Friday 7 February 2014

Watsapp Luv! - Part 25


             Mia mengetuk meja berkali-kali mengunakan kukunya yang cantik di manicure menunjukkan dia tidak sabar menunggu. Dia memandang kearah mamanya dengan perasaan tidak senang. Mamanya memaksanya untuk makan malam bersama abang tirinya atau half brother yang tidak pernah dia tahu atau kenali sejak dia lahir sehinggalah kini dia berumur 26 tahun. Mia tidak mahu reunion dengan abangnya. Dia sudah biasa menjadi anak tunggal. Dia tidak perlukan abang? Dan pertemuannya dengan abangnya nanti tidak akan merubah apa-apa kerana dia tidak akan menganggap lelaki itu sebagai abangnya. Mereka hanya berkongsi mama dan berlainan papa. Kalau mama menyangka bahawa abangnya dapat mengawal dirinya. Mama silap kerana dia tidak takut dan tidak ambil peduli.

               “Seriously ma..how long we gonna have to wait for him?” ujar Mia dengan wajah bosan lalu menjeling kearah mamanya. Dia sudah ada plan malam ini untuk bertemu dengan Shafiq.

               “Be patience Mia, sekejap lagi sampailah dia,” jawab Datin Zainab bila Mia kelihatan restless dan seperti cacing kepanasan. Sudah lama dia mahu memperkenalkan Mia kepada anak lelakinya. Mia selalu memberi pelbagai alasan dan mengelak untuk bertemu atau mengenali anak lelakinya. Hari ini, Mia tidak dapat membantah, kerana jika Mia tidak mengikutnya makan malam hari ini bersama. Mia tidak akan mendapat kereta Audi sport yang diminta di hari lahirnya nanti seperti yang telah di janjikan.

               Mia mencebik bila mamanya berkata demikian. Seriously kalau tidak kerana mamanya mengugut tadi dia tidak akan ke reunion dinner mama dengan long-lost-son.

               “Sorry I’m late,” tegur Mikhail lalu mencium pipi mamanya lalu duduk di kerusi kosong berhadapan dengan Mia adiknya. Dia membuahkan senyuman kepada wanita muda itu. Datin Zai hanya tersenyum bila Mikhail berbuat demikian. Sejak pertemuan mereka kelmarin hubungan dia dengan Mikhail bertambah baik. Mikhail sudah dapat menerima kehadirannya dalam hidupnya. Mikhail tempat dia bergantung harap. Datin Zainab merasa selesa mengadu tentang Mia kepada Mikhail dan anak lelakinya itu banyak memberi pandangan dan nasihat kepadanya cara untuk menambat hati Mia. Datin Zainab kagum dengan anak lelakinya yang selalu berfikiran positif dan juga matang. Cara layanan Mikhail terhadap dirinya juga menyenangkan. Mikhail mendengar kata dan hormat padanya. Datin Zainab mengakui bahawa bekas suaminya itu adalah seorang papa yang berjaya membentuk perbadi anak yang baik. Lihat sahaja perangai Mia dengan Mikhail. Bagai langit dengan bumi.

               Mia tergamam sebaik sahaja terpandang akan wajah abangnya. He’s hot. Why? Why is this thing always happening to me? I think I’m in love with my half brother. He’s so hot and so good looking. Bisik Mia dalam hati. Gosh! What a waste? Life is cruel.

               “Mia kenalkan ini Mikhail, your brother,” ujar Datin Zainab memperkenalkan Mikhail kepada Mia.

               Mia tidak berkata apa. Dia masih memandang wajah Mikhail tanpa berkedip seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa lelaki kacak yang berada di hadapannya itu adalah abangnya sendiri dan mereka adalah adik beradik tiri.

               “MIA!,” tegur Datin Zainab lalu menyentuh lengan anak perempuannya bila tiada reaksi yang diterima olehnya.

               Mia tersentak bila mamanya berbuat demikian. Dengan wajah selamba dia menghulurkan tangan kepada Mikhail menandakan dia tidak begitu teruja dengan perkenalan dan pertemuan mereka hari ini. It's no big deal.

               “Nice to meet you BROTHER,” ujar Mia lalu tersenyum sinis. Sengaja dia berbuat demikian.

               Mikhail menyambut huluran tangan Mia. Matanya sempat menjeling ke arah jari manis Mia yang tersemat dengan sebentuk cincin batu permata yang indah. Mikhail membuahkan senyum kerana dia tahu Mia tidak berapa suka bila mengetahui dia mempunyai abang dan menyangka bahawa dia adalah anak tunggal.

               “It's a pleasure to meet you too Mia,” jawab Mikhail lalu tersenyum mesra.

               Mia menjeling bila Mikhail berbuat demikian. Maknanya Mikhail tidak cocky dan matured. Kalau Shafiq sudah pasti dia akan membalas dengan jawapan yang sinis. Itu kalau Shafiq lah.

               “What’s nice here?” jawab Mia sambil lewa, lalu membetulkan shawl di bahunya. Dia mencapai menu yang berada di hadapannya sambil lewa. Fikirannya sarat dengan pelbagai persoalan mengenai so-call-newly-found-half-brother. Apa pekerjaannya? Sudah punya teman wanita? Mia tahu Mikhail belum berumahtangga kerana dia hadir makan malam sendirian dan tidak di temani so-call wife jika dia sudah berumahtangga. Dan Mia tahu dijari Mikhail tidak terdapat sebarang cincin. Kenapa dia mahu tahu semua tentang Mikhail? Dia hendakkan Leverage. Dari body language mamanya. Dia dapat merasakan mama sayangkan Mikhail kerana Mikhail anak yang mendengar kata dan baik. Punya potensi mengugat kedudukan di hati mamanya. Mia tidak akan membenarkan perkara ini berlaku. Dia mahu dig some dirt mengenai Mikhail.

               “Mama cadangkan Mia try their signature salad, mesti Mia suka,” ujar Datin Zainab lalu menoleh kearah Mia yang masih membelek-belek menu. Dia tahu Mia tidak makan makanan yang mengemukkan.

               “Ma I come all the way here just to eat salad, apa lah ma, erm brother Mikhail any recommendation since you suggest that we have dinner here?,” ujar Mia dengan suara manja lalu memandang tepat ke wajah kacak Mikhail sambil tersenyum. Wajah kacak milik Mikhail di pandang lama. Lelaki itu sedang sibuk meneliti menu di tangannya. Dia menutup menu tersebut lalu meletakkannya di atas meja bila menyedari ada sepasang mata yang asyik memerhatikannya sedari tadi. Dia tahu Mia memerhatikannya.

               “No salad for Mia today, I don’t know been here once only, let’s check it out,” jawab Mikhail memberi isyarat kepada pelayan yang berada tidak jauh dari mereka. Pelayan yang di panggil datang ke meja kami.

               Mia tersenyum bila Mikhail berkata demikian. Smooth and Charming but not for long. Bisik Mia di dalam hati.

               “This beautiful young lady would like you to give her good food recommendation,” ujar Mikhail lalu tersenyum. Dia menoleh kearah Mia yang agak terperanjat bila dia mengatakan beautiful young lady. Wajah Mia merona merah bila di beri pujian begitu.

               Datin Zainab hanya tersenyum melihat perlakuan Mia yang agak sopan dan tidak bitchy seperti selalu. That’s a good sign. Mungkin kerana kehadiran Mikhail. Mia tidak mahu Mikhail tahu akan perangainya dan mahu memberi good impression kepada abangnya. Datin Zainab berdoa agar Mia berubah perangai setelah mengenali Mikhail. Dia juga berharap Mikhail dapat membimbing dan dapat melentur Mia untuk menjadi seorang wanita yang sopan dan baik. Mungkin dengan kehadiran Mikhail, Mia dapat mendengar nasihatnya.
 
bersambung...

 

1 comment: