Friday 14 February 2014

"Chasing Liberty"


Next romantik filem pilhan ku. Chasing Liberty (2004). Filem lakonan penyanyi yang memiliki suara lunak dan juga pengacara remaja Disney Channel, teka siapa? Siapa lagi kalau tidak Mandy Moore. Selain dari memiliki suara lunak, Mandy juga punya bakat berlakon dan salah satu filem romantik lakonannya yang aku suka ialah Chasing Liberty. Kenapa aku sukakan filem ini, sebab lokasi perfilemannya yang di pilih iaitu di Venice, Prague dan beberapa tempat di Europe, dan juga haha aku meminati pelakon kacak yang melakonkan watak utama dalam filem ini Matthew Goode. Bukan sahaja Matthew memiliki wajah yang kacak suaranya juga macho. Hehe tak percaya cuba dengar. Masa perfileman ini Matthew baru berusia 26 tahun dan masih muda berbanding filem Leap Year dimana Matthew berusia 32 tahun dan juga matang.

So mari kucerita kenapa aku suka filem ini:-

Siapa kata menjadi anak kepada orang penting seronok? Bagi Anna Foster (Mandy Moore) anak tunggal kepada Presiden Amerika Syarikat James Foster tidak begitu menyeronokkan dan merasa hidupnya terkongkong. Hidup Anna tidak pernah sunyi kerana dia senantiasa ditemani ramai ejen pengawal peribadi kemana sahaja dia pergi. Dan kerana pengawasan itu telah merosakkan hubungannya dengan seorang pelajar lelaki yang di minatinya kerana ejennya menyangka kawan lelakinya itu cuba mencederakan Anna ketika mereka makan malam bersama. Anna merasa tertekan kerana tidak di beri kebebasan seperti remaja lain. Anna meminta ayahnya iaitu Presiden Amerika untuk memberinya perlonggaran dan bersetuju dengan ayahnya bahawa hanya 2 ejen yang boleh menemaninya iaitu Morales dan Weiss ketika mereka sekelurga pergi bercuti di Europe.

Ayahnya bersetuju dengan permintaan Anna dan hanya dua ejen untuk menjadi pengawal Anna, dan kod rahsia perkhidmatan yang digunakan khas untuk Anna (Liberty). Di Prague, Anna dan rakannya Gabrielle menghadiri konsert hanya di temani Morales dan Weiss, ketika berada di konsert Anna mendapati bahawa ayahnya tidak menepati janji kerana Anna mendapati terdapat ramai ejen yang ditugaskan untuk mengawasi dirinya, kecewa dengan sikap ayahnya yang telah melanggar janji Anna meminta bantuan Gabrielle. Dengan bantuan Gabrielle, Anna berjaya melarikan diri dari ejen ayahnya. Dia luar teater dia meminta bantuan Ben Calder (Matthew Goode) mengatakan bahawa dia di kejar seseorang. Ben melarikan Anna dengan menaiki motosikalnya dan mereka berhenti di Pub dimana Anna telah berjanji akan bertemu dengan Gabrielle. Tanpa pengetahuan Anna, Ben adalah salah seorang ejen Perkhidmatan Rahsia yang kebetulan sedang bercuti di Europe, dan dia telah memberitahu ejen Weiss dan Morales di mana beliau berada. Bila memeriksa latar belakang Ben dan khidmatnya pada negara dan juga mengetahui akan kehendak Anna, Presiden mengarahkan Ben untuk menjaga Anna tanpa mendedahkan identitinya yang sebenar, untuk memberi Anna ilusi kebebasan dengan jaminan keselamatan di bawah jagaan Ben.

Percaya bahawa dia bebas dari sekumpulan ejen ayahnya, Anna merasa lega dan mahu mencuba rasa kepuasaan kebebasan yang dia tidak pernah perolehi. Ben yang ditugaskan untuk menjaga Anna terpaksa melayan karenah Anna agar Anna tidak hilang dari pandangannya. Anna yang tidak terkawal itu memanjat atas bumbung untuk menonton opera Offenbach yang ditunjukkan dalam plaza. Keesokan harinya, Anna menelefon ibu dan ayahnya. Pada mulanya ayahnya merasa lega kerana anak perempuannya selamat, tapi nada suaranya berubah bila mendapati kelakuan Anna yang tidak dapat di terima dan mengarahkan dia pulang ke hotel segera. Marah pada ayahnya, Anna memutuskan dia akan pergi ke Parade Cinta di Berlin. Ben yang menyangka bahawa tugasnya selesai kerana menyangka Anna akan di jemput pengawal peribadinya terpaksa mengikut Anna bila dia menaiki kereta api untuk ke Berlin. Di dalam keretapi Anna dan Ben bertengkar kerana Anna tidak mahu pulang ke keluarganya. Anna mengatakan kepada Ben bahawa dia tidak perlukan teman untuk ekpidisinya dan dia boleh menjaga diri sendiri. Di dalam keretapi mereka berkenalan dengan McGruff, seorang lelaki yang gila-gila dan meletakkan sticker 6 millions man kemana sahaja dia berada bertujuan suatu hari mereka akan ternampak sticker tersebut dan ia akan mengembalikan memori indah dan membuatkan mereka tersenyum. Ben mendapati bahawa mereka telah menaiki kereta api menuju ke Venice dan bertentangan dari Berlin.

Di Venice, Ben menghubungi ejen Weiss dan Morales dimana mereka berada. Ben menyertai Anna dan McGruff bersama-sama meneroka bandar. Selepas menyedari McGruff menipu mereka dengan memberi sticker dan mencuri dompet mereka. Bila menyerdari beberapa pelancong mengenali Anna sebagai anak President Amerika, Anna dan Ben melarikan diri tanpa membayar makanan terlebih dahulu. Tanpa wang dan dalam keadaan terdesak mereka memberitahu pendayung Gondola yang baik hati iaitu Eugenio, bahawa mereka adalah pasangan yang baru berkahwin tanpa restu keluarga kerana mencintai di antara satu dengan lain. Eugenio merasa kasihan dan membenarkan mereka menaiki gondolanya secara percuma, Ben mencium Anna bertujuan menyembunyikan dia dari pengejar mereka. Apabila Eugenio mendapat tahu bahawa "pasangan pengantin" itu tidak mempunyai tempat tinggal, Eugenio mengajak mereka ke rumahnya, di mana mereka adalah dialu-alukan oleh ibunya, Maria. Anna menyangka Ben menyukainya dan merasa keliru bila Ben menunjukkan dia tidak bermaksud apa-apa.

Keesokan harinya, Eugenio menghantar mereka ke sempadan Austria, Weiss dan Morales menjejaki mereka hingga ke rumah Maria dan mendapat berita dari Maria bahawa Anna dan Ben telah berkahwin, mereka melaporkan perkara itu kepada ibu bapa Anna itu. Kecewa pada penolakan Ben, Anna menaiki trak semasa perjalanan menuju ke Prague, meninggalkan Ben mengejar dia melalui kawasan luar bandar Austria. Anna tiba di jambatan, di mana beliau bertemu dengan sekumpulan rakyat Jerman, yang meminati sukan bungee jumping. Ben tiba di jambatan dan mendapati Anna mahu mencuba bungee jumping. Ben tidak membenarkan Anna melakukannya seorang dan hanya membenarkan Anna berbuat demikian jika dia bersetuju melompat bersama. Anna dan Ben menyertai kumpulan itu bermalam di kem dan bila salah seorang dari mereka mahu menjemput Anna ke khemahnya Anna mengatakan tidak kerana dia mahu bersama dengan Ben. Bila menyedari Ben tidak merasa cemburu Anna mengambil keputusan untuk pergi kepada lelaki jerman itu. Ben akhirnya mengakui perasaannya terhadap Anna dan mereka menghabiskan malam bersama-sama. Pada Parade Cinta, ketika Ben menelefon Weiss, Anna terdengar akan perbualannya dan mengetahui identity Ben yang sebenar. Merasa diri di khianati dan kecewa Anna melarikan diri dari Ben. Anna diganggu oleh sekumpulan orang-orang yang mengenalinya. Dan Ben menyelamatkan dia dari diganggu dan menyerahkan Anna kepada pegawai yang menjemputnya pulang ke Amerika Syarikat.

Ketika di bersiap sedia untuk ke kolej, Anna mendedahkan kepada ibunya bahawa dia patah hati dan kecewa. Di kolej, dengan bertemankan Weiss dan Morales yang merancang untuk berkahwin dan masih melindungi beliau, Anna melihat pelekat 6 Million Man yang mengingatkan beliau akan pengembaraannya di Eropah. Semasa percutiaan Krismas, Anna kembali ke White House dan ayahnya memberitahu Anna bahawa Ben sudah meletakkan jawatan sebagai ejen di dalam Perkhidmatan Rahsia dan bekerja sebagai jurugambar di London. Semasa program pertukaran ke Oxford University Anna melawat Ben pada opera, di mana Ben mengaku bahawa dia cintakan Anna dan begitu juga Anna. Ben membawa Anna mengelilingi kota London menaiki motosikalnya dan hanya di temani dua ejen. The End.

Aww sweet kan romantik sungguh bercinta dengan bodyguard. Selain dari Chasing liberty kepada sesiapa yang sukakan cerita romantik yang ada tema-tema bercinta dengan bodyguard silalah tonton “The Bodyguard” (1992) lakonan Kevin Coastner dan Whitney Houston (romantik thriller filem) soundtrack box office dengan lagu “I will always Love You” dan “First Daughter” lakonan bekas isteri Tom Cruise iaitu Katie Holmes.


No comments:

Post a Comment