Sunday 5 May 2013

Karl & Hilda - Part 4


              Datin Asmah bertekad sudah tiba masanya dia mencampuri urusan anak tunggalnya Haiqal. Selama ini dia tidak pernah ambil tahu. Tapi sampai bila dia harus menunggu.  Sudah lama dia bersabar dan berharap Haiqal akan membawa berita gembira namun hampa. Hari ini dia tidak boleh bersabar lagi dia mesti bertindak sesuatu.

 

            “Karl, ibu nak tanya sikit bila lagi kau nak berumahtangga,”

 

            “Hari lain tak boleh ke cakap pasal ni ibu,”jawab Karl ringkas. Fikirannya tertumpu kepada purchase agreement untuk projek kondominium Four Season. Dia dikehendaki menyiapkan proposal agreement hari ini.

 

            “Bila tu, ibu nak kena buat appointment jugak ke untuk berbual dengan anak ibu sendiri,”sindir Datin Asmah. Dia sudah jemu dengan jawapan yang selalu di berikan oleh anaknya itu.

 

            Haiqal tersenyum. Dia tahu ibunya marah padanya. Namun dia tidak berganjak dari terus menatap screen laptop di depannya.

 

            “Kenapa ibu ada calon untuk Karl ke,”

 

            Datin Asmah mendengus kecil. Anaknya tidak serius dengan apa yang dia cuba sampaikan.

 

            “Tak lah, tapi tak kan Karl tak ada calon wanita yang Karl berkenan untuk di jadikan isteri,”

            Inilah peluangnya untuk berbual dengan Haiqal. Ini soal masa depannya juga. Biarlah Haiqal sibuk dengan kerjanya asalkan dia masih boleh di ajak berbual.

 

            “Tak ada,”

 

            “Tak ada,” Datin Asmah terperanjat dengan jawapan yang diberikan. Masakan Haiqal tidak mempunyai teman wanita. Bukanlah dia hendak memuji tapi Haiqal memang tampan kerana memiliki raut wajah arwah ayahnya yang berdarah belanda.

 

            Haiqal tidak terkejut. Malah dia tidak kisah pun. Dia lebih mementingkan kerjayanya dari perkara yang di anggap remeh temeh. Haiqal tahu akan kekecewaan ibunya. Tapi Haiqal masih belum bersedia untuk ini semua.

 

            “Karl seriuslah,” Datin Asmah memujuk. Mungkin anaknya bergurau dengannya.

 

            “Karl serius bu, terus terang Karl katakan Karl tidak ada teman wanita yang sesuai untuk dijadikan sebagai calon isteri Karl, kalau sekadar teman biasa tu adalah,”jawab Karl tanpa menoleh ke arah ibunya.

 

            Datin Asmah terdiam. Mungkin ada benarnya apa yang di katakan oleh anaknya itu. Haiqal jarang sekali keluar. Kalau tak ada meeting dia akan pulang ke rumah dan menyambung kerjanya di rumah. Kalau out-station lepas balik dia selalu tidur di rumah sebelum keluar ke pejabat. Tak pun hujung minggu dia akan keluar bermain golf bersama klient. Itulah rutinnya. Jarang sekali Datin Asmah menerima panggilan telefon dari mana-mana teman wanitanya. Datin Asmah tahu Karl seorang yang berdedikasi dalam mengendalikan business arwah ayahnya. Tapi Datin Asmah tidak menyangka sama sekali Karl tidak punya masa untuk mencari pasangan hidupnya.

 

            “Karl ibu nak tanya, Karl tak minat dengan perempuan ke,”soal Datin Asmah ragu-ragu.

 

            “Kenapa pulaknya Karl tak minat dengan perempuan,”jawab Karl lalu tersenyum. Soalan ibunya cukup mencuit hatinya.

 

            “Tak adalah ibu khuatir zaman sekarang ramai lelaki dah tak minat dengan perempuan tapi minat kaum sejenis,”

 

            “Astarfirullah al azim, sampai ke situ ibu fikirkan tentang Karl,”

 

            “Tapi kenapa Karl seperti tidak berminat bila ibu bangkitkan soal rumahtangga,”jawab Datin Asmah dengan nada kecewa.

 

            Haiqal mengeluh kecil. Dia sedar ibunya kesunyian dan perlukan teman. Dia sendiri sibuk dengan bermacam-macam projek hingga jarang sekali meluangkan masa bersama ibunya. Kalau masa arwah ayahnya masih hidup selalu juga mereka pergi melancong bersama atau setidak-tidak keluar makan bersama. Haiqal pula tidak suka kalau orang lain kendalikan syarikat arwah ayahnya. Sudahnya dia sendiri yang uruskan semuanya.

 

            “Jadi apa cadangan ibu,”

 

            “Kalau ibu carikan untuk Karl, Karl setuju tak,”soal Datin Asmah teragak-agak takut Karl tak setuju. Sudah tentu anaknya tidak berminat langsung dengan cadangannya. Maklumlah anak muda sekarang bukan suka kalau orang tuanya mencari pasangan hidup untuk mereka.

 

            Haiqal tidak segera menjawab. Dia menanggalkan cermin mata bacaannya lalu memicit kepalanya perlahan.

 

            Datin Asmah resah menanti jawapan dari Karl. Dia sudah dapat mengagak jawapan yang bakal anaknya berikan sudah tentu ‘tidak’.

 

            Karl memandang wajah ibunya.

 

            “Ikut suka hati ibu,”jawab Karl bersahaja lalu mengenakan kembali cermin mata bacaannya. Karl menyambung kembali kerjanya yang terbengkalai.

 

            Datin Asmah tidak sangka sama sekali Karl setuju dengan cadangannya.

 

            “Betul Karl setuju dengan cadangan ibu,” ulang Datin Asmah. Dia tidak mahu tersalah dengar. Wajahnya kembali ceria. Hendak sahaja dia memeluk dan mencium pipi anak tunggalnya itu.

 

            “Tapi dengan satu syarat,”ujar Haiqal mendatar.

 

            Datin Asmah berhenti dari terus tersenyum. Karl meletakkan syarat. Mesti yang sukar untuk menunaikannya.

            “Nak yang cantk, berpelajaran ye, semua tu ibu boleh uruskan, Karl tak perlu bimbang,” dia seakan dapat mengagak syarat yang bakal anak tunggalnya katakan nanti.

 

            Karl mengeleng kepalanya perlahan.

 

            “Bukan itu, ibu kena cari wanita yang benar-benar faham akan kerjaya Karl dan boleh menerima Karl dengan seada-adanya, Karl tak suka wanita yang suka mendesak, kerana Karl tidak punya masa utnuk melayan wanita yang banyak karenah, yang lain Karl serahkan pada ibu, baik pada ibu, baik juga bagi Karl,” ujar Karl tenang.

 

            “Betul ke Karl, alhamdulilah, insyallah ibu akan usahakan, Karl tak akan menyesal dengan pilihan ibu,”jamin Datin Asmah. Hatinya berbunga riang. Dia tidak percaya hanya itu syarat yang Karl mahu. Datin Asmah puji akan sikap anaknya yang tidak terlalu memilih rupa atau mahukan wanita yang setaraf dengannya. Yang penting wanita itu seorang yang memahami dirinya.
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment