Friday 26 April 2013

"How Can I Not Love U" - Part 7


Terpegun dan terpesona aku sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah penthouse milik Adam Matin Salvatore. Wow, gorgeous apakan tidak salah satu exclusive penthouse di tengah-tengah ibu kota. Urbane City Penthouse. Aku merasa jakun seketika melihat keindahan penthouse tersebut seolah-olah aku berada di hotel 6 bintang. Hiasan dalamannya kelihatan modern dan uniq. Adam memilih warna-warna bumi. Nicely done. Ramai tetamu yang hadir terdiri dari orang-orang kaya. Aku mula merasa tidak kerasan bila berada di sini. Aku tidak biasa menghadiri majlis-majlis begini. Nadia dan Andy menuju kearah bar counter mengambil minuman. Aku pula sibuk menikmati keindahan rumah Adam. Adam has good taste. Aku akui sendiri. Aku duduk di salah sebuah sofa di ruang tamunya. Great. I’m such a loner. Tak tahu hendak mingle and mix around. Rata-rata orang yang berada di sekelilingku sibuk berbual diantara satu dengan lain. Hanya aku seorang sahaja yang duduk di sofa tanpa berteman. Janggal pula rasanya macam katak di bawah tumpurung. Walaupun hari ini aku merasakan diriku seperti Cinderella setelah di dandan cantik dan memakai baju baby doll tutu milik Nadia dipandankan pula dengan envelope purse dari Prada dan kasut stiletto dari jenama yang sama. Aku tetap merasa janggal. Macamana hendak mix around buatnya mereka berbual mengenai business, mengenai fashion apa yang hendak aku jawab. Kalau dia berbual pasal Siti Nurhaliza atau Fasha Sandha oklah juga. Mana pula host party rumah ini tak nampak pun batang hidungnya sedari tadi. Aku teringin juga melihat wajah kacak Adam ketika dia mengadakan majlis. Yelah. Dia kan snob. Mungkin dia di pejabat begitu dan di majlis dia lain. Aku pernah juga membayangkan bahawa aku salah satu wanita yang di ajak keluar Adam. Bagaimana agaknya perasaan aku dapat bergandingan dengan lelaki macam Adam. Bangga. Mungkin kerana dapat berdampingan dengan lelaki idaman ramai wanita.
 

“Lady, want to play Truth or Dare game with us,” soal minah saleh yang kelihatan seperti Gisele Bundchen model Victoria Secret yang di gilai ramai lelaki. Bulat mataku memandang wajah cantiknya.
 


“No thanks,” jawabku membuahkan senyuman menolak perlawaannya dengan baik.
 


“Sure, we love to play the game,” celah Nadia yang entah dari mana dia muncul bersama Andy. Andy menyerahku gelas berisi pepsi. Aku menyambut dari tangannya lalu mengucapkan terima kasih.

 
“Great more players, it’s gonna be fun,” ujar minah saleh itu menuju kearah ruang lain.
 


Aku menarik lengan Nadia.



“Are you mad,” bisikku ke telinga Nadia bila dia mendorong aku menuju kea rah arah ruang tamu kedua dimana game itu di adakan.

 

“Satu kelainan,” ujar Nadia meningatkan aku.



Kami menuju ke tingkat 2 penthouse tersebut dan menuju kea rah sebuah bilik yang di sebelah biliknya terdapat pool table. Beberapa lelaki sedang sibuk bermain pool sambil menghisap cigar namun Adam masih lagi tidak kelihatan.

 
Beberapa lelaki dan wanita sedang duduk di atas carpet di dalam bulatan besar. Nadia dan Andy turut menyertai bulatan tersebut. Hendak tak hendak aku terpaksa turut serta. Bekas botol wain yang telah dikosongkan di letak di tengah-tengah bulatan kami. Minah saleh yang tidak ku kenal namanya memusingkan botol tersebut. Aku berdoa di dalam hati janganlah muncung botol mengacu tepat kepadaku. Botol itu berhenti di hadapan seorang lelaki mat saleh yang duduk bersebelahan dengan Andy.

 
“Truth or Dare,” soal minah saleh itu.

 

“Truth,” jawabnya tanpa berfikir panjang.

 

“Are you straight or gay,” soal minah saleh yang memusingkan botol tadi.

 
Kami ketawa serentak bila dia mengajukan soalan demikian termasuklah lelaki yang di soal.


“Straight, in fact I’m in love with you,” jawabnya lalu tersenyum meleret.

 

“Oh really why don’t you said so, I thought you don’t like me,” jawab Rachel terperanjat akan pengakuan jujur Stephen.

 
Kami ketawa serentak bila lelaki yang bernama Stephen mengaku terang-terang bahawa dia sukakan Rachel (minah saleh rupa seperti Gisele Bundchen). Kali ini Stephen mengambil botol tersebut lalu memusingkan botol. Hatiku kecut bila botol itu mula berpusing perlahan. Janganlah dia berhenti padaku. Aku meneguk pepsi perlahan. Gulp. Aku menelan air liur bila botol tersebut berhenti tepat ke arahku.

 
“Truth or Dare,” Stephen mengajukan soalan tersebut kepadaku. Semua anak mata tertumpu ke arahku. Stress aku di buatnya. Ini semua gara-gara Nadia.

 
Aku memandang kearah Nadia dan Andy. Mereka berdua menyuruh ku memilih Truth. Aku keliru tidak tahu apa harus ku pilih. Truth or Dare. Aku dapat merasakan tiba-tiba suhu badanku merasa panas. Mungkin kerana stress untuk membuat pilihan.
 


“Ok, dare,” jawabku gugup.


Nadia dan Andy tersenyum meleret bila aku memilih dare. Aku tahu mereka sengaja berbuat demikian agar aku memilih dare.

 
“Ok listen carefully, I will pick random male in this house for you to go over him and ask him to be your date for a month, you dare,” ujarnya seraya tersenyum.


Fish cemuhku dalam hati. I’m in a deep s***. Nadia tersengih-sengih memandang ke arahku. Aku tahu ini mesti kerja Nadia. Dia sengaja menyuruh aku menyertai this foolish game. Nak tarik diri tidak boleh. Mana mungkin aku berbuat demikian kerana aku tidak mahu di lable quitter. I’m not a quitter.

 
“Ok,” jawabku seraya bangun dari tempat duduk bila Stephen menghulurkan tangannya kepadaku. Aku menyambut. Stephen membawa ku keluar dari bilik, semua yang bersama kami tadi turut keluar dari bilik ingin mengetahui siapakah lelaki yang di pilih Stephen. Kami berdiri berdekatan dengan tangga. Tetamu sudah semakin ramai memenuhi ruang di tingkat bawah. Ada yang berbual sesama tetamu lain. Berada di bar dan ada juga yang menari mengikut irama lagu yang dimainkan.

 
“You see that man, in dark blue shirt talking to someone at the bar,” ujar Stephen menunjukkan aku kepada lelaki yang di maksudkan. Lelaki yang tidak dapat ku lihat wajahnya sedang rancak berbual dengan seorang lelaki lain. Aku menjeling kearah Nadia di sebelah. Tanganku sempat mencubit lengannya kerana dia aku terpaksa membuat kerja bodoh. Nadia mengadu bila terkena cubitan berbisaku. Rasakan. Aku menuruni anak tangga perlahan. Jantung ku berdebar-debar hebat, aku menuju kea rah lelaki yang di maksudkan. Semakin hampir dengannya semakin kuat debaran jantungku. Lelaki yang berdiri membelakangkan aku itu masih lagi berbual rancak dengan temannya. Aku menoleh kearah group truth or dare kami. Mereka semua melambai ke arahku menyuruh aku berbuat demikian. Tinggi juga lelaki itu. Aku berdiri hanya di paras telinganya sahaja. Ok here goes for nothing. Aku menarik nafas dalam lalu menghembusnya perlahan.

 
Aku menepuk bahu lelaki itu perlahan. Lelaki yang ku tepuk bahunya menoleh ke belakang ke arahku. Aku kaget seketika bila mendapati lelaki yang ku tepuk belakangnya tak lain dan tak bukan host majlis yang kuhadiri sekarang, iaitu Adam Matin Salvatore. Fish. Lidah ku kelu untuk berkata apa-apa kerana terlalu terkejut. Beratus orang berada di sini Stephen boleh terpilih Adam. Ataupun sengaja di rancang. Mustahil kerana Stephen tidak berfikir lelaki mana yang di pilih dia hanya menunjukkan kea rah lelaki itu secara random. Say something Era. Don’t just stand there look like an idiot. Adam memandang wajahku dengan penuh tanda tanya dia berharap aku berkata sesuatu. Lelaki itu tidak mengecam wajahku. Ok. Adam tidak kenal aku. It’s a good sign. Just say it and get it done with.

 
“Could you be my date for a month,” ujarku dengan muka tebal. Aku tidak tahu berapa tebal incinya mukaku bila bertanya soalan demikian kerana aku dapat merasakan wajahku merah padam menahan malu. Bak kata orang tebal-tebal tayar lori tebal lagi muka aku. Inilah kali pertama aku membuat kerja gila dan tidak berfaedah begitu.

 
Adam memandang kea rah tetamunya yang berada di tingkat 2 memandang kearah mereka. Adam mengulum senyum.

 
Please say no. Please say no. doaku dalam hati. Hendak sahaja aku memberitahu Adam bahawa kami sedang bermain this Truth and Dare game. Tapi aku tidak di benarkan memberitahunya.

 
“I would be honoured,” jawab Adam sambil tersenyum meleret. Dia menyerahkan gelasnya kepada teman yang berbual dengannya tadi lalu mencapai tanganku. Mereka yang berada di tingkat atas menepuk tangan bila aku berjaya menyahut cabaran mereka. Aku hampir hendak pitam bila Adam berkata demikian. He can’t be serious.

 
“Sorry to take your time, I got to go now,” ujarku meminta diri. Malu gila aku di buatnya. Semua memandang ke arahku tersenyum-senyum bila aku berani membuat stunt sedemikian. Pulak tu terkena pada Adam. Kalau orang lain aku tidak berapa kisah sangat.

 
“Where do you think you going,” ujar Adam lalu menarik tanganku tidak membenarkan aku meninggalkan dirinya. Aku menelan air liur bila dia berbuat demikian. Don’t tell me dia kenal aku siapa.

 
“It’s a silly game,” ujarku tidak tentu arah bila Adam memandang tepat ke wajahku. Oh gosh. Lututku lemah bila berdepan dengan lelaki sehebat Adam.

 
“You chose dare, I’m impressed,” jawab Adam lalu meneguk minumannya.


Aku tidak menjawab hanya tersenyum bila dia berkata demikian.
 

“Nice house, nice party, nice everything,” ujarku merapu kerana merasa kalut berada di samping Adam. Aku memusingkan badanku dan baru hendak mula mengorak langkah, sekali lagi tanganku di tarik Adam.

 
“Not so fast, I’m your date for a month remember?,” ujar Adam kepada wanita itu.

 

What. He can’t be serious. Aku main-main ajelah. Gila apa aku nak date dengan orang macam Adam. Manalah aku layak. Umpama langit dengan bumi. Lagipun aku tidak suka dengan perangai nya yang kasanova dan snob.

 

“You dare,” ujarku kali ini cuba berani memandang tepat ke anak mata Adam.


 
“I dare, are you up to this game,” ujarnya tersenyum sinis seolah-olah memperlekehkan keberanianku.
 

“Ok,” jawabku mengetap bibir menahan geram. Apa dia ingat aku pengecut. Aku bersedia sahut cabaran Adam. Dia belum kenal siapa Era.
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment