Monday 3 February 2014

Watsapp Luv! - Part 1


               Aku mengetap bibir menahan geram bila terpandang akan message watsapp pop up notification dari handphone Shafiq. “I miss U darl”. Shafiq masih lagi mempunyai ramai temanita. Seminggu yang lalu Shafiq sudah berjanji akan meninggalkan tabiat buruknya yang suka berkawan dengan ramai wanita. Malah aku hampir tidak meneruskan majlis pertunangan kami kerana khuatir Shafiq tidak dapat menghentikan hobinya. Bila aku meminta agar hubungan kami di putuskan. Shafiq pandai memujuk dan merayu agar aku tidak berbuat demikian kerana Shafiq mengatakan bahawa dia hanya cintakan aku seorang dan bukan wanita-wanita itu. Dan Shafiq berjanji akan memutuskan hubungan dengan mereka sebaik sahaja dia bertunang. Janji tinggal janji, kerana aku baharu sahaja ternampak pop up notification dari salah seorang kenalan wanita Shafiq dengan pesanan yang berbaur romantic. Apa tujuan Shafiq berbuat demikian. Hanya suka-suka atau tidak cukup dengan satu.

               “Hi dear,” tegur Shafiq sambil tersenyum. Dia mencapai handphone dari atas meja lalu menyimpannya ke dalam saku seluarnya tanpa mengesyaki apa-apa.

               Aku tidak menjawab bila Shafiq menegurku, kerana hati ku panas bila mendapat tahu Shafiq tidak meninggalkan akan tabiat buruknya.

               “Kenapa ni sayang, sayang tak sihat ke?,” pujuk Shafiq lagi bila Farah tidak menjawab tegurannya dan dia pasti ada sesuatu yang tidak kena dari riak wajah Sarah yang tiba-tiba masam mencuka.

               “Jangan nak ber-sayang-sayang dengan I lah,” ujarku lalu menarik tanganku yang di pegang Shafiq ketika memujuknya.

Shafiq terperanjat bila Farah tiba-tiba naik angin. Apa salah yang telah dia lakukan hingga membuatkan Farah meradang tiba-tiba. Tadi elok sahaja, bila dia balik dari tandas wajah Farah berubah masam, adakah kerana dia ke tandas tadi membuatkan Farah marah. Mustahil.

               “You tunang I, siapa lagi yang nak I sayang-sayang kalau bukan you dear,” pujuk Shafiq lagi.

               “You kan banyak sayang-sayang selain I,” ujarku seraya menjeling Shafiq.

               “Ok, you nampak message I?,” ujar Shafiq baru kini mengerti kenapa tunangnya tiba-tiba naik angin.

               “Bila you nak stop all this, kita dah nak langsung akhir tahun ni, you still hendak main-main,” ujarku seraya memeluk tubuh benar-benar marah pada Shafiq. Aku tidak kisah orang sekeliling memandang kearah kami.

               “Sayang you know I tak serious dengan mereka, it just for fun only,” jawab Shafiq sambil tersenyum. Dia tidak mengerti mengapa Farah tidak faham akan keadaan yang sebenar. Dia sayangkan Farah. Dia berkawan dengan wanita-wanita ini hanya untuk suka-suka dan tidak lebih dari itu.

               “Just for fun, lama-lama jadi serious, don’t play with fire if you can’t take the heat,” ujarku bangun dari kerusi seraya mencapai bag galasku, aku berjalan meninggalkan Shafiq sendirian. Malas hendak dengar alasan dari Shafiq. Setiap kali bertemu pasti kami bertegang urat. Awal pertemuan selalunya baik-baik sahaja tapi bila Shafiq sudah mula sibuk dengan telefon bimbitnya hatiku akan menjadi panas semula.


bersambung...

No comments:

Post a Comment