Thursday 15 May 2014

From Boss with Luv - Part 18



Aku duduk menompang dagu memandang kearah Encik Faries dengan Zarina sedang melakonkan salah satu scene untuk filem romantic komedi mereka yang terbaru. Memang waktu pertama kali ikut Encik Faries ke set aku merasa teruja hendak tengok sama lakonan dari para pelakon-pelakon yang memainkan watak-watak dalam drama atau filem tersebut. Tapi bila dah selalu ke set terasa boring lah pulak. Encik Aliff pula sibuk ke sana kemari kalau tak sembang di telefon, sembang dengan teman-teman produksinya sikit tak sembang dengan aku. Apa sembang dengan aku boring ke? Hissh kalau aku boleh bawak kawan dah lama aku ajak si Raudah. Dia tu suka benda-benda macam ni. Aku pula tidak berapa minat atau ingin tahu akan perkembangan dunia artis.
 

“Hi boring ke?,”
 

Aku menoleh kekanan kearah suara yang menegurku. Lelaki yang aku rasa seorang artis juga, kerana tadi aku nampak dia melakonkan satu babak bersama dengan Encik Faries. Mungkin supporting actor. Aku tidak tahu namanya. Kan ke aku dah cakap aku tidak begitu mengikuti perkembangan dunia artis.
 

“Boring plus mengantuk,” jawabku dengan wajah bersahaja.
 

Lelaki itu tersenyum bila wanita itu berkata demikian.
 

“Awak PA Faries kan?,” soalnya lalu duduk di atas kerusi kosong berhadapan dengan aku.
 

Aku menganggukkan kepala perlahan mengiyakan tekaannya.
 

“Saya Ehsan Iskandar,” ujarnya lalu menghulurkan tangan kepadaku.
 

“Nasha Nordin,” jawabku lalu menyambut tangannya.
 

“Ok? Bekerja dengan Faries? I dengar-dengar he is not easy to work with, he is fussy,” ujarnya lalu memandang kearah Faries dan Zarina.
 

Hai aku ingatkan perempuan sahaja yang suka bergosip lelaki pun suka juga. Kalau dia hendak korek rahsia tentang Encik Faries. Aku tidak akan mendedahkan kepadanya kerana Encik Faries boss aku. Aku harus protect his interest. In my care nobody can touch or insult my boss.
 

“Siapa kata, he’s nice person kalau ada pun cerewet sikit je..dia kan ke pelakon lelaki popular..biasalah tu kan, awak pun kalau suatu hari popular sepertinya mesti cerewet juga kan,” jawabku lalu tersenyum.
 

“Awak ni PA yang baik kan..saya suka cara awak bekerja dengan Faries, you betul-betul protect dan jaga keperluannya,” ujar Ehsan memuji pembantu Faries. Sepanjang hari di set, dia perhatikan PA Faries memang efficient. Segala keperluan Faries dia sediakan. Faries tidak perlu meminta dia sudah memberi dan menyediakan untuknya. Seolah-olah PA Faries dapat membaca apa yang di fikirkannya.
 

Aku tersenyum mendengar pujian Ehsan. Dia tak tahu ke aku buat ‘homework’ dan ‘study’ di rumah untuk memahami dan mengenali Encik Faries. Aku kena ingat semua perkara tentang Encik Faries. Apa yang dia suka apa yang dia tidak suka aku hendak kena tahu semuanya. Sehingga brand makanan dan jenama yang di gunakan semua aku catatkan di dalam handbook baru.
 

“Saya hanya menjalankan tugas,” jawabku tanpa mengulas panjang. Hehe serasa macam inspector polis lah pulak guna ayat skema macam tu.
 

Senyuman di bibirku tiba-tiba terhenti tatkala terpandang akan wajah seseorang yang lama tidak ku temu atau memang aku tidak mahu bertemu langsung kerana lelaki itu yang membuatkan hidupku huru hara dan terpaksa menanggung hutang kerana dia. Apa dia buat di sini? Aku cuba untuk menyembunyikan diri di bawah meja bertujuan agar dia tidak nampak aku berada di sini. He is the last person I want to see.
 

“Nasha kenapa ni?,” soal Ehsan bila pembantu Faries kelihatan kalut dan tidak tentu arah bila terpandang akan lelaki yang berada di hadapan mereka tadi. Lelaki yang berada di hadapan itu datang menuju kearah mereka.
 

“Nasha..apa you buat di sini?,” tegur Rizal bila bekas teman wanitanya Nasha berada di set di mana dia dikehendaki berlakon sebagai extra.
 

Fish head curry betul. Mamat tu nampak pulak. Cemuhku dalam hati.
 

“I tunggu my boyfriend habis shooting,” jawabku dengan wajah selamba. Boyfriend eh? Macamana ayat itu yang boleh terkeluar dari mulut aku ni? Cakaplah aku tengah tunggu boss aku habis shooting. Ini tidak boyfriend. Ah pasal lah..lagipun aku hendak si Rizal tu jealous. Dia ingat, aku tidak boleh cari lelaki lebih hebat dari dia. Tengok oranglah. Buatnya dia tanya mana satu boyfriend aku. Masak aku di buatnya nanti. Aduh!
 

Ehsan di sebelah mengerutkan keningnya lalu tersenyum bila pembantu Faries memberi jawapan sedemikian. Dia pasti lelaki yang tidak di kenali itu, kalau tidak teman pasti bekas teman lelakinya dahulu.
 

“Boyfriend you?? Siapa? semua actor yang terlibat dalam filem ini I kenal, which one is your boyfriend?,” soalnya sambil tersenyum sinis. Dia tahu Nasha berbohong dan Nasha sengaja berbuat begitu untuk membuatkannya rasa cemburu.
 

Padan muka aku. Aduh! Ah tak kan aku nak cakap Ehsan boyfriend aku. Aku baru kenal dia tadi. Bijak kau Nasha..memang bijak. Apa alasan lagi yang hendak kau beri sekarang.
 

“Nasha my Evian water?,” tegur Faries dari belakang Nasha.
 

“Ah Faries Syamri boyfriend I, you nak air..eh dear, sekejap eh..,” ujarku membuka penutup botol evian lalu menuang air itu kedalam gelas hingga separuh penuh dan menyerahkan gelas berisi air evian itu kepada Faries. Faries menyambut gelas yang di hulurkan. Aku tidak berani memandang ke arahnya. Aku tahu dia terperanjat bila aku mengaku mengatakan dia adalah teman lelakiku.
 

Tak cukup dengan itu..demi untuk meyakinkan bahawa Faries benar-benar teman lelaki aku. Dengan selamba kodok saja aku merangkul lengan Faries mesra. Faries di sebelah tidak berkata apa malah membiarkan sahaja Nasha memeluk lengannya. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena. Namun dia layankan sahaja.
 

Ehsan di sebelah cuba menahan diri untuk tidak tersenyum bila pembantu Faries berani berbuat demikian. Dia menoleh kearah Rizal. Lelaki itu kelihatan terperanjat bila mengetahui Faries adalah teman lelaki Nasha. Dia sendiri tidak percaya dengan apa yang di lihat.
 

Aku tidak kisah apa yang akan berlaku nanti. Mungkin Encik Faries akan pekik kat aku atau pecat aku kerana sewenang-wenangnya mengaku dia tu boyfriend aku. Aku dah terdesak. Ini kes darurat. Yang lain belakang cerita. Yang penting aku dapat buatkan Rizal tahu bahawa aku dapat lelaki lebih hebat darinya.
 

“Faries..teman lelaki Nasha,” ujar Faries dengan wajah selamba lalu menghulurkan tangannya kepada lelaki di hadapannya. Dah alang-alang apa salahnya dia berlakon sama.
 

Aku menjadi tidak keruan bila Faries berkata demikian. Mati aku. Iskk Encik Faries tak yah berlakon dan buat dialog. Diam dan senyum aje sudah memadai. Aku tahu mamat tu mesti blah punya bila tahu Faries itu teman lelaki aku. Malu sebab Faries lebih hebat dari dia yang hanya model sambilan dan pelakon extra.
 

Lagipun aku tak hendak si Mamat tu nanti heboh pada wartawan, tersebarnya gossip liar mengatakan bahawa Faries punya kekasih iaitu PAnya sendiri. Dah nak kena buat ‘damage control’. Walaupun aku tidak berapa tahu tentang dunia artis, tapi aku terpaksa ambil tahu juga sebab majikan aku celebrity. And the last thing I want to do ialah membuatkan Encik Faries dan Encik Aliff kecewa dengan aku. Tak pasal-pasal aku pula di maki Encik Aliff nanti.
 

 “Siapa yang tak kenal you Faries?, you are the best actor,” jawab Rizal merasa segan berdepan dengan pelakon lelaki popular itu. Faries adalah idolanya. Rizal menyambut huluran tangan Faries.
 

Aku tersenyum mengejek. Padan muka rasakan. Tercengang dia bila Faries memperkenalkan diri sebagai teman lelaki aku.
 

Apa dia ingat aku frust menonggeng bila dia tinggalkan aku. Tak adanya. Cuma aku sakit hati sangat sebab aku terpaksa menanggung beban untuk membayar hutangnya kerana aku pemegang kad principle dan aku di kehendaki membayarnya bila Rizal tidak mahu bertanggungjawab.
 

“I’ve to go..assisstant director dah panggil,” ujar Rizal serba tak kena. Jadi benarlah Faries itu kekasih Nasha.
 

“Ok..good luck bila berlakon tu,” ujarku lalu melambai kepada Rizal. Over lah pulak aku ni. Sebaik sahaja Rizal hilang dari pandangan. Aku cepat-cepat melepaskan tangan dari terus memeluk lengan Encik Faries.
 

“Ampun Encik Faries, kes darurat tadi, by the way terima kasih many-many,” ujarku lalu mengebas lengan kemejanya takut renyuk lah pulak. Encik Faries ni perfectionist. Aku menghulur botol hand sanitizer lalu menuang sedikit ke tangannya. Faries meratakan hand sanitizer di tangannya. Faries kelihatan bersahaja.
 

“Interesting...kalau assistant director need extras, I recommend you pada dia nanti,” jawab Faries lalu menuju kearah kerusinya.
 

Aku tersengih tak ubah seperti kerang busuk..tahu Encik Faries menyindir aku tadi. Tapi tak pe..asalkan aku sudah dapat sakitkan hati mamat tu..Fuhh aku mengeluh lega kerana Encik Faries tidak marahkan aku. Maknanya aku selamat.
 

Ehsan hanya mampu tersenyum melihat kelakuan selamba Nasha dengan bossnya. Faries dan Nasha punya chemistry. Walaupun Faries cerewet dan unpredictable. Nasha masih boleh bertahan dengan Faries. Dan Faries kelihatan selesa dengan PAnya Nasha.
 

“You are right..Faries is nice person, by the way..siapa lelaki tu?,” soal Ehsan ingin tahu. Dia ingin mengenali Nasha dengan lebih dekat lagi. Nasha is interesting woman. Lucu, cantik dan sweet.
 

“Rizal???..he’s bad news,” jawabku lalu tersenyum aku rasa jawapan yang aku berikan kepadanya sudah memadai.
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 
 
 

1 comment: