Sunday 5 May 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 2


            Affendy duduk menghirup teh tarik di warung tepi jalan di kaki bukit. Entah kenapa dia tergerak hati hendak berhenti sekejap dia pun tak tahu. Selama dia lalui jalan ini untuk menuju ke rumahnya belum pernah dia menyinggah ke warung berkenaan. Lagipun perjalanannya tidak berapa jauh sangat. Affendy memerhatikan sekeliling. Ramai juga yang singgah hanya untuk menghilangkan dahaga. Affendy mengalihkan pandangan ke arah jalan seberang dimana matanya terpaku tatkala terpandang seorang wanita cantik berbaju kurung sedang berjalan sendirian. Affendy memandang gadis tersebut dengan penuh minat.
 
            “Kemana agaknya dia nak pergi senja-senja begini,” bisik Affendy. Matanya melirik ke arah jam di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan kurang sepuluh minit pukul 7.00 malam.
 
            Anisha tahu dia sudah terlewat, mungkin sekarang sudah hendak masuk senja. Anisha menyesal sendiri kerana tidak segera pulang seperti waktu selalu. Pasti Puan Adila risau kerana dia masih belum pulang. Langkah kakinya di percepatkan.
 
            “Heh, awak tak nampak ke ada lubang besar depan awak, nasib baik saya cepat kalau tidak tentu awak dah terjatuh tadi,”ujar Affendy kasar lalu menarik lengan Anisha.
 
            Anisha tersentak bila disergah, mengigil tubuhnya bila mendapat tahu dia hampir terjatuh dia dalam lubang seperti yang dimaksudkan oleh jejaka yang membantunya tadi.
 
            “Maafkan saya, saya tak nampak,” ujar Anisha tersekat-sekat, air matanya mengalir tanpa disedari.
 
            “Awak tak nampak,” soal Affendy. Dia berdiri betul-betul di hadapan gadis cantik itu.
 
            Gadis itu tidak memandang tepat ke arahnya sebaliknya dia memandang ke hadapan seolah-olah tiada sesiapa berdiri di hadapannya. Affendy dapat melihat air matanya mengalir perlahan. Affendy beristifar bila menyedari silapnya dia merasa kasihan dengan gadis itu. Memang benar gadis di hadapannya itu tidak dapat melihat. Tetapi mengapa dia berjalan sendirian di waktu begini tanpa bantuan dari sesiapa.
 
            “Maafkan saya, kenapa saudari jalan seorang diri, kalau terjadi apa-apa pada saudari nanti siapa yang susah, tentu keluarga saudari risau kerana saudari masih belum pulang lagi,” ujar Affendy lembut tidak seperti mula-mula tadi.
 
            Anisha tidak menjawab dia masih lagi dalam keadaan terkejut.
 
            “Tak ada macam ni, saudari beritahu saya dimana saudari tinggal saya hantarkan saudari pulang,” ujar Affendy bila Anisha hanya mendiamkan diri.
 
            “Sssaya tinggal tak jauh atas bukit ni sahaja, rumah Kebajikan Darul Ehsan,” ujar Anisha perlahan. Dia tahu pemuda yang membantunya adalah seorang yang jujur. Walaupun Anisha tidak dapat melihat dia dapat menilai keikhlasan seseorang itu melalui suaranya.
 
            Affendy mengalihkan pandangan kea rah anak bukit cuba mencari papan tanda rumah kebajikan yang di maksudkan oleh Anisha. Benarlah seperti apa yang di katakan gadis itu rumah kebajikan tersebut diletak di atas bukit.
 
            “Assalamualaikum,”
 
            “Waalaikumsalam, Nisha pergi mana puas saya suruh budak-budak cari tadi,” ujar Adila lalu mendakap tubuh Anisha. Risau hatinya bila bayang Anisha tidak kelihatan bila masuk senja. Selalunya 6.30 dia sudah membersihkan diri dan bersiap-siap untuk solat mahgrib di surau.
 
            “Maafkan saya kak Ila, saya janji tak akan keluar dari sini lagi,”
 
            “Terima kasih kerana menghantar Anisha balik, kalau tak kerana saudara pasti Anisha sesat entah kemana,”
 
            “Kembali, itupun kebetulan saya perasan Nisha, lain kali jangan bersiar-siar seorang diri lagi,”pesan Affendy.
 
            Anisha hanya mengangguk perlahan.
 
            “Saya minta diri dulu,”ujar Affendy meminta diri. Dia menuju ke arah surau berdekatan untuk menunaikan solat mahgrib sebelum menyambung perjalanannya.
 
 
To be continue..,.

No comments:

Post a Comment