Tuesday 14 May 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 7


             Jantung Anisha berdegup kencang bila Puan Adila ada menyatakan bahawa abg Long akan menemuinya sebentar lagi. Anisha sengaja tidak mahu ke bilik Puan Adila. Dia mahu duduk di taman sementara menunggu jejaka yang berjaya memikat hatinya. Faezah disuruh menjadi penemannya sementara menanti abg long tiba. Di sebelah tempat dia duduk terdapat sebuah kotak berisi pasu yang sudah Anisha siapkan khas untuk Affendy. Dia tidak tahu apa yang harus di bualkan sekiranya Affendy ada bersamanya. Dia malu kerana inilah kali pertama dia berbual dengan lelaki yang bakal menjadi suaminya suatu hari nanti. Walaupun dia tidak pernah melihat wajah abg long dia tidak dapat menipu hatinya bahawa dia benar-benar cinta akan lelaki itu dengan hanya mendengar suara dan peribadi abg long yang sopan.

 

            “Fiza, kak Nisa nak tanya macamana rupa abang long,” soal Anisha ingin tahu.

 

            “Kak Nisa nak tahu ke,” soal Fiza mengusik seraya tersenyum.

 

            Anisha tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya perlahan.

 

            “Hmm abang long tampan orangnya kak, tinggi, berkulit sawo matang, hidung mancung dan wajahnya iras-iras seperti Keanu Reeves,” ujar Fiza cuba membayangkan bagaimana rupa abg long. Siapa yang tidak terpikat bila terpandang wajah abg long. Orangnya segak tampan dan bergaya. Dari penampilannya Faezah dapat mengagak abg long anak orang berada.

 

            “Macam Keanu Reeves, Fiza macam kak nisa tahu macamana rupa Keanu Reeves,” jawab Nisa seraya tersenyum. Dia tidak mementingkan rupa. Yang penting abg Long seorang yang penyayang dan bertanggungjawab. Dari tutur katanya Anisha tahu bahawa dia seorang lelaki yang penyayang.

 

            “Opps sorry,” ujar Fiza seraya mengekek kecil bila menyedari kesilapannya. 

 

            “Tapi kan kalau kak Nisa tak berkenan jangan lupa recommendkan Fiza pada abg long okay,” usik Fiza lagi.

 

            “Mana boleh, kak Nisa tetap memilih abg long tak kiralah macamana rupanya macam Keanu Reeves atau sesiapa, kak Nisa hanya mahukan seseorang yang beriman dan dapat memberi sepenuh kasih sayang pada kak Nisa,” ujar Nisa.

 

            “Wah, romantiknya kak Nisa ni ye, tak sangka beruntunglah abg long kerana dapat seorang isteri yang baik macam kak Nisa ni,”
 
 

            Anisha hanya tersenyum mendengar komen Faezah. Tanpa mereka sedari Affendy berdiri tidak jauh dari mereka. Secara tidak sengaja Affendy terdengar akan perbualan diantara Nisa dan Faezah. Dia tersenyum bila Nisa berkata demikian.

 

            “Faezah, agaknya apa yang membuatkan abg long tertarik pada kak Nisa,”

 

            “Senyuman manisnya,” ujar seseorang.

 

            Faezah dan Anisha tersentak. Faezah menoleh kebelakang dia menutup mulutnya dengan telapak tangan bila melihat Affendy berdiri betul-betul di belakang kerusi dimana mereka duduk. Affendy membuah senyum. Anisha tidak keruan mukanya merona merah menahan malu. Dia kenal itu suara abg long.

 

            “Itu saja ke abg long, senyuman Faezah pun manis juga, kenapa abg long tak pilih Faezah,” usik Faezah tersipu-sipu.

 

            “Kenapa abg long tak pilih Faezah, hmm kerana Faezah ada Fikri,” jawab abg Long cukup membuatkan Faezah terperanjat katak.

 

            “Macamana abg long tahu,” soal Faezah.

 

            “Abg long kan ke selalu kemari dan solat kat surau disini tentulah abg long kenal siapa Fikri, dan Fikri yang beritahu abg long tentang Fiza,” terang Abg Long seraya duduk di kerusi berhadapan dengan mereka. Matanya melirik kea rah Anisha yang hanya tersenyum mendengarnya. Gadis itu tetap kelihatan Ayu.

 

            “Ahh..Fikri,”ujar Faezah seraya mengetap bibirnya. Geram kerana secara terang-terangan memberitahu abg long tentang dirinya.

 

            Anisha dan Affendy ketawa serentak.

 

            “Assalamualaikum, sudah lama menunggu,” ujar Affendy ditujukan kepada Anisha.

 

            “Waalaikumsalam, tidak lama,” jawab Anisha tersenyum malu.

 

            “Sebelum Nisa terlupa, Nisa ada hadiah untuk mama abang,” ujar Anisha seraya meraba sebelah kanannya dimana pasu buatannya itu di simpan di dalam kotak.

 

            “Terima kasih, abang tak ada apa nak beri kepada Anisha,” Fendy mengambil kotak yang berada di sebelah tempat duduk Anisha.

 

            Fendy terasa segan sendiri kerana tidak membawa buah tangan apa-apa untuk Anisha.

 

            “Tak apa bang, pemberian Nisa tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan  abg,” jawab Nisa tersenyum lagi.

 

            Mereka berdua mendiamkan diri seolah-olah memikirkan soalan yang seterusnya. Kekok rasanya bila perbualan mereka di dengar oleh Faezah.

 

            Fiza seakan mengerti mereka perlukan privacy untuk berbual. Fiza menuju kea rah kerusi yang tidak jauh dari mereka untuk menemani Anisha. Anisha sudah berpesan jangan tinggalkannya. Nasib baik dia bawa buku untuk mengisi masa terluang. Tidaklah dia merasa bosan.

 

            “Terima kasih kerana Anisha sudi memberi ruang di hati Nisa untuk abg,” ujar Affendy.

 

            “Kenapa abg cakap macam tu, Nisa yang sepatutnya berterima kasih kepada abg kerana sudi menjadikan Nisa sebagai suri dalam hidup abg, Nisa tidak ada sesiapa di dunia ini selain kak Adila dan para penghuni Darul Ehsan, merekalah keluarga Nisa selama ini,” ujar Anisha menahan sebak. Benar dia tidak punya sesiapa di dunia ini melainkan mereka. Dia bersyukur kerana ada juga lelaki yang sudi memperisterikan dirinya yang serba kekurangan dan dia bersyukur orang itu adalah abg long.

 

            Affendy hanya mendengar keluhan Anisha dengan perasaan simpati, Fendy juga pernah suatu ketika menjadi penghuni di salah sebuah rumah kebajikan anak yatim. Dia beruntung kerana Puan Hasnah dan suaminya Encik Kamarul mengambilnya sebagai anak angkat ketika dia berusia 9 tahun. Ketika itu Puan Hasnah memang sudah mempunyai seorang anak lelaki yang berusia 5 tahun.

 

            “Insha allah, Abg berjanji tidak akan mensia-siakan hidup Nisa selagi nyawa di kandung badan,” janji fendy kepada Anisha. Dia teramat sayangkan Nisa dan berdoa agar jodohnya dengan Anisha akan di perkenankan allah. Amin.
 
 
To be continue...

 

 

 

No comments:

Post a Comment