Sunday 5 May 2013

"How Can I Not Love U" - Part 15


Aku tersedar kembali bila kedengaran suara samar-samar seorang lelaki memanggil namaku. Pipiku di tepuk perlahan berkali-kali. Aku cuba membuka mataku perlahan. Wajah pertama yang aku lihat adalah Adam Matin Salvatore kerana lelaki itu berada di depan mataku. Diakah yang memanggil namaku tadi. Aku menoleh ke kanan Nadia kelihatan pucat melihat keadaanku. Kesian Nadia selalu sangat aku buatkan dia risau.

 

“Are you ok,” soal Adam bila di lihatnya Era sudah mula sedar.

 

Aku mengangguk perlahan. Tidak tahu kenapa aku boleh jatuh pengsan. Belum pernah aku pitam sebelum ini. Apa sebabnya. Mungkinkah kerana aku tidak menjamah sebarang makanan sebelum keluar rumah tadi  maka aku pengsan.

 

“Kita balik sajalah Era, you are not well,” ujar Nadia dengan wajah risau. Ikutkan hati hendak sahaja dia memanggil ambulance untuk membawa Era ke hospital sebaik sahaja dia pengsan khuatir akan penyakitnya datang menyerang.

 

“Aku tak apa-apalah Nad, aku pitam sebab aku tak makan tadi,” ujarku seraya bangun perlahan dari atas sofa dimana aku di baringkan tadi. Aku duduk bersandar di sofa cuba menstabilkan diriku agar aku tidak mabuk lagi. Nadia menyerahkan aku air putih untuk aku minum. Aku mencapai gelas dari tangan Nadia lalu meneguk air putih itu perlahan. Adam duduk memerhatikan aku. Aku menyerahkan gelas yang kosong itu kepada Harris yang kebetulan berada di hadapanku.

 

“You didn’t eat dinner tadi,” celah Adam serius seraya memandang wajahku. Gerun juga aku di buatnya bila si Vampire itu menunjukkan wajah serius macam hendak makan orang.

 

Aku mengelengkan perlahan tanpa memandang ke arahnya. Takut. Manalah tahu tetiba-tiba taring keluar. Dia kan ke Vampire.

 

 “You nak makan apa, I suruh Harris belikan,” ujarnya lembut tapi nada suaranya masih serius. Baik lah pulak si Vampire ni. Dia risaukan aku ke? Tadi bukan main loratnya dia bersama-sama perempuan-perempuan berdua tu. Tidak sedikitpun memikirkan perasaan aku. Aku jealous tahu tak? Jeritku dalam hati. Mana mungkin aku hendak mengaku di depannya bahawa aku sebenarnya jealous bila dia berbuat begitu pada perempuan-perempuan itu. Faham-faham sendirilah. Tak umpama aku langsung. Dia kan ke kekasih aku, walaupun kekasih selama 3 bulan sahaja. Cuba kalau aku pula yang buat begitu pada dia. Boleh dia terima? Entahlah. Kemungkinan besar Adam akan buat tidak tahu sahaja bila aku bersama lelaki lain, si Vampire tu bukan boleh di harap. Dia bukannya ada perasaan dan hati perut. Cemuhku dalam hati.

 

“I’m ok tak payah susah-susah,” jawabku dengan wajah selamba. Merajuk lah pulak. Aku masih sakit hati akan perbuataannya tadi. Aku mencapai pepsi lemon twist yang ku pesan tadi lalu meneguknya sehingga habis. Nasib baik perempuan-perempuan itu tidak lagi berada di sini dah berambus, kalau tidak aku heret Harris ke dance floor lagi dan kali ini aku akan perform seksi dance hinggakan Adam sendiri pun tidak sanggup hendak melihatnya. Hehehe..acah aje. Kau orang ingat aku berani. Itupun aku merasa segan hendak berbuat demikian kerana tidak tahu samada Harris itu suaminya atau tunangan. Dan aku tidak mahu menyakitkan hati kaum ku. Lainlah kalau si Vampire tu. Dia terang-terangan bukan suami orang atau tunangan orang. Dia tu Dracula tak cukup dengan satu.

 

“Degil,” ujarnya perlahan tapi cukup jelas di pendengaran aku. Aku tidak terasa hati pun bila dia berkata demikian. Memang aku degil. Kalau Nadia tidak dapat memujuk aku, dia ingat dia boleh. Aku berpura-pura tidak dengar akan komennya. Lantaklah apa yang hendak dia fikirkan tentang aku. Aku tidak ambil pusing. Nak cakap aku perempuan gila ke perempuan sewel ke perempuan kepala angin. I don’t give a damn.

 

Tiba-tiba vj memutarkan lagu “Bad Romance” dari Lady Gaga. Lagu yang aku nak request tadi untuk si Vampire, bila dia menyindir aku old school. Tak sangka vj tu macam tahu aje aku hendakkan lagu itu. So apa tunggu lagi. Aku tiba-tiba bangkit dari sofa lalu menarik lengan Nadia yang terpinga-pinga bila aku berbuat demikian. Yelah tadi pengsan ni tiba-tiba segar pula. Kali ini Adam tidak duduk diam di sofa. Dia turut ikut serta kami berdua di ruang tarian dan menari betul-betul di belakang aku. Aku buat dunno aje. Malas hendak layan.

Rah-rah-rah-ah-ah-ah
Roma-Roma-mamaa
Ga-ga ohh la-la
Want ur bad romance
I want ur luv and I want ur revenge
U and me could write a bad romance
Oh-oh-oh
I want ur luv and all ur lovers’ revenge
U and me could write a bad romance

 
Harris pun turut serta menari. Maklumlah kemana sahaja aku pergi dia terpaksa mengekor, dari berdiri seperti patung yang tidak bernyawa apa salahnya dia join sekaki menari bersama. Aku menarik Harris untuk menari denganku. Membiarkan Adam dengan Nadia. Adam menarik tanganku dan memusingkan badanku ke arahnya. Aku menjelingnya. Apa gila mamat celup ni. Aku tak hendak menari dengan dia pulak. Apsal sakit hati. Aku memusingkan badanku kepada Harris semula. Adam menari di sebelah ku dengan wanita mat saleh seksi pula kali ini. Aikk sekelip mata sudah berpindah partner manakala Nadia dengan lelaki melayu yang tidak kurang handsomenya. Aku menjeling kearah Adam dan minah saleh tu. Fuyoo menari tak agak-agak seksi bangat mengalahkan coyote ugly. Tak sanggup aku melihatnya. Si Vampire ni memang pantang di beri peluang. Cemuhku dalam hati. Ini tidak boleh jadi. Kali ini aku pula yang menarik lengan Adam dan menyuruhnya menari bersama aku. Adam tersenyum bila aku berbuat demikian. Ah jangan fikir aku jealous ok. Aku tak sanggup tengok aksi seksi macam tu. Nak menari dengan orang lain dengan aksi seksi macam tu, buat jauh dari penglihatan aku. Aku tidak kisah tapi jangan didepan mataku, tak censor betul. Tiba-tiba datang seorang lelaki ang moh menyelit di antara kami. Terperanjatlah aku juga. Dari mana datangnya ang moh ni dan tetiba sahaja menyelit. Hehe. Boleh tahan juga si ang moh ni not bad looking. Aku tersenyum meleret kerana tidak menyangka ada juga ang moh yang hendak menari dengan aku. Kira aku ni laku jugalah kan. Atau ang moh tu sememangnya sudah mabuk. Hehe. Lantaklah. Adam menarik bahu ang moh tersebut.

 

“She’s mine,” ujar Adam kasar.

 

Ang moh yang menari denganku itu membuat tidak endah akan amaran Adam dia masih menari denganku. Aku hanya tersenyum tawar memandang wajah ang moh yang tidak kukenali itu. Aku tidak suka cara Adam menegur ang moh itu. Kalau ye pun tak suka, cakaplah dengan baik-baik. Adam tidak berpuas hati bila ang moh itu tidak pedulikan amarannya. Kecut juga aku bila si Vampire tu dengan kasarnya menarik bahu ang moh itu. Eh sudahlah tu, ang moh tu hanya hendak menari aje, bukan dia buat apa-apa pun. Yang si Adam nak baran sangat kenapa? Aku menepuk lengan Adam memberi isyarat supaya dia bertenang. Chill ah. Dia jealous ke bila ang moh tu menari dengan aku. Uikks orang macam dia pandai jealous ke? Tiba-tiba ang moh yang rupa sebiji macam Matthew Bomer tu merangkul pinggang ku erat dan mahu menciumku. Aku mula panic bila dia berani berbuat demikian. Ah ni sudah lebih menari aje boleh. See no touch. Kali ini Adam tidak dapat mengawal perasaan marahnya. Dia menarik badan mat saleh tu dan menolaknya ke tepi. Harris selaku pengawal peribadi Adam segera menarik ang moh itu ke ruang bar. Nak tahu juga apa yang akan terjadi kepada ang moh muka handsome tu. Dari jauh ku perhatikan Harris memanggil seseorang yang berdiri tidak jauh darinya. Wah bukan satu sahaja pengawal peribadi Adam ada lagi dua yang tidak aku kenali, dan Harris merupakan ketua bodyguard. Wah seh. Seketika kemudian seorang bouncer Zouk yang aku lihat di pintu gerbang tadi segera mendapatkan ang moh tersebut lalu di bawa ke tempat mana aku tak tahu. Issk violent juga si Vampire ni. Nampak aje macam cool.

 

“Dah balik,” ujarnya ringkas lalu memaut tangan ku dan tangan Nadia. Kami berdua seakan di heret Adam keluar dari Zouk. Adam sudah seperti seorang bapa yang menarik anak dara mereka yang di bawah umur keluar dari disco. Semua mata memandang kearah kami berdua sebaik sahaja kami berada di luar Zouk. Yelah macam kena halau. Malu lah juga diperlakukan begitu.
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment