Friday 26 April 2013

Kutub Utara, Kutub Selatan - Part 4

            Ridzuan tidak segera menjawab soalan ku sebaliknya dia membawa ku keluar menuju kea rah kepala kapal. Angin laut bertiup sepoi-sepoi bahasa, langit kelihatan cerah hanya di temani bintang. Sesekali terdengar pukulan ombak kecil. Indah sekali malam ini. Aku berdiri memandang ke laut. Ridzuan memelukku dari belakang. Kehangatan tubuhnya dapat ku rasa. Bahagia rasanya bila diri ini dibelai orang yang kita sayangi.
 
            “Kenapa sayang fikir macam tu pada saya, Diana tidak layak menerima cinta saya, orang yang layak adalah Lya kerana wanita seperti Lysa yang saya cari selama ini, maaf kerana saya mengambil masa 5 tahun lamanya untuk melamar Lya kerana saya tidak mahu Lya merasa Lya adalah pilihan kedua dalam hati saya, saya tidak mahu terburu-buru meluahkan cinta, saya perlukan masa untuk mencintai Lya, percayalah Lya pilihan hati saya,” terang Ridzuan dengan wajah serius lalu merenung ke anak mataku.

 
            “Jadi selama 5 tahun ini tengku cintakan saya, apa buktinya tengku cintakan saya,” ujarku sengaja hendak menduga Ridzuan.

 
            “Hmm, let see, Anis menjadi spy saya untuk memastikan bahawa Lya tidak di miliki sesiapa selain dari saya, kalau saya tak cintakan Lya saya tidak akan merancang surprise 27th birthday party buat Lya dan namakan boat ini sempena nama Lya,” ujar Ridzuan tersenyum.

 
            Aku memandang kearahnya cuba mencari riak wajahnya bahawa dia hanya bergurau.
 

            “You can’t be serious,” ujarku bila Ridzuan kelihatan serius.
 

            “I’m always serious, when it comes to you” jawab Ridzuan tanpa berselindung.

 
            “Lya hanya mahu memiliki tempat yang teratas di hati Tengku, tengku tak perlu memberi permberian dan penghormatan sebegini besar buat Lya, cukup hanya lysa di hati tengku, itu harapan lya,” ujarku perlahan. Aku tidak gilakan harta, darjat dan kebendaan. Aku hanya mahukan cinta sejatinya.

 
“Kanda buat ini semua kerana kanda tidak mahu kehilangan sayang, kanda takut sayang tinggalkan kanda seperti-” belum sempat Ridzuan menyambut ayatnya aku terlebih dahulu menutup mulutnya.

 
“Don’t ever say that, ajal dan maut sahaja yang dapat memisahkan kita, bukankah tengku juga yang mengatakan ada sebab mengapa kita di pertemukan,” ujarku meyakinkannya.
 

Ridzuan hanya mengangguk perlahan mengiyakan kata-kataku. Hai bahagia rasanya bila berada di samping orang yang disayangi.

 
“Tak sangka, Anis selama ini agent Tengku,” ujarku kurang percaya bahawa selama ini Anis turut bersubahat dengan Ridzuan. Pandai sungguh dia memainkan peranan. Aku tidak menduga bahawa selama ini Ridzuan mencintaiku. Hai tahukah dia betapa seksanya menanggung rindu. Lebih-lebih lagi bila aku sendiri tidak pasti bahawa cintaku dan rinduku ini bersambut. Bagaimana pula Ridzuan dapat menahan perasaaan rindunya padaku. Setakat mendapatkan maklumat dari Anis tidak mencukupi.



            “Bagaimana tengku boleh menanggung rindu begitu lama, tengku tahu tak penantian itu satu penyeksaan,” soalku lalu tersenyum ingin tahu rahsianya.
 

            Ridzuan tidak menjawab. Dia menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Dia menyerah sekeping gambar bersaiz kecil kepadaku. Bulat mataku bila menyedari gambar tersebut adalah gambar kami yang pernah di petik 5 tahun yang lalu. Tak sangka Ridzuan masih menyimpannya. Aku tersenyum bila mengingatkan semula kenangan mencuit hatiku.

 
            “So sayang masih ragu-ragu pada cinta kanda,” ujar Ridzuan seraya menarik tanganku lalu dikucupnya perlahan. Tergugat imanku bila Ridzuan berbuat demikian. Ridzuan memang romantic. Dia tahu bagaimana hendak melayan naluri wanita.
 

            ‘Tidak, cuma Lya harap tengku jangan mendera lya lagi, kalau Lya tidak dapat menunggu Tengku bagaimana,” soalku.

 
            “Meranalah kanda, mana kanda hendak mencari wanita yang cantik, periang dan penyayang macam sayang,” usik Ridzuan lalu mencuit hidungku.
 

            “Tengku tak kisah ke kalau saya selalu tersiram air kat tengku, tertuang teh panas kat tengku,” ujarku seraya tersenyum bila mengingati peristiwa lucu pada awal pertemuan dan perkenalan kami.

 
            “Kalau sayang yang buat kanda rela,” jawab Ridzuan lalu merangkul pinggangku mesra. Aku memaut lengannya dan sengaja melentok manja di bahunya sambil menikmati keindahan malam.
 

            “Ehem, hai, manjanya, bila nak makan birthday girl,” tegur seseorang.

 
            Kami terkejut bila menyedari ada seseorang berada di belakang, kami menoleh serentak kea rah si empunya suara.

 
            Mataku bulat bila terpandang wajah Engku Maimon dan makcik Hawa. Mereka berdua tersenyum simpul melihat kami berdua. Segan aku di buatnya. Maklumlah aku memeluk anak bujangnya di hadapannya.
 

            “Engku Maimon, cik Hawa, tak nampak di dalam tadi,” ujarku ceria lalu bersalaman dan berpelukan dengan mereka.
 

            “Mana nak nampak kami berdua kalau buah hati dah di depan mata,” usik Makcik Hawa cukup membuatkan wajahku merona merah menahan malu bila di usik demikian.
 

“Issk mana ada,” jawabku malu-malu.

 
            “Siapa engku Maimon, mamalah, by the way happy birthday, rindu mama pada Lya,” ujar Engku Maimon lalu memeluk dan mencium kedua belah pipiku.

 
            Aku merasa sebak bila mama berbuat demikian terasa bersalah kerana aku tidak pernah menghubungi dan mengunjunginya semenjak perpisahan kami.

 
            “Maafkan Lya mama, lya serba salah, Lya harap mama mengerti sebabnya,” jawabku perlahan.

 
            “Mama faham, mama bersyukur bila mengetahui putera mama memilih Lya, mama minta maaf kerana mama turut bersubahat dengan putera mama supaya tidak memberitahu Lya tentang isi hatinya, putera mama menegah, katanya belum tiba masanya lagi,” terang Engku Maimon. Makcik Hawa mengangguk mengiyakan kata-kata Engku Maimon. Dia turut gembira bila Ridzuan memilih Lya dari Diana kerana mereka berdua memang tidak berkenan langsung padanya.

 
            “Lya yang layak menjadi pilihan menantu mama, kenapa berdiri di luar tetamu-tetamu semua mencari birthday girl, lya pun belum makan lagi,”ujar Engku Maimon lalu menarik lengan Lya menuju ke dalam. Ridzuan hanya mampu tersenyum melihat gelagat mama, cik hawa dan Lya. Dia mengekori mereka dari belakang. Aku berhenti melangkah lalu kembali kepada Ridzuan.

 
            “Thanks dear, tak sia-sia I reservedkan hati I pada you,” ujarku lalu mengucup pipinya perlahan.
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment