Thursday 6 February 2014

Watsapp Luv! - Part 19


Mia mematikan telefon. Hatinya panas bila memikirkan akan perbualannya dengan si pemanggil sebentar tadi. Dia tidak tahu kenapa dia tidak dapat melupakan lelaki itu. Ikutkan mudah sahaja dia mencari penganti lelaki itu kalau dia mahu. Akan tetapi dia sayangkan lelaki itu dan masih mencintainya. Mia menyesal sendiri kerana memutuskan hubungan dengannya. Nah sekarang dia juga yang tidak dapat hidup tanpa lelaki itu.

“This can’t be happening, you can’t leave me, you are mine, mine only,” jerit Mia sambil mengetap bibir menahan geram. Dia masih geram kerana lelaki itu melayannya endah tidak endah tadi. Selalunya lelaki itu akan lakukan apa sahaja untuknya. Tapi layanan yang lelaki itu berikan padanya sejak akhir-akhir ini membuatkan Mia lebih sakit hati. Lelaki itu tidak seharusnya bebuat begitu terhadap dirinya kerana lelaki itu haknya. Lelaki itu hanya berhak untuk mencintai dirinya dan bukan orang lain. Walaupun Mia tidak pernah mengaku dia mencintai lelaki itu, namun dia sebenarnya terlalu sayang dan kasihkan lelaki itu lebih dari segalanya. Dia menyesal sendiri kerana terlalu mengikut perasaan. Dia juga yang membuatkan lelaki itu mengambil keputusan untuk meninggalkannya.

“Kenapa Mia?” tegur Datin Zainab bila Mia tiba-tiba menjerit tadi. Dia yang berada di dalam bilik terperanjat mendengar jeritan Mia.

“Dia ingat dia boleh hidup bahagia, aku tak akan benarkan, aku akan pastikan kau menjadi milikku,” ujar Mia tanpa menghiraukan pertanyaan mamanya.

“Astarfirullah al azim, apa yang Mia cakapkan ni, istifar Mia istifar, jangan buat perkara yang tidak elok Mia,” ujar Datin Zainab risau melihat keadaan Mia. Apa yang telah berlaku? Siapa yang Mia maksudkan?

Mia menolak tangan mamanya bila mamanya cuba memeluk dirinya. Datin Zainab terperanjat bila Mia bersikap demikian.

“Mama jangan campur urusan Mia,” jawab Mia marah. Dia bangun lalu menuju kearah biliknya lalu menghempas daun pintu dengan kuat.

Datin Zainab terkedu bila Mia berkata demikian. Dia tidak tahu bagaimana hendak melentur Mia. Sejak kecil lagi dia terlalu memanjakan Mia. Apa yang Mia hendak semua dia adakan. Mia tidak pernah di marah apatah lagi dipukulnya. Mia ditatang seperti minyak yang penuh. Sekarang dia menyesal sendiri kerana tidak di lentur Mia untuk menjadi anak yang baik. Dia bebuat demikian kerana terlalu sayangkan Mia.


bersambung...

No comments:

Post a Comment