Monday 3 February 2014

Watsapp Luv! - Part 3


Aku mengeliat kecil bila alarm di handphone berbunyi nyaring. Mataku terasa kelat untuk di buka. Aku mencapai handphone lalu mengosok mataku perlahan. 5.40 pagi. Tiada notification watsapp yang aku terima. Ah terlalu awal. Mungkin Lynda tidak sempat hendak membaca message ku. Aku bangkit lalu mencapai tuala dan menuju kearah kamar mandi. Setelah setengah jam aku berada di kamar mandi. Aku mengerjakan solat subuh dan bersiap-siap untuk ke pejabat. Berdandan sahaja makan hampir satu jam. Aku sempat menoleh kearah handphoneku lagi, kalau-kalau Lynda ada membalas message ku. Namun hampa tiada balasan langsung dari Lynda. Mana Lynda ni? Ini tak bole jadi. Aku mencapai telefon lalu menaip sesuatu.

Morning Lynda. Kau busy gila ke sampai watsapp aku satu pun kau tak balas?

Aku menyimpan handphoneku ke dalam bag tanganku kerana aku pasti Lynda tidak akan menjawabnya. Sebelum keluar bilik aku sempat menyembur minyak wangi romance dari Ralph Lauren minyak wangi kegemaran Syafiq. Setelah berpuas hati dengan penampilan aku. Aku mencapai coach tote bag hitamku lalu menuju kearah pintu. Aku jarang bersarapan di rumah. Bila berkesempatan aku akan singgah membeli kuih di gerai berdekatan dengan pejabat. 
 
bersambung..sorry kena sabar sikit sebab cerita ni sedang dlm proses penulisan..

No comments:

Post a Comment