Friday 26 April 2013

"How Can I Not Love U" - Part 5

2 minggu kemudian

Adam menyandarkan badannya sambil menatap computer di hadapan tangan kanannya menekan tertikus berkali-kali kearah daun terup. Hari ini, dia benar-benar tidak punya mood untuk bekerja. Temujanjinya dengan client mahupun para rakan kongsi, semua dia minta Dian batalkan. Sebabya dia malas. Sepanjang hari dia berada di dalam bilik pejabat hanya bermain dengan solitaire dan mengelunsuri internet. Adam mampu berbuat demikian kerana dia CEO syarikat. Dia tidak tahu mengapa dia merasa benar-benar bosan hari ini. Adakah kerana Zetty tidak ke pejabat hari ini? Tidak mungkin kerana Adam tidak pernah menyimpan perasaan apa-apa terhadap Zetty. Adam tidak pernah serious dengan mana-mana wanita yang selalu di ajak keluar untuk menemaninya beliau ketika berlibur. Dia merasa bosan kerana tiada excitement lain yang dia boleh lakukan. Adam seorang lelaki yang sukakan cabaran. Dia tidak suka menjalani rutin biasa dengan hanya bekerja dan mengumpul harta. Kerana Adam tidak perlu risau untuk mengumpul harta, kerna harta sepeninggalan datuknya sudah cukup untuk menampung 7 keturunannya. He’s billionaire. Malah dia pernah tersenarai sebagai top 5 billionaire dalam magazine Forbes. Hobby masa luangnya berlumba kereta. Bukan sahaja di litar malah dia pernah menyertai lumba haram semata-mata mahu mencari kepuasan hidup. Oleh kerna itu Adam tidak suka akan commitment. Jika dia kesunyian dan perlukan perempuan dalam hidupnya, mudah sahaja dia mendapatkan mereka. Dalam erti kata lain Adam tidak pernah kesunyian. Malah kebanyakkan wanita yang pernah berdampingan dengannya tidak mahu melepaskan Adam. Mereka mahu Adam menjadi teman lelaki mereka. Adam berhenti berlumba seketika sejak dia ditimpa kemalangan 4 bulan yang lalu. Doktor menasihatkannya berehat, agar kecederaan yang di hadapinya itu pulih sepenuhnya. Adam tersenyum sendiri. Dia benar-benar rindu akan kegiatan lasaknya. Gian hendak berlumba masih menebal di hatinya tapi apakan daya dia terpaksa mengikut nasihat doctor. Sekarang, dia terpaksa melupakan hobby lumbanya buat seketika, oleh kerana itu Adam seperti dahagakan kegiatan lain yang sama mencabar seperti sukan berlumba, some kind of game or challenge.

 
Adam menaip sesuatu di google. Man seeking for woman companion.

 
Adam merehatkan kedua-dua tangannya di belakang tengkuknya manakala kedua-dua kakinya di letakkan di atas meja sementara menunggu senarai hits dari google. Adam memandang kearah syiling berkhayal sendiri. Adam menjeling kearah screen. Total hits 15,000. Adam tersenyum. Dia menekan link pertama. Love Inc. Adam menekan browse butang galeri. Satu persatu bidodata wanita mencari lelaki di lihat. Adam menekan tertikus sambil lewa dia malas hendak membaca biodata wanita yang panjang berjela. Dia tidak punya masa. Selalunya dia akan menyuruh Dian untuk mengelunsuri web untuk mencari social escort mengikut criteria yang dia kehendaki. Beautiful, sexy and bold kerana Adam tidak punya masa untuk mengadap screen computer. Adam tidak suka online shopping. Apa yang dia lihat, dia suka, dia beli tanpa bertanya harganya terlebih dahulu. He always gets what’s he’s want. Begitu juga dengan wanita. Adam menekan butang next bila wanita yang dirasakan seperti citarasanya itu biodatanya terlalu panjang berjela. Jari Adam berhenti pada ad wanita yang biodatanya terlalu ringkas. Nama: Shah Era Mazuin, Umur: Akhir 20-an, Zodiak: Libra,  Tinggi: 170cm,        Berat: 52kg. Pasangan yang di cari : LELAKI YANG KACAK, MUDA DAN KAYA……INGIN DIJADIKAN KEKASIH SELAMA 3 BULAN SAHAJA…NO STRING ATTACHED. Adam tersenyum bila wanita itu berani menyatakan criteria yang dicari. Tapi mengapa untuk 3 bulan and no string attached? Adam mengerutkan dahinya tidak berapa faham akan maksud ad tersebut. Wanita itu hanya mahu lelaki itu menjadi kekasihnya hanya 3 bulan, itu sahaja and of course she’s wants rich man. Is this some kind of new gold diggers plot. But wait. How can gold diggers being too specific. Adam mengerutkan dahinya sekali lagi cuba memikirkan tujuan wanita itu berbuat demikian.

 
Pintu biliknya diketuk. Adam mengerutkan dahinya. Dia sudah pesan pada Dian bahawa dia tidak mahu bertemu sesiapa dan tidak mahu di ganggu. Dia mahu bersendirian.

 
“Come in,” jerit Adam.

 
Pintu biliknya terkuak kecil. Seketika kemudian muncul seorang lelaki yang amat di kenali.
 

“Hey bro, kau macam tahu aje aku tengah bosan,” ujar Adam tersenyum lalu bangkit dari kerusinya. Dia menghampiri jejaka itu lalu memeluknya. Orang yang dimaksudkan bro adalah teman karibnya sejak di campus dulu. Mereka bagaikan isi dengan kuku, wajah mereka pun hampir serupa. Raoul juga berdarah kacukan Sepanyol dan India. Perbezaanya Raoul kurus tinggi dan kulit sawo matang manakala Adam kulit cerah dan punya ciri-ciri ang moh. Raoul tersengih lalu duduk di atas sofa. Dia tahu Adam tidak pernah duduk diam. Ada sahaja yang hendak di cari.

 
“Apa project kali ini,” soal Adam tidak sabar-sabar ingin tahu. Dia tahu kedatangan Raoul pasti punya sebab kerana mereka berdua memang suka akan cabaran dan juga bertaruh siapa yang handal. Tapi akhir-akhir ini  mereka sibuk dan tidak punya masa untuk bertemu dengan rakan-rakan mereka.



Raoul mengeluarkan sebatang rokok lalu menghidupkan api.

 

“Sky diving,” ujar Raoul lalu menghembus asap rokok perlahan. Raoul memerhatikan bilik pejabat Adam yang kelihatan posh dan teratur. Mereka berdua punya segala-segalanya wang tidak pernah menjadi soal. Mereka berdua usahawan muda yang berjaya. Dan Raoul baru-baru ini mendapat gelaran Dato.

 

“I’m recuperating, not advisable,” jawab Adam ringkas. Nasihat doktor diambil berat. Sebab itu Adam rajin ke gym dan menjaga diet untuk memastikan dia sihat dan memiliki badan yang perfect.

 
“Apa kau surf,” soal Raoul tiba-tiba lalu bangkit dari sofa. Dia menuju kearah meja Adam dan duduk di kerusinya. Dia menyentuh tertikus agar screensaver gambar wanita-wanita seksi yang bertukar ganti itu hilang.

 
Raoul mengerutkan dahinya lalu tersenyum. Adam tidak pernah susah untuk mendapatkan wanita dalam hidupnya. Seperti dirinya mereka berdua punya rupa dan kedudukan jadi mendapatkan wanita adalah perkara senang.

 
“Kau benar-benar bosan Adam,” ujarnya sambil mengepit rokok di celah bibirnya. Tangan kanannya menekan salah satu link yang terdapat di list tersebut.

 
Love inc. Dia menekan butang galeri lalu terpampar puluhan gambar-gambar wanita yang mencari lelaki untuk di jadikan teman hidup. Adam melirik kea rah Raoul.

 

“Organise party, I heard you just move to Urbane Penthouse, invites all the happening people in the city,” cadang Raoul lalu mematikan puntung rokoknya di dalam ashtray yang tersedia di atas meja Adam. Bosan. Apa susah organize party. Meet sexy happening people.

 
“Not a bad idea,” jawab Adam dia mencapai gagang telefon untuk menekan intercom. Raoul duduk di sofanya lalu bermain-main dengan iphone. Bila Dian tidak menjawab dia meletak gagang telefon kembali.

 
“What are you smilling at,” ujar Adam bila dilihat Raoul tersenyum-senyum bermain dengan i-phonenya.

 
“Nicole is in town,”

 
“Nicole and the rest, perfect time, invites them to the party,” jawab Adam baru mengerti mengapa Raoul kelihatan gembira. Raoul sukakan Nicole supermodel jelita yang berambut blonde dari Manhattan. Malah sudah lama dia cuba memenangi hati Nicole. Nicole dan rakan-rakan modelnya selalu turun ke Kuala Lumpur untuk shopping. Dan Raoul lelaki yang selalu didampingi setiap kali mereka ke mari. Adam for fun, yes. But not commitment.    

 
“Amanda wants to see you, she really miss you,” ujar Raoul menyampaikan message dari Amanda temannya Nicole yang juga supermodel. Amanda tergila-gilakan Adam. Malah dia selalu mengatakan bahawa Adam the hottest and sexiest Pan-Asia male in the Planet. Women can’t seem to resist his ridiculous good looking face.

 
“Yeah she’s crazy about me,” jawab Adam sambil tersengih bila dia terpaksa menghadirkan diri ke runway yang di adakan di New York semata-mata untuk menemani Amanda kerana wanita itu tidak dapat berenggang dengannya. Adam terpaksa berada di US selama 2 minggu untuk bersama Amanda. But he’s not boyfriend material. Adam memberitahu Amanda bahawa hubungan mereka tidak akan pergi jauh kerana Adam tidak pernah menyintai Amanda. He loves women. He can’t commit to one woman only.

 
“Are you sure you want to invite Amanda,” soal Raoul kerana dia tahu Amanda gilakan Adam. Kalau Adam menjemput Amanda. Amanda akan mengekori Adam dan tidak akan berengang dengannya.

 
“Ah she’s big girl, she can handle it,” jawab Adam sambil lewa.

 
“Ok, since you insist, I will invite her, so when is the party,” ujar Raoul lalu menaip sesuatu di blackberrynya. Seperti disarankan Adam dia memberitahu Nicole mengundang Amanda ke majlisnya nanti.

 
Adam mengerutkan dahi, memikirkan hari yang sesuai. Dia menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan blackberry dia meneliti schedulenya untuk minggu ini.

 
“This weekend,” jawab Adam ringkas sambil tersenyum. 

 

“And that can be done, it’s already Thursday?,” soal Raoul kerana tidakkah ianya kesuntukan masa untuk organize party pada hujung minggu ini.

 
“Money talks remember,” ujar Adam. Dia mencapai kunci kereta dan blackberrynya. Since dia tidak punya appointment ataupun meeting. And he needs to get out from the office. He’s free to go out with Raoul.

 

“Ok,” ujar Raoul lalu bangkit dari sofa. Dia membuka pintu lalu berjalan keluar dari bilik Adam. Raoul melirik kea rah Dian yang sedang berbual di telefon.

 
“Hi Mr Raoul,” ujar Dian tersenyum simpul sebaik sahaja terpandang akan wajah tampan Raoul teman baik bossnya.

 
“Dian, how are you, you look amazing,” ujar Raoul lalu duduk di hujung meja Dian.

 
Tanpa memberitahu orang yang berada di talian terlebih dahulu. Dian meletak gagangnya ke tempat asal bila Raoul berbual dengannya.

 
Adam hanya menjeling kearah Raoul. Bila temannya itu mengusik Dian. Adam hanya tersenyum sambil mengelengkan kepalanya perlahan. Dian memang cantik dan sexy. Tapi dia tidak pernah terfikir untuk keluar dengan Dian. Dia tidak mahu things get complicated when he dates her. Lagipun ramai lagi wanita cantik di luar yang boleh dia ajak keluar. Dia sukakan kerja Dian. She’s efficient. Sebab itu dia tidak mahu kehilangan Dian. Biar Dian terus menjadi setiausaha peribadinya and he wants it to stick that way.

 
“Dian, please engage event organizers for party this weekend at my penthouse, erm use the same organizer that we use few months ago,” ujar Adam setelah menutup pintu biliknya.

 

Dian cepat-cepat menulis segala pesanan majikan di atas note padnya.

 
“Anything else sir?,” soal Dian.

 
“Invites all the directors and executives, tell them party as in party not a corporate thing,” ujar Adam sambil menjeling kearah Raoul yang lagi duduk mengadap Dian membuat kerja hinggakan Dian tidak senang duduk bila ditenung teman rapat Adam.

 
“I’m going out and won’t be coming back to the office,” pesan Adam. Dia mencuit bahu Raoul bila temannya itu masih belum berganjak.


“Bye sweetheart,” ujar Raoul lalu membuahkan senyum kepada Dian lalu berjalan mengekori Adam dari belakang.
 
To be continue..

 

No comments:

Post a Comment