Tuesday 22 March 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 18



 
 
 

LIA menutup pintu biliknya perlahan lalu menghempaskan badannya di atas katil. Dia merasa sedih kejadian siang tadi bila dia bersama Nik. Selepas makan tengahari dan setelah dia mengakui sendiri pada Nik tentang satu peristiwa yang berlaku 10 tahun dahulu.
 
 
Wajah Nik kelihatan benar-benar kecewa dengan perlakuannya. Lia perasan di dalam kereta semasa Nik menghantarnya pulang ke rumah. Lelaki itu seperti tidak sabar mahu menghantarnya pulang ke rumah dan dia kurang mesra seolah-olah dia sedang memikirkan sesuatu dan dalam masa yang sama merasa sedih.
 
 
Dia juga tahu Nik marah padanya, namun dia tidak dapat memutar balik masa untuk mengubah keadaan. Dia merasa menyesal dengan apa yang telah dia lakukan. Apa yang boleh dia buat selain dari meminta maaf dari Nik.
 
 
                        I’m sorry Nik..I don’t know what’s got into me during that time..I’m young and reckless Nik,” jawab Lia perlahan lalu menoleh kearah Nik.
 
 
Pada ketika itu dia tidak tahu kenapa dia begitu benci pada Nik sangat sehingga dia berbuat demikian. Perasaan dia ketika dia ternampak Nik dengan pelajar perempuan itu adalah perasaan yang sukar dia gambarkan. Apa yang dia tahu dia merasa kecewa bila melihat Nik bersama pelajar perempuan itu.
 
 
                        “Perkara itu sudah berlaku 10 tahun yang lalu..I’ve already forgive and forget,” jawab Nik tanpa menoleh kearah Lia.
 
 
                        Lia terdiam seketika walaupun Nik mengatakan dia sudah lupa dan maafkan orang itu tapi apa yang Lia lihat Nik seperti tidak dapat dan mampu memaafkan perbuataan orang itu. Ianya jelas terpamer di wajahnya bahawa dia merasa sedih bila Lia membangkitkan peristiwa itu padanya tadi.
 
 
                        Sejak Nik di panggil Pengetua sekolah. Dia tidak pernah lihat Nik bersama dengan pelajar perempuan yang dia temui. Mungkin Nik tidak membenarkan pelajar perempuan itu bertemunya di sekolah. Lia percaya mereka masih berhubungan.
 
 
Dan Lia tidak rasa Nik merasa sedih kerana dia hampir di lucutkan dari memegang jawatan sebagai Ketua Pengawas. It is like too personal to him! Namun Lia tidak menemui jawapannya kerana Nik tidak pernah menceritakan apa-apa tentang dirinya. Nik seorang lelaki yang penuh misteri.
 
 
Siapa pelajar perempuan itu? Wanita yang sama terdapat di dalam gambar yang tersemat kemas di dalam dompet Nik. Teman wanitanya? Tunangannya atau bakal isterinya?
 
 
Who is that girl in the photo Nik?,” Lia memberanikan diri bertanya pada Nik siapa budak perempuan di dalam gambar yang dia serahkan kepada Puan Pengetua sekolah sehingga membuatkan Nik di dalam masalah.
 
 
If you must know, She’s my baby sister,” jawab Nik perlahan.
 
 
Lia terdiam bila Nik mengatakan bahawa pelajar perempuan yang dilihat bersama Nik dahulu adalah adik Nik sendiri dan bukan teman wanita yang dia dan Yana sangkakan. Patutlah Nik kelihatan kecewa bila dia menyebarkan fitnah mengenai dirinya.
 
 
Lia merasakan dirinya seperti orang tidak berguna bila Nik mengatakan bahawa pelajar perempuan yang berada di dalam photo itu adalah adik perempuan Nik sendiri.
 
 
Dia benar-benar tidak tahu Nik mempunyai adik perempuan. Malah dia tidak tahu apa-apa langsung tentang Nik.
 
 
Kenapa adik perempuanya tidak bersekolah dengan Nik? Lia mengagak usia adik Nik sebaya dengannya 17 tahun ketika itu. Hubungan mereka kelihatan benar-benar rapat dari apa yang Lia lihat sendiri. Nik benar-benar sayangkan adiknya. Melihatkan bahawa adiknya begitu manja dengan Nik sehingga dia tersalah sangka bahawa budak perempuan itu adalah teman wanita Nik. Dia tidak pernah terfikir langsung pelajar perempuan itu adalah adik Nik.
 
 
She’s your sis?,” ujar Lia merasa bersalah.
 
 
Yes..Nur Shafiqa,” jawab Nik tanpa mengulas panjang.
 
