Friday 12 April 2013

Welcome to Ho Chi Min City - Hari pertama

Salam cuti2..kali ini di Vietnam, Ho Chi Min City

Actually sebelum pergi ke Bangkok tahun lepas. Kita ke Ho Chi Min City. Tahun ni aku pujuk ngah ikut aku sekali. Pada mulanya dia tak berminat. Almaklumlah bukan mudah untuk mendapatkan makanan halal di negara tersebut. Itu yang membuatkan ngah agak berat untuk ikut sekali. Pujuk punya pujuk akhirnya ngah setuju jugak untuk ikut sama bila aku cakap kalau takut tak ada makanan halal kita bawak berdozen instant noodles, instant campbell soup, biskut kering dan aku suruh dia masak rendang kering so boleh makan kat sana takut kebuluran lah pulak. So ngah setuju.
 
Seperti biasa sebelum pegi tu aku buat research macam2 tentang kota Ho Chi Min tu. Tempat2 terdapatnya makanan halal. Tempat2 shopping itu yang penting. Teman sekerja sudah buat research lain. Alhamdullilah Hotel penghinapan kami Sheraton berdekatan dengan beberapa restoren halal dan apa yang bagus sekali selang 3 bangunan kecil ada sebuah masjid. Fuhh lega oden bila mendengarnya.

Tahun ni company hendak save budget. Jadi flight kami kali ini pun budget lah jugak. Tapi tak apa. Asalkan free betul tak? Aku macam biasa selalu ambik group A. Group yang pertama berangkat ke sana. Tidur kat rumah ngah pasal dekat dengan airport. Seawal jam 5.00 pagi kita dah keluar ke airport.

Lepas check in barang. Lepak kat starbuck minum kopi. Keadaan airport di waktu pagi terasa begitu lengang dan damai. Memang baik untuk santai. Sambil itu sempat juga lelapkan mata sementara menunggu waktu lepas.

Memandangkan percutian aku ke Ho Chi Min City lebih kurang 3 tahun lepas. Jadi banyak benda yang aku tak ingat nak tulis dah..hehehe

Dengan dukacitanya aku ingin menyatakan bahawa trip ke Vietnam gambar2 yang ku petik semasa kat sana semuanya telah hilang. Sedih. Tak dapat den nak kongsi sama kat sini. Huhu.

Alhamdullilah perjalanan kami dari Singapura ke Ho Chi Min City berjalan dengan lancar. Setibanya di hotel kami terus dapat bilik. Seperti biasa aku dah pakat2 dengan member yang sewaktu dengannya untuk jumpa di lobby dalam masa 2 jam.

Selepas 2 jam beristirehat kat bilik hotel aku dan ngah pun turun duduk di lobby menanti member2 siapa yang ku kenal nak tag ikut sama. Trip kali ini member khaki tak pergi sama time. Jadi kita adventurous main tag along dengan sesiapa sahaja. Asalkan dapat jalan.

Perut dah mula berkeroncong sebelum pergi kemana2 dulu aku dan ngah pakat pegi ke restoren seberang hotel. Restoren sungguh unik macam ala 80an gitu. Oh ye lupa lak nak bagi tahu. Kat Vietnam rata2 orangnya menunggang motor. Kalau kereta tu boleh di kira dengan jari. Jadi bayangkan sendiri ye. Dan satu lagi kalau hendak menyeberang tu time motor tengah lalu time itulah kita kena seberang buat dunno..Apa macam berani..kalau nak tunggu motor tak ada tu jangan mimpi lah kerana ia bertali arus..Pada awalnya memang tak berani nak seberang. Kita masih berdiri kat pavement menunggu dengan sabarnya untuk menyeberang jalan. 3 minit..5 minit..10 minit..eh tak boleh jadi ni bila mahu game..akhirnya aku beranikan diri jalan menyeberang..ngah kat sebelah dah terjerit2 macam orang apa bila motor2 selamba jalan simpang siur di depan kali macam tak bersalah. Fuyoo kecut perut. Itu percubaan pertama gayat semacam. Den untuk kali kedua dan ketiga dan seterusnya dah berani dan tak heran lagi motor jalan simpang siur kat depan kita. Terrer kan. Hehe. Rupanya memang begitu caranya kalau kita nak menyeberang jalan di sana. Aiseh man.

Oh berbalik kepada kedai makan ala 80an tu. Kedai makan itu memang halal kerana dia terdapat di dalam list restoren halal yang terdapat di Ho Chi Min city. Tengok menu dia tak begitu menarik..Akhirnya kita order roti prata atau roti canai kata orang malaysia..Aku order roti telur dan ngah roti kosong. Roti telur plaster aku sama macam aku makan kat rumah. Oklah tak cerewet makan ajelah nanti kebulur pulak. Ngah aku cakap makanan dia biasa2 aje. Aku ye kan aje. Maklumlah orang pertama kali keluar melancong selain dari Malaysia macam tulah komplain nya. Aku lak cool aje..kata orang tu tak leh cerewet sangat kalau melancong kat negara yang bukan islam makanan halal memanglah terhad. Jadi tu kalau makanan halal mereka tak berapa kena dengan tekak kita. Kita tak leh lah nak bandingkan dengan tempat kita kan.

So lepas makan tu aku terjumpa Jina dengan kawan baik dia Shafiq..aku pun apa lagi tag lah..ikut diaorang pegi mana..jalan berdua sahaja tak berani..kita ronda2 kat sekitar hotel banyak lah juga rumah kedai yang jual barang2 buatan Vietnam. Ada bag, barang perhiasan, rantai buatan sendiri dan macam2 lagi. Aku tengok2 aje tak nak beli dulu..lagipun tujuan utama aku untuk shopping barang2 seperti cadar sulam cotton dan set alas meja makan cotton sulam. Kata orang2 yang pernah pergi Vietnam katanya cadar cotton sulam dan alas meja diaorang cantik dan harga berpatutan. Aku memang minat pada barang2 klasik dan retro..jadinya aku suka pada benda2 macam ni..so dont blame me.

Jalan punya jalan kita sampai ke satu tempat macam pasar malam..seperti biasa jual barang perhiasan dan barang2 sewaktu dengannya..aku tak berminat untuk beli. Tapi aku beli kopi 3 dalam 1 buatan Vietnam (halal). Tak ingat pulak apa namanya. Sedap macam kita minum kat cafe2. Yang aku ingat kopi tu paketnya berwarna merah. Ada beberapa perisa seperti capuccino dan mocha. Aku beli yang merah biasa. Banyak jugalah aku beli dalam 3 kotak. Ngah pun beli jugak..aku beli magnet untuk buat ole2 orang kat rumah. Oh yah di Vietnam mereka mengunakan mata wang US dollar pandai2lah kau orang buat mini exchange converter table. Duit diaorang Dong pun pakai jugak cuma pakai US dollar mudah senang nak kira dari duit diaorang yang puluh dan ratus2. Malam pertama di HCM aku tak shopping sangat kerana tak ada benda yang menarik minat aku. Bila dah penat ronda tu..kita jalan balik ke Hotel untuk makan malam. Makan malam kita tak lagi ke restoren ala80an tu. Kita ke restoren yang jual masakan malaysia dan singapore best kan.. Kali ini ngah tak komplain pasal masakan nya sedap macam kat negara kita. Begitulah cerita hari pertama kami di HCM.

No comments:

Post a Comment