Friday 26 April 2013

"How Can I Not Love U" - Part 8


Jadi personal ad di Love Inc. tidak berjaya. Akan tetapi aku berjaya membuatkan Adam Matin Salvatore untuk date dengan aku selama 3 bulan. Hehehe. Actually dare kami sebulan tapi aku minta 3 bulan. Surprisingly he dare to date me for three months. Gila kan. Aku rasa Adam sememangnya lelaki gila. Sudahnya kami berjanji untuk bertemu di restaurant segera Burger King. Ini semua plan Nadia juga. Ada ke dinner di BK, tak sesuai langsung. Fast food. Aku pulak biasalah bila setiap kali hendak keluar date blouse biru muda juga yang menjadi kegemaranku. Rambutku tetap ku ikat satu. Dan masih lagi berkaca mata. Nadia ada juga offer aku pakai baju dia untuk keluar date dengan Matin. Tapi aku menolak. Segan kerana asyik meminjam sahaja kerjanya walaupun aku tahu Nadia tidak ambil kisah.

 

Kami menoleh serentak kea rah pintu masuk BK. Seperti dalam cerita movie hollywood bila Hero handsome masuk pasti ada effect, macho gitu. He’s gorgeous. Aku menelan air liur bila dia menoleh kea rah kami lalu tersenyum. Untuk pertama kali aku lihat dia tersenyum. Tak sangka jejaka itu memiliki lesung pipit di pipi kanannya. Ya allah tetapkanlah imanku bila bersama dengannya doaku dalam hati.

 

“Hello, sorry dah lama tunggu,” ujarnya lalu duduk di depanku.

 

Kami berdua mengeleng serentak. Seperti terpukau dengan kehadiran Adam Matin Salvatore. Hendak sahaja aku mencubit pipi ku untuk memastikan bahawa aku bukan bermimpi. Dan di depan aku adalah Adam Matin Salvatore, orang yang sebenar.

 

“Yang mana satu Era, sorry I tak berapa cam wajah you tempoh hari,” ujarnya tersenyum lagi. Ramai tetamu yang hadir ke majlisnya tempoh hari. Ramai wanita yang cantik-cantik hadir jadi dia tidak berapa ingat siapa yang bernama Era.

 

Aku tidak menjawab malah mengangkat tangan seperti anak murid mahu menjawab soalan. Aku tidak mahu kelihatan kalut di depannya. Tapi itulah yang terjadi bila aku mengangkat tangan bila dia bertanya yang mana satu Era. Nadia menjeling kearahku tidak senang dengan perbuataanku itu.

 

“Era apa kau buat angkat tangan,” bisik Nadia seraya tersengih memandang kea rah Adam.

 

“Aku panic, sorry,” ujarku turut tersengih lalu menurunkan tanganku.

 

“You,” ujarnya agak terperanjat kerana wanita yang mengaku adalah Era tidak sama seperti wanita yang di temuinya tempoh hari. Wanita itu cantik dan modern tida seperti wanita di depannya sekarang.

 

“In case you tak ingat I juga yang cause kepala you benjol tempoh hari,” jawabku seraya berdehem kecil. Aku menoleh kea rah Nadia di sebelah. Nadia hanya mampu mengelengkan kepalanya tidak tahu kenapa temannya berbuat demikian.

 

“You, the lift lady, kepala I masih blue black pasal terhantuk tempoh hari,” ujarnya tersenyum sinis sambil memerhatikan Era. No wonder she’s look familiar. Pasal bukan kejadian terhantuk sahaja. Malah mereka selalu bertemu atau terserempak. She’s so ordinary looking. With glasses and pony tail. My god where is she from? Kampung? Dan Adam tidak pernah kelihatan keluar dengan wanita biasa. Lainlah temannya di sebelah, she’s seksi dan cantik. Dan dalam masa itu dia harus membuatkan wanita itu jatuh hati padanya. Adam tersenyum sendiri kerana wanita itu kelihatan smitten dengan charmnya. Tidak susah untuk membuatkan wanita suka apatah lagi jatuh cinta pada dirinya.

 

Nadia menoleh ke arahku seraya menjeling bila Adam berkata demikian. Dia tidak menyangka Era berbuat demikian. Dia khuatir Adam akan menarik diri pula nanti.

 

Aku tersenyum bila Adam cuba berlagak cool. Baik nah Adam. Pandai dia berdrama cool.

 

“So you all sure nak makan kat sini,” soal Adam lalu menyangkut jaket berwarna midnite black di belakang kerusi tempat dia duduk dengan wajah selamba. Mataku sempat menjeling ke arah label jaket yang tersangkut itu. Salvatore Ferragamo. Gila apa ada ke main sangkut kat kerusi macam tu buatnya orang sapu. Naya aje. Bisik ku dalam hati. Oh ye lupa orang kaya diaorang tak peduli hilang boleh beli lagi.

 

“Yup, actually saya ingin tahu apa yang Encik Matin faham akan date dengan saya,” soalku tanpa membuang masa. Ceh aku sendiri tidak tahu dimana datangnya keberanian ku. Yelah aku cuma berani dengan kenalan rapat aje. Selalu beta dan bidas cakap mereka, kalau orang luar yang aku tidak kenali dan lebih-lebih lagi Adam Matin jangan cakap bersuara hendak tegas macam sekarang pun belum tentu berani.    
 

Adam tidak menjawab soalan Era. Tak kan dia hendak mengatakan bahawa dia bosan. Dia perlukan cabaran. Dan suka dicabar.

