Friday 26 April 2013

Kutub Utara, Kutub Selatan - Part 8

               Aku merasa kaget. Berdiri terpaku seperti patung bila di minta berbuat demikian. Sudah siapa pula hendak samun aku pulak. Merasa menyesal pula kerana terlalu berani berjalan seorang diri ke lorong itu.
 
“Kalau tak hendak diapa-apakan serahkan beg tangan kau pada aku,” ugut lelaki itu.
 

“Kenapa buat kerja yang tak berfaedah, senang-senang ragut orang untuk beli benda jahanam tu,” jawabku berani. Aku tidak tahu mengapa mulutku tiba-tiba begitu berani berkata demikian. Kerana aku tahu silap haribulan nyawa ku melayang.


“Oh melawan ye, tak takut,” ugut lelaki itu.

 
Lelaki itu menarik bag tanganku dengan kasar. Aku mengepit bag tanganku kuat tidak mahu bag terlepas.

 
“Tolong, tolong,” jeritku sekuat hati namun hendak melepaskan bag tanganku tidak sekali. Aku meronta-ronta minta di lepaskan. Berharap agar si peragut mengalah dan melepaskan aku bila aku menjerit meminta tolong.

 
Ridzuan memberhentikan keretanya bila traffic menyala merah. Dia menyandarkan kepalanya lalu menoleh ke arah kiri dimana terdapat lorong-lorong gelap di celah-celah bangunan-bangunan lama tempat para penagih gemar menjadikan port mereka. Matanya tertangkap kepada sesusuk tubuh wanita yang cuba melepaskan dirinya dari seorang lelaki. Ridzuan hanya memandang dengan wajah bersahaja kerana sangkanya mungkin wanita itu adalah kupu-kupu malam yang sedang mencari pelanggan. Tapi sebaik sahaja dia terpandang akan wajah wanita itu. Dadanya berdegup kencang. Tanpa berfikir panjang dia menarik kunci keretanya dan berlari menuju kearah lorong tersebut. Kereta berada di belakangnya hon berkali-kali langsung tidak dipedulikannya.

 
“Hoi,” jerit Ridzuan dari jauh.
 

Peragut tersebut terkejut bila menyedari ada seorang lelaki berlari menuju ke arahnya. Dia menarik bag tangan wanita itu sekuat tenaganya. Akhirnya bag wanita itu berjaya di ragut pisau tajam yang berada di tangan kirinya sempat mencederakan lengan kanan wanita itu sebelum melarikan diri bersama bag tangan tersebut.

 
Aku jatuh terduduk bila ditolak peragut tadi tangan kananku terasa perit. Darah merah mengalir keluar dari tempat luka. Hampir sahaja aku hendak pitam melihat darah mengalir dengan banyak dari tanganku.

 
“Awak tak apa-apa,” ujar Ridzuan seraya mendekati wanita muda itu setelah usahanya untuk menangkap lelaki itu tidak berhasil.
 

“Saya ok, cuma tangan saya, ouch sakit,” rengekku seperti budak kecil. Ku tekap lenganku yang dipenuhi darah. Lengan kananku merasa kebas dan berbisa. Tulah tadi berlagak berani. Nasib baik hanya cedera di tangan kalau di tikamnya. Alamat menangislah mak dan sedara mara di kampong. Kalau tidak kerana lelaki ini tentu nyawaku sudah melayang. Aku terhutang budi dengan lelaki budiman yang membantuku tadi.

 
“Tangan aje ke yang cedera,” ujar Ridzuan khuatir bila dia sedari bukan di tangan sahaja kelihatan darah mengalir tapi di belakangnya juga kelihatan darah.
 

“Hah ada tempat lain ke,” ujarku panic sambil meraba-raba belakangku. Takut-takut di tikamnya tempat lain aku tak terasa. Aku menoleh kea rah lelaki yang menolongku tadi namun wajahnya masih tidak dapat ku lihat dengan jelas kerana lorong tempat kami berada begitu suram. Hanya satu tiang lampu sahaja yang menyala untuk menerangi lorong itu yang lainnya tidak berfungsi. Bila aku baik nanti akan aku buat aduan pada JKR kerana tidak membetulkan atau menukar mentol lampu membiarkan sahaja lorong itu bergelap membuatkan nyawa orang lain terancam. Mengalakkan penyamun dan penagih bermaharajalela.

 
“Tak rasa sakit kat belakang pun,” ujarku setelah pasti tiada tempat di belakang ku yang cedera atau merasa sakit. Hanya aku tahu skirt ku basah mungkin kerana terjatuh di tempat yang berlecak.
 

Ridzuan menarik nafas dalam. Dia benar-benar berharap sangkaannya salah. Tidak mungkin bisik hati kecil Ridzuan dia cuba menyangkal apa yang difikirkan. Mungkin ia bukan darah. Tapi kerana kotor terkena air lecak. Walaupun tempat itu agak gelap namun dia tidak rabun. Dia masih percaya ianya darah. Ridzuan menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan sapu tangan. Dibalutnya tangan cedera wanita itu dengan kemas agar darah yang mengalir dari tadi berhenti keluar dari tempat luka. Apa-apapun Ridzuan hanya mematikan andaiannya di situ sahaja. Dia mencapai bag pakaian wanita itu lalu menyangkut di bahu kirinya manakala lengan kanannya membantu menampung badan wanita itu.

 
“Nak ke balai buat aduan,” soal Ridzuan.
 

Aku mengelengkan kepala perlahan. Tiba-tiba air mataku merembis keluar bila menyedari kebodohan aku kerana begitu berani melalui lorong gelap itu. Apa yang aku firkirkan. Hilang akal apa? Kalau lelaki budiman itu tidak tiba pada masa dan waktunya aku tidak tahu apa akan terjadi pada diriku.
 

“I’m sorry,” ujar Ridzuan bila menyedari wanita muda yang tidak dikenali namanya itu tiba-tiba menangis teresak-esak. Mungkin baru sedar apa yang berlaku pada dirinya.

 
“Kenapa pula, saya yang patut berterima kasih dengan encik,” jawabku sebak. Terasa begitu terhutang budi dengan lelaki itu. Aku menoleh ke arahnya bila kami berada di penghujung lorong dimana lampu neon kelihatan terang benderang menerangi jalan raya. Aku terpana seketika bila menyedari lelaki itu adalah “Encik Ridzuan”. Aku meraung menangis lebih kuat lagi membuatkan Ridzuan menjadi tidak tentu arah.

 
“I’m sorry, I tahu you kehilangan kandungan you,” ujar Ridzuan serba salah bila wanita itu meraung menangis sebaik sahaja terpandang wajahnya dia cuba mendamaikan wanita muda itu dari terus menangis akan nasibnya. Dia tahu wanita itu tidak sedar. Tapi darah yang memenuhi skirt panjangnya itu sudah cukup membuatkannya mengerti.

 
“Kandungan, kandungan apa,” ujarku meraung lebih kuat lagi.

 
“I belum berkahwin lagi, macamana boleh mengandung,” ujarku seraya mengesat air mataku yang mengalir tanpa henti ditambah pula dengan tuduhan Ridzuan mengatakan bahawa aku mengandung.

 
“Habis skirt you penuh darah,”
 

“Darah,” ujarku terperanjat. Aku mengibas-ngibas skirtku. Benar apa yang di katakan Ridzuan skirtku dipenuhi darah tapi bukan darah kerana keguguran, darah datang bulan. Tadi semasa di 7-evelen niatku hendak membeli tuala wanita. Tapi aku terlupa langsung bila terserempak dengan Ridzuan dan aku menjadi kalut bila tangan lelaki itu tersepit kerana perbuatan ku. Alah mana aku hendak letak muka. Kenapa mesti aku dimalukan di depan lelaki ini.

 
“I hantar you ke hospital,” cadang Ridzuan.
 

“Tak nak,” ujarku. Hospital. Kad pengenalan dah hilang. Duit dah lesap. Silap haribulan orang akan menyangkaku pendatang dari Indon.

 
“Habis you nak I hantar you kemana,” Ridzuan sudah hilang ikhtiar bila semua cadangannya ditolak wanita muda itu. Hissh banyak karenah betul.

 
Aku masih lagi menangis teresak-esak tak tahu kemana arah hendak ku tuju dalam keadaan begini. Hendak balik ke rumah tiada siapa di rumah. Teman sewaku pulang ke kampong. Hendak tinggal seorang aku tidak berani. Hendak teruskan perjalanan ke johor aku tidak punya wang dan kad pengenalan. Sedang aku berperang dengan masalah aku langsung tidak menyedari bahawa kami sudahpun berada di sebelah kereta BMW milik Ridzuan. Ridzuan membuka pintu kereta di sebelah penumpang.

 
“Masuk,” arahnya.

 
“Errkk, nanti tak kotor ke,” jawabku teragak-agak untuk masuk ke kereta mewahnya. Dengan skirtku yang kotor penuh dengan darah.

 
“Tak apa warna hitam, susah-susah you cuci nanti,” ujarnya dengan wajah selamba seolah-olah ia bukannya satu perkara besar yang perlu di pertikaikan.

 
Aku menurut tanpa membantah walaupun aku tidak tahu kemana Ridzuan hendak membawaku. Ridzuan memulas kunci kereta menghidupkan enjin. Enjin keretanya mengaum kuat seketika kemudian keretanya meluncur laju ke jalan raya. Di simpang empat, Ridzuan membuat U-turn dan menuju kea rah petronas tempat dimana aku bertemunya tadi. Ridzuan memberhentikan keretanya di tempat mengepam tayar.

 
“You pergi bersihkan diri,” arah Ridzuan.

 
Aku menurut lalu mencapai bag pakaianku. Aku mengeluh bila tangan kananku terasa berdenyut-denyut. Berkerut-kerut mukaku menahan sakit. Aku menuju kea rah tandas wanita yang terletak di sebelah 7-eleven. Manakala Ridzuan menuju kea rah 7-eleven.


To be continue...
 

No comments:

Post a Comment