Sunday 21 October 2012

Charcos

Gara-gara mengidam hendak makan ribs..aku heret Mr. Sam dan budak2 ke parkway untuk ke Charcos. Satu-satunya ribs halal di Singapura..Jauhlah dari rumah aku tu..dulu kedai dia kat AMK habis tu dah pindah kat parkway..dahlah parkway area tak ada MRT nak kena stop kat bedok lepas tu naik bas atau stop kat paya lebar MRT. Tapi kerana mood Mr. Samuel baik dia turutkan aje kehendak aku yang nak makan ribs kat Charcos..
 
Sampai hawker centre..nasib baik tak tamai orang so bolehlah aku pilih2 side dishnya dengan aman..kalau tak stress tau..Mr. Sam suruh aku pilihkan untuk dia..oklah aku pilihkan mix sample platter (ayam portugese dan lamb ribs) untuk dia dengan side dish pasta dan potato gratin..manakala aku pilih beef ribs dengan side dish potato gratin dengan coleslaw..
 
Beef ribs potato gratin & coleslaw
 
Nampak yummy kan..apa lagi rasanya memang yummy sesangat..tapi aku tersalah pilihlah..beef ribs yang aku order tu besar sangat tak terhabis aku di buatnya..patutnya aku order lamb ribs..tapi apapun puas hatilah dapat makan kat charcos..
 
Sample platter with potato gratin & pasta
 
Mr. Sam juga puas hati kerana apa yang aku pesan buat dia memang dia suka sangat..see siapa punya taste kalau tak wife dia..tak rugi travel all the way pergi parkway..betul tak..hehehe
 
Kesimpulannya makanan yang terdapat di charcos memang sedap bagi yang minat akan makanan western ni..sauce yang dimarinate dengan daging ribs dan ayamnya just nice dan tidak terlalu banyak..ditambah pula dengan side dish yang memang menyelerakan (terdapat pelbagai jenis salad dan side dish seperti caesar salad, tuna pasta, macaroni and cheese dan macam2 lagi lah..happy perut pun kenyang..alhamdullilah..
 
 
 

Lampu buluh lip lap

Hmm project tak dapat balik beraya di kampung aku kali ini..lampu diperbuat dari buluh aku beli dari Wiharja 3 tahun lepas tu aku ubah suai kerana lampu tu sudah berhabuk tidak pernah digunakan..nak buang sayang pulak kan..so suatu hari ahad tu 3 hari sebelum raya dan tengah mood rajin tu aku suruh Mr. Sam pergi kedai belikan tin spray warna putih matte. Dia cakap nak buat apa. Aku cakap nak buat project raya..
 
Barang yang perlu:-
 
Lampu buluh
Lampu lip lap lama
Bunga lilit
 
So firstly aku spray lampu buluh tu warna putih.
 
 
Sudah kering aku lilitkan lampu buluh tu dengan bunga lilit yang aku beli tahun lepas dari Air Hitam yang aku tak tahu kenapa aku beli..hanya satu sebab aje..pasal bunga tu cantik..bila dah beli tak tahu nak letak mana..jadi ini gunanya..lepas aku dah lilit bunga akhir sekali aku lilit pulak lampu lip lap kecil yang macam cili padi..
 
 
ini hasilnya..cantik tak..
 


 

Coklat Cornflakes crunch

Tiap-tiap kali bila buat persiapan hari raya..selain dari membeli kuih tunjuk2 aku tak pernah miss buat kuih sendiri..hehehe kuih orang rajin macam aku ni lah dia..bukan sahaja untuk menyediakannya mudah malah sedap rasanya. Siapa yang tak suka coklat kan..mungkin DIY aku ni bukan orang tak biasa buat kan..cuma aku suka improvise sikit..tapi gambar yang aku tunjukkan ni gambar DIY aku dua tahun yang lepas..dulu tak terpikir nak buat blog..so bila dah ada blog barulah aku post kat sini..tahun ini aku improvise lagi cornflakes aku tapi aku share yang ni dulu kerana bahan2 yang aku improvise untuk tahun ni tak jauh bezanya..
 
Bahan2nya:-
 
Cornflakes
Badam yang di hiris agak tebal (di bakar hingga garing)
Coklat blok (aku gunakan jenama tulip kerana rasanya tidak terlalu manis atau pahit taste just nice)
Sugar Pearly (untuk hiasan)
Paper cup (aku guna putih)
 
Caranya:-
 
1. Cairkan coklat gunakan kaedah double boil
2. Setelah coklat cair masukkan cornflakes dan badam
3. Gaulkan sehingga rata (make sure cornflakes dan badam sebati dengan coklat)
4. Masukkan kedalam paper cup dan taburkan pearly pearl..
5. Biarkan coklat beku tak perlu masuk fridge biarkan sejuk dalam room temperature..setelah coklat keras boleh pindahkan ke dalam telap kedap udara..
 
Wa la dah siap pun...
 


