Friday 26 April 2013

"How Can I Not Love U" - Part 4


Nadia mendial nombor Era sekali lagi bila Era tidak menjawab panggilan telefonnya yang buat ke seratus kali. 2 hari Era tidak masuk ke pejabat. MCnya sepatutnya sehari sahaja. Dia juga yang cakap doktor hanya beri dia cuti sakit sehari. Ini sudah masuk 3 hari, jangankan telefon pejabat untuk memberitahu dia cuti sakit lanjutan, bayangnya pun tidak kelihatan. Apa sudah jadi dengan budak Era ni. Nadia mula risau. Puan Lela lagilah risau bila setiausahanya MIA begitu sahaja. Nadia mendial sekali lagi, benar-benar berharap agar Era menyambut panggilan telefonnya kali ini.

 
“Hello,”

 
Nadia menarik nafas lega bila Era menjawab telefon.
 

“Heh perempuan kau kat mana? Kenapa aku telefon tak jawab, menyusahkan orang betul lah kau ni,” marah Nadia dengan senafas sahaja. Marah tu tak sangatlah dia risau kerana Era tidak pernah buat perkara sedemikian. Ponteng kerja atau sebagainya. Era seorang pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab dan ini bukan kebiasaan Era untuk tidak hadir kerja dan tidak memberi pesanan kepada madam atau dirinya.
 

“Sorry,” jawabku ringkas. Tidak terperanjat bila Nadia berbual kasar denganku. Aku tahu Nadia pasti tertanya-tanya mengapa aku tidak hadir kerja selama tiga hari tanpa sebarang berita memberitahunya akan sebab mengapa aku tidak hadir.

 
“Itu aje ke yang kau boleh cakap,”
 

“Aku busylah, aku sekrang kat agency cari jodoh,” jawabku seakan berbisik. Tidak merasa bersalah bila berbuat demikian. Aku sudah nekad.
 

“Kau kat mana? Agency cari jodoh, apa kau buat kat sana,” ujar Nadia kuat kerana tidak dapat mengawal perasaan geramnya. Yelah orang risaukan dia takut terjadi apa-apa ke atas dirinya, sudahlah tidak call, tak apa. Habis dapat tahu kat Agency cari jodoh. Gila apa budak Era ni. Nasib baiklah dia berdiri di traffic light tiada orang berada di sebelahnya. Kalau ada mesti orang menyangka dia perempuan gila. Apa taknya jerit kuat-kuat di telefon.

 
“Aku tahu kau marah kat aku, kalau kau nak tahu kenapa dan mengapa jumpa aku di Love inc. kau tahu kat mana kan, cakap kat madam kau ambil urgent leave,” ujarku selamba. Nadia memang begitu drama queen. Memang dah kenalah dengan cita-citanya hendak menjadi peguam jadi syariah.

 
“Ok, aku hendak kau bagi aku penjelasan yang berbaloi untuk aku membuat kerja macam ni bila jumpa kau nanti,”

 
“Ok, cepatlah,” desakku tanpa rasa bersalah.

 
“Eh kau ingat aku ni superwoman boleh terbang, see you there in a minute,” ujar Nadia lalu mematikan telefon bimbitnya. Dia menyeberangi jalan menuju kea rah bangunan yang terdapat agency yang di maksudkan Era.

  

Nadia menyambut kertas yang diserahkan kepadanya. Bibirnya kelihatan terherut ke kiri dan ke kanan ketika membaca biodata Era. Sesekali dia mengerutkan dahi tanda hairan. Dia menoleh kea rah Era. Temannya itu kelihatan tidak sabar mendengar komennya tentang biodata tersebut.
    
Nama: Shah Era Mazuin
Umur: Akhir 20-an
Zodiak: Libra
Tinggi: 170cm
Berat: 52kg
    
Pasangan yang di cari : LELAKI YANG KACAK, MUDA DAN KAYA……INGIN DIJADIKAN KEKASIH SELAMA 3 BULAN SAHAJA…NO STRING ATTACHED.

           

“So how, ok tak Biodata aku,” soalku tidak sabar ingin tahu akan feedback darinya, bila Nadia menyerahkan biodata itu kembali kepadaku.
 

“Boleh tak you tinggalkan kami berdua dalam 10 minit, 10 minit aje, kami hendak berbincang,” ujar Nadia kepada kerani Love Inc. seraya tersenyum.

 
“Sure,” jawabnya ringkas lalu meninggalkan kami berdua.         

 
“Are you mad!,” jerkah Nadia tiba-tiba sebaik sahaja pintu di tutup. Dia benar-benar ingin tahu apa sebenarnya tujuan Era berbuat demikian. Pergi ke agensi mencari jodoh.

 


“Kenapa, kau juga yang suruh aku buat sesuatu bukan, aku tengah buat sesuatulah ni,” jawabku dengan wajah tak bersalah. Kenapa pula Nadia tiba-tiba naik angin dengan aku. Bukankah selama ini dia juga yang beria-ia menyuruh aku membuat sesuatu dalam hidup aku yang serba serbi membosankan menurut Nadia.
 

“Buat sesuatu, yelah aku tak suruh kau buat macam ni, maksud aku pergi ubah penampilan kau, ni apa pulak Love Inc. Kalau kau nak pancing lelaki kaya aku boleh bawak kau pergi clubbing kat tempat posh dimana lelaki-lelaki kaya berlambak, tak payah susah-susah pergi agency jadi jodoh, isskk Era-Era,”

 
Aku memandang wajah Nadia. Terkebil-kebil mataku melihatnya yang sedang baran. Aku tahu Nadia sedang marah padaku. Aku berbuat begini pun kerana bersebab. Aku tidak mahu menceritakan pekara yang sebenarnya kepada Nadia buat masa ini.  Biarlah Nadia mengatakan aku kolot, gila atau apa-apa. Aku tidak ambil hati. Ada benarnya kata-kata Nadia tempoh hari. Live life at fullest while you still can. Aku tidak berbuat demikian kerana aku terlalu berhati-hati dan suka merancang. Tidak pernah mengambil risiko. Kali ini aku mahu mencuba sesuatu yang tidak pernah aku lakukan sebelum ini.

 

“Hah, orang marah buat muka toya, merajuk lah tu,”

 

“Mana ada merajuk, kau tak fahamlah, aku ada sebab buat begini,” ujarku mendatar. Selama tiga hari aku tidak pulang rumah sewa. Aku menumpang di rumah sepupuku buat seketika. Aku tidak mahu pihak hospital mencari aku di sana. Dan aku sudah nekad tidak mahu mengikut cadangan Dr. Ridzuan untuk menjalani rawatan terperinci. Selama 3 hari aku berendam air mata di atas sejadah meminta allah mengampunkan dosa-dosaku selama ini dan menerima ibadahku. Aku benar-benar pasrah. Biarlah aku jalani sisa-sisa hidupku melakukan sesuatu yang selama ini aku tidak pernah lakukan. Aku tidak kisah lagi. Aku hanya mahu merasa bahagia.

 

“Ada sebab apa sebab, it better be good,”

 

“For a start, aku hendak berhenti kerja,”

 

“OIC that’s a good idea, hendak berhenti kerja, hendak mencari kekasih kacak, muda dan kaya, apa lagi, hendak keliling dunia dalam masa 3 bulan, you’re mad, seriously pergi scan otak kau ok ke tidak,”

 

Air mataku mengalir perlahan bila Nadia berkata demikian terharu mendengar sindiran Nadia. Aku tidak tersinggung bila Nadia memarahi aku kerana Nadia hanya memberi aku nasihat. Tetapi kerana, Nadia mengingatkan aku tentang penyakit yang aku hidapi.

 

Nadia terkesima bila Era menangis tidak semena-mena. Era tidak pernah tersinggung dengan mulut lasernya selama ini. Dia kenal betul akan perangai Era. Tapi kenapa hari ini Era terasa.

 

“Heh, sorry kalau aku terover react, kau macam tak tahu aku, kenapa ni, what’s wrong,” ujar Nadia memujuk bila Era menangis teresak-esak. Dia tidak menyangka reaksi Era sedemikian. Paling-paling Era akan membidas balik kata-kata pedas yang di lemparkan kepadanya.

 

“I’m not well Nadia, aku hanya boleh hidup 6 bulan aje,” jawabku cuba menahan tangis. Bahuku terhenjut-henjut menahan sendu. Niat hendak menyembunyikan berita tentang penyakitku dari pengetahuan Nadia tidak menjadi kerana aku menangis di hadapanya.

 

“You are joking right, is this some kind of sick joke, I don’t buy it,” jawab Nadia seraya mengelengkan kepalanya kerana tidak mempercayai Era tidak sihat.

 

Aku tidak menjawab malah air mataku mengalir laju tanpa henti-henti. Aku tahu Nadia sengaja tidak mahu percaya apa yang aku katakan tadi. Nadia memeluk tubuh. Dia mendiamkan diri buat seketika. Matanya mula di takungi air.

 

“Kau sakit apa, you’re healthy woman, kau makan makanan berkhasiat, always look after yourself, this can’t be right, I’m sure there’s a mistake,” ujar Nadia tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh Era.

 

“Brain tumor,” jawabku sebak.

 

Nadia menutup mulutnya kerana terperanjat tidak menyangka Era menghidapi barah otak. Dia mula menyesal akan perbuataannya yang mengutuk Era sewenang-wenangnya tadi. Dia tidak berniat hendak menyakitkan hari Era dia benar-benar tidak sengaja.

 

“I’m really sorry Era, I don’t mean to hurt your feelings, kenapa kau tak pergi treatment,” soal Nadia perlahan. Dia benar-benar bersimpati dengan Era. Dia sanggup membantu Era, sekiranya wang menjadi penyebab Era tidak mahu mendapatkan rawatan lanjut. Dia sanggup membayarnya tapi meminta bayaran balik dari Era.

 

Aku terharu mendengar pujukan Nadia. Aku tahu Nadia turut terperanjat mendengar berita yang aku sampaikan. Sedangkan, aku sendiri hingga ke saat ini masih belum dapat menerima berita yang benar-benar mengubah hidup aku. Aku sudah bertekad tidak lagi mahu memikirkan tentang penyakit ku.

 

“Tak Nadia, aku tak nak pergi treatment, biarlah aku jalani sisa-sisa hidupku seperti biasa, kau juga yang cakap aku ni terlalu berhati-hati, jadi sebelum aku menghembuskan nafasku yang terakhir aku hendak melakukan perkara yang selama ini tidak pernah aku lakukan, jadi kau sebagai teman baikku aku harap kau tidak mengingatkan aku pada penyakit yang aku hadapi, ini permintaanku,” terangku pada Nadia cuba mendapat sokongan dari Nadia. Aku sudah fikir sedalam-dalamnya. Aku tidak mahu menjalani terapi. Aku hendak menjalani hidup seperti biasa. Sakit atau tidak. Itu keputusanku.

 

Nadia menganggukkan kepalanya perlahan lalu memeluk ku erat. Dia cuba menahan sebak bila aku berkata demikian. Kolam matanya mula ditakungi air dan bila-bila masa sahaja ia akan tumpah namun dia cuba menahan air matanya kerana dia tidak mahu Shah merasa sedih.

 

“Jangan sedih ok,” bisikku masih lagi dalam pelukannya.

 

Air mata Nadia mengalir juga bila aku berkata demikian. Cepat-cepat dia menyeka airmatanya sebelum mereka meleraikan pelukan. Kalau dia di tempat Shah. Dia tidak setabah Shah pasti dia berhari-hari berendam air mata. Dan pasti dia akan menjalani terapi intensif kerana dia terlalu muda untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

 

“So, boleh tak biodata aku ni,” ujarku tersenyum cuba mengubah tajuk perbualan. Aku sudah berjanji pada diriku sendiri tidak mahu bersedih lagi kerana aku tidak dapat melawan takdir dan hidup ini hanya sementara waktu.

 

Nadia mencapai kertas biodata keterangan ku dari atas meja. Dia mengeluh kecil cuba melenyapkan perasaan sedih yang mula menyelubungi hatinya. Dia sayangkan Shah. Shah seorang sahabat yang baik dan begitu rapat dalam hidupnya dan dia tidak mahu kehilangan. Bibirnya mula menguntum senyum. Gelihati bila Shah terang-terangan meminta apa yang dia inginkan. Ada ke orang hendak berkenalan dengannya sebaik sahaja membaca biodatanya. Ah kalau tiada, pandailah Nadia hendak memainkan peranan. Dia punya ramai teman-teman lelaki yang kaya dan kacak, mudah sahaja dia memaksa mereka untuk menjadi kekasih Shah.

    

“Perfect,” ujar Nadia seraya tersenyum.

 
To be continue....

No comments:

Post a Comment