Tuesday 7 May 2013

"How Can I Not Love U" - Part 18


Aku menceduk minyak yang bertakung di atas kuah asam pedas ku. Hehe nak sedapkan asam pedas kena tumis garing-garing. Kalau nak garing kena pakai banyak minyak tu sebabnya minyak bertakung kat kuah asam pedas ku. Dan di sebabkan aku tak hendak menghirup minyak dan bukan kuah asam pedas, aku berusaha membuang minyak-minyak yang berlebihan. Hehe. Aku mengecilkan api dari stove agar kuah asam pedasku tidak mengelegak. Aku mencapai sudu kecil lalu menceduk sedikit kuah asam pedas dan menyuakan ke mulutku kali terakhir untuk memastikan asam pedasku ok. Hmm success..sungguh puas hati. Kuahnya tidak terlalu cair atau terlalu pekat. Pedasnya menyengat..pasal aku sengaja tambah lada hitam lagi. Hehe biar berasap telinga si vampire bila memakannya. Aku mengekek kecil bila dapat membayangkan wajah kacaknya kelihatan kemerah-merahan menahan pedas. Akhir sekali aku masukkan daun kesum ke dalam periuk lalu menutup tudung periuk. Aku melirik kea rah jam di dinding. Kurang 5 minit ke jam 7.30 malam. Nadia masih belum balik lagi. Inilah dia kalau jadi peguam tak pernahnya balik awal. Ingatkan hari ahad tak payah pergi kerja. Dia terpaksa pergi kerana submission untuk hearingnya besok masih belum dapat di siapkan memandangkan Madam belum finalize submission tersebut. Madam tu memang begitu tak pernah siap awal. Semuanya last minute tak pernah on time. Dah masak benar dengan perangainya. Aku membuka tudung periuk bubur durian kacang hijau (ini buat desert) aroma durian dan santan dari bubur kacang hijau menerawang di udara. Kalau si Vampire tu tak nak makan dia punya pasal. Aku memang dah lama mengidam bubur kacang durian, baru hari ini aku buat pasal Nadia dan Vampire ada. Kalau makan seorang tak syiok. Sementara menanti Nadia balik dan menanti si Vampire tu datang. Aku menekan butang hi-fi. Lagu dari nyanyian Michael Buble dari album terbarunya berkumandang di udara. Sambil menyanyi aku menyusun pinggan di atas meja makan.

 

Adam membuka pintu perlahan. Condonya bergema dengan music Jazz. Adam mengerutkan dahinya. Dia menyimpan kunci kondonya di dalam saku seluarnya. Dia berjalan perlahan menuju ke ruang makan. Aroma lauk yang dimasak Era menerawang di udara. Hmm sedap baunya. Apa menu masakan Era malam ini. Dilihatnya Era sedang leka menyusun pinggan sambil menyanyi mengikut irama lagu Michael Buble “Haven’t met you yet”. Adam mengerutkan dahinya. Dia tidak menyangka Era meminati penyanyi itu. Era tidak perasan akan dirinya yang berdiri tidak jauh dari ruang tamu sedang asyik memerhatikannya sedari tadi. Adam tersenyum sendiri melihat telatah Era. Menyanyi dan menari mengikut rentak lagu tersebut. Adam mengambil keputusan untuk mengekori Era ke dapur.

 

“I guess I haven’t met you yet,” nyanyiku riang. Tanganku mencapai gelas yang ku letak di atas bar untuk di bawakan ke meja makan. Aku terjerit kecil bila menyedari Adam berada di belakang ku gelas yang ku pegang hampir sahaja terjatuh di lantai, tapi di sebabkan kecekapan si Vampire tu, dia sempat menyambut gelas itu dari hancur berkecai. Aku mengucap panjang kerana benar-benar terkejut. Yelah bila ketikanya dia masuk tak dengar pun. Dan walaupun condo itu condo dia, dia tidak boleh masuk sesuka hatinya pasal aku tinggal di sini lainlah aku tidak tinggal kat sini.

 

“Hantu betul bila masa you masuk,” marahku seraya merampas gelas yang berjaya di selamatkannya tadi lalu meletakkanya di atas meja makan. Apa taknya terkejut beruk aku di buatnya nasib baik tak ada sakit jantung kalau tidak dah arwah. Adam tidak menjawab malah membuahkan senyum. Dah bisu pulak si Vampire ni. Aku segera menuju kea rah Hi-fi lalu mematikannya. Suasana sunyi seketika. Aku menuju kea rah stove lalu mematikan api.

 

Tanpa menjawab soalanku Adam menuju ke ruang dapur dimana aku sedang sibuk memindahkan sebahagian asam pedas ku ke dalam mangkuk corelle. Dia berdiri memerhatikan aku membuat kerja sambil mencapai kacang cocktail yang berada di atas bar kaunter.

 

“I tak suka you masuk rumah ni sesuka hati you,” ujarku selamba tanpa menoleh kea rah Adam. Aku tahu dia berada di dapur. Aku dapat menghidu colognenya.

 

“Erm ni kan rumah I,” jawabnya dengan wajah tak bersalah.

 

“You yang suruh I duduk sini kan,” ujarku seraya mengacu senduk ke arahnya. Adam undur setapak kerana khuatir kuah asam pedas itu terkena bajunya.

 

“You yang nak merasa duduk di condo mewah, so I benarkan you duduk sini,” jawab Adam seraya tersengih.

 

Aku mengetap bibir menahan geram. Si Vampire ni memang suka naik kan kemarahan aku. Memanglah aku suka tinggal condo dia. Apa taknya cantik dan selesa. Kadang-kadang aku buat condo dia macam rumah aku. Semua perabot dan perkakas condo ini milik Adam. Aku pindah kemari hanya membawa suitcase besar berisi pakaian dan barang peribadiku sahaja. Condonya macam suite di hotel 5 bintang. Siapa yang tak suka. Hehe.

 

“Whatever,” jawabku seraya mengangkat mangkuk corelle berisi kuah asam pedas lalu menuju kea rah ruang makan. Adam hanya memerhatikan gerak geri ku dari ekor matanya. Namun hendak membantu tidak sama sekali. Berdiri macam tiang lampu.

 

“You masak semua ni,” soal Adam ingin tahu.

 

“Tak-tak I call for catering,” jawabku selamba menyusun buah-buahan di atas piring lalu menyerahkan kepada si Vampire. Biar dia makan buah tu supaya mulutnya senyap tidak menyakitkan hati orang. Aku menjeling kea rah jam di dinding menunjukkan pukul 7.40 mana si budak Nadia belum balik. Janji dia akan sampai sebelum pukul 7.30.

 

Tiba-tiba telefon di ruang tamu berdering nyaring. Aku menjeling kea rah Adam.

 

“If you don’t mind tolong angkatkan telefon,” ujarku seraya menjeling lagi.

 

Tanpa banyak soal Adam mengangkat telefon lalu duduk di sofa. Kurang 2 minit dia meletak telefon kembali ke tempat asalnya.

 

“Nadia couldn’t make it for dinner, looks like only two of us” ujarnya tersenyum lalu menuju ke dapur. Kembali menyibukkan diri di dapur.

 

“Can you please be seated at dining area, jangan sibuk-sibuk kat sini rimas,” ujarku sengaja hendak menyakitkan hatinya. Sebenarnya aku tidak berasa selesa bila berduaan dengan si Vampire ni. Kalau di luar tak apa juga. Ini kat rumah, semacam kekok aku di buatnya. Serba serbi tak kena apa taknya si Vampire ni sedari tadi asyik perhatikan gerak geriku. Aku perasan cuma aku tak hendak fikirkan sangat. Bahaya woi dealing dengan si Vampire ni bukan boleh di percaya sangat. Kena tetapkan hati bila berurusan dengan dia. Silap hari bulan boleh termakan dengan seductionnya. Pernah tengok cerita Dracula tak? Tahu macamana dia lure mangsanya.

 

Aku menyenduk nasi lalu meletakkannya di atas pinggan Adam.

 

“Sikit aje,” ujar Adam bila aku hendak menyenduk kali kedua. Aku menjeling bila dia berbuat demikian. Kan aku dah kata dia tak reti makan nasi. Dia cuma reti makan pasta dan steak aje. Nasib baiklah aku masak tak banyak.

 

“Bon appetite,” ujarku selamba seraya meneguk ice lemonade. Adam terpinga-pinga mencari sesuatu.

 

“Cari apa,” soalku.

 

“Fork and spoon,”

 

“Makan nasi pakai tangan,” jawabku selamba seraya mencuci tangan di mangkuk kecil ku sediakan khas untuk mencuci tangan. Adam mengerutkan dahinya bila aku berkata demikian. Hendak tak hendak terpaksa dia akur. Dia mencuci tangan dan memerhatikan aku.

 

“Dah baca doa makan,” soalku seraya tersenyum menyindir.



“Err doa makan, hmm dah dalam hati,” ujarnya seraya berdehem kecil. Aku mengekek kecil bila terpandang akan wajah lucu Vampire terkedu bila aku menyuruhnya membaca doa makan. Nampak sangat tak pernah baca doa makan. Adam memandang kea rah ku seolah-olah menanti aku melakukan sesuatu untuknya. Aku tahu dia mahu aku melayannya. Sorry self service. Dah bagus tu aku masak. Aku bukan servant dia atau butler dia. Bila aku buat-buat tak tahu. Dia menyinsing kemeja lengan panjangnya ke paras siku. Adam menyenduk sedikit kuah asam pedas dari mangkuk dan mengambil isi ikan pari. Dia menyenduk sayur kobis goreng dan telur dadar. Kekok dibuatnya bila dia di kehendaki makan nasi mengunakan tangan. Aku tersenyum-senyum sendiri bila melihat Adam terkial-kial makan. Mat saleh celup yang tidak pernah makan mengunakan tangan. Aku menantikannya menyuap nasi ke dalam mulutnya.

 

Adam tersedak tiba-tiba. Aku segera bangun dari kerusi lalu menyerahnya ice lemonade yang ku tuang tadi spontan tangan ku mengurut belakangnya perlahan.

 

“Are you ok, tak kan pedas sikit tak boleh tahan,” sindirku seraya tersenyum.

 

“I’m ok,” ujarnya lalu meneguk ice lemonade yang ku beri tadi. Dia menyenduk lagi kuah asam pedas ikan pari ku ke pinggannya.




Aku mengerutkan dahi merasa hairan terang-terang dia tidak boleh tahan pedas. Tapi mengapa dia masih lagi mahu menunjukkan bahawa dia boleh makan pedas. Aku malas hendak halang biarlah dia makan asalkan jangan pengsan sudah. Kalau dia tak tahan pasti dia berhenti makan. Aku makan sesenduk nasi sahaja pasal tank aku tak besar. Mataku menjeling kea rah Adam yang tiba-tiba menambah nasi ke pinggannya. Aku tersenyum meleret. Aikk tadi kata nak sikit aje. Apa dia takut aku masak tak sedap agaknya sebab itu dia makan sikit tadi. Aku bangkit dari tempat dudukku.

 

“You dah habis makan, temankanlah I,” ujarnya menoleh kea rah ku.

 

Aiikk nak makan berteman pulak. Aku duduk kembali mengadap Adam makan. Selera betul nampaknya hinggakan kuah asam pedas aku di hirupnya dan tak kekok lagi mengunakan tangan. Hehe. Cuba kau orang bayangkan superman (pasal rupa dia macam Brandon Routh) makan nasi mengunakan tangan dengan lauk asam pedas ikan pari. Cute kan walaupun muka merah padam menahan pedas. Aku mengambil pinggan kosongnya seraya berlalu ke sinki. Adam mengekor aku dari belakang dan hampir sahaja aku terlanggar dirinya yang berdiri betul-betul rapat di belakangku. Hampir sahaja aku tercium pipinya bila dia menyelit membuka paip sinki untuk mencuci tangannya. Macam tak boleh tunggu aku beredar dari sinki tu. Sengajalah tu. Nak marah dia dah besar kerbau. Penat tau asyik nak marah orang aje. Aku tidak berganjak kerana takut terpeluk dia pulak nanti. Biar dia habiskan urusannya. Adam menutup paip lalu mencapai tuala kecil yang tergantung tidak jauh dari sinki dan mengelap tangannya kering.

 

“Hah kalau you nak dessert, I serve you later, nothing fancy, cuma bubur kacang durian aje, so for the time being buatlah macam rumah sendiri I ada hal sekejap,” ujarku memandang tepat ke wajah tampannya. Adam membuahkan senyum. Aku segera memandang kea rah lain lain takut terpikat pula dengan Vampire ni.

 

“Ok,” jawabnya sepatah lalu menuju kea rah ruang tamu. Adam mencapai remote lalu menekan suis TV. Dia duduk menyandarkan badannya di sofa. Aku menuju kea rah bilik.

 
To be continue... 

 

No comments:

Post a Comment