Wednesday 15 May 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 13


Suasana di Café di Hospital kelihatan agak lenggang. Amirul mengambil keputusan untuk tidak menganggu Anisha buat masa ini. Dia tidak sangup melihat Anisha bersedih kerana perbuatannya. Itu tidak bermakna Amirul tidak mahu bertemu dengan Anisha. Dia masih lagi ingin mendekati Anisha dan cuba membantu Anisha. Dia ingin mengubati hatinya yang luka. Hanya dia tidak tahu apa puncanya Anisha begitu.

 

“Maaf kerana menunggu lama,”tegur Dr Azman sebaik sahaja terpandang anak muda itu duduk menantinya. Dr Azman agak terperanjat bila menerima panggilan telefon dari Amirul ingin sekali bertemu dengannya. Dia tahu Amirul pernah berbual dengan isterinya di telefon dan bertanyakan tentang Anisha dan ingin berkawan dengan Anisha. Dr Azman tidak kisah kerana Amirul adalah anak kenalan rapat mereka. Dan manalah tahu jika Amirul berkenal dan berkawan dengan Anisha. Anisha akan kembali ceria seperti dahulu.

 

“Saya yang sepatutnya minta maaf kerana menganggu kerja Dr. Azman,”ujar Amirul seraya tersenyum dia menyambut huluran tangan Dr Azman.

 

Dr Azman memerhatikan anak muda itu dengan penuh minat kerana Amirul ada menyatakan dia ingin mengetahui mengenai Anisha. Dr Azman dan isterinya sendiri sudah hilang ikhtiar bagaimana hendak mengembalikan Anisha yang dahulu. Sebab itu dia tidak berfikir panjang lagi bila Amirul ingin menyatakan hasratnya ingin bertemu dengannya dan ingni mengetahui sedikit sebanyak mengenai Anisha darinya.

 

“Saya sebenarnya ingin tahu mengenai Anisha, apa yang menyebabkan dia bersikap demikian,” soal Amirul terus terang tiada selindung lagi. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata asyik mengenangkan Anisha. Masih jelas terbayang dimatanya wajah sedih Anisha pada setiap pertemuan mereka, di rumahnya dan di tasik tempat mereka bertemu. Gadis itu sentiasa kelihatan muram dan bersedih. Tiada cahaya kegembiraan di matanya. Tiada senyuman yang singgah di bibirnya.

 

Dr. Azman mengeluh kecil. Tidak tahu bagaimana hendak memulakannya.
 
 

“Terlebih dahulu saya ingin tahu kenapa Amirul berminat sangat ingin mengetahui mengenai Anisha,” soal Dr. Azman pula. Ingin mengetahui akan niat Amirul dan keikhlasan Amirul untuk berkawan dengan Anisha. Dia ingin tahu sebelum dia menceritakan akan keadaan Anisha sebelum ini. Dia suami isteri sayangkan Anisha. Anisha anak yang baik sungguhpun dia tidak ceria seperti dahulu. Isterinya yang dahulu kesunyian kehadiran Anisha sedikit sebanyak menceriakan kehidupan mereka. Anisha rajin membantu isterinya di dapur menemani isteri kemana sahaja dia pergi. Sebab itu dia mahu betul memastikan Ansiha tidak terluka lagi dan tidak mahu menambah penderitaan Anisha. Kata orang berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Dia sukakan Amirul. Amirul anak muda yang jujur dan suka berterus terang.

 

“Saya suka padanya, cuma saya tidak faham kenapa Anisha terlalu bersedih,” jawab Amirul jujur. Dia mahu berterus terang pada Dr Azman. Biarlah Dr Azman tahu tujuannya. Niatnya ikhlas.

 

“Tak mungkin, tidak semudah itu Amirul, hati Anisha benar-benar terluka tiada apa yang boleh mengubati hatinya,” ujar Dr Azman terperanjat dengan pengakuan jujur Amirul. Bukan dia tidak restu. Tapi bukan mudah hendak mengubati luka di hati Anisha. Kerana Anisha seperti tidak membenarkan hatinya dimiliki orang lain. Bukan Amirul sahaja yang berkenankan Anisha sebelum ini, ramai. Tapi Anisha tidak berminat dan menolak mereka mentah-mentah. Ramai lelaki cuba menarik minatnya dan cuba mencuri hatinya sehingga kini tidak berhasil kerana Anisha tidak melayan.

 

“Tapi kenapa,” soal Amirul ingin tahu.

 

“Orang yang dicintai pergi meninggalkannya,”

 

“Pergi tinggalkannya,” ulang Amirul.

 

“Ya, pergi meninggalkannya buat selama-lamanya,” terang Dr Azman seraya mengeluh berat.
 
 

Fahamlah Amirul kenapa Anisha begitu terasa dan terlalu bersedih. Amirul sendiri merasainya sehingga sekarang. Merasa kehilangan. Apatah lagi, kehilangan orang yang amat disayangi tidak begitu mudah untuk melupakannya. Mereka melalui pengalaman yang sama. Patah tumbuh hilang berganti tidakkah Anisha ingin mencari penganti untuk mengubat hatinya yang luka. Tiada seorangkah yang layak mengantikan tempat lelaki yang dicintai sebelum ini. Amirul mahu mencuba nasibnya. Jika lelaki yang mahu mendampingi Anisha dahulu gagal untuk mencuri hatinya dan mengembalikan Anisha dahulu. Amirul mahu mencuba dan dia tidak akan mengalah selagi dia tidak berjaya. Sekiranya Anisha tidak mahu menerimanya sebagai penganti orang yang di cintainya itu setidak-tidaknya dia dapat mengembalikan Anisha yang dahulu.

 

“Insyallah, saya berjanji akan mengembalikan Anisha yang dahulu,” ujar Amirul berjanji pada dirinya. Dia berjanji akan mengubati luka di hati Anisha dan mengisi kekosongan hatinya.

 
To be continue...
 

 

No comments:

Post a Comment