Friday 26 April 2013

Kutub Utara, Kutub Selatan - Part 6

              Ridzuan mendial nombor telefon Diana lagi. Keretanya masih tersadai di workshop untuk service. Dia meminta ehsan dari kekasihnya untuk menjemput dan menghantarnya pulang. Kalau tidak kerana keretanya berada di workshop dia tidak akan menganggu teman wanitanya itu.
 
            “Sorry dear, I sibuk hari ni tak boleh nak fetch you, you balik naik train lah eh,” ujar Diana selamba bila Ridzuan meminta dia menjemputnya di tempat restaurant biasa mereka makan.

 
            “Well nampaknya I kena naik train lagilah ni, ok then see you tomorrow,” jawab Ridzuan mengeluh kecil seraya mematikan telefon. Ridzuan melirik kearah jam di pergelangan tangannya. Jam menunjukkan angka ke 9.30 malam. Dia tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Belum pernah dia berada lama di sebuah restaurant lebih-lebih lagi kalau dia makan sendirian tanpa di temani Diana. Mungkin kerana terlalu khusyuk dengan membaca submission clientnya sehingga membuatkan dia terlupa akan perjalanan masa.

 
            “Do you need anything else sir,” tegur Anis.


            “No thanks, I’m leaving, can I have the bill please,” jawab Ridzuan membuahkan senyuman dia menyeluk saku jaketnya lalu mengeluarkan dompet.

 
            Anis menganggukkan kepala lalu menuju kea rah kaunter untuk mendapatkan bil Ridzuan. Ridzuan mengeluarkan Visa kad dari dompetnya lalu di letakkan di atas tray bil. Anis beredar ke kaunter untuk menguruskan pembayaran.

            “Here you go sir, have a nice day,” ujar Anis seraya menyerah receipt kredit kepada Ridzuan.


            “Thanks, you too,” jawab Ridzuan lalu bangun dari kerusinya. Sempat juga dia menoleh kea rah kaunter. Dia tidak tahu sebabnya kenapa. Mungkin mencari kelibat Saiful. Matanya tertangkap kepada gadis baru yang secara tidak sengaja tertuang air ke bajunya. Gadis itu sedang tekun melipat kain alas meja untuk di hantar ke dobi. Ridzuan tersenyum sendiri bila mengingatkan kejadian awal tadi. Dia mencapai jaket hitam dan briefcasenya lalu menuju kea rah pintu restaurant.

 
            Aku berjalan perlahan menuju ke stesyen Bukit Bintang. Sungguhpun jam menunjukkan jam 11.15 malam namun stesyen Bukit Bintang tidak pernah sunyi. Masih ramai lagi penduduk tempatan yang masih menjadikan LRT sebagai kenderaan utama untuk berulang alik ke tempat kerja. Walaupun sudah hampir 5 bulan berhijrah di kota Kuala Lumpur aku masih lagi tidak arif akan selok belok di sini. Pernah satu ketika aku hampir tersalah menaiki LRT gara-gara tidak tahu mengikut arahan peta yang terdapat di stesyen tempatku. Hendak menaiki bas, aku tidak berani kerana takut tersalah turun. Aku menyumbat telinganku dengan mp3 player yang sentiasa menjadi peneman setiaku untuk ke sana kemari. Sesekali aku menyanyi kecil mengikut irama lagu. Aku tidak peduli akan orang yang berada di sekelilingku. Bila aku mendengar MP3 aku berada di duniaku sendiri.

 
            Ridzuan mengambil keputusan untuk menaiki LRT kerana dia tidak sanggup menyertai barisan ramai orang menunggu giliran untuk menaiki taxi. Ikutkan dia sudah pun berada di rumah kerana Ridzuan sememangnya penat dan ingin pulang segera selepas makan malam. Tapi bila dia teringatkan bahawa dia masih belum sempat lagi membeli hadiah ulangtahun mamanya dia pergi menyinggah ke KLCC untuk membeli sesuatu. Ridzuan terpaksa berdiri kerana tiada satu pun tempat duduk kosong untuknya. Kalau hari-hari dia terpaksa begini alamat dia sanggup menumpang Diana. Lambat macamanapun dia sanggup menunggu asalkan dia tidak perlu berdiri dan berebut-rebut untuk menaiki LRT. Ridzuan mengeluh kecil nampak gayanya dia terpaksa berdiri sepanjang perjalanannya ke stesyen wangsa maju. Ridzuan melirik kearah kanan kalau-kalau ada penumpang yang berhenti di stesyen Ampang Park. Matanya terpaku kearah nyonya yang duduk berdekatan di tempat dia berdiri sudah bersedia hendak bangun dari tempat duduknya. Sebaik sahaja nyonya itu bangun dan beredar tanpa membuang masa Ridzuan terus duduk di tempat berkenaan sebelum ada penumpang lain yang duduk. Seketika kemudian terdapat seorang wanita muda berundur dan tiba-tiba duduk di atas ribanya.

 
            “Opocot mak kau,” latah perempuan muda itu terperanjat bila menyedari dia terduduk diatas riba seseorang. Dia menoleh kea rah si empunya riba. Bulat matanya bila terpandang akan orang tersebut.

 
“Sorry-sorry,” ujarku segera bangun dari riba lelaki tersebut. Wajahku merona merah menahan malu. Penumpang-penumpang lain yang menjadi saksi akan peristiwa lucu itu tersenyum-senyum menahan ketawa. Aku terasa begitu malu ikutkan hati hendak sahaja dia keluar di stesyen selepas ini. Aku tidak terperasan langsung bangku itu diduduki orang kerana aku tahu tempat duduk itu kosong sebaik sahaja nyonya tua itu beredar. Aku tidak menyangka lelaki itu lebih pantas dariku. Sedap aje aku duduk atas riba lelaki yang dikenali sebagai Ridzuan dan lelaki itu juga yang tadinya aku tidak sengaja tertuang air di bajunya. Tapi bukankah dia sudah keluar dari restaurant awal. Bagaimana dia masih lagi berada di dalam LRT. Dan bagaimana pula aku boleh terserempak dan berada di gerabak yang sama dengannya. Seperti berjanji pula.

 
“It’s ok,” jawab Ridzuan dengan wajah selamba sama seperti reaksinya semasa aku meminta maaf semasa aku tertuang air di bajunya. Kenapa dengan aku hari ni, apasal aku boleh clumsy sangat. Kenapa mesti kena pada orang yang sama dalam masa satu hari. Pelik. Apa aku dengan dia magnet ke. Bila terjumpa aje pasti ada masalah. Aku berkira-kira samada hendak keluar di stesyen Dato Keramat. Tak sanggup hendak berdepan dengan Ridzuan walaupun pemuda itu sekarang sibuk bermain dengan blackberrynya. Selamba sahaja. Yelah dia seronok kerana perempuan duduk di ribanya. Aku pula malu bila ramai orang yang menyaksikan peristiwa itu masih lagi tersenyum-senyum bila terpandang wajahku. Nasib baik budak remaja cina yang duduk di sebelah Ridzuan tidak menyedari apa yang berlaku kerana dia tidur.

 
“Stesyen Dato Keramat,”

 
Budak cina yang duduk bersebelahan dengan Ridzuan tiba-tiba tersedar dari tidur. Cepat-cepat dia mencapai bag galasnya dan tergesa-gesa bangun mencari pintu berdekatan untuk keluar. Tempat duduk bersebelahan dengan Ridzuan kosong. Tiada sesiapa yang hendak duduk di sebelahnya. Tiba-tiba Ridzuan mendongakkan kepalanya memandang kea rah aku. Dia menepuk-nepuk bangku kosong di sebelahnya memberi arahan supaya aku duduk.

 
Aku mengelengkan kepala menandakan aku tidak mahu duduk.

 
“Duduklah, nanti terduduk di atas riba orang macamana,” ujar Ridzuan perlahan seraya tersenyum.

 
            Aku mengetap bibir menahan marah. Suka-suka dia aje mengusik aku. Aku bukan kenalan atau kawannya. Aku masih lagi berdiri kerana tidak mahu mengalah dengan Ridzuan kerana aku tahu dia menyindirku.

 
            “Dik duduk dik, nanti jatuh, nasib baik tadi terduduk kat riba abang handsome ni, kalau jatuh lagi haru,” ujar kakak yang berdiri bersebelahan denganku. Dia masih lagi tersenyum-senyum memandang kea rah ku.
 

            Arghh malunya aku. Aku mendengus kecil lalu duduk bersebelahan dengan Ridzuan namun sengaja aku memalingkan badanku ke kanan agar Ridzuan tahu bahawa aku tidak suka di usik begitu. Aku menyumbat MP3 player ke telingaku lalu menekan volume tertinggi. Lantaklah. Mataku sengaja ku pejamkan agar tidak lagi ternampak senyum sumbing penumpang-penumpang LRT yang menyaksikan pertunjukkan free tadi.

 To be continue...

No comments:

Post a Comment