Tuesday 27 September 2016

D&D and firm trip to BKK 2016



The women in blacks and a Minion

Assalamualaikum..Nak cerita pasal D&D. This time round firm trip to BKK. Yay! Rasanya dah lama tak pergi kot haha. Kali terakhir pergi BKK masa firm trip juga masa tu pergi dengan Mikhail tak silap usia Mikhail 8 tahun. So, tahun ni aku tak bawak sesiapa ikut walaupun aku ada plan nak bawak Maya pula kali ni.  Tapi bila dah fikir balik rasanya tak payah kerana aku khuatir rushing sebab ada D&D.
 
Ok untuk entry kali ni aku letak kat label SignoraPrue Diary sebab aku tak banyak hendak ceritakan tentang trip aku yang cepat kilat (sebab hanya 3 hari 2 malam sahaja plus ada D&D) ni kat label cuti-cuti. Segan pulak kan! Haha. Ok D&D tahun ni theme Movie Magic.

With Traci while waiting for others to come
With my roomy Liza

Pada awalnya our Dept C&F tak ada plan hendak anticipate. Tapi oleh kerana keterujaan si Sharon maka dia keluarkan idea theme Despicable Me. Aku yang mula-mula macam tak teruja tertiba teruja sebab bukan the seccies sahaja yang involved tapi the Directors ngan boss-boss kita! Haha interesting kan sebab masa kat opis muka semua serius je buat keje, inilah masanya hendak lihat samada depa sporting ke tidak?? Sharon suggests our male directors’ jadi ‘Gru’ dan boss-boss kita dan kita-kita ni jadi ‘Minions’ haha. Bila semua dah sepakat kata ok. Maka semua sibuk mencari baju untuk Minions. Aku kiranya selamat sebab dah tahu hendak pakai apa untuk jadi minions haha.
 
Corporate Insolvency Restructuring Team Seccies
Roomy aku dan Habs pula their Dept theme Woman In Black. Trip kali ini flight dari SIN to BKK jam 12plus. So selamat ler..tak perlu ada kat Airport pukul 5pagi haha. Sampai kat hotel sahaja dah nak dekat 4 lebih (sebab Hotel kali ini jauh dari pusat bandar BKK..kali ni management committee depa nak feeling-feeling ala-ala Venice maka Hotel kami Avani terletak dekat sungai haha – feeling lah sangat) Dari airport ke Hotel travel satu jam, habis mesti ada kat Hotel Ballroom jam 6.30petang mahu tak kelam kabut gila kita di buatnya bersiap untuk D&D. Haha. Nasib baik minions kalau tema yang lain??
 
 
 

Di sebabkan aku ni style sempoi aje masa kat office jadi bila aku put effort untuk feeling D&D ramai gak yang terkojuts mokcik dandan sakan malam tu haha. Apa salahnya sesekali kan bukan selalu pun. Haha. ‘Let your hair down’ kata omputeh.  Yang penting we had our 'Minions' moment and have fun!
 
Real Estate & Corporate IR Depts
 






 

Monday 19 September 2016

Leo dalam kenangan.....



 
 
 
 
                           Awal pagi tadi aku bangkit dari tidur seperti biasa. Guruh berdentam kuat di luar menandakan hari hendak hujan. Aku keluar ke ruang tamu lalu menjeling ke arah balcony. Pintu balcony tertutup rapat dan langsir masih belum di selak. Hatiku menjadi sebak. Namun aku tahan airmata dari mengalir lalu menuju ke kamar mandi untuk mengambil wudhuk. Seperti biasa aku akan solat di bilik study. Sekali lagi hatiku sebak kerana teringatkan dia selalu duduk di satu sudut setiap kali aku solat. Wajahnya yang comel tidak dapat aku lupakan.
 
 
 
                           ‘Leo’ nama aku berikan kepadanya pada hari pertama aku dan Mikhail pergi mengambilnya dari rumah Habsah. Habsah memberi kami seekor dari anak kucingnya kerana Mikhail dan Maya suka pada kucing. Ketika itu usianya baru 3 bulan. Kucing kacukan Parsi dan Siamese. Bulunya putih dan ‘Leo’ punya tanda lahir di hidung. Diantara 3 beradik ‘Leo’ tidak kelihatan berapa comel kerana ada tanda lahir dihidungnya. Namun bila dia sudah berusia setahun lebih ‘Leo’ diantara kucing yang tercomel dari 3 beradik itu.
 
 
 
                            ‘Leo’ begitu manja dan rapat dengan Mikhail. Dengan Maya pula, ‘Leo’ punya mood. Jika moodnya baik dia tidak begitu garang pada Maya. Sungguhpun Leo is ‘notty’ boy. Kami sekeluarga begitu menyayangi ‘Leo’ walaupun Encik Amir kita, hubungannya dengan ‘Leo’ takut-takut berani kerana padanya ‘Leo’ seekor kucing yang lincah dan Encik Amir hanya suka pada kucing yang jinak dan manja.
 
 
 
                             Dan oleh kerana ‘Leo’ seekor kucing yang lincah, setiap kali Encik Amir berada di ruang tamu ‘Leo’ akan dimasukkan ke tempat rumahnya di balcony. Dan bila Encik Amir ke bilik, kami akan membiarkan ‘Leo’ bergerak bebas di dalam rumah dan tempat yang selalu di tuju dahulu adalah bilik Mikhail. Dia akan menjadi peneman setia pada Mikhail. Mereka berdua tidur bersama dan bermain bersama selalu bila Mikhail tidak leka dengan Ipadnya. Aku suka membelai ‘Leo’ kerana ‘Leo’ berbadan mungil dan bulunya yang cantik seperti carpet dan sedap di peluk, sementelah lagi rupanya yang tersangat-sangat comel kerana Leo sudah bertukar warna seperti kucing siam dan berbulu lebat seperti parsi!
 
 
 
                             Tapi kini hanya tinggal kenangan. Semalam merupakan hari yang menyedihkan buat kami sekeluarga kerana tiada lagi kedengaran suara ‘Leo’ mengeow bila minta perhatian dari kami. Tiada lagi aksi lucu Leo yang suka membalik-balikkan badannya bila minta di belai. Rumah merasa sunyi dan kami merasa kehilangan yang amat sangat kerana ‘Leo’ bukan sahaja kucing peliharaan kami dia juga ahli keluarga penyeri rumah kami. ‘Leo’ yang kami sayangi telah meninggalkan kami buat selama-lamanya.
 
 
 
                           Selamat tinggal sayang kami ‘Leo’. ‘Leo’ berada di tempat yang indah. Kami sekeluarga akan sentiasa merinduimu.
 
 
Tanggal (18 September 2016) - Hari yang menyedihkan kerana Leo telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya jam 7.20 pagi.