 
She’s the same lady dalam your wallet?,” tanya Lia lagi ingin kepastian dari Nik. Dia tidak mahu tersalah tafsir lagi. Dia tidak mahu membuatkan Nik merasa sakit hati dan kecewa dengannya.
 
 
Percaya atau tidak dia benar-benar sukakan Nik atau mungkin dia cintakan Nik tanpa dia sedari dan dia tidak mahu hubungan mereka semakin dingin kerana dia tidak pernah kenali dan faham Nik.
 
 
Yes..what else do you want to know?,” ujar Nik dia mula merasa lemas dengan soalan-soalan Lia ajukan kerana dia tahu Lia tidak akan berhenti bertanya selagi dia tidak memberinya jawapan yang Lia kehendaki.
 
 
“Nik, you pernah bercinta Nik?,” tanya Lia lalu memandang wajah Nik.
 
 
“Pernah,” jawab Nik ringkas tanpa mengulas panjang.
 
 
“Dengan siapa?,” tanya Lia merasa tidak senang hati bila Nik mengatakan dia pernah bercinta.
 
 
You tak kenal dia,” jawab Nik sambil lewa.
 
 
What happen to your relationship??,” tanya Lia lagi.
 
 
“Tak ada jodoh,” jawab Nik ringkas lalu memberhentikan keretanya di hadapan bangunan rumah Lia.
 
 
Lia menoleh kearah kiri bila Nik memberhentikan keretanya. Ini bermakna dia harus keluar dari kereta Nik kerana Nik mengatakan kepadanya tadi dia hendak pulang ke pejabat semula untuk membuat appraisal Pasu buruk Madam Sharon tadi. Dan dia juga tahu Nik seperti tidak berminat untuk memberitahunya tentang hubungannya yang lalu.
 
 
Thanks Nik,” jawab Lia lalu keluar dari kereta Nik.
 
 
If you hendak pergi party Madam Sharon, I will come and fetch you at 7.30pm, if I don’t see you means you are not going,” ujar Nik menoleh kearah Lia sekilas lalu memandu meninggalkan Lia sendirian memerhatikan kereta Nik pergi sebelum dia sempat memberi jawapan kepadanya.
 
 
Lia mencapai handbagnya lalu mengeluarkan handphonenya. Dia menekan gallery. Gambar-gambar Nik yang di ambil tanpa si empunya diri sedar. Dia lihat satu persatu. Lia mengeluh perlahan. Kenapa dia seperti wanita yang gila bayang. Sejak dia bertemu semula dengan Nik. Hatinya merasa gembira dan riang tidak terkata. Dia merasa senang setiap kali bersama dengan lelaki itu. Nik secara tidak langsung seperti babysitternya. Kerana setelah dia bertemu semula dengan Nik, dia tidak lagi melakukan perkara-perkara yang sering dia lakukan dahulu. Ibunya dan pakciknya merasa lega kerana Lia sudah gembira semula dan mereka berterima kasih pada Nik.
 

 
NIK mencampak kunci kereta dan dompetnya di atas meja coffee. Seketika kemudian kedengaran pintu dibuka. Nik menoleh memandang wajah ibunya yang baru keluar dari bilik.
 
 
Ibu dan ayahnya bersara baru-baru ini. Nik mempelawa ibu dan ayahnya datang ke Rome untuk bercuti di sini. Sudah hampir seminggu mereka berada di Italy. Ayahnya keluar berjalan sendirian meneroka Bandar Rome manakala ibunya mahu duduk di rumah kerana sudah penat mengikut ayahnya menjelajah Rome.
 
 
“Baru balik kerja Nik?,” tanya Puan Faezah bila dilihatnya Nik duduk di sofa tersandar keletihan.
 
 
“Baru juga ibu,” jawab Nik perlahan.
 
 
“Nik nak air? Ibu buatkan!,”
 
 
“Tak apa lah ibu, Nik tak dahaga,” jawab Nik memberi ruang kepada ibunya untuk duduk di sofa.
 
 
“Kenapa ni?? Nik ada masalah di tempat kerja ke?,” tanya Puan Faezah bila dilihat anak bujangnya kelihatan fikirannya terganggu dan tidak seperti selalu.
 
 
“Masalah kerja? Tak adalah! Nik cuma letih sahaja,” jawab Nik lalu memandang wajah ibunya.
 
 
“Ibu dan ayah hendak balik minggu depan, kami dah book flight hari Jumaat, dah lama kami di sini..dah nak dekat sebulan rasanya, ibu dan ayah rasa kami sudah puas bercuti, lagipun bulan depan ibu dan ayah dah sibuk hendak mengerjakan umrah, banyak perkara yang kami hendak buat sebelum berangkat,” ujar Puan Faezah lalu tersenyum. Rindu pula dia pada rumahnya di kampong.
 
 
“Baiklah..Nik akan balik ke Malaysia 2 minggu sebelum ibu dan ayah berangkat ke Umrah, Nik pun rindu pada adik,” jawab Nik lalu tersenyum sayu.
 
 
Puan Faezah memandang wajah Nik. Hatinya meruntun sayu setiap kali melihat wajah Nik.
 
 
“Kenapa ibu sedih?,” tegur Nik bila di lihat wajahnya ibunya bertukar sedih.
 
 
“Ibu pun rindukan adik kamu,” jawab Puan Faezah merasa sebak tiba-tiba. Dia tidak dapat menghilangkan rasa sedih bila Nik mengingatkan dia pada adiknya.

****
 
2001, Di Malaysia
                        “Abang!,” tegur Fiqa lalu duduk di sofa di sebelah abang Niknya yang sedang menonton TV. Fiqa menoleh ke arah abangnya bila tegurannya tidak di sambut abangnya.
 
 
“Abang..,” ujar Fiqa lagi lalu melambaikan tangannya di hadapan muka abangnya. Namun abang Niknya tidak perasan dan seakan berkhayal jauh. TV dihadapan di hidupkan tapi fikirannya melayang jauh entah kemana! Membazirkan elektrik sahaja tau! cemuh Fiqa dalam hati.
 
 
“Isskkk!!! Termenung pulak dia?? Abaannggg!!,” ujar Fiqa lalu menepuk lengan abangnya kuat cukup membuatkan Nik tersentak terperanjat bila Fiqa berbuat begitu.
 
 
“Apa bang termenung jauh entah kemana?? Ingatkan awek eh??,” usik Fiqa lalu memeluk lengan abangnya. Dia mahu menunjukkan abangnya buku novel baru dipinjam dari perpustakaan. Dia mahu abangnya bacakan kepadanya. Fiqa memang suka buat begitu. Mereka selalu membaca novel bersama. Atau abangnya yang akan bacakan kepadanya kerana Fiqa malas hendak membaca.
 
 
“Bila balik?? Abang tak dengar pun tadi,” ujar Nik tanpa menjawab pertanyaan Fiqa apa yang membuatkannya termenung.
 
 
“Dah sejam yang lalu..orang sempat mandi, solat dan makan, abang masih kat sini dok termenung dari tadi..ingatkan siapa??? Awek eh??,” usik Fiqa lalu menolak bahu abangnya perlahan.
 
 
“Buku apa ni?,” tanya Nik lalu mencapai buku yang di pegang Fiqa.
 
 
“Buku Pride and Prejudice..tengok tu orang tanya..dia buat tak dengar saja, ada masalah kat sekolah eh?? Cuba cerita kat Fiqa sikit?,” ujar Fiqa lalu mengambil buku novel itu dari tangan abangnnya dan di letakkan di atas meja di hadapan mereka.
 
 
Dia tahu abang Niknya pasti ada cerita untuknya. Dia tidak pasti cerita itu cerita lucu kerana wajah abangnya kelihatan terganggu. Apa pula masalah yang dia hadapi di sekolah.
 
 
“Fiqa jangan jumpa di sekolah abang lagi..abang ambil Fiqa kat sekolah Fiqa sahaja,” jawab Nik perlahan.
 
 
“Huh?? Kenapa Fiqa tak boleh pergi sekolah abang lagi??,” tanya Fiqa hairan. Baru sekali dia bertemu dengan abangnya di sekolah sudah kena ‘ban’ kenapa?
 
 
“Tak semua orang tahu abang ada adik perempuan, abang tak hendak orang buat fitnah,” jawab Nik perlahan.
 
 
“Fitnah??? Eh kita adik beradik seibu dan sebapa abang! Apa masalah? Bukan pasangan kekasih yang orang nak buat fitnah atau gossip liar!,” jawab Fiqa lalu ketawa kecil. Gossip?? Fitnah?? Eh tak logic betul!
 
 
Nik memberi Fiqa gambar yang diberi Puan Hasnah kepadanya tadi. Fiqa menyambut.
 
 
“Ini gambar kelmarin yang kita makan kat KFC kan??,” ujar Fiqa lalu memandang wajah abangnya. Gambar mereka di petik ketika mereka tidak sedar kerana gambar itu di ambil dari jarak jauh.
 
 
“Sekolah abang pasang spy pada abang eh???,” ujar Fiqa lalu menutup mulutnya tidak percaya pergerakan mereka di intip. Patutlah abangnya tidak mahu dia ke sekolahnya lagi kerana takut di fitnah.
 
 
Spy yang tidak bertauliah,” jawab Nik lalu mengambil gambar itu dari tangan Fiqa. Sehingga kini dia tidak tahu perbuataan siapa.
 
 
Spy yang tidak bertauliah?? Maksud abang ini kerja spy sukarelawan lah ye?,”
 
 
Nik tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya perlahan.
 
 
“Gambar ni abang dapat dari mana?,” tanya Fiqa bila abang Niknya kelihatan tiada mood.
 
 
“Dari Puan Pengetua,” jawab Nik ringkas.
 
 
OMG!! Dari Puan Pengetua?? So apa Puan Pengetua cakap pada abang?,” tanya Fiqa lalu menarik tangan abangnya Nik kerana dia mahu tahu. Patutlah muka abangnya muncung dan tidak mood pasti dia dikenakan tindakan. Tindakan apa yang Puan Pengetua kenakan padanya. Ala kesiannya abang Nik.
 
 
“Dia beri amaran sahaja,” ujar Nik.
 
 
“Lah amaran sahaja, yang abang nak sedih bagai kenapa pulak??,” usik Fiqa.
 
 
“Sebab abang hampir dikenakan tindakan displin dan dilucutkan dari memegang title sebagai Ketua Pengawas,” jawab Nik lalu memandang wajah adiknya. Sepertimana yang dia terangkan kepada Dania. Dia tidak kisah jika ada orang lain yang mahu menjadi Ketua Pengawas. Tapi bukan dengan cara kotor begini.
 
 
Oh dear! Abang tahu siapa punya kerja?,” tanya Fiqa lagi. Dia tiba-tiba teringatkan Lia. Pelajar perempuan itu yang dia temui kelmarin di KFC. Mungkinkah ini semua kerja Lia? Tapi dia tidak boleh menuduh sebarangan tanpa bukti. Dan salah dia juga kerana dia tidak memberitahu abang Niknya bahawa Lia dan temannya berada di KFC kelmarin.
 
 
“Abang tak tahu,” jawab Nik ringkas lalu bangkit dari sofa dia malas hendak memikirkannya lagi.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 

Jodoh Pasti Bertemu - Part 17



 
 
 
 
 
                       “NIK..tujuan saya ingin bertemu dengan awak hari ini kerana saya telah menerima aduan dari pelajar lain mengatakan awak telah memalukan nama sekolah kita kerana berkelakuan kurang sopan di luar sekolah. Awak ketua Pengawas sekolah ini Nik! Saya sedikit terganggu menerima berita sebegini, awak adalah pelajar contoh di sekolah ini Nik dan saya tidak akan memanggil awak jika ini hanya berita angin sahaja! Dan jika awak di dapati bersalah, saya terpaksa menarik balik kuasa awak sebagai Ketua Pengawas!,” ujar Puan Hasnah dengan wajah serious lalu memandang wajah Nik Faisal sebaik sahaja dia meminta pelajar itu duduk di kerusi hadapannya. Nik pelajar kebangaannya. Nik punya quality murid yang baik, berdisiplin dan terpelajar.
 
 
                        “Berkelakuan kurang sopan? Saya tak faham Puan Hasnah, cuba Puan Hasnah jelaskan kepada saya secara terperinci agar saya mengerti maksud Puan Hasnah,” jawab Nik dengan wajah terperanjat bila dia di panggil Pengetua Sekolah kerana dia dituduh melakukan kesalahan besar.
 
 
Kesalahan apa yang telah dia lakukan? Nik cuba mengingati apa yang telah dia lakukan di luar sekolah sehingga ada pelajar dari sekolahnya mengadu perihalnya yang tidak berkelakuan baik di luar.
 
 
                        “Cuba awak jelaskan pada saya apa yang awak nampak dari photo ni?,” ujar Puan Hasnah lalu menyerahkan kepada Nik Faisal sekeping photo yang diterima.
 
 
                        Nik menyambut photo dari tangan Puan Hasnah. Gambarnya bersama Fiqa di KFC tempoh hari. Tiada apa yang pelik di lihat dalam gambar itu. Gambar itu dipetik ketika Fiqa sedang menyuapkan kentang goreng ke mulutnya ketika dia mengangkat tray menuju kearah meja mereka. Dari mana Puan Hasnah mendapat photo itu? Dan dari siapa? Siapa pula yang mengambil gambar dia dengan Fiqa?
 
 
                        “Gambar saya dengan adik saya Shafiqa,” jawab Nik lalu menyerahkan kembali gambar itu kepada Puan Hasnah.
 
 
                        “Pelajar sekolah lain itu adik awak? Saya tak tahu awak ada adik perempuan Nik. Selama ini saya sangka awak ada adik lelaki,” ujar Puan Hasnah dengan perasaan lega.
 
 
                        “Saya minta maaf jika perbuataan saya telah memalukan Puan Pengetua dan sekolah ini, jika Puan Pengetua menganggap perbuataan saya itu salah, saya bersedia menerima hukuman dari Puan Pengetua,” ujar Nik dengan wajah serious.
 
 
                        “Eh Nik saya yang patut minta maaf kerana tidak siasat perkara ini terlebih dahulu, orang yang memberi gambar ini tentu tidak tahu akan hubungan awak dengan pelajar perempuan ini, awak tidak akan di kenakan hukuman apa-apa. Cuma saya berharap perkara ini tidak akan berlaku lagi, saya tidak mahu awak di fitnah lagi Nik,” ujar Puan Hasnah merasa bersalah kerana tidak percaya pada Ketua Pengawasnya.
 
 
                        “Tak mengapa Puan Hasnah, Puan Hasnah tidak perlu minta maaf dari saya, Puan Hasnah tidak salah apa-apa pada saya, baiklah Puan Hasnah, saya akan pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi, Insha Allah,” jawab Nik lalu bangun dari kerusinya.
 
 
                        “Saya harap awak tabah dan tidak merasa terganggu dengan berita-berita sebegini Nik,” ujar Puan Hasnah merasa bersalah pada Nik.
 
 
                        “Jangan bimbang Puan Hasnah…Insha Allah tidak!, Assalamualaikum,” jawab Nik lalu keluar dari pejabat Puan Hasnah. Wajahnya kelihatan sedikit kecewa walaupun dia tidak menunjukkan kekecewaannya pada Puan Hasnah.
 
 
                        “Waalaikumsalam,”
 
 
Dia benar-benar ingin tahu di mana Puan Hasnah mendapat gambar itu dan siapa pula yang menyebarkan fitnah itu tentang dirinya.
 
 
                        Keluar dari pejabat sekolah, Dania segera mendapatkannya kerana Dania menunggunya di luar pejabat mungkin Dania ingin tahu samada apa yang dikhabarkan benar atau tidak.
 
 
Nik percaya seluruh sekolah sudah tahu cerita mengenainya. Jika tidak bagaimana Dania tahu.
 
 
                        “Nik?? Are you ok?? Apa yang telah terjadi? Puan Hasnah cakap apa dengan you? Siapa pelajar perempuan yang diaorang gossipkan dengan you?,” tanya Dania bertubi-tubi pada Nik bila lelaki itu hanya mendiamkan diri sebaik sahaja keluar dari bilik Pengetua sekolah.
 
 
Dia benar-benar ingin tahu siapa? Nik punya teman wanita? Bukankah Nik tahu dia sukakan Nik. Dan Nik sendiri akui dia tidak punya teman wanita? Jadi dia ingin tahu siapa perempuan itu?
 
 
“Nik!!,” ujar Dania lalu menarik tangan Nik bila lelaki itu tidak focus pada pertanyaan-pertanyaan yang dia ajukan kepadanya.
 
 
Nik memandang wajah Dania bila wanita itu mendesaknya.
 
 
“Fiqa. Pelajar perempuan dalam gambar itu adalah Fiqa, Ok! Dan orang yang menyebarkan fitnah itu hampir membuatkan Puan Hasnah menarik balik kuasa I sebagai Ketua Pengawas, I don’t mind to step down if someone think I do not fit being a Head Perfect in a fair manner, but this incident really disappoint me!” ujar Nik dengan wajah kecewa lalu meninggalkan Dania sendirian.

 

****

 

                        “Eh kau orang tak dengar cerita hangat!,” ujar Yana kepada Felisya dan Nur Adila semasa waktu rehat. Dia percaya selepas dia memberi tahu kedua-dua pelajar itu. Pasti berita itu akan sampai dari mulut ke mulut dan seluruh sekolah akan tahu mengenai cerita Nik.
 
 
                        “Cerita hangat?? Cerita apa eh?,” tanya Felisya dengan wajah teruja.
 
 
                        Felisya dan Adila memandang wajah Yana kerana ingin tahu akan berita hangat apa yang hendak di sampaikan Yana kepada mereka.
 
 
                        “Cerita pasal Ketua Pengawas kita kantoi dengan girlfriend dia, dengar-dengar dia dah tak jadi ketua pengawas kita lagi, sebab kena tarik kuasa dari Puan Pengetua!,”
 
 
                        “Ah really???!!! Abang Nik macam itu ke?? That’s really bad, abang Nik kena tarik kuasa..Oh No!,” ujar Adila dengan wajah sedih. Dia minat dan suka benar dengan Ketua Pengawas mereka. Abang Nik baik, seorang yang berwibawa dan dreamy!
 
 
                        “Eh kau suka dia eh?? Eii!! Perasanlah kau ni?,” ujar Yana lalu menolak bahu Adila bila dia menunjukkan wajah dreamy sebaik sahaja dia menyebut nama Nik.
 
 
                        “Apa tak sukanya..dahlah handsome..baik..ketua Pengawas pulak tu, habis kalau abang Nik tak jadi Ketua Pengawas siapa ganti tempat dia???,” tanya Adila ingin tahu.
 
 
                        “Entah Danial kot!,” jawab Yana lalu mengerutkan keningnya. Setahu dia naib Ketua Pengawas adalah Danial. Manakala Nur Dania hanya pembantu pengawas sahaja.
 
 
                        “Huh Danial??? Tak bestlah Danial ganti tempat dia, Danial tu tak fun macam abang Nik, Danial tu sikit boring betul tak Adila? Serious ke abang Nik tak jadi Ketua Pengawas lagi? Boleh percaya ke sumber yang kau dapat ni?,” celah Felisya pula.
 
 
                        “Tak percaya kau tanyalah pengawas-. Ah Ezad! Kau tanya Ezad mesti dia tahu,” ujar Yana lalu menarik tangan Ezad pengawas bertugas di kantin hari ini. Kebetulan lelaki itu berjalan berdekatan dengan mereka.
 
 
                        “Zad betul ke abang Nik tak jadi Ketua Pengawas kita lagi?,” ujar Felisya.
 
 
                        “Siapa cakap??,” ujar Ezad lalu mengerutkan dahinya.
 
 
                        “Yana cakap pasal dia kantoi dengan girlfriend dia???,” ujar Adila pula.
 
 
                        “Dia masih Ketua Pengawas..apa yang kau orang dengar cuma salah faham sahaja, itu semua fitnah..,” terang Ezad lalu memandang wajah mereka. Dia baru sahaja pulang dari menghadiri mesyuarat tergempar dari bilik pengetua.
 
 
                        Puan Hasnah menerangkan kepada mereka akan keadaan yang sebenar. Puan Hasnah juga mengatakan dia tidak akan bertindak apa-apa terhadap Nik kerana Nik tidak bersalah. Dan Nik kekal menjadi Ketua Pengawas mereka.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

Jodoh Pasti Bertemu - Part 16




 
 
Tahun 2001, Di SMTI

                        FIQA berdiri berdekatan dengan pondok pengawal keselamatan sekolah SMTI sementara menanti kedatangan abangnya Nik. Sesekali dia melirik kearah jam di pergelangan tangannya. Mana abang Niknya? Kata habis jam 3 petang. Dia sudah menunggu hampir 15 minit namun bayang abangnya tidak kelihatan.

                        Lia dan Yana berjalan perlahan menuju ke parkir kereta. Sambil berjalan menuju ke kereta Yana matanya memandang kearah seorang pelajar perempuan berdiri seorang diri di pondok keselamatan. Budak perempuan itu bukan pelajar di sekolahnya kerana logo nametag sekolah yang di pakai budak perempuan itu tidak sama sekolahnya. Siapa budak perempuan tu? Dia tunggu siapa?

                        Lia menyenggol lengan Yana.

                        “Budak perempuan yang berdiri kat pondok security tu?? Kau kenal budak perempuan tu?,” tanya Lia lalu menyandarkan badannya di kereta kancil Yana.

                        Yana mengalihkan pandangan kearah pondok keselamatan.

                        “Entah tak kenal..kenapa? Entah-entah dia tunggu pakwe dia balik agaknya,” ujar Yana sambil lewa. Bukan dia tak biasa lihat pelajar dari sekolah lain menunggu pakwe atau makwe mereka balik dari sekolah. Ala perkara biasa. Tak ada yang peliknya. Dia pasti budak perempuan itu menunggu pakwenya pulang sekolah.

                        “Eh kejap aku nak tengok siapa pakwe dia,” ujar Lia lalu menutup pintu kereta. Mereka duduk diam di dalam kereta menunggu pasangan pelajar perempuan itu bertemu dengannya.

 

****

 

                        Fiqa menunjuk jam di tangannya sebaik sahaja dia terpandang wajah abang Niknya berjalan perlahan menuju ke arahnya. Penat dia berdiri sedari tadi. Naik lenguh kakinya menunggu abang Niknya. Abang Niknya masih boleh berjalan lenggang kangkung lagi. Issk!

                        “Cepatlah..orang dah penat ni?? Bag berat tau!,”ujar Fiqa lalu menuju kearah motor abang Niknya yang terparkir berdekatan dengan pondok keselamatan.

                        Nik hanya tersenyum melihat adiknya Fiqa yang meradang melihatnya sengaja melengah-lengahkan masa. Bukan dia sengaja. Tadi mesyuaratnya habis sedikit lewat. Sebab itu dia keluar lambat.

                        “Eii abang sengaja tau!,” ujar Fiqa geram lalu mencubit pinggang abang Niknya bila lelaki itu sengaja berbuat demikian.

                        “Kata nak cepat..habis helmet tak pakai lagi?,” ujar Nik bila Fiqa tidak memakai helmet yang di serahkan kepadanya.

                        “Pakaikanlah..Fiqa mana reti!,” jawab Fiqa manja.

                        Nik hanya menjeling bila Fiqa mula manja tidak bertempat. Nik memakaikan helmet pada Fiqa. Fiqa hanya tersenyum bila abang Niknya melayan karenah manjanya.

 

****

 

                        “Makwe si mawas rupanya?? Tak sangka aku si mawas tu ada makwe, cantik pulak makwe dia!,” ujar Yana lalu tersenyum bila menyedari teman lelaki budak perempuan itu adalah Ketua Pengawas mereka Nik Faisal. Patutlah Nik tidak pernah melayan pelajar perempuan sekolah mereka. Rupanya Nik punya makwe dari sekolah lain. Kurang kontroversi. Bijak juga Nik memainkan peranan.

                        “Tak adalah secantik mana!,” jawab Lia perlahan namun komennya tidak di dengari Yana.

                        Matanya tidak lepas dari memandang kearah mereka. Nik ada makwe? Dania bukan makwe dia? Bisik Lia dalam hati. Siapa budak perempuan tu? Dari sekolah mana? Loving bukan main?

                        “Dah tahu siapa pakwe dia..jom kita balik sekarang!,” ujar Yana lalu menghidupkan enjin keretanya.

                        “Aku nak kau ikut diaorang!,” ujar Lia lalu menoleh kearah Yana.

                        “Ikut Nik?? Nak buat apa?,” tanya Yana hairan. Kenapa Lia mahu dia mengikut Nik.

                        “Aku nak cari masalah baru dengan Nik,” jawab Lia dengan perasaan membuku.

 

****

 

                        “Wah KFC?? Best jugak! Dah lama aku tak makan ayam goreng KFC!,” ujar Yana lalu  duduk di salah sebuah meja kosong yang terdapat di dalam restaurant KFC.

                        Dia mengekori Nik hingga ke KFC bila pasangan romantic itu menuju kearah restaurant itu. Sepanjang dia mengekori Nik. Lia diam sahaja. Mungkin Lia sibuk merancang hendak mengenakan Nik.

                        Lia membuka walletnya lalu dia mengeluarkan note 3 keping 10 ringgit lalu di serahkan kepada Yana.

                        “Kau belanja aku?? Wah best! Kau nak makan apa?,” tanya Yana kerana dia tahu Lia mahu dia ke kaunter membeli makanan untuknya.

                        “Apa-apa yang kau makan,” jawab Lia matanya tidak lepas dari memerhatikan pasangan 2 sejoli berada di kaunter menunggu makanan pesanan mereka.

Budak perempuan itu kelihatan begitu manja sekali dengan Nik. Dan Nik tidak merasa segan melayan karenah makwenya. Naik meluat dia melihatnya. Kata Ketua Pengawas, tapi perangai tak ubah seperti mawas. Di sekolah bukan main decent lagi. Bila di luar sekolah semua perangai buruknya keluar. Cemuh Lia dalam hati.

Nik mengangkat tray berisi daging ayam kfc dan burger makanan yang di pesan di kaunter tadi di temani Fiqa lalu berjalan menuju kearah meja kosong. Fiqa mencapai beberapa kentang goreng dari tray lalu di suakan ke mulut Nik. Nik membuka mulut lalu mengunyah kenyang goreng itu perlahan.

 

*****

 

                        “Bismillah! Wah bestnya dapat makan burger KFC! Dah lama abang tak belanja Fiqa,” ujar Fiqa ghairah mengunyah burger zinger sehingga sos putih zinger comot di hujung bibirnya dia tidak perasan.

                        Nik mengelengkan kepalanya perlahan bila Fiqa makan seperti tidak pernah makan KFC selama 1 tahun layaknya. Nik mencapai napkin lalu mengelap hujung bibir Fiqa yang comot dengan sos mayonnaise zinger.

                        “Makan tu cuba elok-elok, awak tu perempuan, cuba lady like sikit,” tegur Nik lalu tersenyum.

Dia mencapai kentang goreng lalu di suapkan ke dalam mulutnya. Sudah lama juga, dia dan Fiqa tidak keluar makan bersama. Sesekali keluar lepas sekolah seronok juga. Tapi dia tidak mahu amalkan selalu kerana dia tidak mahu memanjakan Fiqa dengan makanan fast food. Sesekali boleh tapi tidak selalu.

                        “Nak ladylike apanya abang? Fiqa kan tomboy sebab berkawan dengan abang dari kecil sampai lah ke anak dara sekarang ni, lainlah abang ajak Fiqa main anak patung dan masak-masak dulu, mungkin Fiqa boleh jadi ladylike,” jawab Fiqa dengan wajah selamba bila abang Niknya menegurnya dia tidak ladylike tadi.

                        “Ada sahaja jawapannya..,” ujar Nik tersenyum lalu mengelengkan kepalanya perlahan.

Fiqa selalu mengikut dia kesana kemari semasa mereka kecil dahulu. Dia mengajar Fiqa bermain guli, gasing dan mainan budak-budak lelaki. Sebab itu Fiqa agak ganas sedikit perangainya berbanding budak perempuan yang biasa. Dan salah satu kegiatan yang menjadi kesukaan Fiqa hingga sekarang adalah memancing. Nik terpaksa melayan Fiqa bila dia gian memancing kerana salah dia sendiri kerana mengajar Fiqa memancing dahulu. Dan hobi memancing Fiqa kekal hingga ke hari ini.

                        Fiqa menjeling kearah meja hujung dimana terdapat 2 pelajar sekolah sedang duduk menikmati KFC. Apa yang Fiqa perasan salah seorang dari teman mereka asyik memandang kearah mereka berdua sedari tadi. Fiqa tidak kenal pada mereka kerana lambang nametag mereka tidak seperti sekolahnya.

Fiqa memandang kearah poket kemeja biru sekolah abangnya. Lambang logo sekolah abangnya di perhatikan. Sah! Budak dari sekolah SMTI.

                        “Abang..si budak Lia tu datang sekolah hari ni?,” tanya Fiqa sambil lewa lalu menyedut air ice lemon teanya perlahan.

                        “Tadi mesyuarat dia ada, Kenapa Fiqa tanya?,” jawab Nik sambil lewa. Dia sibuk hari ini, selepas habis kelas, dia ada mesyuarat persatuan catur, selepas itu dia pergi mesyuarat kelab bahasa Ingerris pula.

                        “Tak adalah, saja tanya!,” jawab Fiqa lalu menoleh kearah meja budak sekolah SMTI sekilas. Sekali lagi budak perempuan yang sama menoleh memandang ke arahnya. Namun Fiqa pura-pura tidak perasan bila budak itu melihatnya. Malah dia menyentuh rambut abang Niknya perlahan.

                        “Kenapa??,” tegur Nik bila Fiqa menyelak rambutnya perlahan seperti mengambil sesuatu.

                        “Ada benang,” jawab Fiqa lalu tersenyum.

Sebenarnya tidak ada apa-apa dia cuma mahu melihat reaksi budak perempuan itu bila dia berbuat demikian. Dia merasa pelik melihat kelakuan budak perempuan SMTI itu. Siapa dia? Kenapa dia asyik memandang kearah dia dan abang Niknya? Jangan-jangan budak itu LIA?

                        “Budak Lia tu ahli kelab bahasa Ingerris ke?,” tanya Fiqa lagi.

                        “Tak, dia ahli kelab catur,” jawab Nik sambil lewa.

                        Fiqa menoleh kearah buku tahunan sekolah SMTI dan beberapa buku teks yang dibawa bersama abang Niknya tadi.

                        “Abang…dalam buku ini ada gambar budak Lia tu ke?,” tanya Fiqa mencapai buku itu lalu membukanya. Dia menyelak helaian demi helaian mukasurat yang terdapat di buku itu.

                        “Kelas 5 Jasmine,” ujar Nik bila Fiqa mencari gambar Lia di dalam buku tahunan itu.

                        Fiqa menyelak ke mukasurat Kelas 5 Jasmine. Wajah pelajar perempuan di dalam kelas itu di perhatikan satu persatu. Jari telunjuknya terhenti pada salah seorang pelajar perempuan di kelas 5 Jasmine.

                        “Ini ke Lia????,” tanya Fiqa ghairah lalu menunjukkan kepada abang Niknya kerana budak perempuan yang berada beberapa meja dari mereka wajahnya seperti berada di gambar itu.

                        Nik memandang kearah wajah budak perempuan yang di tunjukkan Fiqa di dalam buku tahunan.

                        “Ah yelah, mana Fiqa tahu??,” ujar Nik terperanjat bila Fiqa dapat meneka dengan tepat. Fiqa tidak pernah bertemu dengan Lia.

                        “Kan ada tulis nama,” jawab Fiqa lalu tersenyum meleret bila mengetahui siapa budak perempuan itu. Dia tidak merujuk pada nama pada gambar kelas itu. Dia hanya meneka sahaja.

Sengaja dia tidak mahu memberitahu abang Niknya bahawa Lia berada di sini dan sedang mengintip mereka. Apa yang membuatkannya musykil kenapa Lia mengikut mereka hingga ke mari. Apa muslihat Lia? Dia hanya akan tahu bila abangnya bercerita padanya nanti.




bersambung....