Sunday 5 May 2013

"How Can I Not Love U" - Part 12


Adam menekan butang loceng bertalu-talu. Dia berdiri mengadap pintu, tangan kanannya memegang birai pintu berwarna putih. Hari ini dia sudah berjanji akan membawa Era pergi ke clubbing, saranan Era juga. Dia tidak membantah kerana dia memang suka pergi berhibur. Malam ini dia hanya mengenakan casual shirt lengan panjang berwarna dark maroon dari Hugo Boss dipadankan dengan jeans dari Armani Exchange. Adam bijak memilih pakaian yang sesuai dengan keadaan. Apa sahaja yang dia pakai memang tampak menarik kerana dia memiliki rupa paras yang kacak dan memiliki tubuh badan yang sasa dan menarik bagi seorang lelaki.

 

“Oh hi handsome,” tegur Nadia di muka pintu bila terpandang akan wajah kacak milik Adam Matin Salvatore.

 

Adam mengerutkan dahinya terperanjat bila Nadia yang menyambutnya di muka pintu dan bukannya Era.

 

“You tinggal sini,” soalnya seraya tersenyum dan tanpa di pelawa masuk terlebih dahulu dia terus meloloskan dirinya ke dalam rumah dan duduk di atas sofa chesterfield berwarna putih yang tersedia di ruang tamu. Nadia tidak menegah kerana rumah ini milik Adam.

 

“Era suruh I temankan dia sepanjang dia tinggal sini, dia tidak biasa tinggal seorang, kenapa you tak benarkan ke,” jawab Nadia seraya menuju kearah dapur. Dia membuka peti ais lalu mengeluarkan jug berisi lemonade dan mencapai 2 gelas dari rak-rak lalu menuju ke arah ruang tamu di mana Adam sedang duduk menunggu.

 

“Not at all, jadi Era tidaklah boring tinggal seorang diri di sini, lagipun these few days I’m quite busy with work, I will try to make myself available next week to spend time with her,” ujarnya lalu tersenyum. Dia sepatutnya sudah berjaya menawan hati Era dalam masa 3 hari. Itu mengikut kiraan hari biasa di mana dia beria-beria mahu memikat wanita itu. Tapi memandangkan dia punya banyak masa untuk buatkan Era jatuh cinta dengannya jadi dia tidak mahu terburu-buru.

 

“Hmm baguslah, jadi boleh you ajak kita pergi holiday kan,” ujar Nadia cuba melihat reaksi Adam. Terperanjatkah dia bila dia dikehendaki membiayai percutian Era.

 

“Actually not a bad idea, I dah lama tak pergi holiday, so Era hendak pergi mana,” soalnya dengan wajah selamba lalu meneguk jus lemonade yang disediakan Nadia.

 

Nadia mengeluh kecil bila Adam bersetuju. Sebenarnya dia berbuat demikian agar Adam melanggar janji dan terpaksa membayar Era RM30,000 ringgit. Tapi jejaka itu tidak pernah memprotes. Segala permintaan Era di kotakannya. Apa motif Adam sebenarnya. Dia sanggup melayan dan menghabiskan wangnya untuk Era. Tidak mungkin Adam sebaik itu. Nadia yakin Adam ada motif yang tersendiri.

 

“Kelilingi Europe, dia tidak pernah pergi, jadi dia ingin ke sana,” jawab Nadia seraya tersenyum sinis. Mana mungkin Adam sanggup membawa kami ke Europe dan meninggalkan kerjanya selama 3 minggu.

 

“Europe, hmm ok, I’ll get back to you one of these day, need to check my schedule, lagipun kita ada lebih kurang 2 setengah bulan untuk di habiskan masa bersama,” jawabnya tersenyum lalu meneguk sisa lemonade sehingga habis. Dia memandang kearah Nadia yang sedang duduk dihadapannya. Nadia mengenakan tank top baldu berwarna hitam. Dia kelihatan cantik dan seksi malam itu. Kalau tidak mengenangkan dia terikat dalam kontrak, hendak saja dia memikat wanita itu. Bukan untuk di jadikan kekasih tapi untuk di jadikan teman clubbing. Setakat ini dia belum pernah serius dengan mana-mana wanita kerana Adam tidak mahu merasa terikat. Dia bebas untuk keluar dengan mana-mana wanita. Perkataan cinta tidak pernah wujud di dalam kamus hidupnya. Kenapa mesti setia pada yang satu jika dia boleh memiliki ramai wanita. Itu pegangan hidup Adam sekarang. Enjoy while it last. Jadi wanita yang di dampingnya hanya teman sementara, waimah secantik mana pun dia tidak akan jatuh cinta pada mereka walaupun dia tahu ramai wanita yang pernah dikenali menagih cinta darinya.

 

“Care to be my partner tonight,” soal Adam seraya tersenyum mengoda.

 

“Hmm tempting but I don’t want you to break my heart,” jawab Nadia membalas senyumannya. Bukan dia tak tahu Adam playboy teragung. Dia belum bersedia untuk merana untuk lelaki macam Adam. Dia lebih rela berkasih dengan Hasrul rakan sekerjanya yang tidak kurang tampan, workaholic, dan juga seorang peguam, walaupun Hasrul itu tidak lah sehebat kasanova di hadapannya. Hasrul harmless manakala Adam “Vampire” entah berapa ramailah wanita yang merana kerananya.

 

“Sorry to keep both of you waiting,” ujarku sebaik sahaja keluar dari master bedroom. Berjam aku di dalam bilik untuk bersiap-siap, gara-gara hendak keluar pergi clubbing. Excited. Beberapa helai baju yang aku cuba yang ku rasakan sesuai untuk dipakai ke pusat hiburan. Akhirnya aku memilih baju off white boat neck ala Cleopatra dari Stella McCartney yang bertali pinggang emas. Hehe. Sesekali hendak seksi apa salahnya. Aku padankan dengan legging dari Valentino berwarna hitam bersama knee boots suede dari Prada (ini Adam beli pasal kasut tak boleh sewa). Kalau sesiapa hendak berkelakuan sumbang dengan aku senang aje aku tendang dengan boots Prada aku. Mahu demam orang yang kena tendang itu di buatnya nanti.

 

Hah terpegun jantan playboy tu sekejap bila tengok aku melawa sakan malam ni. Apa dia ingat aku ni obit ke? See the leg lah dulu. Hehe rasa macam supermodel lah pulak kan. Yelah belum pernah umur aku memakai baju cantik dan mahal semacam ini. Setakat tengok kat majalah adalah. Sebab itu aku ambil kesempatan memakai baju yang dibeli Adam. Ke semua baju yang di beli Adam aku pakai dengan cermat kerana aku tahu harganya baju-baju itu bukannya murah. Lagipun aku ingin cadangkan Adam dari dia memberi kesemua baju itu kepada setiausahanya. Ada lebih baik sekiranya dia menjual baju itu dan duit dari hasil baju tersebut di sedekah kepada anak Yatim. Tak tahulah samada saranan aku itu akan di terima Adam, tapi tidak salah kalau aku mencuba kan. Aku berdiri di hadapan cermin di hall bagi memastikan make-up aku tidak comot dan rambutku didandan rapi. Vain juga aku ni yek, belek punya belek hingga tidak sedar bahawa si kasanova teragung itu berdiri di sebelahku. Aku cuma perasan bila terhidu cologne after shave kegemarannya dan juga menjadi kegemaran aku. Masih belum ada kesempatan untuk bertanya brand cologne yang dipakai. Sedap sungguh baunya.

 

“You look lovely tonight,” ujarnya perlahan seraya menyandarkan badannya di dinding lalu memandang wajahku. Cantik juga Era bila sudah berdandan. Pandai juga dia bergaya.

 

“Thanks,” jawabku ringkas menjeling ke arahnya sekilas. Alah pujian dari kasanova bukan boleh di percaya. Aku tidak akan makan dengan pujian dari orang yang bernama Adam. Adalah sebabnya mengapa dia memuji itu. Aku tidak merasa janggal bila Adam terus menerus memandang wajahku. Pandanglah seberapa lama dia hendak. Dia berhak memandang tapi tidak berhak menyentuh. See no touch.

 

“You sorang aje, boleh ke handle 2 wanita jelita macam kami,” ujarku seraya tersenyum sinis.

 

“You kanan, Nadia kiri,” jawabnya ringkas seraya tersenyum gatal.

 

“Dasar lelaki tak pernah puas dengan satu,” cemuhku sambil membetulkan anak rambutku. Aku tidak pernah beralas bila bercakap dengan Adam sekarang. Lantaklah kalau dia hendak kata apa.

 

“Tahu tak apa,” jawabnya tersenyum lagi sengaja hendak menyakitkan hati Era. Dia tahu Era suka melawan dengannya. Belum pernah wanita yang pernah didampinginya berani melawan cakapnya. Mereka akur dan tidak berani melawan kerana takut Adam akan tinggalkan mereka. Tapi dengan Era tidak. Dia merasakan kelakian tercabar bila bersama Era. Era tidak seperti wanita yang selalu di dampinginya Era keras kepala, kalau dia tidak suka dia akan cakap terus terang.

 

 “I’m serius ok,” jawabku malas hendak melayan lorat Adam. Dia ingat aku boleh termakan dengan ushanya.

 

“I’m with Harris,” jawab Adam mengalah. Tiada gunanya dia bertekak dengan Era kerana Era tidak pernah mengalah bila setiap kali mereka tidak sefahaman.

 

“Siapa Harris,” soalku ringkas seraya menoleh kearahnya.

 

“My body guard cum personal driver,” jawabnya tersenyum lagi.

 

“Handsome tak?,” soalku sengaja hendak menyakitkan hatinya. Lagipun aku tidak mahu menjadi partner Adam malam ini. Cukuplah bersama dengannya selama 2 minggu. Boleh kena darah tinggi. Ego semacam. Kalau boleh sekel kepala dia dah ku sekel. Pak kal aje dia ni orang kaya. Aku bukan apa takut nanti di saman pulak aku nanti bila aku sekel kepala dia. Maklumlah orang kaya. Semua boleh di beli.

 

Adam menjeling bila aku bertanya soalan demikian.

 

“Tak sehebat I,” jawabnya dengan wajah selamba seraya menuju kea rah Nadia yang sedang menanti mereka di muka pintu. Adam menghulur lengannya kepada Nadia. Nadia menoleh ke arahku bila Adam berbuat demikian. Hairan kerana Adam tidak mengajak Era malah mengajak dirinya menjadi temannya. Aku hanya menganggukkan kepala perlahan menyuruh Nadia menjadi pasangan Adam malam ini. Hendak tak hendak terpaksa juga Nadia melayan karenah Adam kerana aku tidak mahu menjadi pasangannya malam ini. Aku hendak jadi single lady malam ni macam lagu Beyonce. Hehe.
 
To be continue..

No comments:

Post a Comment