Wednesday 26 February 2014

Qada dan Qadar - Part 6


                                 Aku berdiri di hadapan Ariel yang sedang duduk menunggu ku di lobby. Ariel memerhatikan aku dari atas hingga ke bawah. Aku tidak peduli bila dia memandangku sedemikian. Bukan dia tidak pernah lihat aku berpakaian seksi malah berpakaian lebih seksi dari ini pun dia pernah nampak sebelum ini.
 

                              “Betul you tak salah address?,” soalnya lagi tersenyum sinis lalu mengenakan raybandnya.
 

                              “I don’t appreciate your sarcasm, so if you don’t want to help, I can find my way there,” jawabku kerana tidak dapat menahan marah bila dia terus-terusan menyindirku.
 

                              Ariel berhenti melangkah bila aku berkata demikian mungkin terperanjat dengan jawapan yang kuberikan. Dia memalingkan badannya lalu berjalan mendekatiku dan sengaja berdiri betul-betul di hadapanku. Aku menelan air liur bila Ariel berdiri begitu hampir dengan aku. Trying to be cool. Kalaulah aku di KL sudah lama bibir Ariel ku kucup. Aku peduli apa. I’m bold. But then again no point kerana sekarang aku hendak berubah. Hendak menjadi wanita yang baik.
 

                              “I’m trying to save you from embarrassment, but I forgot that we are strangers, why do I care so much,” jawab Ariel lalu berjalan meninggalkan aku. Aku terpana seketika bila dia berkata demikian. Apa maksud Ariel, he’s trying to save me from embarrassment. Am I talking to the same Ariel Ahmad.

 
****

                              Seperti yang aku telah jangkakan perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam itu kami tidak bersuara sepatah apa pun. Masing-masing hanya membuat hal sendiri seolah-olah tiada sesiapa yang berada di dalam kereta selain diri sendiri. Aku sebenarnya malu pada Ariel sungguhpun dia snob namun dia masih sudi juga untuk menghantar aku ke alamat yang aku beri walaupun aku berkasar padanya. Kalau dia beritahu aku reason kenapa dia berkata demikian kan ke bagus taklah bengang. Dia juga yang cari pasal dengan aku tadi dan malam kelmarin. Ariel memerlahankan kelajuan keretanya lalu membelok ke kiri pintu gerbang menuju ke kampong Baru. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Kalau aku lah pergi sendiri pasti sesat. Apa taknya rumah yang hendak ku tuju itu ulu sangat dekat dengan felda kelapa sawit. Hairan macamana pula Ariel tahu arah alamat rumah tersebut. Hendak kata dia gunakan GPS tak ada. Aku memandang ke kiri bila ternampak sebuah rumah yang kelihatan agak usang di tengah-tengah ladang kelapa sawit tersebut. Oh please jangan cakap rumah itu yang dimaksudkan Miera. Tak hidup aku. Aku mengeluh lega bila Ariel tidak memberhentikan keretanya di rumah tersebut malah dia memandu menuju ke dalam lagi. Dia membelok ke kanan tertera No. 15 Kampung Baru. Berderet-deret rumah sebuah-sebuah kelihatan di kiri dan kanan jalan kampung tersebut. Jauhnya tempat jin bertendang betul. Ada rumah kampung betul dan tak kurang juga rumah kampung modern yang diperbuat dari batu. Aku menarik skirtku bila menyedari baju yang ku pakai tidak sesuai dengan cara hidup orang kampung. Aku menjadi tidak selesa. Ariel tersenyum sinis bila aku berbuat demikian. Aku tahu dia menyindir aku. Menyesal pula tidak mendengar tegurannya tadi. Ariel memberhentikan keretanya di sebuah rumah batu yang sederhana besar yang cantik terjaga. Pintu rumah tersebut tertutup rapat.
 

                              “Ini rumahnya?,” soalku kerana Ariel tidak berkata apa sebaik sahaja dia memberhentikan keretanya di hadapan rumah tersebut.
 

                              “Yes,” jawabnya ringkas tanpa menoleh ke arahku.
 

                              “Macam tak ada orang aje?,” ujarku masih lagi berada di dalam keretanya. Kerana keadaan rumah tersebut sunyi seperti tiada orang di rumah. Jendela dan pintunya tertutup rapat.
 

                              “Pergi tengok, beri salam...?,” ujarnya dengan wajah kurang senang.
 

                              “I tak retilah, nak cakap apa ‘Hello anybody home’,” ujarku selamba.
 

                              Ariel mendengus perlahan bila aku berkata demikian. Dia kelihatan teragak-agak dan mengambil masa agak lama sebelum dia mengambil keputusan untuk menanggalkan tali keledarnya. Dari riak wajahnya aku dapat merasakan bahawa dia agak keberatan untuk keluar dari kereta.
 

                              “Assalamualaikum,” ujarnya seraya mengetuk pintu rumah tersebut.
 

                              Ok Assalamualaikum. Ujarku lalu menepuk dahi bila menyedari kesilapan ku. Beri salam pun tak tahu. Rosak aku ni. First time aku mendengar Ariel memberi salam. Not bad.
 

                              Seketika kemudian pintu rumah tersebut di buka dari dalam. Seorang wanita muda berwajah manis berkurung merah jambu menyambut Ariel di muka pintu. Wanita itu kelihatan terperanjat tatkala terpandang akan wajah Ariel. Wanita itu berkata sesuatu tapi tidak dapat ku dengar kerana suaranya agak perlahan, wanita itu segera mencapai tangan Ariel untuk bersalaman lalu menciumnya. Airmata wanita muda itu mengalir laju. Ok that’s weird, What’s happening. Why she’s crying? Aku mengalihkan pandangan kearah Ariel. Lelaki itu kelihatan cuba mengawal perasaannya dalam situasi demikian. Ok it’s even more strange. Ariel sedih. Wanita itu tidak melepaskan tangannya dari terus memegang tangan Ariel seolah-olah tidak mahu Ariel pergi dari sini. Dan Ariel pula cuba memujuk agar wanita tidak menangis dan dia kelihatan seperti tidak sabar lagi hendak meninggalkan rumah tersebut. Ariel menoleh ke arahku seraya memberi isyarat supaya aku keluar dari kereta. Aku menurut lalu membuka pintu kereta. Aku mencapai bag pakaian dari tempat duduk belakang lalu menuju kearah Ariel dan wanita muda itu berada. Wanita muda itu cuba tersenyum ketika menyambutku walaupun jelas matanya masih lagi basah dengan air mata.
 

                              “Assalamualaikum, saudari ni mesti Dania,” tegur wanita itu lembut lalu bersalaman dengan aku yang masih lagi terpinga-pinga dan keliru akan kejadian sebentar tadi.
 

                              “Ya, saya Dania temannya Miera, betul ni rumah Ustazah Mariam,” soalku memandang ke wajah ayu wanita muda itu yang kelihatan sedih.
 

                              “Ya betul, mak ke kebun sekejap lagi dia balik, cik Dania jemputlah masuk dulu,”
 

                              Aku mengangguk perlahan. Mataku terarah kewajah kacak Ariel yang masih lagi berdiri tercegat di muka pintu. Lelaki itu memandang wajahku dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan. Wajahnya kelihatan sayu dan sedih. Kenapa? Kerana dia hendak berpisah dengan aku? Impossible?
 

                              “Thanks, Ariel,” ujarku perlahan. Aku sebenarnya ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku namun mulutku terasa berat untuk bertanya pada Ariel. Ariel kenal akan wanita itu?. Kenapa wanita itu menangis? Apa kena mengena wanita itu dengan Ariel? Pelbagai persoalan bermain di benak fikiranku. What’s the story?
 

                              Ariel tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya perlahan.
 

                              “Maaf ye Dania, Dania duduk dulu,” ujar wanita itu tergesa-gesa meninggalkan aku duduk sendirian di sofa manakala dia berlari mendapatkan Ariel yang sudah pun mengatur langkah menuju kearah keretanya.
 

                              “ABANG!,” jeritnya bila Ariel hendak masuk ke dalam keretanya.
 

Ok. I have to see what’s happening. Tanpa menghiraukan cadangan tuan rumah supaya aku duduk diam di kerusi, aku berjalan perlahan menuju ke arah jendela lalu mengendap di celah-celah jendela kerana ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku di luar.
 

                              “Jangan beritahu sesiapa Anis,” pesan Ariel ringkas lalu memasuki perut kereta. Ariel menghidupkan enjin keretanya tanpa menoleh kearah Anis dia meninggalkan pengkarangan rumah tersebut tinggalah wanita muda itu sendirian.
 

                              Amirul memberhentikan langkahnya bila perasan ada sebuah kereta BMW hitam yang tidak dikenali nombor platnya berada di hadapan rumahnya. Siapa yang datang? Bisiknya dalam hati. Amirul mempercepatkan langkahnya untuk segera sampai kerumah kerana ingin tahu siapakah tetamu yang datang. Jantungnya seakan berhenti berdegup bila terpandang akan wajah lelaki yang kelihatan berdiri di samping kereta tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah abang kandungnya Ariel yang telah hampir 7 tahun menghilangkan diri. Ariel pulang bisiknya perlahan. Amirul cuba memanggil Ariel tetapi lelaki itu sudah pun memasuki perut keretanya dan belum sempat Amirul mengejar mendapatkannya, kereta Ariel sudah pun jauh meninggalkan pengkarangan rumahnya.
 

                              “Anis, itu abang Ariel kan?,” ujar Amirul dengan nafas turun naik kerana kepenatan.
 

                              Anis hanya mampu menganggukkan kepalanya perlahan kerana kehilangan kata-kata. Dia masih dalam keadaan terkejut kerana dia tidak menyangka akan dapat bertemu dengan Ariel setelah hampir 7 tahun Ariel menghilangkan diri tanpa khabar dan berita.
 
 
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment