Sunday 28 April 2013

Saiful?..Shahril?..Mr. Shah? - Part 7


Shah membuka bajunya lalu di campakkannya ke dalam bakul. Dia tidak tahu samada perlu memberitahu auntie Manisah mengenai Maya atau membiarkan sahaja Maya yang mengadu sendiri pada mamanya. Shah menuju kea rah bilik air. Dia memutar tap di whirlpool tubnya. Air mengalir deras untuk memenuhi tub tersebut. Dia melintas menuju kea rah ruang tamu. Biliknya sama cantik seperti bilik Orkid Suite. Bezanya biliknya lebih besar dan mempunyai ruang tamu, ruang makan dan dapur yang ditempah khas dari italy. Semuanya adalah citarasa Shah sendiri. Dia yang berusaha mendapatkan barangan mentah dari Italy untuk menghasilkan hiasan dalaman yang posh dan cantik. Shah memang gemar rumahnya kelihatan cantik dan kemas. Rumah adalah tempat untuknya berehat dan menghabiskan masa sekira jadualnya tidak ketat. Shah memutar tap sebaik sahaja bathtub itu sudah dipenuhi air. Dia berendam di dalam tub yang dipenuhi sabun untuk berehat dan untuk menghilangkan sengal-sengal di badannya. Fikirannya menerawang jauh. Dia kesian kan Maya. Ikutkan hati mahu sahaja dia berdepan dengan Saiful dan membela Maya. Walaupun pada awalnya tiada perasaan simpati darinya kerana Maya tidak pernah menganggap bahawa dirinya sudah bertunang. Setelah di fikirkan semula Maya turut seperti dirinya mereka tersepit kerana keadaan. Dia turut tidak mempunyai pilihan lain. Kami tidak dibenarkan membuat pilihan mengenai pasangan hidup kami. Mungkin Maya benar-benar berharap Saiful adalah penyelamatnya agar dia tidak terus terikat dengan pertunangan yang bukan di atas kerelaannya. Dia juga begitu, dia berharap Maya turut tidak bersetuju dengan pendapat kedua-dua belah keluarga menyatukan mereka. Walaupun Shah membantah akan kehendak ibu dan ayahnya namun dia tidak sanggup mengatakan tidak pada kehendak mereka. Dia tetap akur walaupun hatinya memberontak. Shah belum bersedia untuk menerima Maya mahupun menerimanya sebagai isteri. Dia tidak mahu kerana rasa simpati dia mengawini Maya. Kalau sudah memang jodohnya dengan Maya dia mahu mengenali Maya secara peribadi dan cuba mencintai wanita itu.

 

            Aku keluar dari bilik setelah menyedari telefon bimbitku tidak mempunyai reception yang baik. Aku hendak membuat beberapa panggilan mengenai beg luggageku yang sepatutnya tiba hari ini. Setelah berkali-kali mencuba talian masih tidak dapat digunakan. Aku mengeluh kecil tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku tidak sanggup berkurung di dalam bilik kecil ini selama 2 minggu. Aku mahu menyertai expedisi yang terdapat dalam package ku. Aku ingin membuktikan kepada Saiful bahawa aku adalah wanita yang turut sukakan sukan yang lasak sepertimana yang Saiful sukakan. Selama ini aku tidak pernah menyertai sukan expedisi yang Saiful sertai kerana aku tidak berapa minat akan sukan lasak. Aku berjalan menuju kea rah reception kaunter cuba mencari kelibat Shah. Aku ingin meminta bantuan darinya. Aku berharap agar Shah sudi  membantu setelah apa yang telah berlaku kepadanya semalam.

            “Cik Maya,” ujar Atikah sambil tersenyum.

            “Ika ada nampak Mr Shah, saya perlukan bantuannya,” ujarku seraya tersenyum.

            “Mr Shah, dia ada di garage,” jawab Atikah seraya memberi tunjuk arah kepada Maya di mana garage terletak.

            “Thanks, Ika,” ujarku menuju kea rah yang di maksudkan. Dari jauh aku ternampak kelibat Saiful dan isterinya sedang berjalan menuju kea rah restaurant. Mereka kelihatan begitu mesra sekali seperti pasangan yang sedang berbulan madu. Sedikit tidak menghiraukan tetamu yang tersenyum-senyum memandang kea rah mereka. Aku mengetap bibir menahan marah. Aku tidak akan menyerang Saiful kerana aku telah  berjanji dengan Shah bahawa aku tidak akan membuat kacau. Hatiku bagai disiat-siat melihat kemesraan mereka. Sedikit masa dahulu akulah di tempat di mana isterinya berada. Hubungan kami cukup mesra hingga ramai teman kami mengatakan kami pasangan yang secocok. Sama cantik dan sama padan. Kalau tidak mengetahui status sebenar Saiful ramai yang tidak menyangka bahawa Saiful adalah suami orang kerana Saiful kelihatan segak dan bergaya mengalah orang yang masih bujang. Mana perginya cinta Saiful buat diriku. Ternyata Saiful tidak pernah mencintaiku sepertimana dia cintakan isterinya. Aku menyeka air mataku, cukuplah dengan apa yang Saiful lakukan padaku. Aku tidak perlu lagi memikirkan nasib malangku sedangkan Saiful berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku semalam. Dia masih boleh bersuka ria dan menghabiskan percutiannya dengan isterinya tanpa perasaan kesal atau kasihan terhadapku. Aku berjalan melintasi bilikku dan menuju kea rah pintu yang bertulis “for staff only”. Aku menolak daun pintu dan agak terkejut dengan apa yang aku lihat. Sangkaku bilik yang tertera for staff only berkeadaan seperti bilik yang disediakan untukku. Tapi sebaliknya. Bilik ini jauh berbeza, lantainya di perbuat dari kayu dan hiasan dalaman konsep ala-ala Balinese, Barangan perhiasan seperti lukisan dan perabot nya kebanyakan di tempah khas dari Indonesia dan luar negara. Aku menuju kea rah dapur nya yang berlainan dengan konsep di ruang tamunya. Dapurnya kelihatan sungguh posh dan modern, mempunyai island dan counter top diperbuat dari batu granite yang cantik. Aku tersentak bila terdengar bunyi deruman enjin dari arah yang menuju ke belakang. Aku menolak daun pintu dan mendapati sebalik pintu itu ada sebuah garage besar yang boleh memuatkan 3 buah kereta namun bayang orang yang ku cari tidak kelihatan.

            “Shah,” laungku kuat.

            Shah yang sedang leka membetulkan wayar breknya tersentak bila terdengar suara wanita memanggil namanya. Dia tahu suara itu bukan milik Atikah. Shah melirik kearah kanan. Sepasang kaki yang cantik berdiri betul-betul di hujung kepalanya. Dia mengeluh kecil. Apa lagi yang Maya hendak darinya.

            “Shah,” ujarku sekali lagi kerana tiada jawapan yang ku dengar dari Shah.

            Shah mengeluh kecil seraya mengelunsur keluar dari bawah keretanya. Tanganya yang terkena minyak hitam itu di kesat bersih mengunakan kain buruk.

            “What’s up,” ujar Shah selamba seraya mencampak kain buruk itu di atas boot keretanya.

            “Boleh tolong tengokkan apa yang rosak pada handphone I,” ujarku tanpa membuang masa. Aku tahu Shah tidak begitu berminat hendak berurusan dengan ku setelah apa yang terjadi dan aku tidak menyalahkannya sekiranya dia membenciku. Tapi aku tidak ada pilihan lain selain Atikah hanya Shah yang dapat membantuku.

            “What makes you think I boleh tolong you,” jawab Shah selamba lalu mendekatiku. Aku menelan air liur kerana Shah tidak pernah berdiri sebegitu rapat  denganku hingga aku dapat menghidu cologne after shave yang dipakai oleh Shah. Spice and musky. Sesuai dengan kehidupannya yang adventurous. Aku tidak menafikan Shah seorang jejaka yang tampan bukan hanya memiliki badan yang berbidang dan sasa malah dia mempunyai personality yang menarik. Aku jarang berminat pada lelaki yang sukakan sukan yang lasak, kerana mereka sentiasa kelihatan kotor dan suka berpakaian sukan. Tapi tidak pada Shah. Dia tidak seperti lelaki yang aku bayangkan yang suka dalam keadaan kotor dan tidak terurus. Shah seperti tidak memperdulikan apa yang aku fikirkan tentang dirinya malah dia sedang sibuk membelek-belek handphoneku. Jarinya menekan butang butang on and off. Dia menekan number seseorang.

            “Hello Atikah, you dapat dengar suara I dengan jelas tak, dapat, oklah thanks” ujar Shah seraya menekan butang off. Dia menyerahkan handphone kepadaku.

            “Thanks how do you do that, I have been trying for so many times tak dapat buat panggilan,” ujarku gembira bila telefon bimbitku dapat berfungsi seperti biasa. Tidak sia-sia aku meminta bantuan darinya.

            Tiada reaksi dari Shah. Wajahnya bersahaja sekali seolah-olah tiada apa yang hendak di banggakan.

            “Press on and off button, that’s all,” ujarnya seraya tersenyum sinis. Dia dapat merasakan Maya hanya memberi alasan handphonenya rosak hanya semata-mata hendak bertemu dengannya.

            “You must be kidding me right,” ujarku kurang percaya dengan apa yang ku dengar.

            “Nope,” jawab Shah ringkas seraya menyambung balik kerjanya yang terbengkalai.
 
To be continue...

Saiful?..Shahril?..Mr. Shah? - Part 6


            “Sorry about that,” ujarku meminta maaf pada Shah bila menyedari perbuatanku tadi, sehingga menyebabkan hidungnya berdarah. Niatku hendak memberi penumbuk sulungku kepada Saiful tetapi terkena pada Shah. Salah dia juga kerana menghalang aku berbuat demikian pada Saiful.

            Shah tidak menjawab malah menyandarkan kepalanya di kerusi agar darah tidak lagi mengalir keluar dari hidungnya. Sapu tangan yang ditekap di hidungnya mula kelihatan tompok-tompok darah yang sudah kering. Dia tidak menyangka penumbuk yang Maya berikan padanya mampu membuatkan hidungnya berdarah. Tidak sangka kuat juga penumbuk Maya.

            “I think we have to send you back, there is no point for you to stay here after the commotion, it's not good for our business,” ujar Shah tenang. Melihatkan incident tadi, Shah dapat mengagak Maya tidak akan melepaskan Saiful begitu sahaja, tidak semudah itu setelah apa yang telah Saiful lakukan. Saiful telah mempermainkan hati dan perasaannya.

            “Tapi saya dah bayar package ni, mana boleh saya pergi dari sini sedangkan dia senang lenang tinggal di bilik saya,” ujarku mempertahankan diri. Aku tidak puas hati dengan kenyataan Shah. Bukankah mama sudah membayar sewa bilik ini terlebih dahulu. Kenapa mesti aku mengalah. Silapnya, aku book bilik ini mengunakan nama Saiful. 

            “Tolong beri kami kerjasama cik Maya, saya sudah katakan bilik ini ditempah di atas nama Encik Saiful Bahari dan Encik Saiful masih mahu meneruskan percutiannya, saya berharap cik Maya tidak lagi memberi masalah kepada Encik Saiful Bahari dan isterinya,” ujar Shah tegas seakan memberi amaran kepada Maya.

            Aku terkedu bila Shah berkata demikian. Terasa diri ini begitu kecil. Sedih tidak terkata.  Tergamak Saiful berbuat demikian terhadapa diriku. Aku kesal kerana terlalu naif tidak benar-benar mengenali Saiful selama ini. Mataku di kaburi dengan perasaan cinta dan kasih terhadap dirinya. Aku buta untuk menilai siapa Saiful sebenarnya. Mungkin ini balasan yang aku sepatut terima kerana menolak permintaan mama dan papa dan menduakan tunangku. Kalaulah Shahril tahu akan keadaan aku hari ini pasti dia merasa jijik dan malu mengaku aku sebagai tunangnya. Aku mula menyesal. Mataku mula di takungki air. Nasibku hari ini benar-benar malang. Ibarat sudah jatuh di timpa tangga. Allah membalas perbuatan ku dengan memberi aku pengajaran yang sewajarnya. Ya allah ampunilah aku. Aku malu pada diri aku sendiri dan terlebih malu pada tunangku.

            “Tolong Encik Shah, saya merayu pada Encik Shah, berilah saya mana-mana bilik untuk saya terus tinggal di sini, saya perlukan ketenangan, tempat ini sungguh cantik dan damai, saya hendak menghabiskan cuti saya di sini, please,” ujarku merayu. Airmataku mengalir tanpa di tahan. Kali ini aku tidak malu menangis di depan Shah. Aku tidak pernah merayu kepada sesiapa. Hatiku benar-benar sebak tiada siapa untukku mengadu.

            Hati Shah tersentuh bila Maya merayu meminta simpati. Tak sampai hati dia hendak membiarkan Maya terus-terusan begitu. Tetapi dia tidak punya pilihan. Semua bilik di lodge penuh kerana terdapat beberapa kumpulan rombongan menempah bilik untuk minggu ini. Kalau ada pun bilik untuk staff yang hanya mempunyai katil single, almari kecil dan meja solek. Tiada bilik air yang disediakan di bilik tersebut. Dia terpaksa ke bilik air awam yang tersedia di hotel.

            “Baiklah, tapi bilik ini bukan bilik hotel, ia bilik staff nothing fancy about this room, just a basic furniture-,” 

            “Done, I don’t mind as long as you allow me to stay here, thank you so much,” ujarku pantas tanpa sempat Shah berkata lebih lanjut. Aku tidak memikirkan bilik yang cantik sepertimana yang terdapat di Orkid Suite. Aku tidak akan lari dari Saiful. Aku ingin membuktikan bahawa aku boleh hidup tanpanya.

            “Ok, I akan suruh Atikah bawa you ke bilik berkenaan, ingat Cik Maya, jika ada sebarang komplain dari Encik Saiful Bahari, saya tidak ada pilihan lain melainkan menghantar awak balik,” pesan Shah sebelum Maya beredar dari biliknya.



             Benarlah kata Shah bilik staff yang dimaksudkan tiada apa-apa yang istimewa. Terdapat hanya sebuah katil kecil, sebuah almari dan meja solek di dalam bilik tersebut. Tiada tingkap mahupun permandangan indah yang dapat ku lihat dari bilik tersebut. Aku merebahkan diri di atas katil tersebut. Katil tersebut berkeriuk bila setiap kali aku mengerak kan badan. Sepanjang perjalanan menuju kea rah bilik yang dimaksudkan aku melintasi sebuah koridor yang dihias indah, lantainya di perbuat dari kayu dan batu-batu sungai yang disusun cantik. Dindingnya diperbuat dari marble berwarna putih dan sebelum menuju kearah bilik ku terdapat sebuah pintu yang bertulis for staff only. Ia tidak jauh dari bilikku. Impianku untuk bermalam di bilik Orkid Suite terpaksa ku kuburkan. Ikutkan aku boleh pergi ke mana sahaja yang aku mahu. Aku mampu, aku boleh menyuruh setiausaha papa untuk menguruskan pernerbangan dan penginapan aku kemana sahaja yang aku kehendaki. Tetapi aku tidak berbuat demikian kerana hatiku terlalu terluka. Aku masih tidak dapat melupakan peristiwa tadi.
 
            Aku tidak sedar pukul berapa aku terlelap semalam. Yang aku tahu mataku terasa sembab dan berat untuk di buka akibat terlalu banyak menangis. Pintu bilikku di ketuk bertalu-talu. Aku melangkah malas menuju kea rah pintu lalu membukanya.

            “Selamat pagi Cik Maya, sarapan cik Maya sudah saya sediakan, ni ada beberapa helai baju untuk cik Maya gunakan sementara menunggu beg cik Maya tiba,” ujar Atikah seraya meletak dulang sarapanku berserta beg kertas di atas meja solek.

            “Terima kasih Atikah,” ujarku lemah aku cuba tersenyum namun ku rasa senyuman ku tawar dan hambar.

            “Be strong ok cik Maya,” ujar Atikah sebelum keluar dari bilikku.

            Aku tersentak bila Atikah tiba-tiba memelukku, aku membalas pelukannya. Ternyata Atikah faham akan hati wanitanya.

            “Thanks for your help Atikah, I really appreciate it,” ujarku seraya meleraikan pelukannya.

            “Need anything you just look for me or Mr Shah,”

            Aku tidak menjawab malah mengangguk kan kepalaku perlahan seraya tersenyum.

 To be continue...

Friday 26 April 2013

Saiful?..Shahril?..Mr. Shah? - Part 5


            Aku kembali ke tempat reception tadi. Gadis penyambut tetamu yang awalnya tidak berada di situ. Hanya seorang pemuda yang mengantikan tempatnya. Kali ini pemuda itu tidak banyak soal lalu menyerahkan kad kekunci sebaik sahaja aku menyerahkannya slip confirmation booking kepadanya. Aku membuka pintu bilik 272. Aku terpegun seketika bila menyedari betapa besar dan indahnya bilik Orkid Suite di Nature Lodge. Ternyata usaha mama tidak sia-sia. Aku benar-benar suka dan jatuh cinta pada keindahan bilik Orkid Suite. Hiasan dalaman sungguh indah seolah-olah aku berada di dalam gua. Dinding biliknya di perbuat dari batu yang kelihatan seperti batu gua. Di verandahku di hiasi dengan kolam ikan koi dan air terjun buatan manusia. Aku  merebahkan badan di atas katil. Tak sabar rasanya hendak beradu di atas katil empuk. Aku tersentak bila pintu menghala ke bilik air dibuka dari dalam.

            “Saiful, apa you buat kat sini,” ujarku terperanjat bila Saiful yang hanya bertuala di pinggang keluar dari bilik air.

            “Maya,” ujar Saiful turut terperanjat dengan kehadiranku wajahnya kelihatan pucat.

            “You nak surprisekan I ke sayang, I know you tak akan kecewakan I, you know I tak cancel trip ni, thanks sayang,” ujarku ingin memeluk Saiful. Aku tidak menyangka Saiful sengaja memberi alasan bahawa ibunya sakit padahal dia mahu membuat kejutan padaku. Aku tahu Saiful tidak pernah mengecewakan aku. Dia seorang pemuda yang romantic. Sebab itu aku sayangkannya.

            Saiful membalas pelukanku. Jantungnya berdegup kencang hingga aku dapat mendengarnya dengan jelas.

            “Kenapa sayang, you sakit ke, why your heart beat so fast,” ujarku hairan.

“Sayang, cepatlah apa you buat kat luar lama-lama,”

            Aku tersentak bila terdengar suara wanita lain dari dalam bilik air. Saiful hanya mampu tercegat memandangku tanpa berkata apa.

            “Siapa ada kat dalam tu,” ujarku ingin tahu.

            “Suara orang sebelah agaknya, bilik ni tak sound proof, mana ada orang lain dalam sini melainkan I dengan you aje sayang,” jawab Saiful tergagap-gagap.

            “You jangan nak tipu I,” ujarku seraya menolaknya ke tepi agar dia tidak menghadang pintu bilik air. Saiful cuba menghalangku.

            “Sayang, I can explain,” ujarnya seakan merayu.

            Aku tidak mempedulikan rayuan Saiful. Aku menolak daun pintu. Seorang wanita yang berkeadaan separuh berbogel berada di dalam bathtub yang dipenuhi buih-buih sabun. Matanya bulat memandang kea rah ku.

            “Siapa perempuan ni,” jeritku seraya memandang ke arah Saiful.

            Saiful tidak menjawab. Dia masih berdiri terpaku tanpa bergerak. Wanita yang tadi berada di dalam bathtub mencapai tuala berdekatan lalu membalut tubuhnya. Dia menghampiri Saiful lalu memeluk Saiful dari belakang.

            “Saiful, please tell me siapa perempuan ni,” ujarku geram mataku sudah mula di takungi air.

            “My wife,” jawab Saiful lambat-lambat.

            “Your wife, habis I ni siapa, perempuan simpanan you,” jerkah ku. Sakit benar hatiku bila menyedari selama ini Saiful menipuku bulat-bulat. Saiful yang ku puja dan ku sanjung selama ini sebenarnya seorang lelaki dayus.

            “It’s not like that, Maya,” ujar Saiful cuba mempertahankan dirinya.

            “Then what, you sengaja hendak mempermainkan hati I, nak hancurkan hati I, sanggup you buat I macam ni, you ingat I ni perempuan murahan,” ujarku sebak airmataku mengalir laju tanpa di tahan. Hatiku hancur dan kecewa dengan Saiful.

            “Kalau you bukan perempuan murah, tak kan you sanggup hendak merampas suami orang,” ujar wanita itu sinis. Dia membela suaminya. Dia sedar suaminya berbuat silap tapi ia jelas terbukti bahawa Saiful masih sayangkan dirinya kerana Saiful sedikitpun tidak mempertahankan Maya. Seolah-olah Maya sahaja yang tergila-gilakan suaminya sedangkan dia biasa sahaja.

            “Maya, I’m sorry ok, mulai hari ini I tak ada hubungan apa-apa dengan you, I love my wife, please forgive me,” ujar Saiful cuba meredakan keadaan. Dia tidak dapat lari dari kenyataan sekarang. Dia sedar dia melakukan kesilapan dan dia sedar dia tidak dapat bersama dengan Maya kerana dia masih sayangkan isterinya.

            “You bas####, how dare you treat me like dirt,” ujarku tidak puas hati. Aku meluru kea rah Saiful mahu menyerangnya. Aku tidak kira apa nak jadi, jadilah.

            “Maya, bawa bertenang,”      

            Tanganku di tarik seseorang dari belakang. Aku cuba meronta minta tanganku  dilepaskan. Aku benar-benar tidak dapat mengawal perasaan marahku. Kalau tidak ditahan pasti Saiful sudah ku kerjakan.

            “Let me go you jerk,” jerkah ku geram.

            “No, I won’t until you calm down,” ujar Shahril masih lagi mengengam lenganku agar aku tidak melakukan sesuatu.

            “It’s none of your business,” jeritku marah. Aku berjaya melepaskan tangan kananku. Tanganku pantas sahaja melepaskan satu penumbuk kea rah Shahril. Shahril yang tidak bersedia dan tidak menyangka tanganku melayang begitu pantas tidak dapat mengelak dari terkena tumbukanku yang terkena tepat pada hidungnya. Darah merah mengalir keluar dari hidungnya.

 To be continue...

Saiful?..Shahril?..Mr. Shah? - Part 4


            “Hello, saya Maya Maisara,” ujarku seraya tersenyum ke arah gadis di belakang meja reception.

            “Cik Maya,” ujar gadis itu hampir terlompat bila terpandang akan wanita jelita yang berdiri di hadapannya.

            Aku tersenyum mungkin gadis itu terkejut bila di sergah kerana wajahnya kelihatan agak pucat bila terpandang wajahku.

            “Cik Maya tunggu sekejap, saya- ah Mr Shah,” laung Atikah bila ternampak kelibat Shahril.

            Shah menuju kea rah meja penyambut tetamu bila di panggil Atikah. Dia perasan Maya berada di situ tapi dia sengaja tidak menoleh ke arahnya.

            “Yes Atikah,” jawab Shah manja.

            Aku menjeling meluat bila lelaki itu berbuat demikian kerana aku pasti lelaki yang bernama Shah itu sengaja berbuat demikian.

            “Can I see you in private for a minute, sorry cik Maya you duduk sekejap kami akan uruskan bilik cik Maya,” ujar Atikah seraya mendekati Shah yang kelihatan kebingunan bila Atikah mahu bercakap dengan dia secara peribadi.

            “Ada masalah,” ujar Shah bila mereka berada jauh dari Maya. Dari expresi wajah Atikah dia dapat merasakan Atikah mempunyai masalah.

            “Mr Shah, Saiful tunang cik Maya ada di dalam Suite,” ujar Atikah seakan berbisik walaupun dia sedar Maya tidak dapat mendengar perbualan mereka kerana mereka berada jauh dari tempat dia sedang duduk.

            Shah agak terperanjat dengan kenyataan Atikah tapi dia cuba menyembunyikannya agar Atikah tidak perasan akan reaksi di wajahnya. Maya mengajak kekasihnya bercuti bersama. How interesting?

            “I rasa dia memang hendak bercuti dengan tunangnya, lagipun you yang cakap registration was under Saiful name,” soal Shahril cuba berlagak biasa, seolah-olah ia bukanlah menjadi masalah buat dirinya dan Atikah. Tapi kenapa Atikah kelihatan begitu panic.

            “Tapi Mr Shah, I saw him with another woman,” terang Atikah.

            “What, are you sure itu boyfriend dia,” soal Shah ingin kepastian dia khuatir Atikah tersalah orang.

            Atikah tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya perlahan. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa wanita yang di kepit Saiful itu bukan Maya kerana sangkanya Maya akhirnya dapat menaiki van tersebut kerana Saiful datang bersama seorang wanita muda. Dia hampir terjatuh dari kerusi bila tiba-tiba wanita muda yang kelihatan penat itu mengaku dirinya Maya. Kalau wanita muda itu adalah Maya, jadi siapa dia wanita yang berkepit dengan Saiful tadi kerana mereka kelihatan begitu mesra sekali.

            “Ok, you bagi cik Maya complimentary voucher from our restaurant dan beritahu padanya biliknya belum sedia lagi, I think of something ok, don’t worry,” ujar Shah tenang, matanya sempat melirik kea rah Maya yang sedang sibuk menyelak majalah. Tahukah dia Saiful bersama dengan wanita lain. Shah berjalan menuju kea rah pejabatnya.

 

            Aku melirik kea rah jam. Jam menunjukkan hampir ke 3.00 petang. Perutku sudah mula berkeroncong kerana aku tidak sempat bersarapan pagi tadi kerana bangun lewat. Aku melirik kea rah Atikah yang sedang menuju kea rah ku, gadis itu cuba tersenyum.

            “Cik Maya, kami minta maaf kerana Suite cik Maya sedang disediakan, bagi pihak Nature Lodge pengurus kami memberi complimentary voucher untuk cik Maya gunakan sementara menunggu bilik cik Maya,” ujar Atikah setenang mungkin. Dia pasti Maya akan melenting kerana pertama, dia tertinggal van dan kedua biliknya belum siap. Tentu Maya menyangka bahawa Nature Lodge tidak memberi servis yang baik.

            Aku mengeluh bila Atikah berkata demikian. Tapi nasib baik aku diberi voucher percuma untuk makan tengahari, sekurang-kurangnya dapat mengisi perut. Ikutkan aku tidak memerlukan voucher kerana aku mampu untuk membayar harga makanan di restaurant mereka. Aku tidak menyangka pengurus Nature Lodge begitu murah hati memberi aku voucher makanan tersebut.

            “Ok, tapi cepat sikit, I betul-betul penat ni, by the way bilik I number berapa,” soalku seraya bangun dari tempat dudukku.

            “Number 272,” jawab Atikah pantas tanpa berfikir panjang. Dia tidak mahu Maya mengesyaki apa-apa.

            “Thanks,” ujarku seraya menuju kea rah restaurant yang di maksudkan. Atikah beredar semula ke meja penyambut tetamu.
 
Shahril menuju kea rah bilik pejabat Taufiq General Manager Nature Lodge yang sedang bercuti selama 2 minggu untuk berbulan madu. Untung Taufiq dapat berkahwin dengan wanita pilihannya. Tidak seperti dirinya terikat dengan perjanjian keluarganya. Turutkan hati Shahril memang tidak pernah bersetuju dan agak marah dengan kedua orang tuanya bila dia mengetahui bahawa dirinya sudah ditunangkan kepada anak gadis pilihan mereka. Dia tidak percaya sama sekali perkara ini berlaku kepada dirinya. Bukankah ini zaman modern, dia berhak memilih dan menentukan siapa yang layak menjadi isterinya. Walaupun dia keberatan namun Shahril tidak berusaha untuk menghancurkan harapan kedua orang tuanya. Sejak dia mengetahui bahawa dirinya sudah bertunang Shahril banyak menolak cinta dari beberapa wanita yang pernah cuba menagih cintanya. Dia tidak sanggup ingin menghancurkan hati mereka. Biarlah mereka kecewa sekarang dari kemudian hari.
 
Shahril tersentak bila secara tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Matanya melirik kea rah screen Galaxy notenya. Terpapang jelas nama Auntie Manisah.
 
“Assalamualaikum,”
 
“Waalaikumsalam, Ril, ini auntie, auntie nak tanya Maya dah tiba,”  
 
“Sudah Auntie, dia tak telefon auntie,” ujar Shahril seraya mengerutkan dahinya bila menyedari Maya tidak menghubungi mamanya dan menceritakan tentang kesulitan yang di hadapinya sepanjang perjalanan ke mari. Dia menyangka Maya akan terus mengadu pada mamanya.
 
            “Tak, itu yang auntie risau, tapi Ril kata dia dah sampai, alhamdulilah, Ril tolong tengok-tengok kan si Maya, dia tidak berapa adventurous sangat lagipun dia kesana seorang, auntie yang paksa dia ke sana agar dia dapat berkenalan dengan Ril,” terang auntie Manisah panjang lebar.
 
            “Seorang,” bisik Shahril dalam hati seraya tersenyum. Sudah terang Auntie Manisah tidak mengetahui bahawa anaknya itu mengajak teman lelakinya menemaninya bercuti disini.
 
            “Insyallah, auntie jangan risau saya akan menjaganya, bila auntie hendak ke mari,” soal Shahril seraya melirik kea rah jam di pergelangan tangannya. Dia tahu sudah  hampir 45 minit dia berada di bilik Taufiq. Dia berjanji kepada Atikah dia akan cuba menguruskan sesuatu agar Maya dipindahkan ke bilik lain supaya dia tidak bertemu dengan Saiful.
 
            “Kalau tak ada aral, mungkin minggu depan, auntie datang seorang sahaja kerana uncle out-station, jumpa minggu depan ye, assalamualaikum,” ujar Datin Manisah mengakhiri perbualan.
 
            “Waalaikumsalam,” jawab Shahril seraya mematikan telefonnya.
 
            Shahril menyandarkan badannya di kerusi empuk milik Taufiq. Dari awal lagi dia memang dia tidak bercadang untuk menguruskan pindahan bilik untuk Maya kerana dia sedia maklum sepanjang bulan ini bilik di Nature Lodge sudah fully booked.  Dan sekiranya Maya berdegil mahu meneruskan percutiannya. Dia terpaksa mengunakan bilik yang ditempahnya. Shahril tidak bercadang hendak menghuru harakan hubungan Maya dengan kekasihnya. Dia sekadar mahu Maya sedar dan tahu akan siapa Saiful yang sebenarnya. Sungguhpun dia tidak berapa sukakan Maya, tapi ia menjadi tanggungjawabnya menjaga Maya sepanjang dia berada di Nature Lodge.
 
To be continue...

Saiful?..Shahril?..Mr. Shah? - Part 3


            “Apa, I nak kena jemput cik Maya,” ujar Shah seakan tidak percaya dengan penjelasan Afikah. Bukankah dia sudah menguruskan Andy menjemput mereka. Shah tahu Andy seorang yang boleh diharap dan tidak lalai. Mustahil dia boleh terlupa pada Maya. Shah memecit kepalanya perlahan sejak bakal ibu mertuanya hubunginya sebulan yang lalu dan mengatakan puterinya akan bercuti di tempatnya kepalanya tiba-tiba terasa sakit bila memikirkannya. Walaupun dia tidak pernah bertemu dengan bakal ibu mertuanya mahupun tunangnya sejak berbelas tahun lalu namun dia masih menyedari hubungan yang pernah keluarga mereka jalinkan suatu ketika dahulu tetap teguh hingga sekarang. Malah ibu tidak sabar mahu bertemu dengan teman rapatnya kembali agar hubungan mereka yang terputus dahulu dapat di sambung semula. Sejak dia di zaman remaja lagi Ibuya sudah mengingatkannya bahawa dia sudah bertunang dengan puteri tunggal teman rapatnya dan Shah terpaksa menurut. Shah mengeluh perlahan. Dia tidak tahu bagaimana hendak menyambut dan melayannya. Dia tahu tunangnya itu tidak kenal akan dirinya. Dan dia tidak bercadang untuk memperkenalkan akan dirinya kepada tunangnya. Biarlah dia tidak tahu siapa dirinya dan dia cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri darinya. Ikutkan, Shah sendiri tidak pernah setuju dengan kehendak kedua ibu bapanya tapi dia tidak pernah menyuarakan rasa tidak senang hatinya kerana dia menganggap perkara itu adalah perkara remeh dan dia malas hendak memikirkannya.

            Shah menarik handbrek serta mematikan enjinnya sebaik sahaja jipnya berhenti di tempat meletak kereta. Shah menyisir rambutnya yang kelihatan tidak terurus dengan mengunakan hujung jarinya. Dia berjalan perlahan menuju kea rah tempat duduk yang di katakan Maya sedang menanti. Dari jauh dia ternampak seorang wanita muda cantik sedang sibuk berbual-bual mengunakan telefon bimbitnya. Shah tidak terus menegurnya kerana dia tidak pasti samada wanita muda itu adalah Maya. Matanya memandang kea rah lain cuba mencari-cari sekiranya ada wanita muda lain yang ada seperti ciri-ciri wanita cantik itu, samada dari segi pakaian dan caranya. Shah tahu Maya seorang wanita yang modern kerana ibunya pernah mengatakan Maya pernah berada di UK selama 3 tahun untuk menyambung pelajarannya. Walaupun Universiti tempat pengajiannya tidak berapa jauh dari University Maya, namun dia tidak pernah bercampur dengan anak-anak golongan elite dari tanahairnya kerana kebanyakan mereka sombong tidak seperti student Asia lain yang datangnya dari Indonesia, Thailand dan Brunei. Shah melirik kea rah wanita muda itu lagi dia masih sibuk dengan telefon bimbitnya. Shahril mengeluh kecil. Kalau ditunggu hingga wanita muda itu habis berbual sudah tentu makan masa berjam. Shah mengeluarkan Galaxy Notenya lalu menaip nama Maya di screennya. Shah berdehem kecil cuba mendapatkan perhatian dari wanita muda itu.

            Aku mendongak memandang kea rah lelaki yang berdiri di hadapanku. Pemuda kacak itu tersenyum memandang ke arahku. Aku memberi isyarat mata kepadanya agar dapat menungguku sekejap. Aku sedang berbual dengan setiausaha Saiful. Kali ini lelaki itu menunjuk sesuatu kepadaku. Namaku tertera di screen Galaxy Notenya. Aku tidak menjawab malah menjeling ke arahnya.

            Shah kurang senang dengan perilaku wanita muda itu. Ah mungkin dia tersalah orang. Mungkin Maya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Bukankah itu yang diharapkannya sepanjang perjalanannya ke Stesyen bas. Dia benar-benar berharap agar Maya mengambil keputusan untuk berpatah balik. Shah mengambil keputusan untuk kembali jipnya.

            Aku mematikan talian lalu menyimpan telefonku kedalam beg. Mataku melilau mencari kelibat jejaka kacak tadi. Kemana dia pergi bukankah dia berada di sebelahku sebentar tadi. Aku mendengus marah bila mataku terarah kepada bentuk tubuh sasa milik lelaki tersebut yang sudah jauh berjalan meninggalkan ku. Aku segera bangun dan mengejarnya. Aku tidak mahu ketinggalan lagi.

            “Hei, tunggu,” jeritku bila melihat lelaki itu sudah mula menghidupkan enjin jipnya. Lelaki itu tidak menghiraukan jeritan ku. Dia memusingkan steringnya ke arah jalan raya.

            “Nak bunuh orang ke,” ujarku seraya mengetuk bumper jipnya bila dia hampir sahaja melanggarku.

            “Siapa suruh awak berdiri depan jip saya,” ujar Shahril selamba seraya memandang kea rah wanita itu.

            “Eh kan saya suruh awak tunggu tadi, kenapa awak tinggalkan saya,” ujarku tidak puas hati.

            “Saya tanya samada awak Maya, tapi awak tidak menjawab so saya pergilah,”

            Kan saya bagi isyarat tadi suruh tunggu sekejap, awak tak tahu ke,”

            “Maafkan saya cik Maya saya tak faham bahasa isyarat, saya tak belajar lagi,” ujar Shah menyindir seraya turun dari jipnya dia menghulurkan tangannya mahu menyambut overnight travel beg yang berada di tangannya. Wanita seperti Maya sangkanya perlu sekurang-kurangnya luggage beg untuk percutian selama 2 minggu. Ialah dimana dia hendak menyimpan beg make-up, kasut dan accessories.

            “Ini aje,” sindir Shah bila menyedari hanya beg kecil yang dibawa Maya.

            “Beg saya tertinggal dalam bas lain, mungkin esok atau lusa beg saya akan dikembalikan,” ujarku tanpa ditanya.

            Pemuda itu tersenyum menyindir. Aku tahu dia mengejekku walaupun dia tidak berkata apa. Tanpa banyak soal lagi pemuda itu memasukkan gear satu dan jipnya meluncur laju kea rah jalan raya. Sepanjang perjalanan pemuda itu hanya mendiamkan diri. Aku mencuri pandang ke arahnya. Lelaki disebelahku ini tampan tinggi lampai, bertubuh sasa. Berlainan sekali dengan Saiful. Saiful suka berpakaian kemas, tidak seperti lelaki di sebelahku. Sungguhpun dia tidak berpakaian kemas ketampanannya masih terserlah. Dia sukakan rough look. Dari segi permerhatian ku dia seorang yang extrovert dan adventurous. Mungkin dia salah seorang pekerja di Nature Lodge yang akan mengetuai aktiviti kami nanti.

            Shah menumpukan sepenuh perhatiannya ke atas jalan raya seolah-olah Maya tidak pernah wujud di sebelahnya. Ternyata Maya bukanlah wanita yang menjadi pilihannya. Maya anak manja dan tidak independent, dia tidak sukakan wanita yang terlalu manja dan suka memerintah, apa yang lebih menakutkannya jika Maya tidak tahu menguruskan rumahtangga sekiranya dia berkahwin dengannya. Shahril mengelengkan kepalanya perlahan. Dia cuba mencari jalan agar perkahwinan ini tidak akan berlaku. Dia tahu Maya mempunyai teman lelaki melalui bakal ibu mertuanya. Dia sendiri tidak pernah merasa cemburu bila bakal ibu mertuanya menceritakan perihal anaknya itu kerana Shah percaya Maya turut tidak setuju dengan ikatan pertunangan ini.

            Shah membelok ke kiri jipnya menuju kea rah pintu gerbang utama Selesa Andaman Lodge. Sebaik sahaja enjin di matikan dia mencapai beg Maya yang terletak di belakang.

            “Main reception di sebelah kanan, saya akan hantarkan beg cik Maya ke bilik,” jawab Shahril seraya meninggalkan Maya.

            Aku merungut kecil kerana lelaki itu pergi tanpa menungguku.

            “Sombong,” cemuhku dalam hati. Sakit benar hatiku bila di layan sebegitu. Bukanlah aku mahu dia mendukung ku ke bilik atau layanan yang bukan-bukan. Tapi setidak-tidaknya tunjuklah aku arah mana terletaknya Reception. Aku berjalan perlahan kea rah anak panah yang menunjukkan aku kea rah reception. Aku tidak sama sekali menyedari keindahan Nature Lodge. Cuaca yang sejuk dan kabus tipis menyedarkan aku bahawa aku hanya mengenakan baju tanpa lengan. Aku memeluk tubuh menahan kesejukkan. Sepanjang jalan aku dapat menikmati taman buatan manusia yang cantik di kiri dan kanan terdapat air terjun kecil dan kolam yang dipenuhi ikan koi. Yang sebenarnya aku bukanlah outdoor person. Aku lebih rela ke Bintan hanya untuk memanjakan diri. Tapi mama berkeras agar aku cuba bercuti ke Nature Lodge. Aku tidak tahu berapa harganya semalam di Nature Lodge, tapi melihatkan keindahan Nature Lodge aku dapat merasakan harga untuk sebuah Suite boleh mencapai hingga ke RM800 semalam.
 
To be continue...

Saiful?..Shahril?..Mr. Shah? - Part 2


Saiful hanya mendiamkan diri sahaja bila aku menceritakan masalah ku kepadanya. Wajahnya serta merta berubah. Ternyata dia tidak begitu gembira mendengar berita dariku. Siapa yang gembira bila buah hati mengatakan mahu bernikah dengan lelaki lain. Aku sendiri pun akan meraung bila kekasih hati mengatakan terpaksa bernikah dengan wanita lain.

“Then, apa you cakap dengan your parents,”

            Aku tersentak bila Saiful tiba-tiba bersuara setelah agak lama mendiamkan diri.

            “Of courselah I tak setuju, kan ke I sayangkan you,” jawabku manja seraya memeluk Saiful erat. Saiful tidak membalas pelukanku seperti selalu dia hanya duduk membatu. Aku menoleh kearahnya. Saiful masih seperti tadi. Tiada secalit senyuman yang terukir di bibirnya.

            “I nak pergi bercuti,” ujar Saiful tiba-tiba memeranjatkan aku.

           “You nak kemana sayang, I nak ikut,” ujarku gembira. Yelah boleh aku ikut bersama. Sedikit sebanyak dapatlah aku melupakan masalah aku.

            “Cuti balik kampung sayang, mak tak sihat,”ujar Saiful seakan dapat tahu bahawa aku ingin ikut cuti bersamanya.

            “Oh ok, I suppose I tak boleh ikut you,”

            “Sorry dear, mak tak sihat lagi, so bukan masa yang sesuai untuk I kenalkan you pada mak I,” pujuk Saiful bila aku menarik muka masam.

            “Then how about the holiday yang kita plan nak pergi sama,” ujarku kurang senang kerana aku sudah menempah package percutian bersama sempena menyambut hari lahir Saiful. Mama memberiku sekeping brochure tempoh hari, dia cadangkan aku pergi bercuti di situ. Pelik aku dibuatnya kerana mama tidak pernah mencadang mana-mana tempat percutian kepadaku kerana dia tahu aku tidak berapa suka. Tapi tidak kali ini. Katanya sudah tiba masanya aku melancong di dalam negeri sendiri. Katanya banyak tempat-tempat menarik di Malaysia yang aku belum jelajahi. Bukannya ke Paris, Milan atau London tempat percutian kesukaanku.

            “Sorry sayang, mak I sakit, I’ll guess you pergi sendiri ajelah okay,” pujuk Saiful.

            “You nak suruh I pergi holiday sendiri, you okay tak, so when it the best time for me to meet your mum then,” jawabku kurang senang dengan alasan Saiful. Ini bukanlah kali pertama dia memberi alasan emaknya sakit dan aku tidak dapat datang melawat dan berkenalan dengan bakal ibu mertuaku.

            “Sabarlah sayang, beri I sikit masa lagi ok, I promise you,” hatiku menjadi lembut bila setiap kali Saiful memujukku.

            “Ok jangan lupa janji,”

            Saiful tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya perlahan.

            “Ok I got to go now, nak kena jumpa client, so don’t worry too much ok,” ujar Saiful dia mengucup pipiku seraya berlalu meninggalkan aku sendirian. Aku tahu Saiful marah dan kecewa dengar berita yang aku khabarkan. Namun dia pandai menyembunyikan perasaannya. Saiful percaya Datuk Ariffin dan Datin Manisah tidak akan membiarkan anak tunggalnya bernikah dengan lelaki yang tidak di cintainya. Walaupun aku tidak yakin mereka akan mengubah keputusan namun aku gembira kerana Saiful pandai memujuk.  

 

            Mataku mula di takungki air. Bila-bila masa sahaja air mataku akan merembis keluar. Puas aku fikirkan dimana silapnya sehingga aku terpaksa menerima balasan yang sebegini. Sudahlah aku hampir ketinggalan bas ke pusat peranginan pilihan mama. Kini luggage ku pula tidak kelihatan. Puas aku memaksa pemandu bas cuba menyelongkar tempat meletak beg di bawah. Namun dia memberi alasan yang sama, bahawa tiada lagi beg yang tertinggal di dalam bas. Dan kini van yang sepatutnya membawa ku ke pusat peranginan tersebut sudah meninggalkan ku kerana menunggu lebih dari setengah jam. Aku membuka tas tangan dan mula mencari sesuatu. Print-out pusat peranginan tersebut ku capai. Aku tidak akan berpatah balik setelah hampir enam jam aku terpaksa berada di dalam bas dan sudah merantau sejauh beratus batu. Aku akan terus ke tempat yang dituju kerana mama sudah tempahkan aku bilik Spa Suite yang besar dan cantik. Pada awalnya aku tidak berminat tapi bila mama mengatakan tempat peranginan tersebut sangat cantik. Aku bersetuju. Aku menyuruh setiausaha papa membuat tempahan untukku. Aku mahu bercuti bersama Saiful. Tapi Saiful mengatakan dia terpaksa pulang ke kampung di saat terakhir. Bila Saiful mengatakan dia tidak dapat pergi, aku turut tidak mahu pergi. Jika  aku pergi bermakna aku bercuti seorang sahaja ke pusat peranginan tersebut. Tapi bila ku kenangkan ada baiknya aku teruskan pergi bercuti kerana aku akan merasa bosan duduk di rumah. Sekurang-kurangnya aku dapat menikmati keindahan pusat peranginan tersebut dan dalam masa yang sama dapat berehat menenangkan fikiran ku yang berserabut sejak akhir-akhir ini dengan masalah peribadi. Aku mula mendial nombor pusat peranginan tersebut.

            “Selamat Petang, Nature Lodge,”

            “Selamat Petang, saya Maya salah seorang pengunjung Nature Lodge, van yang sepatutnya membawa saya ke sana sudah tinggalkan saya, boleh tak awak aturkan seseorang untuk menjemput saya di Stesen Bas Cherating,”

            “Cik Maya, boleh tunggu sekejap saya cuba periksa senarai pelanggan,”

            “Baiklah,” ujarku seraya menarik nafas lega.

            “Maaf cik Maya, nama Cik Maya tiada tersenarai dalam list kami,”

            “That’s impossible I didn’t cancel my trip,” ujarku kurang puas hati.

            “Kalau begitu, Cik Maya ada buat booking melalui nama orang lain,”

            “Oh yeah maybe, boleh tolong periksa system awak samada nama Saiful Bahari ada dalam senarai,”

            “Ya, Saiful Bahari, Orkid Spa Suite, baiklah cik Maya saya akan menyuruh seseorang menjemput cik Maya,”

            “Terima kasih,” ujarku seraya meletak telefon. Kaki lenguh kerana terlalu lama berdiri. Sekurang-kurangnya penyambut tetamu Nature Lodge berusaha untuk menjemputnya. Nasibku tidaklah seburuk yang ku sangka kerana sebaik sahaja tiba di Nature Lodge aku akan berendam di dalam whirpool tub untuk menghilangkan sengal-sengal dibadanku. Bisikku dalam hati seraya tersenyum.      


To be continue...
 

Saiful?..Shahril?..Mr. Shah? - Part 1


            Aku menutup daun pintu lalu menguncikan diri sebaik sahaja berada di dalam bilikku. Aku tidak sanggup mendengar perbualan di antara mama dan nek Ani. Perasaan geram dan benci bercampur aduk. Geram pada mama, papa, nek Ani dan tok Fuad. Manakala aku teramat benci sekali kepada lelaki yang menjadi punca masalah ini semua. Kalau tidak kerana aku teringinkan minum milo ais tadi aku tidak akan terdengar akan perbincangan mereka. Mama dan nek Ani tidak menyedari aku bersembunyi di belakang pintu dapur. Hilang dahagaku, terbantut keinginan ku untuk membancuh ais milo. Aku tidak sama sekali percaya bahawa mama dan papa sanggup berbuat begitu terhadap diriku. Selama ini aku tidak pernah menganggap serius bila mama seringkali mengertakku agar berubah perangai. Jika aku tidak berubah mereka akan jodohkan aku dengan lelaki pilihan mereka dan kononnya lagi aku sememangnya sudah bertunang sejak kecil dengan anak kenalan rapat mereka. Yeah right. Bertunang sejak kecil. Ini zaman millennium bukan zaman purba. Aku tahu mereka hanya bergurau. Bertunang sejak kecil? Really? Oh come on. Mama dan papa nak match made aku dengan lelaki pilihan mereka. Mama tahu bahawa aku lebih suka mencari pasangan hidupku sendiri. Tapi kedatangan nenek Ani dan Tok Fuad dan perbincangan rahsia mama dengan Nek Ani tadi mensahihkan lagi kenyataan bahawa aku sememangnya sudah bertunang. Malah mereka menyebut nama lelaki yang kononnya tunangan aku. Malah mereka sibuk membincangkan hari pernikahan aku pula. What the heck. They can’t be serious. Siapa yang tidak bingit.

            “Shahril,” aku mengetap bibir menahan geram. Ya, nama lelaki atau lebih dikenali tunang aku itu yang disebut nek Ani berulang-ulang tadi. Apa kena dengan mama dan papa hingga sanggup mengorbankan kebahagian anak tunggalnya. Mana hendak aku campakkan buah hatiku, Saiful. Wajah tampan Saiful bermain di ruang mataku. Saiful pemuda yang berjaya hatinya ku rebut. Tanpa berfikir panjang pantas sahaja tanganku mendial nombor buah hatiku. Sakit hati bila memikirkannya.

            “Yes, sayang,” ujar Saiful sebaik sahaja menyambut panggilan dariku.

            Terubat sedikit hatiku bila Saiful memanggilku sayang. Saiful tampan dan romantis orangnya. Saiful Sales Executive di syarikat papa. Aku berkenalan dengannya pun secara kebetulan papa membawaku ke pejabat untuk berkenalan dengan beberapa pekerjanya, papa mahu aku mengendalikan syarikat kerana dia hendak menunaikan ibadah haji bersama mama dan selepas itu mereka mahu bercuti di Istanbul. Dia mahu aku mengantikan tempatnya sebagai CEO. Aku mula tertarik dengan Saiful bila kami mula-mula berkenalan. Saiful pandai mengambil hati dan charming. Walaupun Saiful hanya executive ini tidak bermakna aku tidak boleh bercinta dengan orang bawahan papa.

            “You kat mana, dear,” ujarku ingin tahu kerana latar belakangnya agak bising.

            “I tengah makan dinner, baru balik dari office,” ujar Saiful ringkas.

            Baru balik office. Kesian Saiful. Saiful hardworking. Aku tidak mengerti mengapa papa tidak pernah mahu menyenaraikan Saiful dalam senarai pekerja yang harus di naikkan pangkat. Pernah aku utarakan cadangan tersebut kepada papa. Namun papa tidak berapa setuju dengan cadanganku kerana ahli lembaga pengarah mengatakan Saiful belum layak memegang jawatan tersebut. Pelik. Namun aku tidak berani menentang keputusan papa.

            “Ok then, we can talk tomorrow,” ujarku tidak sampai hati hendak menganggu Saiful. Biarlah aku menyampaikan berita itu besok. Lagipun ia bukan berita yang mengembirakan. Aku tidak tahu bagaimana reaksi Saiful tatkala aku memberitahunya nanti. Marahkah dia? Sedihkah dia? Entahlah. Aku sendiri tidak tahu akan perasaanku ketika ini. Walaupun papa dan mama masih belum memyampaikan berita tersebut kepadaku secara rasmi. Aku tahu mama dan papa benar-benar serius mahu menjodohkan aku dengan Shahril. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.

            “Are you sure, dear, I can still talk if you want too,” ujar Saiful lagi.

            “Yeah it can wait, see you tomorrow,” ujarku dengan nada lemah. Sedih.

            “Ok, good night,”

            “Good night,” jawabku seraya mematikan telefon.

            Aku memalingkan badanku ke arah meja sisi di mana terdapatnya potret Saiful. Potret itu ku renung dengan rasa sebak. Aku benar-benar cintakan Saiful. Aku tidak tahu bagaimana aku harus hidup tanpa dirinya. Aku tidak mengerti mengapa mama dan papa tidak faham bahawa hatiku hanya milik Saiful. Papa sama sekali tidak bersetuju aku memilih Saiful untuk dijadikan calon menantunya. Apa kurangnya Saiful. Bukankah papa sendiri akui bahawa dia senang dan sukakan Saiful. Tapi kenapa papa tiba-tiba tidak suka bila aku mengatakan aku mencintai Saiful.  Adakah mungkin kerana Saiful bukan dari keluarga yang berada. Dan harta menjadi isu utama dalam senarai papa untuk calon-calon menantunya. Aku tidak menyangka papa sebegitu. Aku mengeluh kecil. Sama sekali tidak mengerti akan keputusan mereka. Aku tidak akan membiarkan perkara ini berlarutan apatah lagi mendirikan rumahtangga bersama orang yang tidak aku sukai. I’m not going to let it happen. Aku harus lakukan sesuatu agar rancangan mereka tidak berjaya. Aku mengerutkan dahi memikirkan cara-cara untuk melaksanakan rancanganku untuk memastikan bahawa misi mereka untuk menyatukan aku dengan Shahril tidak akan berhasil. Pertama sekali aku harus bertemu dengan Shahril dan bersemuka dengannya. Aku akan berusaha sedaya upaya agar dia membenciku. Aku percaya papa, mama, nek Ani dan juga Tok Fuad tidak akan dapat melakukan apa-apa sekiranya Shahril sendiri tidak berkenan akan diriku. Dengan itu misi aku berjaya. Papa dan mama tidak dapat menghalangku untuk bersuamikan Saiful. Aku tersenyum puas.

 
              Hari ini aku bangun lebih awal dari biasa kerana aku mahu bertemu dengan mama. Cuba memujuk mama agar mama merubah fikiran dan aku tidak perlu berkahwin dengan Shahril anak teman rapat mama. Aku sudah nekad, sekiranya tidak berjaya barulah aku mulakan misi aku untuk bertemu dengan Shahril.
 
            “Selamat pagi, nek Ani,” ujarku seraya memeluk nek Ani mesra dari belakang.
 
            Nek Ani yang sedang duduk menuang kopi tersentak bila secara tiba-tiba cucu kesayangannya bangkit awal hari ini. Cucunya yang seorang ini jarang sekali bangun awal. Selalunya dia hanya turun ke bawah bila dia sedang sibuk membantu ifa menyediakan makan tengahari.
 
            “Pagi, Maya hendak ke pejabat ke hari ini,” ujar Nek Ani hairan bila Maya kelihatan sudah bersiap-siap untuk keluar awal pagi.
 
            “Maya hendak jumpa mama, mama ada Nek Ani,”ujarku bila menyedari mama tidak kelihatan bersarapan bersama seperti selalu.
 
            “Mama kamu dah keluar ke pejabat, katanya papa kamu perlukan beberapa dokumen untuk di tandatangan,” terang Nek Ani seraya menyenduk nasi goreng  kampung yang masih berwap ke atas pinggan Maya.
 
            “Sikit aje nek, Maya tengah diet ni,” ujarku bila Nek Ani mahu menyenduk nasi untuk kali kedua.
 
            “Huh diet, kamu dah kurus macam tu mahu diet lagi, apalah nak jadi dengan budak-budak sekarang ni,” Nenek Ani mengelengkan kepalanya seraya menjeling kea rah Tok Fuad yang sedari tadi sibuk membaca surat khabar.
 
            “Tok Fuad baca apa,” soalku bila Tok Fuad tidak bersuara sedari tadi.
 
            “F1,” jawabnya ringkas sambil menyelak helaian akhbar ke ruangan sukan.
 
            “Fuh, tok Fuad suka F1 ke, siapa tok Fuad minat,” ujarku ceria tidak menyangka Tok Fuad boleh meminati F1. Kalau bola sepak aku tak terkejut sangat.
 
            “Ferrari lah, Michael Schumacher, Shahril pun minat juga,” ujar Tok Fuad bila Maya mula minat hendak berbual dengannya. Dia sedar sejak akhir-akhir ini Maya cuba mengelak untuk berbual dengannya mungkin kerana takut dia membincangkan soal kahwin.
 
            “Atuk, kenapa atuk mesti bangkitkan nama dia,” ujarku memberontak hilang seleraku untuk menikmati nasi goreng kampung nek Ani. Ikutkan nasi goreng kampong nek Ani. Nasi goreng favorite ku. Pinggan berisi nasi goreng ku tolak ke depan tanda protes.
 
            Benci benar aku bila tiap kali ahli keluargaku menyebut nama Shahril. Aku tahu mereka mahu memancing minatku. Mereka mahu aku berkenalan dengan Shahril sejak 3 bulan yang lalu lagi. Tapi semua usaha mereka sia-sia kerana aku berdegil tidak mahu ambil peduli akan cadangan mereka agar kami berkenalan. Setiap kali mama dan papa membuat rancangan agar kami berdua bertemu. Aku selalu mengelak dan berjaya untuk tidak bertemu dengannya.
 
            “Nama siapa,” soal Tok Fuad pura-pura tidak mengerti.
 
            “Eii, sudahlah Maya nak pergi jumpa mama,” ujarku seraya bersalaman dengan Tok Fuad dan Nek Ani. Meluat benar aku bila nama Shahril disebut selalu. Kali ini aku benar-benar harus ketemu dengan Shahril dan berharap rancangan aku berjaya.
 
 
To be continue...