Untuk tahun ni still buat gunakan coklat tapi aku buat 2 jenis cornflakes..aku namakan strawberry & Almond white coklat dan Nutty coklat bran..Yang strawberry dan nutty cornflakes tu aku beli dari Mark & Spencer..sebabnya ada almond crunch dan kepingan strawberry yang sudah di awet..jadi coklat putih itu aku campurkan sedikit perisa strawberry dan pewarna merah sedikit agar coklat putih itu berwarna light pink..maaf kerana tak sempat ambil gambar kuih tersebut dah habis di sapu budak2..hehehe..dan yang nutty coklat bran pula kerana terdapat muesli, cornflake dan almond cluster tu aku gunakan coklat biasa dan hiasan pula aku taburkan coklat bits yang berwarna gold..haha bila diaorang ternampak kepingan emas diaorang sempat tanya..boleh makan ke ni..eh tentulah boleh..
 
 
Selamat mencuba!
 
 
 
 
 
 
 
 

Zoom Bangkok Part 4 - Day 2 & 3

Hari kedua di Bangkok aku sudah berjanji dengan Linda, Wati dan Iriana untuk ronda bersama. Original khakis aku yang travel on Saturday. Selepas sarapan aku sempat pergi urut kaki dengan Naqi dan Nisa..sebab kaki dah sakit kerana semalam kami tidak naik tuk2 mahupun taxi dari satu destinasi ke satu destinasi. Dasyat tu..berbetis kita di buatnya..tu yang pagi ni aku pergi urut kaki sementara menunggu original khakis aku sampai Bangkok..dijangka sampai jam 11.00pagi waktu bangkok..aku, Nisa dan Naqiyya pergi ke supermarket opposite WTC untuk urut kaki..huh lega sikit dah kena urut satu jam pulak tu..nak terlelap pun ada..
 
Itinerary hari ini padat dengan kegiatan selain dari shopping..kita bercadang untuk ke Madame Tussaud di Siam Centre, Jim Thompson House untuk cari Thai silk, Levi's factory outlet dan pergi ke Tiffany show. 3 hari sebelum berangkat ke Bangkok kami sudah beli online ticket untuk Madame Tussaud dan Tiffany show. Purchase online lebih murah dari beli dari sana. Dan Yana arrange for van dan driver untuk bawa kami ke destinasi yang hendak dituju.
 
First stop sementara menunggu abang van tu datang kami ke World Trade Centre..sebelah hotel kami..giliran Yana, Wati dan Linda untuk shopping kat Naraya..hahaha tak tahu pula WTC ada Naraya..tahan semalam menapak jauh sampai ke Siam Centre..huhu..ok pada awalnya aku tak nak beli lagi barang Naraya pasal semalam aku rasa dah cukup aku borong barang Naraya..tapi bila aku tengok si Yana bawa sampai 3 bakul sarat dengan barang Naraya..dan budak Drews yang baru sampai hari ni shopping sehendak-hendaknya kat Naraya..tergoda juga aku..pulak tu WTC nya branch tengah ada sale..lagi mengila diorang di buatnya..beli lagi..nasib baik ada kerusi untuk ruang menunggu di Butik Naraya boleh park kan Mikhail kat situ tak lah dia penat berdiri..sorry Mikhail..
 
 
Setelah hampir 2 jam mereka2 bershopping kat Naraya..kita balik hotel untuk simpan bag2 shopping dari Naraya. Yana spend sampai SGD200 beli barang Naraya sahaja..ish..issh..issh..sampai hotel diaorang masih belum boleh check in lagi pasal bilik belum ada..kesian diaorang so aku offer untuk simpan barang2 diaorang kat bilik aku dulu..turun bawah abang driver tu dah sampai so memandangkan geng2 kami lapar pasal dah tengahari kita gi makan dulu kat tempat abang driver tu ajak..oklah kita makan makanan Thai lagi..sedap..tapi aku tak ingat apa nama restaurantnya..lepas perut dah isi kita ke Siam Centre ke destinasi yang di tuju..iaitu Madame Tussaud..
 
 

Sampai sini aje..perangai gila2 kami keluar pelbagai gaya kita pose untuk bergambar dengan pelakon, penyanyi dan orang2 ternama di serata dunia..tengok aje gambar kami..
 
 
 Dr. M & Lady D
 
Michelle Obama & Obama
 
 
 David Beckam, Mohd Ali & Queen Elizabeth
 
 
Justin Bieber & Coffee with George Clooney
 
 
 
Jackie Chan, Will Smith & Brad Pitt and Angelina Jolie
 
 
 
Johhny Depp
 
 
Lepas bergambar sakan dengan celebrity2 terkenal dan toko2 terkenal..kami kembali ke van untuk destinasi seterusnya iaitu Tiffany show. Di atas sebab2 tertentu kami tak dapat pergi Thomson House dan Levi's factory outlet kerana menurut abang driver tu jauh..Entah kan ye atau tidak..apa nak buat..tahan aku simpan banyak cash kerana hendak belikan jeans untuk Mr. Samuel kita dan untuk budak2..hmm apa nak buat bukan rezeki diaorang..aku hanya dapat belikan madame Tussaud mug untuk Mr. Samuel.
 
Kepada sesiapa yang tak tahu apa itu Tiffany show. Tiffany show ialah persembahan musical dari golongan nyah atau istilah lain she man. Dari Siam Centre untuk ke Mambo show mengambil masa hampir ke satu jam untuk kesana. Pulak tu ketika kami keluar dari Siam Centre hujan renyai2 mula turun. Masuk aje dalam van hujan mula lebat..hmm sedap untuk tidur.
 


Kami sampai awal sejam..sementara menunggu show..kami duduk di tingkat dua. Oh ye, tiket yang kami beli untuk show mambo di beri minuman soft drink percuma. Popcorn yang di atas meja itu aku beli untuk Mikhail.
 
 
Dalam teater sementara menunggu show start

Lepas aje bergambar ramai2 dalam teater my camera battery terus flat. Tak dapatlah nak tangkap gambar peserta yang terlibat dalam Tiffany show. Tapi diaorang cakap lepas show semua yang terlibat dalam show berkenaan akan berada di luar panggung untuk penonton2 yang mahu mengambil gambar dengan mereka. Tapi bergambar dengan mereka bukan free ok. Setiap seorang kami kena bayar 50 baht. So aku bergambar dengan dua orang kena bayar 100 baht. Aku pun tak melepaskan peluang dapat juga bergambar dengan dua orang peserta tersebut yang kira popular kerana mereka begitu cantik dan orang tidak akan menyangka bahawa mereka sebenarnya lelaki sebelum menukar jantina. Perkara lucu yang terjadi semasa kecoh2 hendak ambil gambar dengan star show tadi. Kawan aku Aslinda yang kecil molek itu di tendang oleh salah satu star bila dia berjalan di hadapannya kerana mahukan Alinda segera jalan. Kalau dah lelaki asalnya memang kasar kan perangainya..kesian Aslinda terperanjat katak bila di kena tendang. Walaupun tak kuat tapi terperanjat bila mereka buat begitu. Aku pulak terperanjat bila sudah bergambar mereka start bersuara..alamak suara tak tukar..anjat gegirl..hehehe anyway we have fun dapat experience dan pergi ke Madame Tussaud dan Tiffany show..
 
 
Lepas show perut dah lapar pula..si Wati pulak sibuk sangat hendak ke restaurant Osman yang katanya sedap dan rugi kalau tak kesana. Pada awalnya driver kami agak keberatan katanya nak ke restaurant Osman jauh. Tapi bila di desak kawan yang nak sangat makan di restaurant Osman akhirnya dia bawa kami juga. Jauh juga perjalanan hendak ke restaurant Osman lebih kurang 45 minit. Tapi walau bagaimana pun puas hati kerana masakan restaurant Osman ternyata sedap..tapi sayang tak dapat nak post gambar kerana camera dah KO. Lepas perut dah kenyang kami pun balik semula ke Hotel untuk berehat dan sibuk packing untuk balik ke Singapura.
 
Hari ketiga breakfast di hotel hari ni ballroom hampir penuh pasal semua keluarga drew bersarapan bersama.
 



 
Bergambar semasa breakfast di Centara Ballroom
 
Untuk group A & B yang pulang hari ni..semua bercadang untuk check out early dan buat last minute shopping sebelum berhimpun di lobby pada 12.00 tengahari untuk ke Airport. Untuk group yang sampai saturday diaorang ada satu full day untuk shopping hari ni..best kan..lepas breakfast aku dan Mikhail pergi ke Platinum shopping centre kerana beli apa2 sahaja barang untuk Maya dan Mikhail. Masa dah suntuk so aku tak boleh nak hegeh bogeh tengok2 barang sangat kat sana. Aku ingatkan bolehlah dapatkan t-shirt apa2 untuk Mr. Sam. Kesian dia aku hanya dapat beli mug aje. Sampai aje aku rush bagai nak gila cari barang budak2 dulu..ronda2 aku hanya sempat belikan baju tidur untuk maya dan mikhail dari jenis cotton yang bermutu dan dress untuk maya..tak ada apa yang menarik untuk di beli untuk Mr. Sam. Sedih..
 
Last minute kononnya nak beli Durian chips tapi supermarket yang aku pergi tak ada jual..ini boleh mendatangkan marah..alamak kalau tahu dah borong semalam di MBK atau kat Supermarket kat Central World..hmm tulah..terpaksalah beli kat airport..haiz..
 
 
 
Di departure hall Bangkok
 
Kat Airport memang ada Durian chips tapi packetnya kecil dan off courselah harga nya lebih mahal dari harga biasa di supermarket..hampa tapi apa nak buat beli jugalah kerana aku memang hantu durian chips dan memang dah ada dalam list lagi benda2 wajib aku beli semasa di Bangkok aku nak beli sekotak durian chips untuk diberi kepada keluarga dan hendak buat stok snack aku..hehe..
 
Aku watapps Iriana tolong belikan aku sepaket dua saiz besar agar aku tak kempunan nanti..so aku beli mangga yang di preserved untuk orang rumah dan buah-buahan preserved.
 
 

Di dalam flight untuk pulang ke Singapura..bye-bye Bangkok..ada rezeki dan panjang umur singgah lagi..
 
 
 

 


 
 
 

 

Monday 15 October 2012

Sepasang Kurung Biru - Part 4


“If only I could turn back time,” aku bernyanyi riang mengikuti irama di corong radio. Lagu dari nyanyian kumpulan Aqua. Kumpulan yang terkenal sedikit masa dahulu dengan lagu I’m a Barbie girl tapi sayang kumpulan itu sudah di bubarkan. What a pity kerana penyanyi utamanya memilki suara yang lunak seperti aku. Hehe perasan sendiri. Penulisan script ah ah jangan di tanya. Aku masih belum menyentuh notebook sejak aku ke Cameron Highlands. Aku hendak mengunakan masa selama tiga hari untuk menjelajah Bukit Cameron. Aku ingin merasa sendiri bagaimana seronoknya memetik daun teh. Dan bangun awal pagi di sambut dengan udara yang nyaman dan menyejukkan. Hehe. Apa nak buat. Di kota tidak pernah aku merasa udara sesegar di Cameron Highlands. Banyak juga yang ku borong sebaik sahaja pulang dari Pekan Brinchang. Berapa kotak teh dari pelbagai perisa sudah sarat di almari dapurku mengalahkan aku tinggal bertahun-tahun lamanya. Begitu juga dengan jam strawberry. Sudah ku beli sebanyak setengah dozen kerana terlalu ghairah. Apakan tidak strawberry asli yang terdapat di Asia hanya boleh didapati di Cameron Highlands. Dan apa yang aku ingin sekali pelajari bila berkesempatan adalah cara membuat scones. Selamba aje aku bertanya dengan kakak-kakak di pasar malam di mana hendak ku cari pakar pembuat scones. Hehe. Dah terlanjur berada di sini apa salahnya aku memanfaatkannya. Lagipun aku akan menghabiskan masa selama 6 bulan. Apa lagi yang hendak ku buat selain dari menyiapkan manuscriptku. Lagipun aku hendak mencari kenalan ataupun keluarga yang sudi dijadikan keluarga angkat. Kak Dina sudah tiga kali menelefon aku. Sayang juga dia dengan aku. Berkali-kali dia memesan supaya aku menjaga diri dan tata tertib ketika berada di tempat orang. Tahulah aku hendak menyesuaikan diri di sini. Ini Sarahlah. Bukankah aku sering di cap sebagai gadis yang candid and happy go lucky.

 “Oh poor thing, whois that unlucky person,” aku menurunkan sedikit suara di stereo bila terpandang seseorang sedang melambai kea rah ku. Landrovernya yang masih baru itu kelihatan tersadai di bahu jalan. Aku memperlahankan kereta lalu berhenti di hadapannya.

 “Boleh saya bantu,” ujarku.

 “Kereta saya rosak, boleh saya gunakan telefon saudari untuk menelefon mekanik, telefon saya buat hal lagi, tak ada reception” ujarnya seraya menunjukkan kepada Sarah bahawa telefonnya tidak punya reception.


“Sure, pakai line apa” interviewku. Aku kan ke peramah kalau dengan kakak kat pasar tadi aku boleh minta resepi inikan pula dengan jejaka hensem di depan aku ni.

“Maxis, tak sesuai kat Cameron,” jawabnya seraya tersenyum.

“Oh kenapa tak ambil line Digi aje, bersamamu selalu,” ujarku seraya menyanyi jingle iklan Digi lalu menyerahkan telefon bimbitku kepadanya.

“Oh yeah, ingatkan saya nanti untuk tukar line kepada Digi, terima kasih,” ujarnya hampir tergelak bila mengetahui aku ingat akan motto tema Digi.

Aku mengamati wajahnya lama. Wajahnya sungguh familiar. Macam pernah ku lihat sebelum ini. Tapi dimana ya. Ah aku bertemu dengan ramai orang, pelbagai ragam dan perangai. Di teater ramai pelakon baru yang kutemui hingga aku tidak ingat nama-nama mereka. Inikan pula jejaka kacak ala-ala model Armani Exchange sepertinya. Aku memerhati gerak geri lelaki tersebut yang sedang sibuk berbual dengan mekaniknya. Aku memerhatikannya dari atas hingga ke bawah. Lelaki itu mengenakan jeans dan turtle neck shirt berwarna hitam. Di lehernya di selimuti shawl berwarna kelabu hitam. Classic. Itu yang dapat ku jelaskan mengenai penampilan jejaka kacak itu. Aku cuba mengingati lagi dimana aku pernah nampak wajah yang serupa dengannya.

“Ya saya berada di batu 3/4, nama saya Amsyar,” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan dengan mekanik.

Aku menepuk dahi bila menyedari siapa dirinya. Memanglah wajahnya begitu familiar. Kerana dia adalah Amsyar. Amsyar ku. Eh sejak bila pulak Amsyar menjadi milikku. Aku tersengih gembira. Gembira dapat bertemu kembali dengan jejaka pujaanku. Kan aku dah kata. Kalau jodoh tak kemana.

“Terima kasih,” ujarnya sekali lagi seraya menyerahkan telefonku kembali.

“Kembali,” jawabku seraya tersengih lagi tak ubah seperti kerang busuk. Amsyar tersenyum. Senyumannya itu membuatkan aku mabuk kepayang. Erk! Dia tidak ingat pada aku ke, kenapa dia tidak terperanjat melihat diriku.

“You tak ingat I ke,” soalku bila Amsyar tidak mengingatiku.

“Sorry,” jawab Amsyar kurang mengerti akan maksudku.

“Ok, kek sebelah,” ujarku ringkas sahaja. Buat apa aku susah payah hendak mengingatkannya sedangkan dia tidak teringat langsung padaku. Nampak sangat dia tidak ingatkan aku selepas peristiwa enam bulan yang lalu.

Amsyar tersentak bila aku berkata demikian. Dia mengamati wajah ku agak lama. Dahinya kelihatan berkerut seakan cuba mengingatkan sesuatu. Bibirnya mula menguntum senyum sebaik sahaja mengecam wajahku. Harap-harap bukan di dalam senarai muka “Wanted”.

“Sarah from Singapore right, good to see you,” ujarnya ceria sambil tersenyum lagi. Jelas terpancar diwajahnya dia begitu menyenangi kehadiran ku.

“Yeah ingat pun you, ingatkan you dah lupa pada I,” ujarku lagi. Right apa salahnya aku flirt dengan Amsyar. Lagipun dia handsome dan aku kini berada di tempatnya. Bolehlah aku meminta Amsyar membawa aku bersiar-siar di Cameron. Teman aku petik daun teh ke romantic gitu. Tidak sia-sia aku kemari ada juga faedahnya. Sekurang-kurangnya ada Amsyar.

“Mana boleh saya lupa pada wanita cantik macam cik Sarah,” jawabnya tersenyum lagi.

Eh kita flirt dengan dia. Dia flirt dengan kita balik. Tak apalah. Kesimpulannya aku tidak bertepuk sebelah tangan. Amsyar turut suka melayanku. Hehehe..

“Ye ke awak ingat saya, ntah-ntah awak masih ingatkan hutang saya pada awak dulu,” usikku.

“Actually I do, part of it I masih mengharap you ganti duit I balik,” jawab Amsyar lagi. Dia tidak menyangka sama sekali akan bertemu dengan Sarah selepas kejadian lucu enam bulan yang lepas. Masih segar di ingatannya dimana dia cuba berebut kek dengan Sarah. Seumur hidupnya belum pernah bertemu dengan wanita cantik dan lucu seperti Sarah yang tidak pernah merasa self-conscious dan khuatir akan menjejaskan penampilannya. Sungguhpun ketika itu keadaan sedikit tegang kerana berebutkan kek. Amsyar masih perasan akan sweetness in Sarah. No doubt she’s funny.

 “So you hendak tunggu mekanik datang atau you nak temankan I pergi cari scones yang sedap di Cameron Highlands,” cadangku tanpa rasa segan silu. Susah sangat. Biar aku yang mulakan dulu. Nak control anggun dan cuba menjadi wanita idaman sudah terlambat kerana Amsyar sudah pun melihat perangai aku yang sebenar. So tidak ada apa yang hendak aku segankan sekarang.

 “I’ll guess ya,” jawab Amsyar seraya memandang kearah landrovernya yang tersadai di bahu jalan.

 Aku merasa sedikit hampa bila Amsyar menolak perlawaanku dan lebih rela duduk menanti mekaniknya datang dari menemani aku wanita cantik yang diberi gelaran oleh dirinya sendiri.

 “Oklah kalau macam tu, jumpa lagi,” ujarku seraya memasukkan gear satu. Malu rasanya bila permintaanku di tolak bulat-bulat oleh Amsyar. I’ll guess he’s not gentleman. Aku sudah mula tidak menyukainya. Begitulah aku cepat sangat menilai diri seseorang itu.

 “Wait, what I meant is, I’ll guess yeah I boleh temankan you, unless you tak sudi luangkan masa dengan I,” jawab Amsyar mula cemas bila Sarah menyalah anggap akan maksudnya.

 Tak sudi. What you must be kidding me. Bila masa dan ketikanya aku kata tak sudi. Kalau tak sudi aku tak akan buang masa, pertama terpaksa buat muka seposen memperlawanya. Kedua, aku selambakan diri menyuruhnya menjadi tourist guide yang tak bergaji. Hissh belum pernah dalam sejarah aku berbuat demikian pada mana-mana lelaki yang aku sukai sebelum ini. Amsyarlah orang yang pertama. Kalau orang lain jangan harap. Sorry guys. Seperti orang mengantuk di sorongkan bantal. Pucuk di cita ulam mendatang. Ah apa lagi seperti si kudung mendapat cincin. Itu dia selagi kata pepatah yang dapat aku sesuaikan dengan perasaan aku buat tika dan saat ini.
 
To be continue....

Sepasang Kurung Biru - Part 3

After eight months

Idea oh idea kenapa kau tak timbul-timbul, macamana tak timbul-timbul ilham belum datang, ilham belum datang aku bernyanyi kecil. Riang. Tak juga kerana aku tengah mencari ilham untuk penulisan aku kali ini. Pementasan kami kali ini Director mahukan aku sediakan script mengenai cinta. Cinta. Hah siapa yang tidak pernah bercinta kan. Samada cinta bersambut atau tidak. Itu cerita lain. Aku pula. Pernah juga bercintalah suatu ketika dahulu tapi tak tahu mana silapnya kami berpisah. Hmm. Mungkin terlalu muda untuk bercinta. Terlalu mentah. Tapi sekarang bila aku sudah matang untuk jatuh cinta. Aku tidak diberi kesempatan. Dunia ku hanya pada penulisan, pementasan etc. Lain-lain ZERO. Nak kata aku ni tak cantik, cantik juga. Nak kata tak menarik. Menarik lah juga. But then, ini bergantung pada nasib juga. Mungkin orang yang menjadi pasanganku belum ku temui lagi. Sabar ajelah. Aku dikategorikan wanita yang agak cengeng. Hehehe. Apa nak buat. Jangan ceritakan aku cerita yang menyedihkan. Pasti aku mengeluarkan air mata. Apa tidaknya dengan hanya menonton cerita kartun ‘Tarzan’ boleh buatkan air mata aku berjuraian macam air hujan. Inikan pula kisah cinta yang sad ending. Pasti berbesen-besen air mata aku gara-gara hendak menghidupkan watak dan mood cerita untuk menghabiskan manuscript sedih. Huhu... Hailah. Director ni macam nak menghukum aku pula. Suruh aku buat cerita cinta tapi sedih pula camne ya. Aku mengetuk-getuk meja dengan pensil memikirkan bagaimana hendak memulakan manuscriptku. Fikiranku terasa benar-benar buntu. Otak kiriku seperti tidak berfungsi. Ini tidak boleh jadi. Aku mesti melakukan sesuatu. Aku harus menyiapkan manuscript dalam masa 4 bulan. Aku merenung kea rah calendar di atas meja bacaanku. Aku menyelak calendar, bulan sebelas pementasan dijadualkan bakal di adakan. 2 minggu selepas hari raya. Hmm. Mataku terpandang akan gambar permandangan indah yang terdapat di calendar. Tempatnya cantik dan mendamaikan. Punya pohon-pohon kelapa berlatar belakangkan bukit yang hijau dan dibentangkan air laut biru yang sejernih Kristal. Wow bestnya. Apa nama tempat ni. Aku meneliti nama tempat yang tertera di bawah permandangan tersebut. Kepulauan Borneo. Crazy. Terlalu jauh. Nanti bukan aku habiskan masa untuk menghabiskan script jadi lain pulak nanti. Silap-silap haribulan aku seronok bercuti. Next, cari lokasi yang lain. Yang boleh buatkan aku rileks dan mendamaikan. Yang penting tidak terlalu costly memandangkan aku akan berada di tempat itu selama hampir 6 bulan. Dan kemungkinan besar aku akan beraya di sana sendirian. Hmm. Sungguhpun aku ni cengeng orangnya namun aku bukan seorang yang penakut. Aku berani melancong seorang diri. Kak Dina tahu sangat. Malah dia tidak khuatir bila aku melancong ke Florence seorang diri tahun lepas. Ok. Cari tempat yang practical. Yang penting dekat. Tidak jauh dari sini. Malaysia. Yup. Which part of Malaysia. KL. Nope. Terlalu bising. Cherating, Pahang. Nope terlalu panas. Genting. Nope terlalu sejuk. Then mana. Aku mengerutkan dahi memikirkan lokasi yang sesuai untuk aku menghabiskan projekku tanpa sebarang gangguan dan dalam masa yang sama friendly environment kerana aku akan berpuasa dan berkemungkinan besar berhari raya di sana. Sekurang-kurangnya aku dapat meraikan bersama masyarakat setempat yang punya ramai penduduk islam.

 Angsana cottege. Aku berdiri di hadapan cottege yang kelihatan comel dan menarik. Sekali pandang macam rumah yang terdapat dalam cerita dongeng Hansel & Gretal. Seolah-olah aku berada di Negara barat pada musim sejuk. Yup. Walaupun tidak punya salji namun sejuknya boleh sampai ke tulang hitam. Apatah lagi bila pada waktu malam. Aku memeluk tubuh menahan sejuk. Tidak sia-sia aku membawa beberapa cardigan dan baju sejuk kemari kerana baju sejuk dan cardigan bakal menjadi pakaian harian ku selama aku tinggal di sini. Shawl kegemaranku yang berwarna warni tidak lupa ku bawa bersama. Beg luggage besar yang penuh dengan pakaian dan keperluan peribadi sudah ku susun dan diletakkan di tempat yang sesuai. Aku menuju kea rah peti sejuk. Peti sejuk kosong. Hmm. Kena pergi Shopping for groceries. Aku mencapai cardigan dan shawl. Ku pandu kereta sewaku mini cooper selama 6 bulan dengan perlahan. Ku toleh kiri dan kanan meninjau-nijau tempat yang sesuai untuk aku meletak kereta. Kirakan aku bernasib baik kerana cottegeku tidak begitu jauh dari Pekan Brincang. Dimana segala keperluan harian senang di dapati di sana. Aku mendapat maklumat dari pemilik Angsana cottege setiap hari jumaat hingga ke hari minggu sepanjang jalan Pekan Brinchang mengadakan pasar malam. Dan di Cameron pula senang untuk mendapatkan bunga-bunga segar, strawberry segar dan sayur-sayur segar. Hmm. That’s the best part. Pasal masak. Aku no problem. Nak kata terrer dalam bidang masakan tu. Okay-okay jugalah. Sejauh ini belum pernah orang makan masakan aku boleh terlantar di hospital. Dan oleh kerana aku wanita cute dan cantik. Tak semua percaya aku pandai memasak. Aku menuju kea rah bijiran. Muesli. Yup sarapan favourite ku kalau aku malas memasak. Kak Dina pesan agar aku gandakan stok harian lebih dari biasa. Yelah aku tinggal di atas bukit. Sejuk. Pasti perut mudah terasa lapar.

 Muesli. Mataku bersinar bila mendapati jenama Muesli kegemaranku hanya tinggal satu di atas rak-rak.

 “Opss sorry,” ujarku bila tanganku berlaga dengan seseorang. Aku menarik tanganku pantas. Aku tidak menyedari ada satu lagi tangan turut mahu mengambil barang yang sama.

 Ingatanku menerjah kembali kepada peristiwa 6 bulan yang lepas. Dimana aku mengalami pengalaman yang sama. Wajah Kak Dina, Dea, Kek dan AMSYAR kembali bermain di ingatanku.

 “Are you taking that,” tegur lelaki cina itu bila aku tidak berbuat apa-apa malah hanya tersenyum tatkala memandang Muesli tu.

 Oh silly me. Tiba-tiba aku teringatkan Amsyar. Yeah Amsyar. Bagaimana aku boleh terlupa akan Amsyar. Mungkin kerana aku kembali sibuk dengan jadual pementasan selepas hari lahir Dea. Membuatkan aku terlupa langsung dengan jejaka kacak itu.

“No go ahead,” ujarku seraya tersenyum. Kali ini aku tidak mahu berebut dengan budak lelaki cina itu.

 ‘Thanks,” ujarnya seraya berlalu.

 Aku membuka beg tangan lalu mencapai wallet mula mencari sesuatu. Seingat aku card pemberian Amsyar pernah aku selitkan di dalam wallet. Kalau aku tidak meletaknya di tempat lain. Cardnya pasti terselit di antara sampah-sampah resit yang aku kumpul. Aku menyelongkar beg duit. Mengeluarkan resit-resit belian yang masih ku simpan walaupun sudah lebih tiga bulan. Hehehe. You know me right, tak systematic. Mataku tertangkap kepada kad berwarna mocha, sama warnanya dengan baju yang dipakai Amsyar enam bulan lepas. Aku tersenyum meleret bila mendapati kad tersebut memang kad Amsyar.


“Here’s my card kalau you rasa hendak belanja I, call me,” komunikasi kami yang  terakhir yang keluar dari mulut Amsyar kini mula terngiang-ngiang di cuping telingaku. Right. Kalau dulu memang aku punya alasan kerana Amsyar tinggal jauh dari tempat ku. Tapi kini aku berada di tempatnya. Cameron Highlands. Kali ini aku tidak punya sebab untuk tidak menghubunginya. Kalau dah jodoh tak kemana. Aku tersenyum sendiri. Amsyar, here I come whether you ready or not.

To be continue...

Sepasang Kurung Biru - Part 2


Dina menjeling ke arahku. Begitu juga Dea. Kek harilahirnya di pandang hairan. Kenapa keknya sebelah sahaja. Mana lagi sebelah. Suaminya kak Dina, Badrul hanya mampu ketawa gelihati bila melihat kek yang separuh itu. Aku turut tersenyum bila mengingatkan peristiwa siang tadi. Dan aku tidak dapat lupa akan wajah tampan Amsyar. Oh Amsyar.


“What kind of joke is this,” ujar Dina serius membuatkan aku berhenti berangan. Oh oh. Back to earth. Aku menelan air liur bila Dina kelihatan begitu serius. Dea tidak berkata apa-apa, sebaliknya dia sibuk menyusun lilin di atas kek tersebut di bantu oleh papanya. Kids tak banyak rewel so long ada kek sudah memadai bagi mereka.


“Good luck,” bisik Badrul seraya mengenyitkan matanya kepadaku. Aku hanya mampu tersenyum pahit. Abang ipar aku tahu akan perangai kak Dina. Dia tu hot temper. Kalau tidak kena pada gaya boleh terbang perkakas rumah.

“I can explain,” ujarku seraya menarik nafas perlahan.

“You better do,” jawab Dina. Dia menuju ke dapur mengambil paper plate dan paper cup. Nasib baiklah dia tidak mengadakan birthday party untuk Dea. Kalau tidak tak tahu bagaimana hendak diterangkan kepada tetamu. Dia tahu adiknya itu tidak begitu reliable. Namun dia tidak punya pilihan lain. Dia terlalu sibuk akhir-akhir ini hingga tidak punya masa untuk menempah kek untuk Dea manakala suaminya, Badrul selalu out-station. Siapa lagi yang hendak di harapkan kalau bukan adiknya Sarah. Sebab itu bila dia terpandang kek hari lahir Dea hanya sebelah dia tidak begitu terperanjat. Seolah-olah sudah dapat menjangka peristiwa pelik berlaku siang tadi di mana Sarah di tugaskan mengambil kek yang sepatutnya di pesan awal seminggu yang lalu. Dari gambaran kek tersebut dia membuat andaian sendiri bahawa ini adalah hasil kerja last minute adiknya. Apa nak buat adiknya memang begitu, namun begitu dia sayangkan Sarah. Sarah seorang yang baik hati dan happy go lucky. Semua yang mengenalinya pasti menyenangi dan akan mengatakan begitu. Hanya satu sahaja perangainya yang mengkhuatirkan Dina. Adiknya itu suka ambil mudah dalam semua perkara dan tidak begitu systematic. Tak tahulah bagaimana dia boleh menjadi seorang penulis script untuk pementasan. Sejauh ini belum pernah dia mendengar scriptnya tidak dapat disiapkan seperti yang di jadualkan walaupun dia tahu adiknya itu suka buat kerja bidan terjun. Dan Dina pasti kek Dea yang sebelah itu adalah hasil kerja bidan terjunnya. Dia percaya Sarah terlupa hendak menempah kek Dea. Dia tidak marah pada Sarah. Dia hanya mahu tahu apa yang berlaku. Pasti ada cerita di sebalik kek sebelah itu.

“Your un-reliable sister terlupa hendak tempah kek,” ujarku untuk memulakan cerita. Ringkas sahaja hanya untuk melihat reaksi Dina.

“Nothing new,” jawab Dina selamba seraya menuang air ke dalam gelas. Dia percaya penjelasan Sarah akan mengambil masa yang agak lama. Dia menyerahkan gelas berisi fruit punch.

“Ok, here goes, I’m really sorry, Sarah lupa langsung, sibuk dengan script dan pementasan. Sarah cuma ingat bila kak Dina pesan untuk ambil kek siang tadi. Ampun,” ujarku seraya memandang kea rah Dina.

Dina masih bersahaja. Tiada tanda-tanda bahawa dia akan marah padanya. Aku mengeluh lega. Ini bermakna kak Dina berminat untuk mendengar penjelasan aku.

“Teruskan, I’m listening,” ujar Dina lalu menarik kerusi untuk duduk. Dina percaya cerita Sarah bukan berhenti setakat itu sahaja. Pasti ada lagi yang belum di ceritakan kepadanya.

“Then bila Sarah sampai Cedele, I’m already eyeing for the cake, but unfortunately ada orang lain juga yang hendakkan kek itu, dia pun insist nak kek yang sama dan kek tinggal satu sahaja,”

“The other person tu lelaki,” soal Dina seraya meneguk fruit punchnya.

Aku tidak menjawab malah menganggukkan kepalaku perlahan.

“Right, lagi,” ujar Dina penuh minat. Sudah dia katakan Sarah punya cerita menarik di sebalik kek sebelah itu. Dia tidak pasti samada cerita Sarah itu adalah cerita yang sebenar atau hanya rekaan Sarah sahaja. Maklumlah adiknya itu penulis script dan banyak pula imiginasinya. Maka dia tidak berasa hairan kalau Sarah hanya mereka cerita.

 “So since both of us tak mahu mengalah, dia cadang agar setiap seorang ambil half portion of the cake, at first Sarah tak setuju mana ada orang celebrate birthday kek sebelah aje, then dia cakap lebih baik sebelah dari tak ada langsung,” terangku panjang lebar. Aku pandang wajah kak Dina. Dia kelihatan selamba sekali. Aku dapat merasakan bahawa kak Dina tidak percaya dengan apa yang aku ceritakan kepadanya walaupun perkara itu adalah perkara yang sebenarnya berlaku siang tadi. Apa yang aku ceritakan adalah KISAH BENAR. Dan pertemuan aku bersama dengan Amsyar juga adalah benar. Bila tiap kali aku teringatkan wajah tampan Amsyar. Ia pasti membuatkan aku tersenyum berangan.

 “So dah habis ceritalah ni,” ujar Dina mahu bangun dari kerusi. Dia pasti cerita adiknya berakhir setakat di situ sahaja.

 “Eh ada lagi,” ujarku pantas dan memberinya isyarat supaya duduk kembali.               

 “Ada lagi,” jawab Dina kembali duduk di kerusinya.

 “Sarah tak ada cash untuk bayar cake tu, total $54.60 but my share only $27.30, still not enough, Sarah cuma ada $20 sahaja-,”

 “Then the guy offer to pay for the whole cake,” celah Dina seraya tersenyum. Dia sudah dapat mengagak jalan cerita selanjutnya.

 Aku memandang wajah Kak Dina dengan wajah terperanjat. Macamana kak Dina tahu. Genius lah kak Dina ni. Boleh jadi writer macam aku. Hehehe.

 “Yup,” jawabku seraya mengangguk laju.

 “So how are you going to pay him back then,” soal kak Dina ringkas.

 “That’s the thing, I don’t think I can, dia tinggal jauh sangat kat Cameron Highlands,” ujarku sedikit hampa. Kalau dia duduk KL tak lah susah sangat. Bila-bila sahaja aku turun KL aku boleh call dan kembalikan wangnya. Atau lebih tepat berpeluang untuk keluar date dengan dia. Hehehe. Aku tersenyum sendiri. Masih lagi tidak dapat lupakan wajah tampannya, suara machonya, haruman colognenya semua masih tersemat di kotak fikiranku. But Cameron Highlands. Apa kena dia tinggal ulu sangat. Amsyar tidak kelihatan seperti orang Highlands. Seingat aku ketika berjumpa dengan dia siang tadi. Dia berpakaian kemas, suit berwarna mocha dan aku perasan dia ada memegang briefcase dan raincoat.  Oh my. He looks so yummy.


To be continue...