 

“I cuma tidak pernah date secara dare,” jawab Matin memandang tepat kearah ku lalu tersenyum lagi.

 

Aku tersenyum sinis. So he like challenge.

 

“It’s not that easy Mr Adam,” jawab Nadia selaku penasihat aku dan sekaligus orang penting membuatkan impian ku menjadi nyata. Nadia sudah sediakan contract untuk Adam tandatangani supaya Adam tidak dapat lari dari perjanjian kami. Nadia membuka document bagnya lalu mengeluarkan 3 keping contract yang di buatnya khas untuk aku.

 

Aku dapat melihat dengan jelas bahawa Adam agak terperanjat bila Nadia mengeluarkan 3 salinan dokumen yang sama dan menyerahkan kepadanya. Sungguhpun begitu Adam tidak berkata apa. Dia membaca contract tersebut dengan tenang. Dia sengaja membaca salah satu syarat yang terdapat di kontrak tersebut kuat agar kami dapat mendengarnya dengan jelas.

 

3.     “Adam Matin Salvatore” atau di kenali sebagai “AMS” tidak boleh menarik diri atau memilih tidak mahu berkerjasama dengan “Shah Era” atau di kenali sebagai “SE” sepanjang 3 bulan dan harus akur akan segala permintaan SE. Sekiranya AMS melanggar kontrak dia di kehendaki membayar ganti rugi sebanyak RM30,000.00 kepada SE.

 
4.     Dengan ini AMS dan SE akan akur dengan kontrak yang di tandatangani dan bersedia mematuhi peraturan kontrak.


Bertarikh                   bulan                              tahun

 

________________________                 ___________________________

Adam Matin Salvatore                            Shah Era Mazuin Norman

 

Saksi : _____________________

Nadia Dato Sulaiman

 
“Ok, tapi tidak adil jika sebelah pihak sahaja yang menetapkan syarat,” jawab Adam seraya memandang kearah kami berdua. Aku dan Nadia sebenarnya dah agak Adam tidak akan bersetuju dengan kontrak yang kami sediakan. Sungguhpun begitu Adam tidak membantah dia cuma mengatakan bahawa tidak adil jika sebelah pihak sahaja yang menetapkan syarat.

 

“Apa syaratnya,” soal Nadia tidak sabar ingin tahu syarat-syarat yang bakal dikenakan oleh Adam.


“Nothing serious, since you ada tetapkan syarat untuk hubungan 3 bulan, I cuma berharap you akan memberi kerjasama dengan I, since I jadi your boyfriend you kena jalankan your duty sebagai girlfriend I,” ujarnya seraya tersenyum sinis.

 

“Strictly no hanky panky,” ujarku pantas. Aku dapat merasakan Adam inginkan sesuatu dari aku. Kalau itu yang dia fikirkan aku tidak akan bersetuju sama sekali.

 

Adam tersenyum seakan mengejek bila aku berkata demikian. Dia ingat aku apa perempuan murahan. Senang di ajak tidur seperti wanita-wanita yang pernah di dampinginya. Aku tidak terperanjat sekiranya Adam akan utarakan soalan demikian kerana aku percaya Adam bukannya malaikat. Itu sudah menjadi kebiasaan orang-orang kaya seperti Adam.

 

“I see, maksud I, you tak boleh membantah atau menyekat I and I’ll need you to be my companion for any function or event that I need to attend,” ujarnya tersenyum lagi.

 

Wajahku merona merah menahan malu bila Adam berkata demikian. Malunya tidak terkata. Apa kata Adam nanti. Dia tidak pernah terfikir hendak berbuat demikian. Aku pula yang terlebih excited.
 


“I think that’s fair enough,” jawab Nadia lalu menjeling ke arahku. Aku mengangguk perlahan tanda setuju.

 

Adam menarik pen mont blanc dari kocek jaketnya lalu menandatangan di atas kontrak tersebut.


Aku dan Nadia berpandangan sesama sendiri tidak percaya bahawa Adam begitu mudah bersetuju dengan kerja gila kami. Apa dia hilang akal ke? Aku dan Nadia tadi sudah membayangkan bahawa Adam akan segera meninggalkan kami bila mendapat tahu kami berdua perempuan gila. Tapi Adam tidak berbuat begitu malah tanpa berfikir panjang lagi dia terus menunrunkan tandatangannya dia atas kontrak kami.
 

“You serius, tak ada apa-apa yang you hendak tambah atau tidak setuju,” jawabku memandang kearah Adam yang kelihatan selamba sahaja menyimpan semula pen mont blancnya ke dalam jaket.
 

Adam mengelengkan kepala lalu tersenyum. Padanya kontrak ini hanya kontrak yang senang di patuhi. Dia yakin dia tidak akan melanggar kontrak dan tidak perlu rugi RM30k.

 
“I’m businessman, belum pernah I signed contract tanpa berfikir terlebih dahulu,” jawabnya yakin.


“Ok,” jawabku gugup sekaligus malu juga berdepan dengan Matin. Kerana mulai hari ini secara rasminya dia menjadi kekasih aku walaupun kekasih selama 3 bulan sahaja. Aku tiba-tiba merasa janggal bila memikirkannya. Yelah. Bukan aku tidak pernah ada kekasih dahulu. Ada. Tapi tidak sekacak dan sehebat Adam Matin. Boleh ke aku handle Matin. Dan boleh ke Matin handle aku.
 
To be continue..

 

No comments:

Post a Comment