Friday 26 April 2013

Kutub Utara, Kutub Selatan - Part 3


Sebaik sahaja band mendendangkan corus instrumental lagu tersebut lampu dinyalakan sedikit. Aku tercari-cari juga boss Tania dan teman wanitanya. Namun tidak kelihatan. Hai sekejap nah diaorang dah hilang. Aku ingin segera bangun dari kerusi. Bila tiba-tiba band mendendangkan lagu birthday diikuti nyanyian para tetamu. Aku turut menyanyi untuk memberi sokongan cuma aku tidak tahu siapa nama teman wanita si Prince. Ahh tak apalah.

 
“Happy birthday to you, Happy birthday to you, Happy birthday to Alya, Happy Birthday to you,”

 
Alya. Hmm kebetulan kami berkongsi nama yang serupa. Tak sangka yelah nama Alya memang sudah biasa di gunakan sekarang apa yang hendak dihairankan. Mataku tertumpu ke arah Misha dan Hairul, mereka menolak tray berisi cake 2 tingkat yang sudah di nyalakan lilin menuju ke arahku.

 
Aku menjegilkan mataku ke arah anak buahku. Apa merepek budak 2 ekor ni berhentikan troli berisi cake girlfriend si “Prince” betul-betul di hadapan aku. Bukankah meja khas sudah di sediakan untuk kek tersebut. Budak-budak ni memang nak kena selalu bantah arahanku. Ngomelku dalam hati.

 
“SURPRISE…,” jerit tetamu yang hadir serentak hampir sahaja membuatkan jantungku gugur kerana terkejut mendengar jeritan mereka sehingga seluruh deck bergema.

 
Peluh-peluh halus mula membasahi dahiku. Semua mata tetamu tertumpu ke arahku. Ehh..diaorang dah tersilap orang ini bukan majlis aku. Mataku liar mencari kelibat Tania kemana perginya dia. Ini semua angkaranya. Dia yang memandai menyuruh aku duduk di kerusi VIP. Pasti tetamu tersalah anggap dan menyangka aku teman wanita si Prince. Para tetamu yang tidak ku kenali berdiri bertepuk tangan lalu mengucapkan “Happy Birthday” kepadaku. Kalau si Prince tu tahu matilah aku. Pasti dia baran kerana tidak memberitahu tetamunya akan agenda malam ini.

 
Alya do something. Belum sempat aku hendak menerangkan keadaan yang sebenar kepada mereka. Lampu di matikan semula. Ruang restaurant kini hanya di terangi cahaya lilin yang terliuk lentuk bila di tiup angin. Kali ini aku menjadi tidak senang duduk bila ketua band menujukan lagu Happy Birthday kepadaku. Tak cukup dengan itu lampu spotlight diarahkan kepadaku. Majlis ini untuk aku? Dari siapa? Farouk? Mungkin? kerana dia yang beria-ia mahu aku berada di sini. Tapi bila di fikirkan balik mana mungkin Farouk sanggup berhabisan beribu ringgit untuk menyambut hari ulang tahunku bertujuan agar aku menerima cintanya. Aku tahu Farouk sukakan aku kerana lelaki itu tidak pernah putus asa cuba mengetuk pintu hatiku. Ini mustahil. Aku kenal Farouk, dia tidak segila itu. Kek strawberry chocolate truffle dua tingkat itu ku pandang hairan bila aku menyedari tulisan di atas kek tersebut “Happy Birthday Wan Alya”. Misha tiba-tiba menjelma di sebelahku.

 
            “Happy birthday boss, apa lagi tiuplah lilin tu,” ujarnya riang lalu memelukku.
 
Aku menjeling tajam ke arah Misha. Macamana dia tahu hari ini ulangtahunku sedangkan aku tidak pernah memberitahu sesiapa di tempat kerja and she’s know what’s happening here?

 
“Sorry,” ujar Misha seraya bersembunyi di belakang Hairul. Takut di marahi Alya.

 
Ok. Ini mesti kerja Farouk. I’m Positive. Tiada orang lain yang boleh mendapatkan maklumat profile pekerja selain dirinya. But then again, siapa pula yang menjadi penaja party ini? Hyatt? Impossible? Pekerja tip-top belum tentu mendapat anugerah se-gah begini. Tetamu yang hadir tiada seorang pun yang aku kenali selain Misha dan beberapa anak buahku. Tetamu upahan? Lagilah aku musykil, penat rasanya berteka-teki. Ahh buntu fikiran ku di buatnya. Lawak apakah ini?

 
            “Thanks,”ujarku gembira berbaur risau. Siapa pulak penaja misteri yang merancang majlis ini untuk aku? Dato mana pulak yang berkenan kat aku? Bingung aku di buatnya. Aku menoleh ke arah Misha sekali lagi ingin mendapatkan jawapan darinya tapi tidak berpeluang berbuat demikian kerana para tetamu yang hadir tidak sabar menunggu aku meniup lilin. Aku membuahkan senyum walaupun di fikiranku sarat dengan pelbagai soalan yang masih belum dapat ku rungkai.

 
            “Make a wish,” bisik seseorang di sebelahku tiba-tiba.

 
            Aku tersentak. Dadaku seakan berhenti berdegup tatkala mendengar suara itu. Suara yang sudah lima tahun tidak ku dengari. Suara yang teramat ku rindu. Aku menoleh ke kanan. Hampa bila mendapati lelaki yang berdiri di sebelahku bukan orang yang kucari. Tidak tentu arah aku di buatnya. Aku tidak berpuas hati. Mataku melilau mencari kelibat seseorang. Mataku tertangkap kearah sesusuk tubuh sasa milik lelaki yang kurindui berdiri tidak jauh dari kami maka terjawab sudah semua teka teki ku. Lelaki itu tersenyum bila pandangan mata kami bertaut. Hatiku melonjak gembira. Hilang duka lara ku. Ternyata penampilannya sudah banyak berubah. Dia kelihatan lebih matang dan kacak. Benarlah kata Anis dia kelihatan lebih tampan bila berkaca mata.


            Tanpa melengahkan lebih masa lagi aku segera meniup lilin dan tanpa memotong kek terlebih dahulu aku terus bergegas mendapatkannya. Tidak sabar rasanya untuk bertemu dengannya. Rindu benar aku padanya. 

 
            “As salamualaikum,” ujarnya lalu tersenyum.

 
            “Wa alaikumsalam,” jawabku membalas senyumannya. Cuba mengawal perasaan gembiraku. Wajah tampannya ku pandang lama untuk melepaskan rindu. Terasa janggal pula bila berdepan dengannya. Almaklumlah banyak perubahan antara kami berdua.

 
            “Masih ingat saya lagi,” ujarnya tersenyum lagi.
 

            “Eh tentulah Tengku, Tengku yang selamatkan nyawa saya dahulu, mana mungkin saya lupa,” jawabku lalu mendekatinya.

 
            Ridzuan hanya tersenyum bila aku berkata demikian.

 
            “You look wonderful tonight,” ujarnya lalu mencapai tangan kananku. Dia mengamati wajahku lama. Aku membiarkan sahaja dia berbuat demikian.

 
            “Thanks,” jawabku tersipu malu. Yelah inilah kali pertama Ridzuan melihat wajahku di dandan rapi. Terasa segan bila Ridzuan memujiku aku merasakan bagai berada di awangan.

 
            “Hmm, tak ada cincin, tunggu siapa,” soalnya nakal bermain-main dengan jari jemariku.

 
            Aku tidak segera menjawab pertanyaannya. Giliran aku pula menarik tangan kanannya yang sedari tadi di sembunyikan ke dalam saku seluarnya. Aku benar-benar berharap agar allah kabulkan permintaanku kali ini.

 
            “Hairankan mana cincin,” ujarku cuba menyembunyikan perasaan gembiraku. Ini bermakna Ridzuan masih belum berpunya erti kata lain solo.


            “Tak ada, eh lupa nak pakai,” ujarnya dengan wajah serius seraya meraba-raba poket seluarnya.
 

            Aku kecewa bila dia berkata demikian. Hampa kerana sangkaanku salah.


            “Hah dah jumpa,” ujarnya lalu mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.


            Mataku sudah mula berkaca-kaca. Sebak hatiku. Penantianku selama ini sia-sia belaka. Setelah bertemu semula Ridzuan hanya ingin menyampaikan berita bahawa dia sudah terikat. Sampai hatinya mempermainkan perasaanku. Ku pertaruhkan harapan yang tinggi padanya inikah balasanku terima. Apa tujuannya yang sebenar. Aku terasa hati, aku ingin pergi. Niatku terhenti bila Ridzuan pantas mencapai tangan kananku. Aku tersentak bila dia berbuat demikian.

 
            “Jari runcing yang cantik ni tak elok di biarkan kosong,” ujarnya lalu menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis kananku.

 
            Aku seperti tersedar dari mimpi. Cincin berlian di jari manisku ku pandang sayu. Tidak dapat ku gambarkan perasaan gembiraku tika dan saat ini. Ridzuan melamarku.
 

“Thanks,” hanya itu yang termampu ku ucapkan kerana merasa begitu gembira. Airmata ku mengalir laju tanpa dapat ku tahan. Aku tidak pernah menduga Ridzuan begitu menyayangiku kerana lelaki itu tidak pernah menunjukkannya kepadaku. Malah aku hampir berputus asa bila tidak mendengar sebarang khabar darinya sejak pertemuan terakhir kami.

 
            “Selamat ulangtahun sayang, I miss you so much,” ujar Ridzuan lalu memelukku erat. Airmataku mengalir lagi. Bergetar hati ini bila mendengar ucapan sayang dan rindu darinya. Lama kami berpelukan, hingga basah jaket suede yang di pakai Ridzuan disirami airmataku. Tak ingin aku melepaskanya pergi.

 
            “Lya ingatkan tengku masih bersama Diana,” ujarku perlahan. Sesekali aku mengesat air mataku.

 
            “Sayang tak tahu ke, sayang bakal menjadi isteri nombor 2,”
 

            “Tengku,” protesku lalu mencubit pinggangnya. Aku tahu dia hanya bergurau.

 
            “You the one and only,” bisiknya ke telingaku. Aku mula tersenyum bila dia berkata demikian. Benar-benar tidak menyangka aku akan bertemu jodoh dengan orang selatan. Benarlah kata pepatah melayu ikan di laut asam di darat di dalam belanga bertemu jua.
 

“Apa yang sebenarnya terjadi antara Tengku dengan Diana, kali terakhir saya bersama tengku, Tengku menerima Diana kembali,” soalku ingin tahu. Jangan-jangan dia baru putus hubungan dengan Diana sebab itu dia tidak menghubungi aku. Tiba-tiba aku merasa sedih bila menyedari aku menjadi pilihan kedua dalam hati Ridzuan.

 
            “Happy Birthday,” jerit Anis lalu mendakapku.

 
            “Anis, kata Fikri sakit,” ujarku gembira bila mendapati Anis dapat menghadiri majlisku.

 
            “Aku nak suprisekan kau, ini semua rancangan Tengku Ridzuan kita, sayang betul dia pada kau eh, tengok ala-ala Titanic gitu jealous aku, oklah kita sembang lagi nanti, tak nak ganggu merpati dua sejoli ni,” usik Anis seraya tersenyum sinis dia sempat menjeling pada Ridzuan yang tersenyum bila diusik.

 
            “Mestilah dia kekanda aku,” jawabku lalu memeluk lengan Ridzuan manja.

 
            “Whatever,” jawab Anis tersenyum sinis.

 
            Aku menguntum senyum bila mengenangkan kebenaran kata-kata Anis tadi. Ridzuan benar-benar sayangkan aku.

 
            “So,” ujarku lalu memandang Ridzuan.

 
            “Saya tidak pernah menerima Diana sejak dia minta hubungan kami di putuskan,” jawab Ridzuan tanpa mengulas panjang.
 
            “Sungguh, selama 5 tahun ni tengku cari wanita lain, bila hubungan tengku tak berjaya, saya jadi pilihan tengku yang terakhir kerana tengku tahu saya masih setia menunggu tengku, begitu,” ujarku membuat andaian sendiri.
 
To be continue....

No comments:

Post a Comment