Saturday 22 February 2014

Marc Jacobs nylon tote bag

Setiap kali anak saudara aku Ria travel tempat jauh seperti Europe atau US. Pasti dia akan memberitahu aku jika aku hendak kirim belikan barang dari sana. Hehe kalau ada rezeki untuk aku belanja lebih time dia tanya tu. Aku tidak lepaskan peluang mengirimnya. Yelah tak kan hendak kirim pakai mulut aje tapi tak beri duit kan? Mesti ada ongkosnya baru berani hendak mengirim. Betul tak? Jadi bila dia kata minggu ni dia akan terbang ke New York aku dan bujet aku ada pula. Maka dengan tidak berlengah lagi aku menyuruhnya belikan aku Marc Jacobs nylon tote bag. Hehe. Macam koleksi bag aku kat rumah tak cukup kan. Maklumlah orang perempuan bag mesti bermacam dan beraneka. Pelbagai saiz mengikut keadaan dan tempat yang kita hendak pergi. Bila aku cakap kat kak ngah suruh anak dia beli bag MJ. Dia kata bag apa lagi kali ni aku nak beli. Aku cakap aku nak weekend bag. Haha. Tu dia. Kan ke aku cakap bag mesti sesuai dengan hari yang hendak aku gunakan. Bag untuk kerja lain, bag untuk wedding dan hari raya lain, bag weekend pun lain. So far bag weekend yang aku ada Naraya, kipling, Le Sport Sac, various Coach tote bag dan Coach Hampton sling bag dan my precious Prada tote bag sebab lobang kocek aku hendak mendapatkan Prada tu so tak boleh selalu ku gunakan sayang. Naraya, kipling, Le Sport Sac more to sporty bag. Dan yang elegant sikit Coach Hampton sling bag. Jadi aku tidak ada weekend bag yang boleh ku gunakan untuk weekend bila feeling-feeling hendak pakai weekend bag yang agak berjenama seperti Marc Jacobs haha.
 
Sebelum tu aku pergilah survey kat Butik Marc Jacobs tengok saiz apa yang ada dan berapa harganya di sini. Last Thursday Liza ajak aku keluar after work sebab dia dah mengidam sangat nak makan waffle kat Gelare. Since kita pergi ke Raffles Link. Aku ajak dia pergi MJ Butik kat sana dan kita singgah juga kat Pandora..haha ni nanti aku cerita kejap lagi. Sekarang ni kita focus kat MJ. Jadi aku tanya salesperson MJ. Ada berapa saiz untuk tote bag yang aku berkenan tu. Di display ada plain MJ yang aku rasa saiznya besar dan yang bercorak aku rasa saiz medium. Dan memandangkan aku tak hendak bag terlalu besar dan hendak yang sedang-sedang maka aku tanya salesperson tu yang plain saiz apa dan yang bercorak saiz apa. Dia kata yang plain saiz medium dan yang bercorak saiz kecil. Okay besarnya saiz medium dia jadi aku dah tahu saiz apa yang aku hendak boleh beritahu Ria nanti. Dan harga size kecil MJ nylon tote bag itu S$300.00. Semua dah aku inform kat Ria, kerana menurut Ria bag berjenama US seperti MJ, Michael Kors, Tory Burch dan Kate Spade boleh di perolehi dengan harga murah dari Singapore. Maka aku suruh dia belikan untuk aku hehehe. Insha allah ada rezeki aku dapatlah bag yang aku hajatkan. Amin.
 
So meh tengok bag MJ yang aku teringin nak beli tu.
 
 


 


Aku suruh Ria belikan bag yang seperti di atas warna dark grey supaya senang hendak match dengan warna baju. Haha tapi kalau ikutkan hati macam nak beli warna lain-lain tu juga.
 
 




 

No comments:

Post a Comment