Friday 26 April 2013

Saiful?..Shahril?..Mr. Shah? - Part 2


Saiful hanya mendiamkan diri sahaja bila aku menceritakan masalah ku kepadanya. Wajahnya serta merta berubah. Ternyata dia tidak begitu gembira mendengar berita dariku. Siapa yang gembira bila buah hati mengatakan mahu bernikah dengan lelaki lain. Aku sendiri pun akan meraung bila kekasih hati mengatakan terpaksa bernikah dengan wanita lain.

“Then, apa you cakap dengan your parents,”

            Aku tersentak bila Saiful tiba-tiba bersuara setelah agak lama mendiamkan diri.

            “Of courselah I tak setuju, kan ke I sayangkan you,” jawabku manja seraya memeluk Saiful erat. Saiful tidak membalas pelukanku seperti selalu dia hanya duduk membatu. Aku menoleh kearahnya. Saiful masih seperti tadi. Tiada secalit senyuman yang terukir di bibirnya.

            “I nak pergi bercuti,” ujar Saiful tiba-tiba memeranjatkan aku.

           “You nak kemana sayang, I nak ikut,” ujarku gembira. Yelah boleh aku ikut bersama. Sedikit sebanyak dapatlah aku melupakan masalah aku.

            “Cuti balik kampung sayang, mak tak sihat,”ujar Saiful seakan dapat tahu bahawa aku ingin ikut cuti bersamanya.

            “Oh ok, I suppose I tak boleh ikut you,”

            “Sorry dear, mak tak sihat lagi, so bukan masa yang sesuai untuk I kenalkan you pada mak I,” pujuk Saiful bila aku menarik muka masam.

            “Then how about the holiday yang kita plan nak pergi sama,” ujarku kurang senang kerana aku sudah menempah package percutian bersama sempena menyambut hari lahir Saiful. Mama memberiku sekeping brochure tempoh hari, dia cadangkan aku pergi bercuti di situ. Pelik aku dibuatnya kerana mama tidak pernah mencadang mana-mana tempat percutian kepadaku kerana dia tahu aku tidak berapa suka. Tapi tidak kali ini. Katanya sudah tiba masanya aku melancong di dalam negeri sendiri. Katanya banyak tempat-tempat menarik di Malaysia yang aku belum jelajahi. Bukannya ke Paris, Milan atau London tempat percutian kesukaanku.

            “Sorry sayang, mak I sakit, I’ll guess you pergi sendiri ajelah okay,” pujuk Saiful.

            “You nak suruh I pergi holiday sendiri, you okay tak, so when it the best time for me to meet your mum then,” jawabku kurang senang dengan alasan Saiful. Ini bukanlah kali pertama dia memberi alasan emaknya sakit dan aku tidak dapat datang melawat dan berkenalan dengan bakal ibu mertuaku.

            “Sabarlah sayang, beri I sikit masa lagi ok, I promise you,” hatiku menjadi lembut bila setiap kali Saiful memujukku.

            “Ok jangan lupa janji,”

            Saiful tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya perlahan.

            “Ok I got to go now, nak kena jumpa client, so don’t worry too much ok,” ujar Saiful dia mengucup pipiku seraya berlalu meninggalkan aku sendirian. Aku tahu Saiful marah dan kecewa dengar berita yang aku khabarkan. Namun dia pandai menyembunyikan perasaannya. Saiful percaya Datuk Ariffin dan Datin Manisah tidak akan membiarkan anak tunggalnya bernikah dengan lelaki yang tidak di cintainya. Walaupun aku tidak yakin mereka akan mengubah keputusan namun aku gembira kerana Saiful pandai memujuk.  

 

            Mataku mula di takungki air. Bila-bila masa sahaja air mataku akan merembis keluar. Puas aku fikirkan dimana silapnya sehingga aku terpaksa menerima balasan yang sebegini. Sudahlah aku hampir ketinggalan bas ke pusat peranginan pilihan mama. Kini luggage ku pula tidak kelihatan. Puas aku memaksa pemandu bas cuba menyelongkar tempat meletak beg di bawah. Namun dia memberi alasan yang sama, bahawa tiada lagi beg yang tertinggal di dalam bas. Dan kini van yang sepatutnya membawa ku ke pusat peranginan tersebut sudah meninggalkan ku kerana menunggu lebih dari setengah jam. Aku membuka tas tangan dan mula mencari sesuatu. Print-out pusat peranginan tersebut ku capai. Aku tidak akan berpatah balik setelah hampir enam jam aku terpaksa berada di dalam bas dan sudah merantau sejauh beratus batu. Aku akan terus ke tempat yang dituju kerana mama sudah tempahkan aku bilik Spa Suite yang besar dan cantik. Pada awalnya aku tidak berminat tapi bila mama mengatakan tempat peranginan tersebut sangat cantik. Aku bersetuju. Aku menyuruh setiausaha papa membuat tempahan untukku. Aku mahu bercuti bersama Saiful. Tapi Saiful mengatakan dia terpaksa pulang ke kampung di saat terakhir. Bila Saiful mengatakan dia tidak dapat pergi, aku turut tidak mahu pergi. Jika  aku pergi bermakna aku bercuti seorang sahaja ke pusat peranginan tersebut. Tapi bila ku kenangkan ada baiknya aku teruskan pergi bercuti kerana aku akan merasa bosan duduk di rumah. Sekurang-kurangnya aku dapat menikmati keindahan pusat peranginan tersebut dan dalam masa yang sama dapat berehat menenangkan fikiran ku yang berserabut sejak akhir-akhir ini dengan masalah peribadi. Aku mula mendial nombor pusat peranginan tersebut.

            “Selamat Petang, Nature Lodge,”

            “Selamat Petang, saya Maya salah seorang pengunjung Nature Lodge, van yang sepatutnya membawa saya ke sana sudah tinggalkan saya, boleh tak awak aturkan seseorang untuk menjemput saya di Stesen Bas Cherating,”

            “Cik Maya, boleh tunggu sekejap saya cuba periksa senarai pelanggan,”

            “Baiklah,” ujarku seraya menarik nafas lega.

            “Maaf cik Maya, nama Cik Maya tiada tersenarai dalam list kami,”

            “That’s impossible I didn’t cancel my trip,” ujarku kurang puas hati.

            “Kalau begitu, Cik Maya ada buat booking melalui nama orang lain,”

            “Oh yeah maybe, boleh tolong periksa system awak samada nama Saiful Bahari ada dalam senarai,”

            “Ya, Saiful Bahari, Orkid Spa Suite, baiklah cik Maya saya akan menyuruh seseorang menjemput cik Maya,”

            “Terima kasih,” ujarku seraya meletak telefon. Kaki lenguh kerana terlalu lama berdiri. Sekurang-kurangnya penyambut tetamu Nature Lodge berusaha untuk menjemputnya. Nasibku tidaklah seburuk yang ku sangka kerana sebaik sahaja tiba di Nature Lodge aku akan berendam di dalam whirpool tub untuk menghilangkan sengal-sengal dibadanku. Bisikku dalam hati seraya tersenyum.      


To be continue...
 

No comments:

Post a Comment