Friday 26 April 2013

Kutub Utara, Kutub Selatan - Part 9

               Ridzuan berdiri tercegat di hadapan rak-rak tempat barang keperluan peribadi dia mencapai sebuah bungkusan berwarna hijau lalu membelek-beleknya.
 
“Boleh saya bantu,”

 
“Erm ok, dik mana satu yang bagus,” ujar Ridzuan selamba walaupun dia merasa segan dengan pekerja 7-eleven itu. Almaklumlah seumur hidupnya belum pernah dia menyentuh bungkusan tu apatah lagi membelinya. Pening kepalanya tidak tahu yang mana satu sesuai.

 
“Hari pertama atau dah nak berakhir,” soal budak itu seraya tersenyum. Dia percaya ini kes darurat sebab itu lelaki itu terpaksa membelinya. Kalau tidak kenapa hampir 10 minit dia berdiri di sini memilih-milih yang mana satu untuk dibeli.
 

Ada beza ke,” soal Ridzuan seraya mengaru kepalanya yang tidak gatal. Susah juga menjadi wanita ni. Setiap bulan harus menghadapi masalah yang sama.

 
“Banyak perbezaannya, nak yang cotton atau yang biasa, nak yang wings atau yang slim,” terang gadis itu seraya menunjuk produk yang berbeza-beza kepada Ridzuan. Lagilah pening kepala Ridzuan.

 
“Hmm kalau banyak, mana yang selamat,” ujar Ridzuan tidak sanggup mendengar penerangan terperinci dari gadis itu. Dia merasa segan bila ada mata-mata melirik ke arahnya dan tersenyum ketika memandangnya.

 
“Yang ada wings, pasti tidak bo-,”

 
“Terima kasih,” ujar Ridzuan pantas memintas cakap gadis itu. Dia mengambil bungkusan yang berwarna ungu dari tangan gadis itu lalu menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran bersama barang-barang yang diambil awal tadi.

 
               Aku mengelap tempat dudukku dengan tuala kecil yang sudah kubasahkan dari bilik air. Patutlah Ridzuan panic bila melihat banyak darah dari skirtku dan menyangka aku keguguran. Tuala wanitaku habis basah lencun mungkin kerana terkejut semasa kejadian tadi. Nasib baik aku masih ada spare satu di dalam bag pakaian kalau tidak haru dibuatnya. Dengan apa hendak ku pakai. Hendak beli duit tak ada. Hendak pinjam wang dari Ridzuan aku segan kerana dia banyak membantuku.
 
“Tak payah susah-susah, nanti besok saya suruh pak Amir bersihkan,” tegur Ridzuan bila dilihatnya wanita muda itu terbongkok-bongkok beria-ia membersihkan tempat duduk keretanya.

 
Aku tersentak kerana tidak perasan langsung Ridzuan sudah berada di belakangku. Tanpa masuk ke dalam kereta terlebih dahulu Ridzuan meletak bungkusan plastic di atas bumper keretanya. Dia mencari sesuatu di dalam plastic yang sarat dengan barang-barang yang di belinya sebentar tadi. Aku hanya berdiri tercegat memerhatikannya.

 
“Dah bersihkan lukanya,” tegur Ridzuan seraya memandang ke arahku.

 
“Dah sikit-sikit tak berani nak cuci betul-betul perit,” ujarku seraya membelek-belek lengan kananku. Lukanya dalam hingga aku boleh ternampak tisu kulit berwarna putih. Hissh ngeri aku.
 

Ridzuan hanya tersenyum simpati. Kesian dan gelihati dalam masa yang sama. Dia tidak menyangka wanita yang bersaiz kecil ini tidak takut bergelut dengan peragut tadi. Apa wanita itu tidak terfikir ke kalau dia berbuat begitu boleh membahayakan dirinya.

 
“Mari saya tengok tangannya,” ujar Ridzuan.
 

Aku menghulur lenganku tanpa banyak bicara kerana aku tahu Ridzuan hanya hendak membantuku mengurangkan rasa sakit. Ridzuan memegang lenganku lalu membelek-belek tempat yang luka. Aku merasa kaget seketika bila Ridzuan memegangku. Inilah kali pertama kami bersentuhan. Tangan Ridzuan tidak terlalu kasar seperti lelaki lain. Bukan bermakna tangannya lembut seperti wanita. Gengamannya kejap tapi tidak menyakitkan. Entahlah sukar untuk aku gambarkan apa yang pasti aku merasa senang bila dia berbuat demikian.

 
“Ok buat seketika, tapi kena jahit lukanya tu pasal dalam, takut nanti kena jangkitan kuman, saya ada beli ubat penahan sakit, makanlah ia dapat membantu melegakan sakit awak,” ujar Ridzuan seraya melekatkan plaster bandage di tempat lukaku. Hasil kerjanya begitu teliti bandage yang dibalut di lenganku kelihatan begitu kemas. Dia menyerah sepapan pil yang serupa panadol kepadaku dan sebotol mineral water.
 

“Thanks,” ujarku terharu. Ridzuan banyak berjasa denganku. Setakat perkataan terima kasih tidak akan cukup untukku membayar baik budinya. Benarlah kata orang tua-tua. Hutang emas boleh di bayar hutang budi di bawa mati. Aku tak tahu bagaimana hendak membalas jasa baik Ridzuan dia banyak membantuku. Aku membuka penutup botol mineral water dan memasukkan dua pil putih ke dalam mulut lalu meneguk air yang di beri Ridzuan. Ridzuan baru punya kesempatan untuk melihat raut wajah wanita itu dengan jelas. Wanita itu cantik. Mempunyai sepasang mata yang bundar. Bibir yang mongel, hidung mancung dan rambut yang ikal. Wanita itu mengenakan baju kurung kelabu berbunga merah jambu. Manis wajahnya bila berbaju kurung.

 
“Awak hendak kemana dengan bag pakaian,” ujar Ridzuan menyedari bahawa wanita itu seperti hendak pergi bercuti.
 

“Saya hendak ke Johor Baru ada job interview hari isnin ni,” jawabku ringkas tanpa mengulas panjang. Lagipun niatku hendak ke johor bahru terkubur begitu kerana tiket aku sudah lesap dan bas telah lama meninggalkan aku.

 
Aku memandang kea rah Ridzuan aku tahu Ridzuan tidak akan berminat dengan penerangan aku. Aku tiada kena mengena dengannya. Lagipun aku yang selalu memberinya masalah selama ini. Dan Ridzuan pula membantuku pun atas dasar peri kemanusiaan. Lagipun Ridzuan sudah punya teman wanita. Ingat tu.

 
“Baguslah kalau macam tu, kebetulan saya pun hendak ke Johor Baru, ada juga orang temankan saya,” ujar Ridzuan tersenyum seraya mencampak botol mineral water yang sudah kosong ke dalam tong sampah.

 
“Oh betul ke alhamdulilah, terima kasih,” jawabku memberinya senyuman, gembira kerana kami menuju ke destinasi yang sama. Alhamdulilah aku memanjatkan syukur walaupun mengalami pengalaman ngeri aku masih bersyukur kerana masih bernyawa. Agaknya memang sudah tersurat aku harus melalui lorong gelap itu dan sudah tertulis aku akan di bantu oleh Ridzuan.

 
“Kembali, oh sebelum saya terlupa ni untuk awak,” ujar Ridzuan lalu menyerah ku bungkusan plastic kepadaku. Dia segera beredar menuju kearah tempat pemandu. Aku mengerutkan dahi hairan apa lagi yang di berinya Ridzuan, aku memeriksa kandungan di dalam bungkusan plastic itu. Terbeliak mataku bila mengetahui isi kandungannya. Wajahku merona merah menahan malu. Mulutku terasa terkunci untuk mengucapkan terima kasih kepadanya.


To be continue...
 

No comments:

Post a Comment