Tuesday 14 May 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 6


              Affendy tidak sabar mahu segera ke Darul Ehsan bila dia menerima panggilan telefon dari Puan Adila yang mengatakan Anisha menerima dan bersetuju dengan cadangan Affendy. Puan Adila ada mengatakan bahawa Anisha ingin bertemu dengannya. Selepas solat subuh dia tidak berjogging seperti selalu. Awal-awal lagi dia sudah bersiap. Kalau dia boleh terbang ingin sahaja dia terbang ke sana untuk bertemu dengan kekasih hatinya. Ini bermakna dia tidak bertepuk sebelah tangan kerana Anisha turut menerima cintanya.


            “Awal Fendy hari ni, nak kemana,”soal Puan Hasnah hairan melihat Fendy berpakaian casual tidak memakai track dan t-shirt seperti selalu.

 

            Affendy tidak menjawab malah tersenyum. Dia menghampiri mamanya dan memeluknya dari belakang.

 

            “Sayang mama,” ujar Fendy manja lalu mencium pipi mamanya.

 

            “Sayang mama ke sayang kekasih hati,” usik Puan Hasnah bila Fendy kelihatan ceria dari biasa dan terlalu manja dengannya hari ini.

 

            Usikan Puan Hasnah membuatkan Affendy tersengih.

 

            “Insyallah dalam masa terdekat ini, Fendy akan kenalkan mama kepada bakal menantu mama,” ujar Fendy tersenyum lagi. Tidak sabar dia hendak memperkenalkan Anisha kepada mamanya.

 

            “Alhamdullilah, kalau boleh mama ingat nak jumpa mak bapak dia cepat-cepat dan kalau ada rezeki ingatkan mama nak buat majlis pertunangan Fendy dan kenduri Mirul balik sama hari,” ujar Puan Hasnah turut gembira mendengar berita dari anaknya itu. Dia tahu Affendy pasti akan menyatakan hasrat ingin berumahtangga kepadanya dalam masa terdekat ini. Dia dapat merasakannya.

 

            Affendy tersenyum kelat. Dia tidak pasti samada dia patut merasa gembira kerana mamanya bersetuju atau sebaliknya. Mamanya masih belum mengetahui tentang Anisha kerana Affendy tidak pernah menceritakan tentang keadaan gadis itu kepada mamanya.

 

            “Mama,” ujar Affendy berubah serius.

 

            Puan Hasnah memandang anaknya.

 

            “Nasib Anisha lebih kurang sama dengan Fendy, cuma nasib Fendy lebih baik berbanding dengan Anisha, dia dibesarkan di rumah anak yatim Darul Ehsan dan sekarang bekerja secara sukarelawan di sana dan lagi Anisha hilang deria penglihatannya sejak dia berumur 4 tahun lagi,” terang Fendy.

 

            Puan Hasnah terdiam seketika. Dia menarik kerusi lalu duduk. Affendy kelihatan serba salah bila mamanya tidak berkata apa-apa dia khuatir mamanya tidak setuju akan pilihannya.

 

            “Jadi kita uruskan pembedahan ke atas matanya secepat mungkin,” ujar Puan Hasnah secara tiba-tiba cukup membuatkan Affendy tersentak dan merasa lega mendengar akan jawapan dari mamanya.

 

            “Betul mama tak kisah tentang pilihan Fendy,”soal Fendy ingin kepastian dari mamanya.

 

            “Fendy mama tak kisah semua itu, yang penting Fendy bahagia, mama terima menantu mama seadanya,” ujar Puan Hasnah. Tiada apa yang lebih penting buat dirinya melihat Fendy gembira dan bahagia. Selama ini Fendy tidak pernah meminta apa-apa darinya mahupun arwah ayahnya. Fendy pandai berdikari dan seorang anak yang bertanggungjawab.

 

            “Terima kasih mama,”ujar Fendy seraya mendakap mamanya erat. Air mata Puan Hasnah mengalir perlahan menahan sebak, perasaan bercampur baur sedih dan gembira. Sedih mungking akan kehilangan Affendy bila sudah beristeri dan gembira anaknya itu berhati mulia.
 

            “Pergilah Fendy, uruskan semuanya dengan segera, tentang persiapan pertunangan Fendy akan mama uruskan,” ujar Puan Hasnah sambil tersenyum.
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment