Tuesday 4 February 2014

Watsapp Luv! - Part 11


Semua mata tertumpu kearah kami sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah Shafiq. Semua yang berada di ruang tamu tidak aku kenali kerana aku hanya kenal mama, papa dan adik Shafiq sahaja. Aku bersalaman dengan tetamu wanita yang duduk di sebahagian ruang tamu. Rata-rata tetamu wanita memandang ke arahku sambil membisikkan sesuatu. Aku hanya membuahkan senyum lalu menuju kearah ruang dapur dimana mama Shafiq berada. Keadaan di dapur kelihatan sibuk ramai yang membantu menyediakan juadah tahlil. Aku merapati mama lalu bersalam dan memeluknya.

“Kenapa Farah datang lewat?,” soal mama sambil tersenyum.

“Biasalah ma, macam mama tak tahu Shafiq tu, ada apa-apa yang Farah boleh bantu,” jawabku membalas senyuman mama. Terasa tidak selesa pula datang lewat dan semuanya kelihatan sudah beres di uruskan oleh mama seorang.

“Eh tak payah semuanya dah siap, kan ke Farah tetamu VIP kami, mari mama kenalkan dengan keluarga mama dan tetamu mama,” ujar Puan Mariah lalu menarik tangan bakal menantunya menuju ke ruang tamu.

Dari jauh Shafiq menjeling kearah tunangnya Farah yang di tarik mamanya ke ruang tamu di mana tetamu wanita sedang duduk. Pasti mamanya hendak kenalkan bakal menantunya kepada keluarga dan teman-temannya. Shafiq mencapai yassin dari papanya.

Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan makcik-makcik Shafiq sebelah mama. Semuanya orang-orang berada dan ada juga yang bergelar Datin. Patutlah Shafiq seakan stress sangat tadi rupanya sebab itu. Aku pula tidak merasa stress kerana pada aku mereka semua hanya manusia biasa hanya berbeza kerana mereka berharta, berpangkat dan berdarjat. Tidak perlulah kita merasa terlalu rendah diri. Yang penting niat di hati baik dan kita tidak sombong. Itu prinsip aku. Aku tidak seperti orang lain yang terlalu mengikut protocol. Itu tidak bermakna aku tidak tahu menjaga diri atau menunjukkan besar kepala. Sepertimana yang aku katakan tadi kita sama sahaja di mata allah yang membezakan amalan kita.

Aku bersalaman dengan Mia yang datang bersama mamanya iaitu Datin Zainab. Inilah pertama kali aku bertemu dengan mama Mia. Mia hanya menjungkitkan keningnya sebaik sahaja terpandang akan wajahku kerana dia sedang berbual di telefon.

“Farah tunang Shafiq,” mama memperkenalkan kepada Datin Zainab.

“Farah, kawan sekolah Mia kan?,” soal Datin Zainab tiba-tiba.

“Ya saya,” jawabku ringkas lalu menganggukkan kepala mengiyakannya. Hairan juga bagaimana Datin Zainab tahu aku kawan sekolah anaknya sedangkan bertemu dengannya pun aku tidak pernah. Ah mungkin Mia ada menceritakan kepada mamanya mengenai aku.

“Oh auntie hanya dengar nama Farah di sebut-sebut Mia baru kini kita bertemu, eh duduklah tak makan sama ke?,” pelawa Datin Zainab ramah. Apa yang mengejutkan aku bila dia membahasakan dirinya auntie dan bukan ‘Datin’. Hmm perangai Datin Zainab berlainan sungguh dengan anaknya Mia. Umpama langit dengan bumi. Betul ke Mia tu anak dia?

“Tak mengapa Datin makanlah dulu, saya hendak membantu mama di dapur,” ujarku menolak perlawaan Datin Zainab dengan sopan.

“Eh tak yah lah panggil Datin-Datin ni panggil auntie aje, kita kan bersaudara,”

“Baiklah auntie, jemputlah makan auntie,” ujarku ingin mengatur langkah ke dapur bila tertiba Mia bersuara.

“Pergi ke dapur nanti ambik aku salad yang aku order dengan mak ngah tadi, aku tak makan lauk-lauk yang berminyak ni,” ujar Mia selamba lalu mencapai timun yang terdapat di atas pinggan mamanya.

“Issk Mia kan ke ni majlis Farah, tak kan lah di suruh Farah ambilkan, pergilah ke dapur ambil sendiri,” tegur Datin Zainab bila anaknya berkelakuan demikian. Dia malu dengan Farah.

“Ala mama bukan Farah tak biasa,” jawab Mia sambil lewa tidak sedikitpun merasa perbuatannya itu salah.

“Tak apa auntie saya bawakan salad untuk Mia,” ujarku seraya berlalu ke dapur. Di pintu dapur belakang terdapat beberapa orang lelaki sedang menghisap rokok di mana salah satunya adalah Shafiq. Ah biarlah bukan aku tak tahu Shafiq social smoker. Mesti dia bersama dengan teman-temannya di belakang. Aku sibuk mencari salad yang di maksudkan Mia bila aku terdengar akan suara salah satu teman kaki Shafiq. Suaranya familiar sungguh. Hmm siapa eh? Bisik ku dalam hati. Kepo ingin tahu siapakah gerangan milik si empunya suara. Aku berdiri di hadapan pintu pura-pura mencari sesuatu. Apsal lampu kat yard ni kelam sangat. Romantik lah sungguh. Aku pulak rabun ayam.  Sudahnya aku hanya nampak bayang-bayang mereka berdiri di belakang rumah.

“Fiq, Mia kata dia ada order salad you tahu mana salad dia, puas cari tak jumpa?,” tanyaku. Yelah dah puas aku mencari di atas island kaunter mama tak ada pun bayang salad Mia. Aku tahu Shafiq tak kuasa ambil tahu benda-benda begini. Aku saja aje tanya dia.

“Ada falam fridge,” jawab Shafiq ringkas.

Ada dalam fridge macamana Shafiq tahu eh? Dia belikan untuk Mia ke? Hmm sanggup. Kalau aku pesan dia belikan sesuatu untuk aku belum pernah dia belikan. Rajin pulak kalau Mia yang pesan. Siapa tunang Shafiq aku ke Mia. Bisik ku dalam hati. Geram aku dengan perangai Shafiq. Tahulah Mia itu sepupu dia. Tapi aku ni tunang dia. Dia sikitpun tidak menjaga hati aku. Aku cemburu. Aku tahu Mia masih lagi sayangkan Shafiq dan Shafiq walaupun cuba menafikannya tapi dari segi layanan yang diberikan terhadap Mia menyakinkan aku bahawa dia masih sayangkan Mia.

“You belikan Mia salad? ujarku kurang senang akan perbuatan Shafiq.

“I tak belikan Mia salad,” jawab Shafiq acuh tak acuh. Dia tidak mahu mengaku kerana dia tahu Farah akan terasa.

“Fiq, tadi Adam yang belikan sebab masa kau call tu aku tengah drive, aku pesan dengan Adam,” jawab Haiqal teman Shafiq.

Adam. Sejak bila pulaknya Shafiq ada kawan bernama Adam. Yang aku tahu Haiqal, Khairul dengan Taufiq teman sekakinya. Mana datangnya Adam? Aku cuba mengira lelaki yang berbaju melayu berada di belakang rumah bersama dengan Shafiq tadi. 5 orang termasuk Shafiq.

“Oh ok,” jawabku tidak punya mood ingin tahu akan siapa teman baru Shafiq yang bernama Adam kerana aku yakin yang membeli salad itu bukan Adam sepertimana yang dikatakan Haiqal tadi tapi Shafiq.
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment