Sunday 5 May 2013

"How Can I Not Love U" - Part 16


“Hissh susah hendak jaga you berdua,” ujarnya seraya menghidupkan rokok. Kami berdua berpandangan sesama sendiri. Adam Matin Salvatore stress keluar clubbing dengan kami. Itu baru kami. Kalau satu hari nanti dia punya anak perempuan macamana agaknya stressnya. Kami berdua tersengih sendiri membayangkan Adam menarik anak perempuannya keluar dari pusat hiburan.

 

“Kata tadi boleh handle,” sindirku sengaja hendak mencari pasal.

 

“Other girls I can handle but not you two,” ujarnya seraya meninggalkan kami lalu menuju kearah kereta BMW yang setia menanti kami. Adam membuka pintu belakang untuk kami. Nadia memasuki perut kereta di ekori aku. Manakala Adam mengambil keputusan untuk duduk di hadapan bersama Harris.

 

“Era kau jangan bagi aku heart attack lagi,” bisik Nadia ke telinga ku agar Adam tidak terdengar akan perbualan kami.

 

“I’m sorry, aku tak apa-apalah cuma pitam pasal perut kosong,” jawabku perlahan. Rasa bersalah mula bersarang di hatiku. Aku sudah menyusahkan Nadia. Kalau setakat menyusahkan si Vampire tu aku tidak berapa kisah sangat kerana dia tidak tahu akan keadaan aku yang sebenar.

 

“Balik nanti kita panaskan frozen pizza dari dalam freezer dan mengumpat pasal si Vampire tu hendak,” cadang Nadia seraya tersenyum nakal. Aku turut tersenyum. Mengumpat mengenai vampire tu memang aku suka. Bukan itu sahaja berbelanja mengunakan duit dia pun sudah menjadi hobby aku sekarang. Hehe. Dan si Vampire itu tidak pernah bertanya apa yang aku buat dengan credit cardnya. Seronok bukan.

 

“Kau tahu siapa yang angkat kau masa pengsan tadi,” bisik Nadia lagi.

 

“Harris kan, tadi bukan ke aku menari dengan dia,” jawabku acuh tak acuh. Mataku pejamkan. Terasa mengantuk pulak. Apa tidaknya sudah dekat pukul 2.30 pagi. Entah pukul berapalah agaknya Zouk tutup, kerana masa kami keluar tadi masih ada ramai orang lagi yang hendak masuk.

 

“Adam,” bisik Nadia perlahan.

 

“What?? serious...?,” ujarku kuat. Cukup membuatkan Harris dan Adam menoleh kearah kami kerana terperanjat bila tiba-tiba aku menjerit.

 

“What’s wrong?” soal Adam memandang kearah kami berdua. Matanya kelihatan merah. Mungkin dia terlelap tadi dan terbangun bila tiba-tiba terdengar akan jeritan aku. Hehe. Kesian dia. Orang macam dia reti ke tidur awal.

 

“Nothing, I mengigau,” jawabku dengan wajah selamba. Wajah tidak bersalah.

 

“Silly woman,” ujarnya seraya memandang ke hadapan.

 

Berdesing telinga aku di buatnya. Kurang ajar. Sesuka hati pakcik dia saja kutuk aku. Hissh nasib baiklah kau tu besar tinggi lagi kacak. Kalau tidak sudah ku cabut kepala kau macam sotong. Geram betul. Bertenang Era, bertenang. Tidak ada gunakannya makan hati dengan Vampire tu. Dah sememangnya perangai dia macam tu.

 

“Macamana pula si hantu tu yang angkat, kan ke dia sibuk beromen dengan perempuan gedik dua ekor tu,” bisikku perlahan.

 

Nadia mengekek kecil bila aku berkata demikian. Lucu barangkali bila aku menyamakan Adam dengan Vampire dan hantu.

 

“Not really dia cuma buat begitu bila kau ada tadi, tapi bila kau pergi ke dance floor menari dengan Harris dan tidak ingatkan dia, dia suruh perempuan berdua tu pergi,” terang Nadia berhati-hati takut Adam terdengar akan perbualan kami walaupun aku sedar dia sudah pun terlena kerana perasan kepalanya tersenguk-senguk sedari tadi. Penat sangatlah tu agaknya.

 

“Really, habis dia buat apa lepas perempuan tu pergi, minum atau menari dengan perempuan lain,” soalku ingin tahu. Maklumlah orang yang di umpat ialah Adam. Aku tidak pernah tahu dan kenal akan perangai sebenar Adam. Yang ditunjukkan pada malam ini berbeza dengan hari-hari sebelumnya. Sebab itu aku confused. Mana satu perangai dia yang sebenar. Atau dia ni mempunyai split personality barangkali. Ada good and bad. Adam and Matin. Mungkin malam ini Matin yang menemani kami dan bukan Adam. Kerana semasa dia memperkenalkan dirinya kepada kedua wanita itu tadi, dia  mengunakan nama “Matin” dan bukan Adam.

 

“He’s not drinking today, dia hanya pesan coke saja tadi,” ujar Nadia lagi.

 

“Oh really, I’m surprised, patutlah dia alert sahaja malam ni, so macamana pulak dia boleh rescue aku tadi,” soalku tiba-tiba berasa senang. Tidak menyangka bahawa Vampire tu care juga terhadap diriku. Berbunga hati aku sekejap. Al maklumlah playboy tersohor tu mengambil berat terhadap diri aku. Hehe..bukannya mudah hendak membuatkan orang care pada kita lainlah orang tu menyimpan hati pada diri kita. Adam ada hati dengan aku ke? Impossible. Kalau dia suka, perangainya tidak arse seperti itu. Adam pasti akan melayanku seperti lady, ini tidak. Ala mungkin saja dia berbuat demikian hanya hendak menunjukkan kepada orang lain bahawa dia seorang ladies man. Macamlah aku tidak tahu akan taktik orang-orang serupa dia. Hanya hendak menjaga reputation.

 

“Ntah maybe dia perasan kau tak sihat tadi, so sebelum kau rebah dia sambut dulu, Harris pun tak sepantas Adam, dia juga yang susah payah suruh waitress ambil tuala kecil lembab untuk sedarkan kau,” terang Nadia panjang lebar.

 

“I see, so he’s my saviour lah, ingatkan aku belikan dia hadiah masa last day aku dengan dia nanti,” jawabku acuh tak acuh tidak mahu ambil pusing akan heroic action dari Adam kerana aku tidak mengharapkan dia berbuat demikian pun. Normal lah orang pengsan pasti ada orang yang membantu bukan? Kalau tidak Adam, aku percaya pasti ada orang lain yang datang membantu. Adam secara kebetulan dapat merasakan aku kurang sihat tadi, kalau tidak aku rasa Harris yang menjadi penyelamat aku.




To be continue...

No comments:

Post a Comment