Friday 26 April 2013

"How Can I Not Love U" - Part 9

Hari pertama (1/6/10)

Telefon bimbitku berdering nyaring. Mata ku buka sebelah sempat aku melirik kea rah jam digital yang terletak bersebelahan handphoneku. 3.30 pagi. Siapa pulak yang mengacau aku pagi-pagi buta ni. Subuh pukul 5.48 pagi. Aku dah set jam pukul 5.30 pagi. Ku biarkan handphone bordering. Ah mungkin wrong number. Aku menepuk bantal lalu merebahkan diri menyambung tidur. Telefon ku berdering lagi.
 

“Hissh, malaun ni,” ujarku lalu mencapai handphone. Ku cuba amati nombor si pemanggil. Nombor yang tertera di screen phone ku tidak kukenali langsung. Siapa pulak?


“Hello,” jawabku seraya menguap kecil.

 

“Cik Shah Era,” ujar si pemanggil.


“Yelah dah tentu you call my number habis you ingat apa police station,” jawabku dengan nada geram. Buat kelakar pulak pagi-pagi buta ni.
 

“I’m Mr. Salvatore PA, I have made arrangement for you at Spa Village Ritz Carlton at 11.00am and dinner arrangement for you and Mr Salvatore at 8.00pm, I will call you back to confirm the venue and you will receive a parcel containing credit cards for you to use as and when you needed to,” ujar wanita ber-slang mat saleh itu dengan sekali nafas sahaja. Aku mengosok mataku perlahan seraya menguap kecil. Sepatah haram tidak masuk ke dalam otakku kerana aku masih mamai.


“I think you have dialed wrong number,” jawabku seraya mematikan telefon. Gila. Orang putih mana pulak yang boleh tersalah dial. Ini Malaysia bukan USA. Aku yang mamai ke perempuan mat saleh tu yang mamai.
 


Kriiinngggg. Aku terkejut beruk bila handphone menjerit lagi. Hissh menyusahkan hidup betul lah.

 
“Hello,” marahku.

 
“Cik Shah Era, saya Dian, PA Encik Adam Matin,” ujarnya dalam bahasa melayu.

 

Aku tersentak bila dia menyebut Adam Matin. Eh boleh pun minah saleh ni berbual dalam bahasa melayu. Aku menoleh kea rah jam di meja sisi. 3.52 pagi. Apa gila PA Matin telefon pagi-pagi buta. Dia tak tidur ke? Haiz.

 
“Awak ni tahu tengok waktu tak, sekarang ni pukul 4 pagi, kalau nak hubungi saya pun telefonlah pukul 9.00 pagi waktu pejabat, apa boss awak tak sekolah ke?,” sesedap rasa sahaja aku mengutuk Adam Matin melalui PAnya. Lantaklah kalau dia nak sampaikan pada Adam. Aku peduli apa. Di dalam kontrak tidak ada mengatakan bahawa aku tidak boleh mengutuk Adam.

 
“I’m sorry, tak perasan waktu di Malaysia pukul 4.00 pagi, saya membuat panggilan dari USA, di New York jam 4.00 petang,” ujarnya memberi penjelasan.

 

“Adam di US,” soalku ingin tahu. Aikk macam biskut. Baru malam kelmarin kita makan dinner bersama. Bila ketika pula dia terbang ke US.

 

“He will see you today at 8.00pm for dinner,”

 

“Ok, whateverlah, kenapa dia nak I pergi Spa Village,” soalku malas hendak bertekak dengan PA Adam.


“He didn’t say, sorry Ms Era, I need to go,” ujar Anita seraya mematikan telefon.



Aku merebahkan diri di atas katil semula. Mataku menjadi segar bugar, terima kasih kepada Dian PA Matin. Aku berfikir sendiri. Susah juga kan menjadi temanwanita orang kaya ternama seperti Matin. Temanwanitanya harus mengikut jadual yang di sediakan pembantunya. Ini baru jadi temanwanita kalau menjadi isterinya bagaimana pula agaknya. Entah-ntah hendak berjumpa dengan suami pun harus kena check schedulenya. Aku mengelengkan kepala perlahan. Parah juga menjadi bini orang kaya.
 
Aku duduk sambil menyelak majalah. Sempat mataku melirik kearah jam di dinding Spa Village. Aku mengeluh kecil. Matin lewat setengah jam untuk menjemputku. Ikutkan hati hendak sahaja aku menaiki LRT untuk pulang ke rumah. Tapi bila di fikirkan balik, sayang pula hendak merosakkan rambut yang telah di beri treatment, blow dan highlight tadi. Oh ye. Adam susah payah menyuruh PAnya book spa dan salon termahal di KL untuk aku. Dan seperti apa yang PA dia katakan sebelum subuh tadi. Tepat 10.30 pagi sebuah kereta BMW hitam 6 series berserta pemandu menungguku di luar pagar untuk membawa ku ke Ritz Carlton. Dan dalam masa yang sama pemandu Matin menyerahkanku sekeping envelope. Tanpa banyak bicara aku membukanya. Guess apa di dalam envelope itu. 3 keping Titanium credit card dari OCBC, Citibank dan Maybank. Terbeliak mata aku seketika. Wow! seronok membelek credit card yang di beri Matin. Express sungguh Matin menjalankan tugasnya sebagai teman lelaki ku. Hmm aku yakin ini sudah menjadi kebiasaan Matin. Apa yang hendak di  hairankan. He’s not an angel aku mengingatkan diriku sendiri. Tepat 11.00 pagi aku tiba di lobby Ritz Carlton. Terasa janggal pula aku di buatnya. Umpama rusa masuk kampung. Yelah aku sempat capai baju kebaya raya tahun lepas untuk ke sana. Tidak terfikir aku hendak keluar kemana-mana hari ini. Baju aku pula semuanya belum sempat ku gosok. Baju kebaya itu sahaja yang terdapat tergantung di almari yang sudah digosok. So sekarang aku ke Ritz Carlton dengan kebaya. Rata-rata pengunjung Ritz Carlton tertumpu ke arahku. Ah pasal lah. Tanpa mempedulikan akan mata-mata yang memandang kearah ku aku berjalan pantas menuju kearah lif. Wah, siap dengan lift attendant lagi. Terpegun aku seketika melihat keindahan dekor hiasan dalaman Ritz Carlton. Sebaik sahaja aku berada ditiba di Spa Village. Sekali lagi aku di beri pandangan yang kurang senang dari pekerja di sana. Pada mereka aku tidak layak ke tempat mewah seperti ini. Lantaklah apa yang hendak mereka fikirkan, yang penting aku dapat juga merasa ke tempat-tempat orang kaya kunjungi dan aku dapat merasa pengalaman dilayan seperti VIP (First class). Senyumku sendiri. Tapi bila sebaik sahaja mereka mendapat tahu bahawa appointment tersebut dibuat dari Mr. Salvatore office. Layanan mereka ke atas diriku berubah serta merta. Aku di layan seperti puteri. Apa yang hendak di hairankan pada zaman serba canggih ini money talks.
 
Aku menoleh kearah seorang lelaki yang menuju ke arah recept counter sebaik sahaja terhidu akan wangian cologne after shave yang sangat aku kenali. Siapa lagi kalau tidak si pemakainya itu adalah Adam Matin Salvatore. Top 5 available bachelor di Asia. Aku sengaja tidak mahu segera  mendapatkannya, kerana aku tahu dia tidak perasankan aku yang sedang duduk menantinya di sofa. Menanti dia datang menjemputku. Aku melirik kea rah Adam. Dia sedang berbual mesra dengan penyambut tetamu. Aku menjeling. Pantang nampak perempuan cantik dan seksi mesti hendak di tegurnya. Aku kembali menyelak majalah memberi dia masa untuk berbual dengan penyambut tetamu itu.
 
Aku mendongak kan kepala bila aku rasakan ada seseorang berdiri betul-betul di hadapanku. Adam berdiri tercegat tersenyum memandangku. Lelaki memakai polo shirt berwarna kelabu gelap Burberry dan jeans Tommy Hilfiger. Santai. Dia kelihatan santai bila berpakaian demikian dan bukan shirt dan jaket seperti selalu ku lihat waktu hari bekerja. But still he looks amazingly good looking.
 
“Era,” tegurnya sepatah tersenyum lagi menampakkan lesung pipit di sebelah kanan pipinya.
 
Aku tak tahu kenapa bila berdepan dengan lelaki itu aku kerap kali menjeling meluat. Lama-lama boleh jadi juling mata aku di buatnya.
 
“Yes. Mr Salvatore,” jawabku menyindirnya.
 
“You really transformed, you look so different, I betul-betul tak cam you,” ujarnya kuat cukup membuatkan pelanggan-pelanggan wanita lain menoleh kea rah kami.
 
“Ok I get it tak perlu announce kuat-kuat,” ujarku seraya menarik lengan Adam keluar dari Spa Village. Adam tersengih bila aku berbuat demikian. Suka menyakat barangkali. Aku menyerahkan goodie bag yang ku terima dari Spa Village kepada Adam. Bukan aku tak boleh bawa sendiri. Tapi inilah masanya untuk aku timing dengan Adam. Selaku boyfriend aku, dia dikehendaki buat benda-benda macam itu. Standard procedure. Aku tidak akan memberinya peluang. Tanpa memperdulikan Adam yang sedari tadi asyik memerhatikan aku dari atas hingga ke bawah. Aku menekan butang lif. Sekali lagi aku menjeling meluat, seperti apa yang aku katakan tadi Adam memang pantang.
 
“Kalau nak jadi girlfriend terus pun boleh,” usik Adam tiba-tiba seraya tersenyum nakal bila Era tidak suka dia memandannya sedemikian. Dia tidak menyangka Era yang ordinary looking pada awal perkenalan, tetapi bila sudah di dandan dan di tukar imej boleh setaraf dengan wanita yang selalu yang di gandinginya selama ini. Dia akui Era sebenarnya seorang wanita yang cantik, hanya Era tidak tahu bagaimana hendak menonjolkan dirinya. Pada Adam, Era masih belum lagi berubah sepenuhnya kerana dia tidak tahu bagaimana hendak mengenakan pakaian yang sesuai dan tidak pandai bergaya. Tengok sahaja pakaian yang di pakainya untuk ke Ritz Carlton, dia memakai baju kebaya basahan dengan sepatu yang tidak bertumit.
 
Aku menoleh kea rah Adam seraya tersenyum mengejek.
 
“Dare to dream,” jawabku lalu masuk ke dalam lif.

Adam mengekor ku dari belakang. Aku masuk ke dalam perut lif lalu berdiri mengadap butang lif. Adam pula sengaja berdiri betul-betul di belakang aku. Aku tidak berapa selesa bila mata nakalnya melirik kearah punggungku kerana aku dapat melihat bayang imejnya di muka pintu lif.
 
Sebaik sahaja pintu lif terbuka aku berjalan laju menuju ke arah pintu gerbang Hotel tanpa menanti mahupun menoleh kearah Adam. Aku merasa tidak selesa bersama dengan Adam. Aku tidak pernah bermimpi mahupun mengenali Adam. Dan aku tidak pernah terfikir bahawa aku akan dapat berdampingan dengannya. Aku merasa rendah diri bila setiap kali bersamanya, kerana aku senantiasa memikirkan bahawa aku hanya wanita sederhana dan tidak secantik wanita-wanita yang selalu di damping Adam.
“Sayang you hendak kemana,” ujar Adam selamba sahaja dia menarik lenganku. Aku menoleh kearah Adam. Mata hazel milik Adam memandang tepat ke wajahku. Aku menelan air liur bila dia berbuat demikian. Yelah, orang kacak seperti Adam siapa yang tidak tergugat iman. Oleh kerana itu setiap kali bila aku berdepan dengan Adam, aku cuba untuk tidak bertentang mata dengannya. Khuatir akan terpikat padanya pula nanti, kerana aku tidak seharusnya jatuh hati padanya. Nasib baik juga jejaka itu tinggi, dan ketinggian aku hanya di paras telinganya. Jadi bila berbual dengannya aku hanya dapat memandang kearah dadanya yang berbidang dan bahunya sahaja. Heheh.
 
“Kita nak balik kan?,” soalku gugup, berderau darahku bila dia memanggil aku sayang. Biar betul Adam ni.
 
“Nope kita hendak pergi shopping sayang, kita ke Pavilion,” ujarnya lembut. Sekali lagi aku gugup bila Adam menukar mode romantic pula. Ceh si Adam ini dia hendak menduga aku ke? Aku lebih suka dan senang bila Adam dalam mood gila-gila atau mood merepeknya. Sekurang-kurangnya aku tidaklah gugup seperti sekarang.
 
“Oh ok,” jawabku patuh akan cakap Adam. Aku menarik tanganku kerana tidak selesa dia berbuat demikian. Adam tidak terperanjat bila aku menarik tanganku kembali. Dia hanya menjungkitkan keningnya sambil tersenyum sinis. Tidak heran barangkali. Aku tidak akan membenarkan Adam memanupulasi diriku. I’m in charge here. Aku yang hendakkan lelaki kaya, kacak sepertinya. Jadi dia yang harus ikut cakap aku dan bukan sebaliknya. Aku memberontak di dalam hati. It’s about me not about him.
 
“Apa benda yang you sayang sekali kat dalam dunia ini,” soalku tiba-tiba memecahkan kesunyian. Sunyi tu taklah. Cuma aku tidak mahu terus-terusan merasa janggal bila berada bersama dengan Adam. Ini baru hari pertama aku keluar sendirian dengan Adam tanpa di temani Nadia. Kalau aku tidak pandai menyesuaikan diri, bagaimana pula aku hendak bersama dengannya selama 3 bulan. I know it’s a silly question. But what the heck? I have to be myself. Tak ada control-control anggun ini semua. This is not permanent. Anyway it’s about me and not about him. So, tidak salahnya aku menyoalnya akan soalan yang merepek. Betul tak? Bentak hatiku.
 
Adam menguntum senyum sebelum menjawab soalanku.
 
“Car, money, women and myself,” ujarnya ringkas dengan wajah angkuh. Semuanya dia perolehi dan kesemuanya dia sayang.
 
“Ok,” jawabku mengangguk kecil kerana tidak berniat untuk memberi komen apa-apa akan kata-kata Adam. Walaupun bunyinya agak angkuh kerana Adam merasakan dia sudah memilik segala-galanya.
 
 “Kenapa you tanya? soalnya sambil lewa, ibu jari kanannya panas menaip sesuatu di blackberrynya.
“Saja, tak ada benda yang hendak I bualkan so I tanyalah,” jawabku acuh tak acuh pula.
 
“You pula? Soal Adam tiba-tiba lalu menyimpan blackberry kedalam saku seluarnya.
 
“Masa,” jawabku cuba menahan sebak di dada. Benarlah apa yang terdapat di lirik Raihan. Demi masa manusia itu kerugian, melainkan yang beriman dan beramal soleh. Ingat lima perkara, sebelum lima perkara, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin Lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.
 
“Kenapa masa,” soal Adam tidak mengerti.
 
Aku mengeluh kecil bila Adam meminta penjelasan mengapa aku memilih masa. Tidakkah dia tahu masa itu amat berharga kerana ianya tidak akan dapat diputarkan semula. Atau mungkin Adam tidak pernah memikirkannya.
 
“Kerana kita tidak boleh memutar masa, sebab itu setiap masa begitu berharga untuk I,” jawabku ringkas tanpa mengulas panjang. Adam tidak perlu tahu lebih lanjut mengapa aku begitu menghargai masa.
 “Huh, sounds like people counting days to live,” ujarnya seraya ketawa mengejek.
 
Aku mengetap bibir bila Adam mempersendakan aku. Dan aku tidak menyalahkan Adam. Adam tidak mengerti apa yang aku alami. Lagipun aku bukan meminta simpati darinya.
 
“Yeap, it’s that your love one,” ujarku seraya melirik kearah kereta porche carrera hitam berhenti di hadapan kami. Aku cam sangat akan kereta kegemaran Adam. Apa taknya, kereta itu juga yang hampir melanggar aku bila setiap kali aku melintas carpark setiap kali aku balik kerja.
 
“Yes, hop in baby,” ujarnya seraya mendapatkan kunci dari pekerja Ritz Carlton. Adam membuka pintu kereta untukku. Aku mengelunsur masuk ke dalam perut kereta Porschenya. Barulah aku mengerti mengapa Adam begitu sayangkan keretanya. Hiasan dalam kereta porschenya di perbuat dari kulit mahal berwarna merah darah ikan. Dashboard diperbuat dari kulit berwarna midnight black. Ikutkan hati ingin saya aku menyentuh dashboardnya yang kelihatan cantik matte finish. Belum pernah aku duduk di dalam kereta Porcshe sebelum ini. Inilah kali pertama. Buat sekian kalinya aku menjeling lagi bila terpandang akan logo playboy di stering keretanya.
 
“Boleh I drive kereta you,” soalku tanpa berfikir kerana teringin sekali memandu kereta sport yang aku minati.
 
“You pandai drive,” soalnya seperti tidak percaya dengan apa yang di dengarnya. Era mahu memandu kereta carerranya.
 
“You ajarlah,” jawabku selamba. Aku ada asas memandu kereta. Cuma tidak berkesempatan untuk mendapatkan lesen kerana tidak punya masa. Sekarang baru aku menyesal kerana tidak meluangkan masa untuk mendapatkan lesen kereta dahulu.
 
“Sure but not today, some other time,” jawabnya seraya memecut keretanya laju.
To be continue...
 

No comments:

Post a Comment