Friday 26 April 2013

Saiful?..Shahril?..Mr. Shah? - Part 3


            “Apa, I nak kena jemput cik Maya,” ujar Shah seakan tidak percaya dengan penjelasan Afikah. Bukankah dia sudah menguruskan Andy menjemput mereka. Shah tahu Andy seorang yang boleh diharap dan tidak lalai. Mustahil dia boleh terlupa pada Maya. Shah memecit kepalanya perlahan sejak bakal ibu mertuanya hubunginya sebulan yang lalu dan mengatakan puterinya akan bercuti di tempatnya kepalanya tiba-tiba terasa sakit bila memikirkannya. Walaupun dia tidak pernah bertemu dengan bakal ibu mertuanya mahupun tunangnya sejak berbelas tahun lalu namun dia masih menyedari hubungan yang pernah keluarga mereka jalinkan suatu ketika dahulu tetap teguh hingga sekarang. Malah ibu tidak sabar mahu bertemu dengan teman rapatnya kembali agar hubungan mereka yang terputus dahulu dapat di sambung semula. Sejak dia di zaman remaja lagi Ibuya sudah mengingatkannya bahawa dia sudah bertunang dengan puteri tunggal teman rapatnya dan Shah terpaksa menurut. Shah mengeluh perlahan. Dia tidak tahu bagaimana hendak menyambut dan melayannya. Dia tahu tunangnya itu tidak kenal akan dirinya. Dan dia tidak bercadang untuk memperkenalkan akan dirinya kepada tunangnya. Biarlah dia tidak tahu siapa dirinya dan dia cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri darinya. Ikutkan, Shah sendiri tidak pernah setuju dengan kehendak kedua ibu bapanya tapi dia tidak pernah menyuarakan rasa tidak senang hatinya kerana dia menganggap perkara itu adalah perkara remeh dan dia malas hendak memikirkannya.

            Shah menarik handbrek serta mematikan enjinnya sebaik sahaja jipnya berhenti di tempat meletak kereta. Shah menyisir rambutnya yang kelihatan tidak terurus dengan mengunakan hujung jarinya. Dia berjalan perlahan menuju kea rah tempat duduk yang di katakan Maya sedang menanti. Dari jauh dia ternampak seorang wanita muda cantik sedang sibuk berbual-bual mengunakan telefon bimbitnya. Shah tidak terus menegurnya kerana dia tidak pasti samada wanita muda itu adalah Maya. Matanya memandang kea rah lain cuba mencari-cari sekiranya ada wanita muda lain yang ada seperti ciri-ciri wanita cantik itu, samada dari segi pakaian dan caranya. Shah tahu Maya seorang wanita yang modern kerana ibunya pernah mengatakan Maya pernah berada di UK selama 3 tahun untuk menyambung pelajarannya. Walaupun Universiti tempat pengajiannya tidak berapa jauh dari University Maya, namun dia tidak pernah bercampur dengan anak-anak golongan elite dari tanahairnya kerana kebanyakan mereka sombong tidak seperti student Asia lain yang datangnya dari Indonesia, Thailand dan Brunei. Shah melirik kea rah wanita muda itu lagi dia masih sibuk dengan telefon bimbitnya. Shahril mengeluh kecil. Kalau ditunggu hingga wanita muda itu habis berbual sudah tentu makan masa berjam. Shah mengeluarkan Galaxy Notenya lalu menaip nama Maya di screennya. Shah berdehem kecil cuba mendapatkan perhatian dari wanita muda itu.

            Aku mendongak memandang kea rah lelaki yang berdiri di hadapanku. Pemuda kacak itu tersenyum memandang ke arahku. Aku memberi isyarat mata kepadanya agar dapat menungguku sekejap. Aku sedang berbual dengan setiausaha Saiful. Kali ini lelaki itu menunjuk sesuatu kepadaku. Namaku tertera di screen Galaxy Notenya. Aku tidak menjawab malah menjeling ke arahnya.

            Shah kurang senang dengan perilaku wanita muda itu. Ah mungkin dia tersalah orang. Mungkin Maya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Bukankah itu yang diharapkannya sepanjang perjalanannya ke Stesyen bas. Dia benar-benar berharap agar Maya mengambil keputusan untuk berpatah balik. Shah mengambil keputusan untuk kembali jipnya.

            Aku mematikan talian lalu menyimpan telefonku kedalam beg. Mataku melilau mencari kelibat jejaka kacak tadi. Kemana dia pergi bukankah dia berada di sebelahku sebentar tadi. Aku mendengus marah bila mataku terarah kepada bentuk tubuh sasa milik lelaki tersebut yang sudah jauh berjalan meninggalkan ku. Aku segera bangun dan mengejarnya. Aku tidak mahu ketinggalan lagi.

            “Hei, tunggu,” jeritku bila melihat lelaki itu sudah mula menghidupkan enjin jipnya. Lelaki itu tidak menghiraukan jeritan ku. Dia memusingkan steringnya ke arah jalan raya.

            “Nak bunuh orang ke,” ujarku seraya mengetuk bumper jipnya bila dia hampir sahaja melanggarku.

            “Siapa suruh awak berdiri depan jip saya,” ujar Shahril selamba seraya memandang kea rah wanita itu.

            “Eh kan saya suruh awak tunggu tadi, kenapa awak tinggalkan saya,” ujarku tidak puas hati.

            “Saya tanya samada awak Maya, tapi awak tidak menjawab so saya pergilah,”

            Kan saya bagi isyarat tadi suruh tunggu sekejap, awak tak tahu ke,”

            “Maafkan saya cik Maya saya tak faham bahasa isyarat, saya tak belajar lagi,” ujar Shah menyindir seraya turun dari jipnya dia menghulurkan tangannya mahu menyambut overnight travel beg yang berada di tangannya. Wanita seperti Maya sangkanya perlu sekurang-kurangnya luggage beg untuk percutian selama 2 minggu. Ialah dimana dia hendak menyimpan beg make-up, kasut dan accessories.

            “Ini aje,” sindir Shah bila menyedari hanya beg kecil yang dibawa Maya.

            “Beg saya tertinggal dalam bas lain, mungkin esok atau lusa beg saya akan dikembalikan,” ujarku tanpa ditanya.

            Pemuda itu tersenyum menyindir. Aku tahu dia mengejekku walaupun dia tidak berkata apa. Tanpa banyak soal lagi pemuda itu memasukkan gear satu dan jipnya meluncur laju kea rah jalan raya. Sepanjang perjalanan pemuda itu hanya mendiamkan diri. Aku mencuri pandang ke arahnya. Lelaki disebelahku ini tampan tinggi lampai, bertubuh sasa. Berlainan sekali dengan Saiful. Saiful suka berpakaian kemas, tidak seperti lelaki di sebelahku. Sungguhpun dia tidak berpakaian kemas ketampanannya masih terserlah. Dia sukakan rough look. Dari segi permerhatian ku dia seorang yang extrovert dan adventurous. Mungkin dia salah seorang pekerja di Nature Lodge yang akan mengetuai aktiviti kami nanti.

            Shah menumpukan sepenuh perhatiannya ke atas jalan raya seolah-olah Maya tidak pernah wujud di sebelahnya. Ternyata Maya bukanlah wanita yang menjadi pilihannya. Maya anak manja dan tidak independent, dia tidak sukakan wanita yang terlalu manja dan suka memerintah, apa yang lebih menakutkannya jika Maya tidak tahu menguruskan rumahtangga sekiranya dia berkahwin dengannya. Shahril mengelengkan kepalanya perlahan. Dia cuba mencari jalan agar perkahwinan ini tidak akan berlaku. Dia tahu Maya mempunyai teman lelaki melalui bakal ibu mertuanya. Dia sendiri tidak pernah merasa cemburu bila bakal ibu mertuanya menceritakan perihal anaknya itu kerana Shah percaya Maya turut tidak setuju dengan ikatan pertunangan ini.

            Shah membelok ke kiri jipnya menuju kea rah pintu gerbang utama Selesa Andaman Lodge. Sebaik sahaja enjin di matikan dia mencapai beg Maya yang terletak di belakang.

            “Main reception di sebelah kanan, saya akan hantarkan beg cik Maya ke bilik,” jawab Shahril seraya meninggalkan Maya.

            Aku merungut kecil kerana lelaki itu pergi tanpa menungguku.

            “Sombong,” cemuhku dalam hati. Sakit benar hatiku bila di layan sebegitu. Bukanlah aku mahu dia mendukung ku ke bilik atau layanan yang bukan-bukan. Tapi setidak-tidaknya tunjuklah aku arah mana terletaknya Reception. Aku berjalan perlahan kea rah anak panah yang menunjukkan aku kea rah reception. Aku tidak sama sekali menyedari keindahan Nature Lodge. Cuaca yang sejuk dan kabus tipis menyedarkan aku bahawa aku hanya mengenakan baju tanpa lengan. Aku memeluk tubuh menahan kesejukkan. Sepanjang jalan aku dapat menikmati taman buatan manusia yang cantik di kiri dan kanan terdapat air terjun kecil dan kolam yang dipenuhi ikan koi. Yang sebenarnya aku bukanlah outdoor person. Aku lebih rela ke Bintan hanya untuk memanjakan diri. Tapi mama berkeras agar aku cuba bercuti ke Nature Lodge. Aku tidak tahu berapa harganya semalam di Nature Lodge, tapi melihatkan keindahan Nature Lodge aku dapat merasakan harga untuk sebuah Suite boleh mencapai hingga ke RM800 semalam.
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment