda. Haruskah aku perhatikan gerak geri Shafiq? Haruskah aku menjadi wanita-wanita lain yang begitu aggressive dan terlalu cemburu.

Aku menghantar message kepada Lynda sebelum mematikan telefon. Hari sudah jauh malam. Mungkin Lynda sudah tidur. Itu sebab dia marah bila aku menghantarnya message pada jam 1.30 pagi. Aku mencapai remote lalu mematikan tv. Aku bangun dari sofa dan melangkah malas menuju ke dalam bilik.

 
bersambung..

No comments:

Post a Comment