Friday 26 April 2013

"How Can I Not Love U" - Part 10


GUCCI, Cartier, Chanel, Christian Dior, Salvatore Ferragamo, Loewe, Hermes cakap aje butik jenama apa yang tidak terdapat di Pavilion. Semuanya ada. Aku mengekori langkah Adam menuju kearah butik Botega Vedetta, dimana harga sebuah handbagnya sahaja boleh mencecah puluhan ribu. Hilang akal ke Adam hendak membazirkan duitnya untuk aku. Memanglah aku hendak merasa bag berjenama, tapi aku tidak memerlukan bag semahal itu. Aku lebih rela sekiranya duit yang di gunakan untuk membeli bag berjenama itu disedekahkan kepada badan kebajikan atau anak yatim.  

 

Sebelum Adam sempat melangkahkan kaki ke dalam butik Botega. Aku menarik lengan Adam menegahnya untuk ke butik tersebut. Adam memberhentikan langkahnya bila aku menarik lengannya. Lelaki yang berpakaian kemas yang ditugaskan untuk membuka pintu Botega membukakan pintu untuk kami untuk mempersilakan kami masuk ke butik mereka.

 

“You hendak buat apa kat butik tu,” soalku perlahan seakan berbisik kepadanya.

 

“Er, shopping, duh,” ujarnya dengan wajah sinis. He’s back to his ass mode. Aku tersenyum gembira bila dia kembali kepada perangai jerknya. Kerana bila dia berperangai demikian aku tidak akan jatuh hati dengannya, kerana lelaki idaman aku adalah seorang lelaki yang pandai menghormati wanita dan menjaga hati wanita dan tidak ass seperti dirinya.



“Buat apa, I cuma bersama you 3 bulan sahaja, selepas 3 bulan I have to return everything back to you,” ujarku mengingatkan dirinya akan perjanjian kami.

 

“So what do you want exactly, you nak rasa hidup orang kaya, ini cara hidup orang kaya, shopping di posh butik, you hendak shopping di mana, kat Petaling Street,” sindirnya seraya tersenyum sinis.

 

Berdesing juga telinga aku mendengar sindiran pedas darinya. Hilang kekacakan di wajahnya bila di berperangai sedemikian. Well, aku sebenarnya tidak merasa terperanjat akan perangai sebenar Adam. What do you expect from him. Dah bagus tu dia setuju untuk melayan perangai gilaku untuk sponsor semuanya. Sebab itu aku tidak mengharapkan perangai baik datang dari dia.

 

“Eh boleh jugak kan, you nak pergi sana tak, kat sana pun ada LV, Gucci dan Coach? sindirku balik mengenakannya pula, sengaja aku hendak menaikkan kemarahannya.

 

“Huh whatever, so sekarang you hendak buat apa,” soalnya kurang sabar namun dia cuba mengawal perasaan marahnya. Perangai juga si Era. Dia ingat senang untuk di handle.

 

Aku memandang wajahnya seraya tersenyum. Handsome juga mamat mat saleh celup ini bila marah. Cute. Macam Vampire gitu. Aku asyik membayangkan Adam seperti Damon vampire dalam cerita The Vampire Diaries. Handsome and dangerous.

 

“Well,” ujarnya bila aku tidak bersuara sedari tadi malah asyik memandang wajahnya lalu tersenyum sendiri. Adam merasa lega, dia tahu umpannya mengena. Dia tahu lambat laun Era akan jatuh cinta padanya.

 

“I rasa, I nak rent sahaja the branded bag for 3 months, when times up you boleh return balik,” usulku sambil tersenyum.

 

“Ok, if you need help call my PA, so sekarang we shop for clothes, I don’t think di sini ada renting,” sindirnya seraya tersenyum sinis. Kali ini dia mencapai tanganku dan kami menuju kea rah lif. Aku terpaksa akur walaupun aku terasa seperti kejutan electric bila setiap kali dia memegang tanganku. Belum pernah kami berpimpingan tangan seperti ini di public.

 

Hampir seharian aku berada di Pavilion, pergi dari satu butik ke satu butik kami singgah kerana Adam mahu membeli pakaian untuk aku. DKNY, Diane Von Furstenberg, Karen Millen, Stella McCartney, Donatella Versace, Valentino dan lain-lain lagi. Nasib baik aku hanya memakai sepatu flat jadi tidak lah sakit kaki aku berjalan seharian. Aku merasakan diriku seperti Julia Roberts di dalam cerita Pretty Woman di mana setiap butik yang kami singgah pasti aku akan di beri layanan istimewa seperti VVIP. Aku tidak perlu berdiri memilih baju dari satu rak ke satu rak seperti lazimnya bila memilih baju di shopping centre biasa. Seperti yang aku jangka bila setiap kali kami menyinggah ke sesebuah butik itu, pelayan butik atau manager butik tersebut kenal pada Adam dan segera mendapatkan aku khidmat personal shopper dimana aku tidak perlu memilih pakaian malah personal shopper itu akan memilihkan pakaian yang sesuai dan padan dengan aku. Jadinya banyak kali juga aku berulang alik ke fitting room untuk mencuba pakaian tersebut. Ada yang dipilih personal shopper itu agak menjolok mata kerana aku tahu mungkin dia menyangka aku salah seorang teman wanita Adam yang selalu berpakaian seksi. Aku memberitahu personal shopper tersebut bahawa aku sukakan pakaian yang tidak menjolok mata, yang penting classic look and not too seksi. Adam duduk di salah satu sofa yang di sediakan di luar fitting room apalagi kalau tidak bermain-main dengan blackberrynya sementara menanti aku menyalin pakaian. Bila aku keluar dari fitting room untuk memperagakan pakaian yang ku cuba di hadapannya. Dia akan hanya menganggukkan kepala menandakan pakaian yang aku cuba itu sesuai denganku dan dia akan mengelengkan kepalanya sekiranya pakaian yang ku cuba tidak berkenan di matanya. Aku sempat melirik ke arah salah satu price tag yang tergantung pada sehelai blouse sutera dari jenama DVF. Terbeliak mataku bila sehelai blouse sutera yang simple itu sahaja harganya RM850. Itu baru blouse simple, kalau baju yang cantik dan exclusive berapa pula harganya.

 

Aku melangkah malas keluar dari fitting room dan menuju ke arah Adam yang sedang duduk di sofa. Aku melabuhkan punggungku duduk bersebelahan dengannya. Tak larat rasanya hendak mencuba baju lagi. Cukuplah, rasanya sudah banyak yang dipilih Adam. Aku berkira-kira lebih satu dozen baju yang dibelinya. Setiap baju yang dibeli Adam tidak langsung melihat berapa harganya terlebih dahulu. Entah berapalah duitnya habis hanya untuk membeli pakaian untuk aku.

 

“I think I had enough clothes to last me for three months, just out of curiousity, you akan donate baju-baju ni pada siapa,” ujarku seraya memandang wajah Adam yang tersengih-sengih sendiri membaca sesuatu dari blackberrynya. Aku tidak segera menjawab soalan aku malah dia sibuk menaip sesuatu di blackberry. Aku mengeluh kecil kerana soalan ku tidak dilayan Adam.

 

“I don’t know belum pernah I donate baju yang I beli untuk seseorang, di derma kepada sesiapa, kerana istilah ‘beli’ itu maknanya memiliki,” jawabnya tiba-tiba seraya tersenyum sinis. Oh dengar juga soalan yang aku ajukan tadi ingatkan dia tak dengar kerana khayal dengan blackberrynya.

 

“Right, but you jolly well know that lepas 3 bulan I akan memulangkan semula barang-barang yang you belikan untuk I bukan,” ujarku mengingatkan Adam akan perjanjian kami bahawa pakaian dan barangan yang di belikan kepada aku akan ku pulangkan kembali kepadanya sehabis kontrak kami.

 

“Hmm maybe I berikan kepada Dian cause both of you wearing the same size, and moreover I don’t think I can donate DVF clothes to oprhanage bukan, I don’t think it is appropriate,” jawab Adam seraya mencapai pen dari manager butik tersebut, seperti yang aku katakan tadi, dia sedikit pun tidak menghiraukan akan harga jumlah baju tersebut, malah dengan selambanya dia menurunkan tandatangannya ke atas bil baju yang dibelinya dari butik DNV. Aku sempat menjeling ke arah total bill yang terdapat di slip tersebut. RM18,538.70. Hampir hendak pitam aku dibuatnya.
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment