Monday 10 February 2014

Watsapp Luv! - Part 30

  Aku membelek-belek bag tangan Gucci yang di pilih mama Shafiq untuk di jadikan barang hantaran nanti. Bag tangan design terbaru itu memang cantik. Namun aku berkenankan bag Coach kulit Legacy Hayley yang harganya jauh lebih berpatutan dari Gucci yang bagnya hanya di perbuat dari canvas monogram GG.
               “Dear cantik bag ni?,” aku menoleh kearah Shafiq yang berdiri di sebelahku. Ingin meminta pendapat dari Shafiq.
               “Gucci dear apa tak cantiknya?,” jawab Shafiq ringkas tanpa mengulas panjang.
               “Okay,” jawab ku perlahan lalu meletak bag tersebut di atas kaunter bila Shafiq seperti tidak berminat hendak membantu aku mencari barang hantaran. Sejak dua menjak ini Shafiq kelihatan selalu termenung dan tidak punya mood bila aku mengajaknya membeli barang hantaran. Ada sahaja alasan yang di berikan penat, banyak kerja, tak ada mood. Bila aku tanya samada dia punya masalah kerja dia mengatakan tidak. Jadi apa masalahnya? Aku seorang wanita yang tidak suka mendesak. Jika Shafiq hendak menceritakan masalahnya. Aku bersedia mendengar dan membantunya jika termampu. Tapi Shafiq tidak mahu memberitahuku. Aku kenal benar dengan perangai Shafiq. Dia tidak suka di desak atau di paksa. Jika dia ingin berkongsi dia akan menceritakannya pada aku bila dia sudah bersedia. Atau mungkin masalah yang di hadapinya itu boleh di selesaikan sendiri dan dia tidak mahu menyusahkan aku.
               “Kenapa tak ambil bag itu?,” tegur Shafiq hairan bila Farah tidak jadi memilih bag Gucci tersebut. Dia sudah bersedia untuk keluar dari butik.
               “Entahlah dear tak ada mood,” jawabku ringkas lalu menolak pintu butik Gucci.
               Shafiq dapat merasakan bahawa Farah marah padanya. Dia mencapai tangan Farah.
               “I’m sorry dear, I’m too exhausted,” ujar Shafiq. Wajahnya kelihatan suram. Dia tidak tahu berapa lama lagi di akan bertahan dengan keadaan sebegini. Setiap kali dia bersama Farah. Dia merasa bersalah yang amat sangat. Dia merasakan bahawa dia tidak layak bersama dengan Farah. Farah seorang wanita yang baik hatinya. Kenapa dia selalu mengecewakan hati Farah dan membuatkan wanita itu bersedih. Walaupun Farah tidak pernah menunjukkan kepadanya dia tahu Farah terasa hati.
               Aku memandang wajah Shafiq lama. Hatiku tiba-tiba merasa sebak. Aku sayangkan Shafiq, aku dapat merasakan ada sesuatu yang Shafiq sembunyikan dari pengetahuan aku. Kenapa Shafiq tiba-tiba berubah? Tidakkah dia sayang padaku sepertimana aku sayangkannya?
               Aku menganggukan kepala lemah kerana aku tidak mahu bergaduh dengan Shafiq. Aku hanya berharap agar Shafiq dapat menyelesaikan masalahnya dan kembali kepada Shafiq yang aku kenali dahulu.
               “It’s ok, kita boleh beli barang hantaran lain kali, you balik berehat di rumah,” jawabku cuba menahan perasaan sedih. Aku tidak mahu meneruskan shopping kami kerana aku tahu Shafiq penat dan tidak ada mood untuk berbelanja.
               “I’m sorry dear, I’ll promise you, I’ll make it up to you,” jawab Shafiq lalu memeluk Farah erat. Dia merasa bersalah teramat sangat kerana mengecewakan hati Farah sekali lagi. Dia berjanji akan menyelesaikan masalahnya secepat mungkin. Dia juga tidak dapat hidup sebegini.


****



               Mia mencampak clutch YSLnya di atas kaunter bar. Dia mengepit sebatang rokok di bibirnya. Bartendar datang menghampirinya lalu menghidupkan rokoknya. Mia memesan ‘red wine’. Ini bukanlah pesanannya yang pertama. Dia sudah memesan ‘Vodka Lime’ sebelum itu. Dia memusingkan badannya kearah ruang tarian memerhatikan pengunjung menari mengikut alunan irama music yang di putarkan dj bertugas. Bartendar meletak minuman yang di pesan. Mia memusingkan badannya kearah kaunter lalu meneguk red wine perlahan. Dia mematikan puntung rokoknya di dalam ashtray. Dia mencapai clutch bagnya lalu mengeluarkan lipstick untuk di touch up. Dia tersenyum sinis bila ternampak kelibat seseorang dari cermin compactnya.

               “Looks like you have started the party without me,” ujar Mikhail lalu memanggil bartender bertugas. Mia tidak menjawab malah dia mencapai sebatang rokok lagi lalu menghidupkannya. Asap berkepul-kepul keluar dari mulutnya.

               “Virgin frozen magarita,” pesan Mikhail kepada bartender tersebut.

               Mia tersenyum sinis bila terdengar minuman pesanan Mikhail. Serioulsy?? Virgin frozen margarita. Mikhail tidak minum minuman yang beralkohol. Really?? Susah untuk Mia percaya. Mikhail yang kelihatan serba serbi modern and what not tidak minum liquor. Surprised! Surprised!.

               “Thanks,” ujar Mikhail lalu menoleh kearah Mia.

               “For?,” ujar Mia pura-pura tidak tahu bila Mikhail mengatakan terima kasih kepadanya.

               “For being here,” jawab Mikhail lalu tersenyum.

               “I hope you didn’t think that I’m here because of you,” jawab Mia lalu membuahkan senyuman kepada lelaki yang datang menghampirinya. Lelaki itu datang mencium pipi Mia lalu memeluknya erat. Mia membalas pelukannya tanpa mempedulikan Mikhail di sebelah yang memerhatikannya.

               “Please keep an eye on my clutch, thanks brother,” ujar Mia tersenyum sinis lalu menuju ke ruang tarian bersama lelaki tadi. Mikhail tidak sedikitpun merasa terperanjat bila Mia berkelakuan demikian.

               “Brother, I thought you anak tunggal?,” soal Fendy bila terdengar Mia berkata demikian.

               “Half-brother-step-brother-whatever,” jawab Mia acuh tak acuh. Tujuannya ke mari hendak enjoy dan bukan hendak menceritakan family treenya kepada Fendy. Sengaja dia mengajak Fendy bertemunya malam ini. Dia ingin lihat sejauh mana Mikhail dapat bersabar dengan perangainya.

               Mikhail hanya memerhatikan Mia menari bersama lelaki yang tidak di kenali. Dia tahu Mia tidak akan memudahkannya untuk mendekati atau mengenalinya. Mikhail sudah menjangka. Ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tidak terputus dan tepung tidak berserak.

               Mia berjalan menuju ke bar untuk memesan minuman setelah puas menari. Mikhail tersenyum bila Mia menuju ke arahnya. Sebaik sahaja Mia tiba di bar. Bartendar meletak coaster bersama gelas berisi red wine di hadapannya tanpa sempat Mia membuat pesanan. Mia menjungkitkan keningnya lalu menjeling kearah Mikhail. Dia pasti Mikhail yang membuat pesanan minuman itu tadi. Mia mencapai wine tersebut lalu meneguknya perlahan. Lelaki yang bersama Mia tadi datang menyertainya di bar. Lelaki itu memesan vodka. Mia merapatkan bibirnya ke bibir Fendy. Semua Mia lakukan di hadapan Mikhail dan Mia mahu Mikhail menyaksikan mereka sedang bercumbu. Mikhail menghabiskan sisa minumannya. Dia mencapai clutch bag milik Mia lalu menarik tangan Mia.

               “Mia, we are leaving now,” ujar Mikhail dengan suara tenang tapi wajahnya kelihatan serious. Dia tidak akan hanya duduk berdiam diri menyaksikan sandiwara Mia bersama lelaki itu.

               “Heh she is not ready to go, chill,” ujar Fendy lalu menolak bahu Mikhail kerana dia masih belum puas bercumbuan dengan Mia.

               “Mia let’s go,” ujar Mikhail masih tenang tapi tegas.

               “Don’t you understand-,” ujar Fendy mahu menumbuk Mikhail namun Mikhail tangkas dan cekap, dia dapat mengelaknya dari terkena tumbukan Fendy. Mikhail menolak Fendy di bar counter dan menghimpit badan Fendy di counter agar dia tidak dapat bergerak, tangan kanan Fendy di pulas ke belakang membuatkan lelaki itu mengerang kesakitan.

               “OK-ok, Mia is yours, you can take her,” ujar Fendy dalam kesakitan kerana Mikhail masih tidak melepaskannya.

               Mia terperanjat melihat semuanya berlaku dengan pantas. Dia tidak menyangka Fendy cuba mencederakan Mikhail. Dan Mikhail cekap dan tangkas mengelak bila Fendy cuba menumbuknya. Mia berlari membelah ratusan orang yang berada di ruang tarian. Dia berlari menuju kearah luar ingin lari dari Mikhail. Dia takut Mikhail akan mengapa-apakannya.              

bersambung....

              

 
 
 

1 comment: