Sunday 5 May 2013

"How Can I Not Love U" - Part 14


Adam mencampak puntung rokoknya lalu dimatikan apinya. Dia berjalan perlahan menuju kearah kami. Aku berpura-pura tidak perasankan bahawa dia kini berdiri di sebelahku. Adam tiba-tiba merangkul pinggangku tidak semena-mena. Terkejut aku bila dia berbuat begitu. Yelah tengah aku sedap-sedap peluk lengan Harris tetiba aje dia datang lalu merangkul pinggangku kejap. Harris terpaksa melepaskan tanganku bila Adam berbuat demikian. Yelah siapa dia hendak melanggar perintah majikannya. Hendak tak hendak aku terpaksa mengalah dengan Adam. Adam berjalan menuju kearah pintu masuk Zouk dimana terdapat bouncer besar tinggi itu menjadi penunggu setia di pintu gerbang. Gerun jugak aku dibuatnya. Yelah macam jin sudahlah besar tinggi pulak tu. Kalau di sengolnya sikit, boleh melayang aku di buatnya. Dahlah aku ni kecil molek. Bouncer yang bernama Andy membuka pintu untuk kami sebaik sahaja terpandang akan wajah Adam. Wah VIP rupanya. Ni mesti dah biasa ke tempat ni hinggakan bouncer itu boleh cam wajahnya. Kami berempat melangkah masuk tanpa sebarang masalah. Yang sebetulnya kami harus beratur untuk masuk ke Zouk, namun kami tidak berbuat demikian kerana Adam seorang VIP dan tidak perlu menunggu untuk masuk.

 

“Stay put dengan Adam ok, jangan lepaskan tangan dia,” jerit Nadia sebaik sahaja kami berada di dalam Zouk. Bab ni kalau Nadia terpaksa meninggikan suara aku tidak heran kerana suasana di dalam zouk hingar binggar. Alunan music yang kuat, putaran lampu dari bola Kristal dan lampu neon pelbagai warna dengan asap rokok dari pengunjung Zouk cukup membuatkan aku kecut. Jangan kata lepaskan tangan Adam. Aku peluk pinggang dia lagi ada. Yelah buatnya terpisah naya aku di buatnya. Kami berjalan tersesak-sesak menuju kea rah VIP area. Harris terlebih dahulu berada di VIP area yang di reservedkan untuk kami. Aku duduk bersebelahan dengan Nadia. Ok ini rupanya suasana clubbing. Serupa seperti joget lambak. Bezanya joget lambak selalunya di adakan di majlis orang kahwin dan tempat nya open space. Percuma, tidak berbayar lagi. Oleh kerana malam ini ladies night entrance fee free cuma Adam dan Harris sahaja yang perlu membayar entrance free. Aku memerhatikan beberapa penjungung club yang tengah happening. Ada yang terlonjak-lonjak, terhenjut-henjut mengikut alunan music dan tak kurang juga yang sudah mabuk meracau ke sana kemari. Hehehe..kelakar juga aku tengok telatah mereka. Macam orang tak betul lebih-lebih lagi yang begitu seronok hingga tidak sedarkan dunia.

 

“Era, nak pesan air apa,” soal Nadia kerana dia dan Harris hendak ke bar untuk memesan minuman.

 

“Hmm bourbon coke,” jawabku dengan wajah tak bersalah sambil tersenyum. Aku mengalirkan pandangan kearah dance floor.

 

Nadia merenung wajahku lama bila temannya memesan Bourbon Coke.

 

“You got to be kidding me,” ujar Adam ketawa tiba-tiba, dia menghidupkan sebatang rokoknya lagi. Asap berkepul-kepul keluar dari mulutnya. Tidak menyangka wanita kolot seperti Era tahu akan minuman yang beralkohol. Atau Era sememangnya tidak tahu apa itu Bourbon Coke.

 

“Era,” ujar Nadia ingin kepastian dari temannya itu. Dia kelihatan risau. Dia tahu Era budak yang baik, dia tidak pernah membuat perkara-perkara yang tidak senonoh apatah lagi meminum benda-benda haram.

 

“Pepsi twist on the rock with lemon, aku belum gila lagi hendak merasa benda haram tu,” jawabku selamba seraya tersenyum sinis memperli orang yang berkenan. Nadia mengeluh lega bila aku berkata demikian. Adam hanya menjeling tahu aku menyindirnya. Pasal lah kubur masing-masing jawab sendirilah. Aku tak ambil peduli kalau Adam minum alcohol atau tak. Orang macam dia susah aku hendak percaya tidak minum. Kalau sudah melayan perempuan macam layan bini mustahil kalau dia bukan peminum. Begitu prejudicenya aku terhadap Adam. Sepanjang aku mengenali Adam belum ada satupun kebaikan yang aku lihat dari lelaki bernama Adam setakat ini.

 

Harris dan Nadia menuju ke arah bar. Tinggalah aku bersama dengan si Vampire tu. Kenapa dia tidak menari lagi? Pelik. Tunggu siapa? Menari ajelah dengan sesiapa yang dia berkenan. Aku tidak memerlukan babysitter. Pandailah aku hendak menjaga diri. Di depan tempat kami duduk ada dua orang wanita jelita lagi seksi yang sedang asyik menari dan memandang kearah kami yang aku tahu mereka memandang kearah Vampire tu lah tak kan nak tengok aku kan, lainlah diaorang tu Les. Kau orang faham maksud aku kan. Si Vampire itu jual mahal pulak, setakat duduk sahaja sambil memandang kea rah aksi menari seksi dari perempuan-perempuan tu.

 

“Boleh request lagu,” soalku lalu menoleh ke arahnya. Sengaja aku tidak mahu duduk berdekatan dengan si Adam.

 

“Ingat apa school reunion ke?,” jawabnya sinis seraya menghidupkan sebatang rokok lagi.  Boleh tahan kuat merokok juga si Adam ni. Pelik juga kerana bibirnya tidak birat seperti perokok hardcore. Bibirnya kissable. Ah sudah yang aku sibuk pasal bibir si Vampire tu kenapa pulak. Baik aku focus pada benda lain selain Vampire tu.

 

“Thanks for being sacarstic,” jawabku geram bila dia balik kepada ass modenya. Eii tak sakitkan hati aku sehari boleh mati agaknya si Vampire ni.

 

“My pleasure,” jawab Adam seraya tersengih. Dia membuahkan senyum kearah wanita berdua itu dan memberi isyarat mereka siyarat supaya perempuan-perempuan itu ke tempat kami. Perempuan berdua itu mengorak langkah menuju kea rah kami setelah di pelawa Adam.

 

“Hi I’m Nelly and my friend Ramona,” ujar wanita cantik berambut china doll memperkenalkan dirinya dan rakanya tanpa menghiraukan aku yang duduk berdekatan dengan Adam. Kurang ajar betul. Apa aku ni invicible ke? Kalau ye pun hendak mengorat si Vampire tu tegur lah aku yang duduk berdekatan dia. Ini tidak buat dek aje. Panas hati aku sekejap. Bukan kerana cemburu lantaklah mereka hendak buat apa pun, sekurang-kurangnya respect lah kat aku sikit ini tidak. Hampeh.

 

“Matin,” ujar Adam ringkas seraya menghulur kedua-dua tangannya kepada perempuan-perempuan itu. Nelly duduk di sebelah Adam manakalan Ramona di sebelah kanan Adam. Tangan kanan Adam bermain-main dengan rambut panjang milik Ramona manakala tangan kirinya bermain-main di belakang tengkuk Nelly. Kurang ajak betul si Adam ni. Saja nak sakitkan hati aku. Nanti kau. Siap. Kau buat aku macam tunggul eh. Kau belum kenal aku siapa. Cemuh ku dalam hati.

 

Aku merasa lega bila terpandang akan wajah Nadia dan Harris membawa minuman yang dipesan. Nadia menjeling ke arahku bila melihat ada dua tetamu yang tidak diundang berada di tempat kami. Aku menjungkitkan bahu malas hendak ambil tahu. Sedangkan si Adam semakin menjadi-jadi loratnya dengan perempuan-perempuan itu. Eii geli aku dibuatnya.

 

“Come Harris kita menari,” ujarku lalu menarik tangan Harris menuju kearah dance floor tanpa sempat Harris berbuat apa-apa.  Aku berdiri tidak jauh dari tempat kami, sengaja agar si Vampire tu nampak aku menari bersama Harris. Kebetulan vj memutarkan lagu “Single lady” dari Beyonce. Apa lagi ligatlah aku. Apa kau orang ingat kau orang aje yang ada skill aku pun adalah. Cuma aku practice kat rumah aje. Hehe. Sengaja aku menari seksi dengan Harris. Harris pun boleh tahan juga. Pandai juga dia menari. Orang versatile lah katakan. Aku menari dengan Harris lepas satu lagu ke satu lagu tanpa mempedulikan orang di sekeliling. Aku tak kisahkan Adam dan perempuan-perempuan yang berada di dalam dakapannya. Menari bagai nak rak sampai berpinar-pinar pandangan aku di buatnya. Aku terasa mabuk tiba-tiba. Kepala ku terasa benar-benar pusing. Badan ku terhuyung hayang dan hampir sahaja tersembam ke lantai bila tiba-tiba aku terasa badanku di paut seseorang. Ah pasti Harris. Bisikku dalam hati. Bukankah dia penyelamat ku. Mata pejam rapat.


To be continue..

No comments:

Post a Comment