Friday 7 February 2014

Watsapp Luv! - Part 22


             Pakcik Ibrahim meletak knightnya bersebelahan dengan bishopku. Aku mula merasa tidak senang duduk. Nampaknya kalah lagi lah aku macam ni! Dah masuk tiga kali aku tewas dalam permainan catur bersama dengan Pakcik Ibrahim. Champion sungguh Pakcik Ibrahim ni. Aku mengerutkan bibir memikirkan cara mencari jalan bagaimana aku hendak menyelamatkan king aku yang mula tersepit. Silap langkah habis kena check mate. Pakcik Ibrahim tersenyum puas kerana dia berpeluang untuk menang lagi kali ini. Aku melirik kearah Pak Anwar di sebelah kiriku.

               “Macamana Pak Anwar, ada harapan tak?,” soalku kerana Pak Anwarlah guru yang mengajar aku bagaimana hendak bermain catur.

               “Hmm agak payah sikit,” jawabnya lalu mengelengkan kepalanya.

               Payah. Ah sudah. Semua mata tertumpu ke arah papan catur. Masing-masing cuba memikirkan langkah seterusnya. Giliran aku untuk menjalankan buah catur. Aku bukannya arif sangat bermain catur. Apa taknya asyik defence aje namun hendak attack tak ade. Sebab tulah aku selalu kalah kerana tidak berani hendak mengambil risiko. Aku sayangkan buah-buah catur aku. Lebih-lebih lagi Queen aku. Aku sepatutnya protect King aku kerana jika King tersepit tak boleh bergerak langsung maknanya aku kalah.

               Aku mengerutkan dahi cuba memikirkan buah catur mana hendak ku korbankan sebelum Pak Ibrahim check king aku.

               “Amacam kalah lagi?,” ujar Nora lalu duduk bersebelahan denganku. Tugasnya membantu Makcik Leha dan Makcik Minah dan warga emas membuat senaman ringan sudah berakhir. Mereka sedang berehat sekarang dan sebentar lagi mereka ditugaskan menyediakan makanan untuk mereka.

               “Hmm nampaknya begitu lah, kau pandai main catur tak?” ujarku menoleh kearah Nora berharap dia dapat membantu aku untuk memang kali ini.

               “Aku main chess? Mana lah aku tahu main chess ni, orang pandai berfikir aje yang reti,” jawab Nora lalu mencapai buah anggur dari meja sisi. Janganlah tanya tentang main chess ni, Dam biasa pun belum tentu dia tahu main inikan pula chess.

               “Pak Brahim nak pergi ke tandas dulu, Anwar kau jangan hendak mengelat bila aku pergi nanti, Harun kau tolong tengok-tengokkan,” pesan Pak Ibrahim sebelum pergi ke tandas.

               “Kau pergi lah biar aku jagakan,” jawab Pak Harun duduk mengantikan Pak Ibrahim.

               Aku hanya mampu tersenyum kelat bila Pak brahim berkata demikian. Iskk tak de harapan aku hendak mengelat.

               5 minit kemudian Pak Brahim kembali mengadap papan catur. Aku masih belum mendapat idea hendak mengerakkan buah catur ku. Benar-benar buntu dan tidak tahu bagaimana hendak menyelamatkan king aku.

               “Pak Ibrahim, talian hayat please?,” ujarku meminta ehsan dari Pak Ibrahim agar aku di beri talian hayat.

               “Ok satu hayat sahaja,” ujar Pak Ibrahim memberi Farah peluang meminta pertolongan dari sesiapa dia berhajat.

               “Uissk kau nak mintak tolong dengan siapa? Shafiq?” ujar Nora lalu menyenggol lengan Farah.

               “Thanks to you aku ada idea sekarang,” ujarku lalu tersenyum. Aku mengeluarkan handphone dari bag tangan. Jariku ligat menaip sesuatu.

               Hi. J free to chat?

               Aku meletak handphone bersebelahan dengan papan catur. Menanti orang yang aku hantar pesanan tadi reply messageku.

               “Kau message siapa Shafiq?,” bisik Nora ingin tahu.

               “Kawan aku,” jawabku ringkas.

               “Kawan kau siapa?”

               “Eh kau ni banyak tanya lak, adalah,” jawabku acuh tak acuh.

               Ting.. telefon ku berdenting. Aku segera mencapai handphone.

               Sure J

               Aku tersenyum lebar bila menerima positive respond dari Mikhail. Hehe. Aku sudah naik sedap watsapp Mikhail bila aku tersepit dengan masalah. Dia sudah ku anggap teman rujukan aku.

               I need your help with chess game. I’m kind of stuck here L Hope you can help. J

               Aku meletak handphone kembali di atas meja.

               “Eh siapa yang kau watsapp?” ujar Nora lalu mencapai handphone Farah. Semasa watsapp Farah appear tadi dia ternampak profile lelaki.

               “Nora, beri handphone aku balik?” ujarku bila Nora menekan ikon profile watsapp Mikhail.

               “Siapa Lynda?” ujar Nora ingin tahu. Di ikon profilenya terdapat gambar lelaki hitam putih. Ah pasti gambar model lelaki pujaannya. Siapa Lynda? Farah tidak pernah sebut nama Lynda sebelum ini.

               “Lynda? Lynda message?” ujarku terperanjat bila Nora berkata demikian. Aku segera mengambil handphone dari tangan Nora bila Nora menyebut nama Lynda. Yelah aku memang nantikan Lynda menelefon aku atau message aku kerana aku rindu padanya. Aku tergelak kecil bila menyedari aku tidak menukar nama yang terdapat di ikon Mikhail. Aku masih mengekalkan nama Lynda. Tak apalah aku tak perlu hendak menerangkan kepada Nora tentang Mikhail kalau di tanya nanti. Biar dia fikir aku message dengan Lynda. Bukan aku tidak mahu memberitahu Nora tentang Mikhail. Aku rasa tidak perlu kot.

               Chess game sure! Forward me the pic. I see what I can do.

               Aku memetik gambar segera attach message ku kepada Mikhail. Kurang 5 minit aku menerima reply message dari Mikhail memberiku move cara untuk menang. Aikk cepatnya dia jawab. Aku fikir adalah dekat setengah jam. Dia tak sampai 3 minit sudah tahu move seterusnya. Bagus. Dengan confidentnya aku mengerakkan Bishop ku ke petak yang disarankan Mikhail. Kini giliran Pak Ibrahim untuk mengerakkan buah caturnya.

               Pak Ibrahim mencapai knightnya lalu di letakkan di petak berdekatan dengan bishop ku tadi. Dia kelihatan teragak-agak untuk berbuat demikian. Yes. Sepertimana yang Mikhail katakan tadi. Kalau Pak Ibrahim tidak begitu cekap dia akan mengerakkan Knightnya dan meletak di petak tersebut. Dan jika Pak Ibrahim berbuat demikian. Aku harus tewaskan queen Pak Ibrahim mengunakan bishopku dan seterusnya checkmate king Pak Ibrahim. Mudah sahaja bunyinya. Kenapa pula aku tidak terfikir atau tidak nampak move tersebut. Wah Mikhail pasti terrer dalam permainan catur.

               “Anda pasti Pak Ibrahim,” ujarku lalu tersenyum bila Pak Ibrahim meletak knightnya di petak tersebut.

               Pak Ibrahim tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya tanda dia sudah pasti.

               “Ok,” jawabku tidak sabar hendak mengerakkan buah catur ku.

               Aku mencapai bishop lalu menewaskan Queen Pak Ibrahim. Pak Ibrahim menepuk dahinya baru menyedari kesilapannya sebaik sahaja aku berbuat demikian. Dia baru perasan yang Queennya dalam bahaya dan begitu juga King nya.

               “Checkmate,” ujarku lalu tersenyum puas.

               Semua yang menyaksikan kami bermain papan catur menepuk tangan serentak bila aku berkata demikian. Kecoh bukan main. Mereka semua mengucapkan tahniah kepadaku kerana berjaya menewaskan Pak Ibrahim yang di katakan jaguh chess di rumah kebajikan tersebut. Belum pernah seorang pun yang dapat mengalahkan Pak Ibrahim kerana Pak Ibrahim bijak menjerat pihak lawannya sekaligus menewaskan pihak lawannya.

               Nora di sebelahku pun turut teruja bila aku memenangi permainan catur tersebut dimana permainan itu di dominant oleh orang lelaki. Bagaimana teman Farah dapat memberi Farah tips dalam masa singkat.

               “Good game,” jawab Pak Ibrahim mengaku kalah.

               “Yes Pak Ibrahim good game, ok kita rehat sekejap lepas ni kita makan-makan ok,” ujarku kepada Pak Ibrahim dan pakcik-pakcik lain. Pakcik-pakcik tadi bersurai menuju ke katil masing-masing. Aku dan Nora menuju ke dewan makan untuk memastikan pihak catering sudah menyediakan makanan. Ada beberapa staff dari syarikat kami turut sibuk menguruskan acara selanjutnya. Aku dan Nora ditugaskan untuk bermain game dan meluangkan masa bersama warga emas. Manakala staff yang lain menguruskan perkara yang lain. Farhan teman lelaki Nora turut membantu. Dia kelihatan sibuk menyusun meja dan menguruskan hidangan warga emas.

               Thanks!! I won the chess game yuhoo. J  taipku lalu tersenyum.

               Really?? Good J

I hope you don’t find me nuisance. I’m kind of missing Lynda actually. She’s the only one who always entertains my nonsense.   

               Aku menyimpan handphone ke dalam poket seluarku. Tiba-tiba terasa kehilangan. Aku rindukan Lynda. Hanya Lynda yang faham dan kenali aku. Nora teman sekerja. Aku memang rapat dengannya. Tapi Lynda aku kenali sejak kami kecil lagi. Jadi semua rahsia dan perangai aku Lynda sudah kenal sangat. Kemana Lynda? Dia tidak ingatkan aku lagi ke? Sampai hati dia tidak memberi aku nombor telefon terbarunya.

               Ting..sekali lagi telefonku berdenting.

               You can always message me.

               Sebak dadaku bila Mikhail berkata demikian. Terharu kerana Mikhail seakan mengerti apa yang aku rasa.  

               Thanks. Itu sahaja yang mampu ku katakan pada Mikhail. Thanks for being a good and understanding friend to me.
 
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment