Friday 12 April 2013

Welcome to Ho Chi Min - Hari Kedua

Good morning Vietnam!!

Hari kedua selepas breakfast. Aku dah janji dengan mereka2 untuk ke pasar Ban Than dan pasar satu lagi tak ingat namanya. Ban Than market tu dekat dengan Hotel jadinya kita ke pasar yang jauh dari Hotel tak tahu apa namanya. Sorry hehe. Tujuan ke sana..mengikut sumber2 yang boleh di percayai..dijual kain ela cotton yang bermutu tinggi dan cantik untuk di buat baju..bukan langsir eh..tu yang aku nak borong untuk di bahagi-bahagikan kepada mak dan adik beradik perempuan ku nanti. hehe.
 
Nak kesana terpaksa naik teksi MPV besar untuk 6 orang pergi ke sana. Ternyata orang Vietnam baik2 belaka. Bayangkan driver dan co-pilot jadi bodyguard kita semasa shopping. Tak ke best gitu. So tak ler takut sangat kan. Diaorang juga yang tunjukkan kedai2 orang2 kita selalu tuju untuk beli kain.
 
Sampai satu kedai kain tu hah kau banyak sungguh pilihan kain cotton air perada cantik2 dan pelbagai warna. Apa lagi kegiatan tawar menawar berlaku..haha..walaupun macam itik dengan ayam bila bab nak tawar menawar tu..aku senang aje ambik diaorang nya calculator tunjuk harga yang aku sanggup bayar senang cerita..kalau nak counter offer diaorang pulak tunjuk harga yang diaorang beri..harganya murah lah sangat..sehingga aku dapat beli 12 pasang kain cotton air perada. Amacam hebat tak. Tapi maaf tak ingat berapa harganya. Tapi apa yang pasti harganya murah. Kalau tak aku tak beli.
 
Ah kat pasar tu diaorang kata sotong pun di jual dengan harga murah..pasal banyak yang beli sotong. Oden tak beli nak buat apanya nanti habis luggage bau sotong. Jadi lepas pegi pasar tu..driver tu ajak kita ke kedai menjual kopi..kedai yang retro tu menjual kopi yang di kisar. Bau kopinya masallah memanglah sedap. Aku yang tak minat kopi pun cakap sedap. So teringatkan Mr. S kat rumah hantu kopi makan aku belilah serbuk kopi special untuk dia.
 
Ok rasa2 itu sahaja ke yang aku beli kat Vietnam..eh dak lah..kan ke aku kata nak beli cadar dan alas meja cotton. Maka lepas pekena kopi tu kita pun ke Ban Than market. Hah BT market ni memang best kalau pegi. Apa taknya banyak barang terdapat di jual di sana. Bag manik2, kasut, baju apa2lah..nak kena bawak ada banyak duit aje..so kat market tu aku cari lah kedai yang jual cadar dan alas meja..hah jumpa pun..wah rambang mata melihatnya..sedar tak sedar aku beli sampai 5 pasang alas meja. Alas meja sulam tu termasuk sapu tangan 6 helai serupa dengan alas meja tu. Ala2 mat saleh mesti ada sapu tangan kan.
 
So dah penat pergi BT market tu. Kita pun menapak balik ke Hotel sepanjang jalan ke hotel banyak kedai2 menjual t-shirt printed, kasut kulit dan bag tangan. Singgah tengok2 jugalah mana tahu kot2 berkenan. Ternyata me no like. Then tetiba kita ternampak satu kedai tu patungnya di pakai baju kurung cotton bersulam manik. Erk pelik..aku cepat2 tarik tangan ngah pergi tengok kedai tu..
 
Masuk aje aku dapat rasakan aku akan beli barang kat kedai tu..baju cottonnya cantik dan bermutu tinggi..mesti mahalkan harganya..aku pun tanya salegirls kedai tu berapa sehelai baju kurung manik tu. Bagai nak tergolek aku bila dia cakap sehelai hanya US30..aku salah dengar ke? Tanya sekali lagi..budak sales tu senyum. Dia kata harga sehelai US45. Tapi kalau beli dari satu harga sehelai US30..kat KL aku gi beli dalam RM270. Hah biar betik. So apa lagi..aku pun korek2 duit tengok tinggal berapa..kira2 aku boleh beli dalam 4 pasang baju..budak sales tu ajak kita berdua naik atas katanya di atas banyak pilihan..wah ini sudah baik..betul lah apa yang di katakan budak sales tu rambang mata aku untuk memilih baju pahang manik cotton tu. Ikutkan semua adik beradik hendak ku beli kan sehelai..hmm memandangkan aku dah beli benda2 lain. Belen duit tu aje yang dapat ku beli apa yang ada. Aku beli 3 pasang baju dan 2 pasang telekung english cotton sulam..Hari kedua aku di HCM aku senang kerana banyak habuan ku beli sungguh puas hati.

No comments:

Post a Comment