Friday 26 April 2013

Kutub Utara, Kutub Selatan - Part 7

               “Apa kau duduk atas riba dia,” ujar Anis kuat sambil membeliak kan matanya.

 
            Aku segera menukup mulut Anis dengan tanganku. Mataku sengaja kubesarkan memberi isyarat kepada Anis supaya memperlahankan suaranya khuatir orang yang di umpat berada berdekatan. Aku serik dan phobia bila mengenangkan peristiwa semalam. Nak kena mandi air bunga agaknya aku ni. Apa yang mengkhairankan bila setiap kali Ridzuan berada di tempat yang sama dengan aku pasti ada kejadian pelik yang berlaku.
 
“So lucky,” ujar Anis seraya tersengih gelihati. Ridzuan memang pemuda kacak. Jarang sekali dia melihat Ridzuan tersenyum. Tapi bila sesekali dia membuahkan senyum hai boleh mabuk kepayang di buatnya. Ridzuan seorang yang pendiam jarang sekali dia bersuara. Bila dia makan di restaurant tempat mereka bekerja dengan teman wanitanya. Hanya suara teman wanitanya sahaja yang kedengaran berceloteh. Ridzuan hanya menjadi pendengar setianya sahaja. Manakala kalau Ridzuan membawa clientnya berbincang business. Ridzuan kelihatan hebat dan berkeyakinan.

 

“Apa lucky, memalukan aku aje, aku tak tahu kenapa masalah aku ni terjadi bila dengan dia aje, aku dah cuba dengan Mr Saiful, saja buat-buat clumsy tak pulak tertumpah air tak pulak kaki aku terpelecuk,” gerutuku dengan wajah sebal. Masih lagi mencari silapnya. Nak kata aku jatuh hati padanya. Tidak juga. Apalah yang ada pada aku. Gadis kampong yang berasal dari utara sedangkan dia jejaka tampan yang canggih serba serbi. Hai pening kepala dibuatnya.

 
“So kau dah nekad nak berhenti kerjalah ni, betul kau nak tukar angin bukan alasan nak lari dari Ridzuan,” ujar Anis seraya menepuk lengan Alya yang sedang mengelamun.

 
“Lah kenapa pulak kerana Ridzuan, dia tidak ada kena mengena sebab aku hendak berhenti kerja, nah tengok surat pemohonan kerja aku di salah sebuah restaurant di Hyatt Johor Baru diterima, dia suruh aku pergi interview hari isnin ni, mana tahu nasib aku baik, taklah selamanya aku menjadi waitress kat sini,” aku menayang surat yang ku terima semalam kepada Anis agar dia tidak terus menerus menganggap aku berhenti kerja kerana Ridzuan. Sejak kebelakangan ini bila setiap kali terserempak dengan Ridzuan aku cepat-cepat menukar arah. Aku akan pastikan bahawa aku berada jauh dari jejaka kacak itu. Dan sekiranya dia di restaurant sengaja ku suruh teman-teman lain melayannya. Tidak ingin pisang berbuah banyak kali.

 
“I will miss you, good luck ok, kalau dah kerja kat JB jangan lupakan aku pulak,” Anis memelukku erat. Walaupun hubungan persahabatan kami tidak sampai setahun. Aku begitu senang berkawan dengannya. Anis gadis yang kelakar dan suka berterus terang. Sikap terus terangnya itu yang membuatkan aku takut hendak memberitahu rahsia apa-apa padanya kerana takut dia terlepas kata. Tengok saja tadi. Hampir seluruh pengunjung warung Pak Hassan menoleh kea rah kami bila terdengar jeritannya.

 ~~~~~~~

Ridzuan menutup boot keretanya setelah memasukan luggage kedalamnya. Ridzuan mengeluarkan telefon bimbit jarinya pantas mendial number telefon Diana. Mereka sepatutnya sudah bertolak ke Johor Baru awal. Tapi disebabkan Diana tidak menjawab panggilannya dari siang tadi dia terpaksa menunggu. Sejak kebelakangan ini hubungannya dengan Diana semakin rengang. Diana asyik sibuk dengan kerjanya. Segala rancangan mereka terpaksa di tunda. Ridzuan sepatutnya memperkenalkan Diana kepada mamanya sebulan yang lepas sebelum Diana mula bekerja. Diana juga yang beria-ia mahu hubungan mereka di kukuhkan dengan ikatan pertunangan. Ridzuan menurut sahaja. Tapi sejak kebelakangan ini sudah lain pula ceritanya. Diana semacam tidak berminat lagi dengan hubungan mereka. Pelbagai alasan diberikan kepadanya. Katanya dia masih muda dan baru mula bekerja. Dia tidak mahu terikat sekarang dan macam-macam lagi. Ridzuan tidak pernah memaksa, dia sayangkan Diana. Dia sanggup menunggu. Ridzuan sedar Diana sudah banyak berubah, Diana tidak seperti yang di kenali dulu seorang wanita yang cantik dan bersederhana. Diana sekarang sudah pandai bergaya dan gilakan kebendaan. Sungguhpun begitu hati Ridzuan tidak pernah berubah terhadap Diana dia hanya berharap bahawa Diana kembali kepada gadis yang dulu pernah memikat hatinya.

 
Ridzuan mengeluh kecil bila pangilan telefonnya yang ke beratus kali tidak di jawab Diana. Dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan tanpa Diana. Pandailah dia hendak menjawab pertanyaan mamanya nanti bila orang yang dijanji untuk dikenalkan tidak dapat menghadirkan diri kerana banyak urusan. Ridzuan memulas kunci menghidupkan enjin kereta. Dia menolak gear satu, kereta BMW 5 seriesnya meluncur perlahan.
 

 Aku berdiri tercegat di depan peti ais lama masih memikir air apa yang hendak ku beli. Aku mengambil keputusan untuk pergi menyinggah di 7-Eleven di sebuah petrol station berhadapan dengan bus stop. Tekakku tiba-tiba terasa dahaga pula. Selalunya aku tidak pernah singgah kemana-mana walau penat macamana sekalipun. Tak tahu pula kenapa kaki ini boleh melangkah menuju ke station petrol petronas yang kurang satu kilometer ke arah Puduraya. Masih lagi belum membuat keputusan air apa yang hendak ku beli. Lemon tea. 100 plus atau mineral water sahaja. Susahnya aku mengambil keputusan memilih air mineral. Aku menarik daun pintu lalu mencapai air mineral yang ku hajati lalu menolak pintu peti ais itu dengan tidak sengajanya secara kasar.

 
Aku terdengar suara orang mengadoi sebaik sahaja aku menghempas pintu peti ais. Opps aku menutup mulut dengan tangan. Aku berhenti melangkah lalu menoleh ke belakang. Mukaku berubah menjadi pucat. Kalau di toreh dengan pisau tidak akan berdarah.
 

“Encik Ridzuan,” ujarku terperanjat lalu mendapatkannya. Lelaki itu memicit-micit tangan kanannya yang tersepit di pintu peti ais yang aku ambil semasa aku menutupnya tadi.

 
“I’m very-very sorry,” ujarku meminta maaf darinya.
 

“It’s ok,” jawab Ridzuan cuba menahan sakit tidak lagi merasa hairan bila perkara ini berlaku bila setiap kali mereka berada di tempat yang sama. Dia seakan sudah lali dengan ini semua. Dan tak ada gunanya dia marahkan wanita muda itu. Cuma dia merasa geram bila dia selalu menjadi mangsa wanita muda. Apa wanita itu sengaja hendak menyakitkannya. Entahlah dia sendiri tidak tahu apa sebabnya. Dia membuka pintu peti ais itu dengan tangan kirinya lalu mencapai 2 tin red bull.

 
“Nak saya bantu,” ujarku merasa serba salah bila melihat dia terpaksa mengepit 2 tin red bull itu kerana tangan kanannya sakit. Aku sedikit pun tidak perasan bahawa lelaki yang berada di sebelahku tadi adalah Ridzuan kerana terlalu leka memilih minuman. Memang aku sedar ada seorang lelaki yang juga menunggu giliran untuk mengambil minuman dari peti ais yang sama. Tapi aku tidak sama sekali menyangka bahawa lelaki itu adalah Ridzuan. Kenapa kemana sahaja aku pergi, aku pasti bertemu dengan Ridzuan. Dan bila setiap kali bertemu pasti ada sesuatu yang berlaku. Kalau yang baik tak apa juga tapi perkara yang sebaliknya. Pasti Ridzuan turut phobia bila terserempak denganku kerana dia yang selalu menerima musibahnya.

 
“Tak apa terima kasih,” ujarnya tersenyum sinis seraya menuju kea rah kaunter. Takut perkara buruk lain pula yang berlaku jika dia membenarkan wanita itu membantu.

 
“Ya allah, kenapa dengan orang lain aku tak macam gini, kenapa mesti dia,” gerutuku dalam hati. Aku mencapai bag pakaianku lalu menuju ke kaunter. Sengaja aku membelek-belek makanan ringan yang berdekatan dengan kaunter walaupun aku tiada niat untuk membelinya. Tujuanku agar berdiri jauh dari Ridzuan. Sebaik sahaja Ridzuan membuat bayaran dan keluar dari 7-eleven aku cepat-cepat menuju ke kaunter pembayaran. Dari jauh aku ternampak kelibat Ridzuan menuju kearah kereta BMW hitam yang diparkirkan di salah satu tempat mengepam minyak. Aku mengeluh lega kerana tiada apa-apa yang berlaku. Ini petrol station. Aku tidak mahu perkara tidak diingini berlaku. Aku tidak mahu wajah kacaknya menjadi cacat kerana aku. Aku menolak pintu transparent tanpa menoleh ke arahnya aku berjalan pantas meninggalkan petrol station. Kemana agaknya Ridzuan hendak pergi? Soalku dalam hati. Tanpa ku sedari aku berjalan menuju kearah lorong yang agak gelap. Hendak ke pudu melalui lorong itu agak dekat. Aku nekad untuk meneruskan perjalanan walaupun aku merasa takut-takut. Maklumlah lorong itu terkenal dengan ramai penagih. Langkahku percepatkan agar segera sampai ke penghujung lorong.

 
“Jangan bergerak,” ujar seseorang lalu menarik lenganku. Aku dapat merasa benda tajam diacukan di belakangku.
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment