Friday 26 April 2013

Kutub Utara, Kutub Selatan - Part 10

               Aku membuka mataku perlahan lahan. Aku kini berada di sebuah bilik yang begitu asing dari penglihatanku. Bilik aku ke ni. Bisikku dalam hati. Bilik sewa aku berwarna biru laut. Bilik ini berwarna merah delima. Bilik aku hanya punya kipas murah di syiling yang selalu berbunyi bising bila di hidupkan. Bilik ini cantik syilingnya terdapat lampu candeliar dan biliknya terasa sejuk seolah-olah punya hawa dingin. Ah barangkali aku bermimpi. Bisikku seraya memejamkan mataku kembali. Namun otakku masih ligat memikirkan apa yang terjadi padaku semalam. Adakah aku benar-benar bermimpi. Aku meraba-raba katil yang ku tiduri. Kainnya lembut, seperti kain sutera. Bukankah alas katil aku murah sahaja dan bukan dari kain cotton sepenuhnya. Aku terhidu haruman yang begitu menyenangkan. Sandal wood. Aku tersenyum sendiri. Benarlah aku bermimpi. Aku meraba lengan kananku.
 

“Ouch, sakit,” jeritku seraya bingkas bangun. Hilang mengantukku bila terasa sakit yang menyengat di lenganku. Aku mengosok-gosok mataku berkali-kali kerana aku masih lagi berada di dalam bilik berwarna merah delima yang penuh dengan perabot yang cantik-cantik. Aku membuka mata kembali setelah yakin aku hanya bermimpi dan berharap apa yang aku bayangkan akan hilang sebaik sahaja aku membuka mata kembali.

 
Aku memejam celikkan mataku. Aku tidak bermimpi kerana aku benar-benar berada di dalam bilik berwarna merah delima yang dihias cantik seperti bilik seorang puteri. Lengkap dengan birai katil yang dihias dengan kelambu net dari jenis yang mahal. Dan katil yang empuk dan dialas dengan kain sutera satin berwarna kuning lemak ketam. Aku dimana apa yang telah terjadi pada diriku. Aku cuba mengingati semula apa yang berlaku semalam. Tentang niatku hendak ke johor, menghadapi musibah dan bertemu dengan Ridzuan. Ya, aku bersama Ridzuan semalam. Aku membelek pakaian tidurku. Ini bukan bajuku. Apa yang berlaku semalam? Kenapa aku tidak sedar? Aku berada di mana? Pelbagai soalan menerpa di kotak fikiranku. Aku melirik kearah kiri, mataku tertangkap pada sepucuk envelope berwarna kuning cair yang diletakkan cantik di depan telefon bertulis “wanita muda”. Aku mencapai envelope tersebut. Hmm wanita muda. Aku pasti surat itu di tujukan kepadaku. Tanpa berlengah lagi aku membuka envelope tersebut lalu membaca surat yang terdapat di dalamnya.
 

Selamat Pagi. Awak berada selamat di rumah saya di Johor Bahru. Tiada apa-apa yang berlaku antara kami kalau itu yang membimbangkan awak. Sepanjang perjalanan ke johor awak tertidur mungkin kerana penangan ubat pelali yang saya beri untuk melegakan sakit awak. Hendak bertanya alamat rumah awak di JB saya tidak sampai hati kerana awak kelihatan enak dibuai mimpi. Jadi saya mengambil keputusan untuk membawa awak ke rumah saya. Oh ye semalam saya ada bertanya siapa nama awak. Awak kata nama awak “Nasha Aziz” sama seperti pelakon terkenal tu.

 
Aku berhenti membaca. Nasha Aziz. Gila apa. Apa yang aku merepek agaknya ketika berbual dengan Ridzuan semalam. Satu haram aku tidak ingat. Ntah apa-apa yang aku jawab bila ditanya. Minta-minta janganlah aku katakan aku cinta padanya. Cinta padanya. Aku mengerutkan dahi. Dari mana datangnya. Betul ke aku sudah jatuh hati pada jejaka tampan itu. Oh tidak. Aku menepuk-nepuk pipi agar aku kembali ke dunia yang nyata, Wan Alysa sedar diri tu sikit kamu tu berasal dari utara dan dia berasal dari selatan. Lagipun Ridzuan anak orang kaya, manakala aku hanya anak orang kampong yang sederhana. Enggang sama enggang pipit sama pipit tak layak terbang bersama. Aku menyambung membaca isi kandungan surat yang mengandungi tulisan Ridzuan yang cantik dan kemas.


Saya ada memanggil doctor peribadi keluarga untuk memeriksa luka di lengan awak dia akan datang kemari jam 11.00 nanti kerana awak enggan ke hospital. Dan sekiranya awak bersedia untuk pulang beritahu saya. Saya akan uruskan penghantaran awak. Sarapan pagi untuk awak sudah di sediakan.

 
Aku melipat surat itu semula lalu dimasukkan kedalam envelope. Baiknya Ridzuan. Untung wanita yang menjadi miliknya kerana dijaga seperti seorang permaisuri. Lihat sahaja layanan yang diberikan kepadaku. Sempurna. Walhal aku bukannya kenalan atau teman wanitanya. Hanya seorang pelayan di restaurant “Dome”. Tiada istimewanya.  Dan aku percaya tiada wanita yang tidak mengakui bahawa dia tergolong dalam kategori ciri-ciri lelaki idaman. Memiliki wajah yang kacak dan berkarisma. Aku merebahkan badan sekali lagi di atas katil empuk yang ku tiduri semalam. Wow. Bestnya aku berangan sendiri. Belum pernah aku merasa katil yang begitu empuk dan selesa. Aku bingkas bangun bila menyedari jam sudah pun menunjukkan pukul 9.30 pagi. Tak elok rasanya aku mengambil kesempatan di atas kebaikannya. Aku bergegas menuju ke bilik air. Di mana sekali lagi aku terpegun kerana bilik air itu sebesar bilik tidur rumah sewaku.
 
 
Aku berdiri di hadapan cermin. Membelek wajahku di cermin. Pipiku disapu bedak dan mencalit lipbalm nivea agar tidak kelihatan pucat. Rambut ikalku separas bahu yang sudah dikeringkan ku biarkan lepas tanpa berikat. Aku menarik baju yang ku pakai seraya mengerutkan dahi. Baju opah dan kain batik. Hanya itu sahaja yang terdapat di dalam bag pakaianku. Lagipun memang itu yang aku pakai semasa di rumah. Manalah aku tahu hendak duduk di istana yang indah. Ah lantaklah sekejap aje lagipun sebelum tengahari pasti aku sudah di hantar Ridzuan ke rumah mak Andak di Kulai. Ok. Aku menuju kearah pintu lalu memulas tombol pintu perlahan. Senyap. Hai mana pergi orang rumah. Hari sabtu begini sunyi sahaja. Aku terhendap-hendap sebelum keluar dari bilik. Mataku meliar ke sana kemari bukan mencari orang tapi terpegun melihat keindahan hiasan rumah ini. Aku terasa benar-benar sperti berada di sebuah istana. Carpet yang ku pijak terasa lembut dan menyejutkan seperti baldu. Birai tangganya diperbuat dari kayu jati yang di salut emas. Terdapat beberapa pintu yang kelihatan di tingkat atas selain dari pintu bilik yang ku tiduri yang semuanya diperbuat dari kayu jati berwarna putih dan birainya berwarna emas. Aku menuruni anak tangga perlahan menuju ke bawah. Tak perlulah aku terangkan betapa jakunnya aku bila berada di tingkat bawah. Semua perabot dan barang perhiasannya cantik-cantik dan mahal-mahal belaka. Aku tidak tahu kemana hendak dituju kerana rumah itu terlalu besar. Aku hanya mengikut naluri hati menuju kea rah tangga kecil yang membezakan ruang tamu dengan ruang makan. Pasti dapurnya berdekatan dengan ruang makan. Aku menolak daun pintu. Sekali lagi aku terperanjat bila dapurnya kelihatan begitu besar dan cantik. Di dalamnya terdapat beberapa orang sedang sibuk membuat persiapan, seolah-olah mereka akan mengadakan majlis besar. Mereka tidak perasan padaku langsung kerana terlalu sibuk dan tekun membuat kerja.
 
“Cik Nasha,” tegur seseorang.
 
Aku tersentak bila disergah seseorang. Aku menoleh. Seorang wanita tua yang seusia dengan ibuku tersenyum memandangku.
“Erk ya,” jawabku gugup walaupun ianya bukan nama ku tapi menurut surat Ridzuan aku ada memberitahunya bahawa namaku Nasha. Dan mungkin juga Ridzuan yang memberitahu wanita tua itu akan nama glamerku.
“Sarapan cik Nasha sudah di sediakan di verandah, mari makcik tunjukkan,” sapa wanita itu lembut. Aku mengekorinya dari belakang menuju kea rah verandah yang di maksudkan. Dia menolak pintu kaca yang berbiraikan kayu jati modern agar kami dapat melangkah keluar verandah.
“Makanlah, sebentar lagi Tengku Ridzuan akan ketemu,” pesannya mahu meninggalkan aku sendirian di verandah.
 
“Apa dia makcik, Tengku,” ujarku antara percaya dengan tidak. Betul ke apa yang aku dengar bila wanita tua itu memanggil Ridzuan dengan panggilan Tengku.
 
“Iya Tengku Ridzuan, yang membawa cik kemari semalam,” terangnya dengan wajah hairan. Masakan wanita muda itu tidak mengetahuinya. Bukankah Tengku Ridzuan sudah berjanji dengan Engku Maimon bahawa dia akan memperkenalkan bakal tunangnya sempena majlis ulangtahun Engku Maimon. Dan dia percaya wanita berbaju opah dan berkain batik itu adalah pilihan Tengku Ridzuan.
“Semalam saya bersama dengan seorang pemuda bernama Ridzuan, pemuda itu keturunan diraja,” ujarku kurang percaya sambil tersenyum. Ridzuan tidak pernah mengatakan bahawa dia keturunan di raja. Kenapa mesti Ridzuan perlu memberitahuku. Apa kena mengena aku dengan dia hingga dia terpaksa menerangkan siapa dirinya yang sebenarnya.
 
“Kerabat di raja,” jawabnya dengan wajah serius.
 
“Makcik saya tidak tahu selok belok istana, saya baru kenal Ridzuan semalam, dia yang membantu saya,” terangku kalut seraya menunjukkan lenganku yang masih berbalut. Patutlah rumahnya gah semacam rupanya keturunan di raja.
 
“Cik Nasha jangan risau Tengku Ridzuan memang baik orangnya, kalau tidak dia tidak akan membantu cik,” ujarnya mula tersenyum. Walaupun merasa pelik dengan penerangan wanita muda itu. Tidak mungkin Tengku Ridzuan sewenang-wenangnya membawa orang yang baru dikenali dan dibantunya ke rumah ini. Pasti wanita itu hanya bergurau.
 
“Makcik temankan saya makan, saya takut nanti Tuanku murka pada saya,” ujarku gementar. Yelah macamana pula aku boleh berkenalan dengan kerabat diraja. Ini bukan tempat aku. Aku mana reti adat istiadat di raja ni. Silap hari bulan boleh kena pancung.
 
Makcik yang tidak kukenali namanya ketawa kecil. Mungkin merasa gelihati melihat kekalutanku.
 
“Murka siapa pula yang murka, tak apalah makcik temankan Nasha makan,” ujarnya tersenyum lagi seraya duduk di kerusi bersebelahan denganku. Dia mencapai cawan yang terlunkup dari tadi lalu meletakkannya di atas piring. Dia mencapai teko berisi air teh.
 
“Tak apa makcik biar saya buat sendiri,” ujarku pantas seraya menyambut teko berisi air teh lalu menuang ke dalam cawanku dan cawannya.
 
Makcik itu tersenyum memerhatikan gerak geriku yang tidak betah sedari tadi.
 
“Anak berasal dari mana,” soalnya sambil menghirup air teh.
 
“Kedah, makcik asal orang sini,” soalku sambil mencapai puteri salad yang terdapat di piring. Bukan puteri salad aje yang ada. Kuih lapis, buah Melaka dan kuih keria pun ada. Tak cukup dengan itu nasi lemak santan berlada pun di sediakan. Apa Ridzuan ingat aku terlarat hendak menghabiskan semua ni seorang.
 
“Makcik asal orang kedah juga, tapi dah bernikah dengan orang sini dah tak reti bercakap mengunakan loghat kedah,” jawab wanita itu jujur seraya memandang wajah wanita muda pilihan Tengku Ridzuan. Teringat dirinya semasa waktu muda-muda dahulu. Nasha seperti dirinya merantau meninggalkan negeri untuk mencari rezeki. Dia sudah berkhidmat dengan keluarga Ridzuan sudah lama. Sejak Ridzuan masih bayi lagi. Dia berkenalan dengan suaminya yang berasal orang sini yang kebetulan bekerja sebagai pemandu dan tukang kebun. Memang dah jodohnya dengan Abdullah. Walaupun dia berasal utara dan abang Dollah berasal selatan. Kalau sudah jodoh tidak kemana. Melihatkan wanita muda itu sedikit sebanyak mengembalikan kenangan lamanya sewaktu mula-mula dia bekerja di sini. Tidak tentu arah bila mak Engku berbahasa orang johor manakala dia hanya tau loghat Kedah. Ibarat ayam dengan itik jadinya. Tapi nasib baik mak Engku baik dan penyabar orangnya. Dan bernasib baik juga abang Dollahnya mengajar cara bercakap orang johor sampaikan dia sudah terbiasa dengan cakap cara orang johor dan lupa akan loghat kedahnya.
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment