Sunday 28 April 2013

Saiful?..Shahril?..Mr. Shah? - Part 6


            “Sorry about that,” ujarku meminta maaf pada Shah bila menyedari perbuatanku tadi, sehingga menyebabkan hidungnya berdarah. Niatku hendak memberi penumbuk sulungku kepada Saiful tetapi terkena pada Shah. Salah dia juga kerana menghalang aku berbuat demikian pada Saiful.

            Shah tidak menjawab malah menyandarkan kepalanya di kerusi agar darah tidak lagi mengalir keluar dari hidungnya. Sapu tangan yang ditekap di hidungnya mula kelihatan tompok-tompok darah yang sudah kering. Dia tidak menyangka penumbuk yang Maya berikan padanya mampu membuatkan hidungnya berdarah. Tidak sangka kuat juga penumbuk Maya.

            “I think we have to send you back, there is no point for you to stay here after the commotion, it's not good for our business,” ujar Shah tenang. Melihatkan incident tadi, Shah dapat mengagak Maya tidak akan melepaskan Saiful begitu sahaja, tidak semudah itu setelah apa yang telah Saiful lakukan. Saiful telah mempermainkan hati dan perasaannya.

            “Tapi saya dah bayar package ni, mana boleh saya pergi dari sini sedangkan dia senang lenang tinggal di bilik saya,” ujarku mempertahankan diri. Aku tidak puas hati dengan kenyataan Shah. Bukankah mama sudah membayar sewa bilik ini terlebih dahulu. Kenapa mesti aku mengalah. Silapnya, aku book bilik ini mengunakan nama Saiful. 

            “Tolong beri kami kerjasama cik Maya, saya sudah katakan bilik ini ditempah di atas nama Encik Saiful Bahari dan Encik Saiful masih mahu meneruskan percutiannya, saya berharap cik Maya tidak lagi memberi masalah kepada Encik Saiful Bahari dan isterinya,” ujar Shah tegas seakan memberi amaran kepada Maya.

            Aku terkedu bila Shah berkata demikian. Terasa diri ini begitu kecil. Sedih tidak terkata.  Tergamak Saiful berbuat demikian terhadapa diriku. Aku kesal kerana terlalu naif tidak benar-benar mengenali Saiful selama ini. Mataku di kaburi dengan perasaan cinta dan kasih terhadap dirinya. Aku buta untuk menilai siapa Saiful sebenarnya. Mungkin ini balasan yang aku sepatut terima kerana menolak permintaan mama dan papa dan menduakan tunangku. Kalaulah Shahril tahu akan keadaan aku hari ini pasti dia merasa jijik dan malu mengaku aku sebagai tunangnya. Aku mula menyesal. Mataku mula di takungki air. Nasibku hari ini benar-benar malang. Ibarat sudah jatuh di timpa tangga. Allah membalas perbuatan ku dengan memberi aku pengajaran yang sewajarnya. Ya allah ampunilah aku. Aku malu pada diri aku sendiri dan terlebih malu pada tunangku.

            “Tolong Encik Shah, saya merayu pada Encik Shah, berilah saya mana-mana bilik untuk saya terus tinggal di sini, saya perlukan ketenangan, tempat ini sungguh cantik dan damai, saya hendak menghabiskan cuti saya di sini, please,” ujarku merayu. Airmataku mengalir tanpa di tahan. Kali ini aku tidak malu menangis di depan Shah. Aku tidak pernah merayu kepada sesiapa. Hatiku benar-benar sebak tiada siapa untukku mengadu.

            Hati Shah tersentuh bila Maya merayu meminta simpati. Tak sampai hati dia hendak membiarkan Maya terus-terusan begitu. Tetapi dia tidak punya pilihan. Semua bilik di lodge penuh kerana terdapat beberapa kumpulan rombongan menempah bilik untuk minggu ini. Kalau ada pun bilik untuk staff yang hanya mempunyai katil single, almari kecil dan meja solek. Tiada bilik air yang disediakan di bilik tersebut. Dia terpaksa ke bilik air awam yang tersedia di hotel.

            “Baiklah, tapi bilik ini bukan bilik hotel, ia bilik staff nothing fancy about this room, just a basic furniture-,” 

            “Done, I don’t mind as long as you allow me to stay here, thank you so much,” ujarku pantas tanpa sempat Shah berkata lebih lanjut. Aku tidak memikirkan bilik yang cantik sepertimana yang terdapat di Orkid Suite. Aku tidak akan lari dari Saiful. Aku ingin membuktikan bahawa aku boleh hidup tanpanya.

            “Ok, I akan suruh Atikah bawa you ke bilik berkenaan, ingat Cik Maya, jika ada sebarang komplain dari Encik Saiful Bahari, saya tidak ada pilihan lain melainkan menghantar awak balik,” pesan Shah sebelum Maya beredar dari biliknya.



             Benarlah kata Shah bilik staff yang dimaksudkan tiada apa-apa yang istimewa. Terdapat hanya sebuah katil kecil, sebuah almari dan meja solek di dalam bilik tersebut. Tiada tingkap mahupun permandangan indah yang dapat ku lihat dari bilik tersebut. Aku merebahkan diri di atas katil tersebut. Katil tersebut berkeriuk bila setiap kali aku mengerak kan badan. Sepanjang perjalanan menuju kea rah bilik yang dimaksudkan aku melintasi sebuah koridor yang dihias indah, lantainya di perbuat dari kayu dan batu-batu sungai yang disusun cantik. Dindingnya diperbuat dari marble berwarna putih dan sebelum menuju kearah bilik ku terdapat sebuah pintu yang bertulis for staff only. Ia tidak jauh dari bilikku. Impianku untuk bermalam di bilik Orkid Suite terpaksa ku kuburkan. Ikutkan aku boleh pergi ke mana sahaja yang aku mahu. Aku mampu, aku boleh menyuruh setiausaha papa untuk menguruskan pernerbangan dan penginapan aku kemana sahaja yang aku kehendaki. Tetapi aku tidak berbuat demikian kerana hatiku terlalu terluka. Aku masih tidak dapat melupakan peristiwa tadi.
 
            Aku tidak sedar pukul berapa aku terlelap semalam. Yang aku tahu mataku terasa sembab dan berat untuk di buka akibat terlalu banyak menangis. Pintu bilikku di ketuk bertalu-talu. Aku melangkah malas menuju kea rah pintu lalu membukanya.

            “Selamat pagi Cik Maya, sarapan cik Maya sudah saya sediakan, ni ada beberapa helai baju untuk cik Maya gunakan sementara menunggu beg cik Maya tiba,” ujar Atikah seraya meletak dulang sarapanku berserta beg kertas di atas meja solek.

            “Terima kasih Atikah,” ujarku lemah aku cuba tersenyum namun ku rasa senyuman ku tawar dan hambar.

            “Be strong ok cik Maya,” ujar Atikah sebelum keluar dari bilikku.

            Aku tersentak bila Atikah tiba-tiba memelukku, aku membalas pelukannya. Ternyata Atikah faham akan hati wanitanya.

            “Thanks for your help Atikah, I really appreciate it,” ujarku seraya meleraikan pelukannya.

            “Need anything you just look for me or Mr Shah,”

            Aku tidak menjawab malah mengangguk kan kepalaku perlahan seraya tersenyum.

 To be continue...

No comments:

Post a Comment