Monday 26 May 2014

From Boss with Luv - Part 33



“Kau jangan main-main dengan aku Nasha.. betul kau tak bergurau dengan aku..,” ujar Raudah lalu memandang wajah Nasha. Dia tidak percaya dengan berita yang Nasha khabarkan kepadanya. Nasha sudah berkahwin? Bila??? Dengan siapa??? Jadi selama dia out-station 4 hari itu kerana dia balik cuti berkahwin.
 

Aku mengelengkan kepala perlahan. Aku sudah menjangka Raudah akan terperanjat bila ku mengatakan bahawa aku sudah berkahwin. Semuanya berlaku dengan pantas tidak sampai sebulan kerana Encik Faries mahu rancangannya dalam keadaan teratur sebelum kami berangkat ke NZ.
 

Idea ini semua berlaku kerana gurauau Encik Aliff tiba-tiba menjadi serious bila Encik Faries bersetuju dengan cadangannya. Dia benar-benar mahu aku menemaninya ke NZ dan aku pula bersetuju bernikah dengannya dalam keadaan ‘desperado’ kerana memerlukan wang untuk melunaskan hutang Rizal si penyapu. Aku sendiri tidak percaya bahawa aku benar-benar terdesak sehingga sanggup bernikah dengan lelaki yang tidak pernah cintakan aku dan aku pula tidak pernah cintakan dia. Sudah jodoh aku dengan Encik Faries.
 

“Mak dan abah kau paksa nikah dengan lelaki pilihan mereka?,” soal Raudah  ingin tahu, dia merasa kasihan dengan nasib Nasha. Lepas satu..satu ujian yang dia terima. Dahulu dia ditipu tunangnya dan dia terpaksa melangsaikan hutang bekas tunangnya itu sehingga sekarang. Dan kini pula, dia terpaksa berkahwin dengan lelaki pilihan mak dan abahnya.
 

“Tak aku yang rela sendiri,” jawabku perlahan. Mak dan abah tidak pernah memaksa aku untuk menerima Faries. Aku sendiri yang menerima lamaran Faries kerana aku benar-benar memerlukan bantuannya. Dan menurut Faries aku tidak berhutang apa-apa dengannya jika aku bersetuju bernikah dengannya.
 

“Rela?? Kau nikah dengan siapa Nasha?,” soal Raudah ingin tahu lelaki mana yang menjadi suami teman baiknya. Dia hanya berharap lelaki itu menjaga dan menghargai temannya dengan baik. Kerana Nasha seorang wanita yang baik.
 

“Faries Syamri,” jawabku perlahan.
 

“FARIES…?? Faries Syamri boss kau??,” tanya Raudah kerana dia tidak percaya dengan apa yang dia dengar.
 

Aku menganggukkan kepala perlahan.
 

“Betul..alhamdullilah syukur..,” jawab Raudah lalu memeluk teman baiknya erat. Dia tidak tahu kenapa dia begitu gembira bila mengetahui siapa suami Nasha. Hendak kata dia kenal pada Faries Syamri tidak. Tapi dia tidak tahu kenapa dia merasa lega bila Nasha berkata Faries itu adalah suaminya.
 

“Kau tak terperanjat??,” soalku kerana Raudah tidak kelihatan terperanjat malah gembira bila aku mengatakan Faries suamiku.
 

“Eh mestilah aku terperanjat kau bernikah dengan Faries pelakon popular tu..but actually aku macam dah dapat rasa, jodoh kau dengan Faries kuat,” jawab Raudah lalu tersenyum. Memang lah dia terperanjat kerana teman baiknya itu menjadi isteri kepada pelakon lelaki popular. Boleh tumpang glamor gitu. Dan dia sukakan Faries. Dia dapat merasakan Faries boleh membahagiakan Nasha.
 

“Huh??..kau ni jangan hendak ada-adakan cerita jodoh aku dengan dia kuat itu lah..inilah,” ujarku tersenyum bila Raudah beria-ia berkata begitu sejak dari dulu lagi. Dia selalu membandingkan Faries dengan mantan teman-teman lelaki aku yang dahulu. Dan aku selalu mematikan angannya mengatakan bahawa aku dengan Faries tidak akan sampai ke tahap yang dia angankan kerana aku sedar siapa diri aku. Namun Raudah tidak pernah endah malah seronok mengusik aku serasi dengan Encik Faries, aku tidak tahu kenapa Raudah suka berbuat demikian, mungkin dia dapat merasakan bahawa suatu hari aku akan bernikah dengan Faries.
 

 “Kau dengan Faries ada good chemistry..dan kelihatan serasi bersama, apa kata orang tu saling perlu memerlukan,” jawab Raudah.
 

“Ok..jangan teruja sangat fyi..dia bernikah dengan aku kerana dia tidak dapat hidup tanpa PAnya dan aku pula bernikah dengan dia kerana aku hendak melangsaikan hutang si Rizal..so our marriage is not based on love, and please keep it to yourself tentang aku dengan Faries..dia belum bersedia hendak announce to public,” jawabku lancar kerana tidak mahu Raudah over excited.
 

“Huh?? really that’s sad?? Kau berdua tak ada feelings??,” tanya Raudah.
 

Aku mengelengkan kepala perlahan.
 

“Ah siapa tahu cinta selepas bernikah akan berputik bila kau tinggal serumah dengannya nanti,” jawab Raudah lalu tersenyum. Yelah sekarang belum ada perasaan cinta dan suka sama suka. Siapa tahu bila sudah tinggal serumah pasti cinta akan bersemi.
 

“About that?,” ujarku lalu menelan air liur. Aku belum memberitahu Raudah aku terpaksa tinggal dengan Faries dan tidak dapat menyewa dengannya lagi.
 

“Kau nak kena pindah?,” soal Raudah bila Nasha kelihatan serba salah.
 

Aku menganggukkan kepala perlahan.
 

“Sampai hati kau eh..tinggalkan aku sendiri,” ujar Raudah dengan wajah sedih.
 

Aku menjadi serba salah bila Raudah menunjukkan wajah sedih. Ikutkan memang aku hendak tinggal dengan Raudah tapi Encik Faries tidak benarkan.
 

“Aku-..,”
 

“Eh kau ni dah kenapa..of course lah dah nikah kena tinggal dengan suami tak kan lah kau hendak tinggalkan suami kau dan tinggal dengan aku..kau ni Nasha..lurus bendul sangat,”
 

Aku menyengih bila menyedari kesilapanku. Apa nak buat aku ni kan ke Joker? Semua hati hendak aku jaga.
 
 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment