Friday 7 February 2014

Watsapp Luv! - Part 21


             Aku asyik memikirkan tentang perbualan aku dengan Nora siang tadi. Betulkah apa yang aku rasakan itu benar? Atau ia hanya perasaan aku sahaja. Awal pertunangan semuanya ok. Hubungan aku dengan Shafiq seperti waktu bercinta dahulu. Tapi sejak kebelakangan ini hubungan kami sedikit renggang. Aku selalu sahaja bergaduh dengan Shafiq. Ada sahaja perkara yang kami tidak boleh bersepakat. Mana silapnya? Adakah ini merupakan dugaan yang terpaksa kami tempoh sebelum menjejakkan kaki ke alam rumahtangga. Aku sayangkan Shafiq.

               Aku mencapai cordless phone lalu mendial nombor Shafiq.

               “Hi sayang, tak tidur lagi dah pukul berapa ni?” ujar Shafiq bila dia menerima pangilan telefon dari tunangnya jauh-jauh malam begini.

               “I can’t sleep, you pun tak tidur lagi dear,” soalku tersenyum bila Shafiq memanggilku sayang. Terubat rasa rindu bila mendengar suara Shafiq.

               “I belum mengantuk lagi,” jawab Shafiq mendatar lalu menyandarkan badannya di sofa.

               “You tak sihat ke dear?” ujarku berbaur risau.

               “I sihat kenapa you tanya?”

               “Tak ada apa-apa saja je, besok kita jumpa, dah lama kita tak keluar date,” cadangku. Lama tak berjumpa tu tidaklah lama sangat baru 3 hari lepas aku bertemu dengan Shafiq di rumahnya. Aku tertiba rindu hendak bertemu dengan Shafiq kerana kita dah lama tidak meluangkan masa bersama sejak sudah bertunang kerana masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Kami sudah jarang bertemu seperti waktu bercinta dahulu.

               “Ok sayang, kita jumpa esok ok, you better sleep dah lewat dah ni,”

               “Ok, good nite dear,”

               “Good nite, Luv,” jawab Shafiq lalu mematikan talian. Mia menoleh kearah sofa yang di duduki Shafiq. Fikiran lelaki itu kelihatan terganggu sejak dia menyambut pangilan telefon tadi.

               “Malam-malam telefon kenapa?” ujar Mia seraya bangun dari katil dan menuju kearah Shafiq yang sedang duduk bersendirian di sofa lalu memeluk Shafiq dari belakang.

               “She’s my fiancée,” jawab Shafiq menjeling kearah Mia. Tidak senang bila Mia mengata tentang Farah.

               “She might be your fiancée but I’m the only one that you love,” cebik Mia seraya tersenyum. Dia sengaja berbuat demikian agar Shafiq merasa tertekan. Dia tahu Shafiq hanya cintakan dia seorang. Tujuan Shafiq bertunang dengan Farah pun kerana hendak membuatkannya cemburu. Shafiq bukan benar-benar cinta dan sayangkan Farah pun kerana Shafiq tidak dapat melupakannya.

               “Please leave Farah out of this, this is between Farah and me, kalau you benar-benar cintakan I sepertimana yang you had always said, you tidak akan menyusahkan Farah,” ujar Shafiq tegas mengingatkan Mia. Kerana Mia hidupnya di dalam dilemma sekarang. Dia menyangka dia dapat melepaskan diri dari cengkaman Mia sejak mereka berpisah. Ternyata tidak. Mia masih lagi mahu menganggu hidupnya. Ketika mereka berpisah dahulu Mia mengatakan dia tidak memerlukannya sebagai teman hidupnya. Shafiq pegang akan kata-kata Mia dan berkenalan dengan Farah, jatuh cinta dengannya dan bertunang dengan Farah. Semuanya elok belaka sehingga Mia kembali menganggunya lagi. Mia tidak senang melihat dia bahagia dan sekarang Mia sengaja hendak membuat onar terhadap hubungannya dengan Farah.

               “Apa yang istimewanya sangat Farah tu dari I, in terms of looks I’m better,” ujar Mia menjeling kearah Shafiq lagi. Shafiq hendak sangat menjaga hati Farah kenapa?

               “I don’t have to discuss about Farah with you, it’s none of your business,” ujar Shafiq marah lalu bangkit dari sofa. Dia mencapai kunci keretanya dari meja kecil lalu keluar dari bilik Mia. Dia tidak tahu kenapa dia berada di rumah Mia in the first place. Wanita itu selalu mencari kelemahannya. Shafiq merasa rimas dengan cara Mia yang suka mengawasi gerak gerinya dan mengongkongnya. Dia bukan lagi kekasih Mia. Dia adalah tunang Farah. Teman baik Mia sendiri.
 
 
bersambung...

2 comments:

  1. X SUKA LAH SHAFIQ MACAM KESIAN FARAH PUTUS AJE DNG SHAFIQ MIKAEL KAN ADA .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yup2 Shafiq memang notty nak kena rotan..

      Delete