Tuesday 14 May 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 4


Affendy menyandarkan badannya di birai katil. Fikirannya melayang jauh kepada gadis bernama Nisa. Senyuman si gadis masih belum dapat dia lupakan. Belum pernah Affendy terpaut hati pada mana-mana gadis dengan hanya pandangan yang pertama.

 

            “Hah kenapa senyum-senyum sorang ni, teringatkan seseorang ke,” tegur Puan Hasnah bila dilihatnya anak bujangnya yang seorang ini sedang tersenyum-senyum sendiri sehingga kehadirannya tidak disedari olehnya.

 

            “Eh mama, Fendy tak perasan mama masuk tadi,” ujar Affendy seraya membetulkan duduknya. Puan Hasnah duduk di atas katil Affendy lalu tersenyum memandang wajah Affendy yang kelihatan tidak selesa bila dia mengusiknya tadi. Ada sesuatu yang di sembunyikan Affendy.

 

            “Fendy ingatkan siapa ni,” soal Puan Hasnah. Jarang sekali dia melihat Affendy duduk berkhayal.

 

            “Fendy ingatkan Amirul,” jawab Affendy cuba mengelak dari di tanya oleh mamanya.

 

            Puan Hasnah tersenyum sebaik sahaja mendengar jawapan dari Fendy. Dia tahu bukan itu sebabnya Fendy berkhayal pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikannya.

 

            “Pasal Amirul,”soal Puan Hasnah hairan.

 

            Affendy menganggukkan kepalanya perlahan.

 

            “Bukan pasal kekasih hati,” soal Puan Hasnah lagi.

 

            Affendy terdiam. Tidak mengeleng mahupun mengiyakan soalan mamanya. Dia sedar dia tidak dapat mengelak dari soalan Puan Hasnah. Mamanya itu seorang wanita yang bijak dapat menekanya dengan tepat. Tapi buat masa ini dia tidak mahu memberitahu Puan Hasnah mengenai Anisha kerana ia terlalu awal untuknya menceritakan tentang gadis idamannya kepada Puan Hasnah. Lagipun dia takut dia hanya bertepuk sebelah tangan kerana dia sendiri tidak pernah bertemu dengan Anisha selepas bertemunya di kedai kopi di Bandar kelmarin.

 

            “Bukan Fendy tidak hendak memberitahu mama, cuma Fendy belum lagi meluahkan isi hati Fendy kepadanya,” jawab Fendy segan-segan. Maklumlah dia belum lagi bersedia untuk berbual secara terbuka dengan mamanya. Sungguhpun dia hanya anak angkat kepada Puan Hasnah namun layanan dan kasih sayang yang diberi oleh mama dan papa angkatnya tidak berbelah bagi. Malah Fendy, seakan terlupa bahawa dia hanyalah seorang anak angkat kepada Puan Hasnah dan Dato Masran. Affendy terhutang budi kepada Puan Hasnah dan arwah Dato Masran. Merekalah yang selama ini memberikan sepenuh kasih sayang kepadanya. Begitu juga Amirul adiknya. Mereka tidak pernah membeza-bezakan antara Affendy dan Amirul. Kedua-duanya anak mereka. Jasa baik mereka berdua tak akan Affendy lupakan.

 

            “Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang, mama percaya gadis itu pasti menerima cinta Fendy kerana anak mama yang seorang ni sudahlah bertanggungjawab, tampan dan penyayang orangnya,” puji Puan Hasnah seraya tersenyum.

 

            Pujian dari mamanya itu cukup membuatkan Affendy tersenyum. Memang itu niatnya sejak kecil akan membalas jasa baik keluarga Puan Hasnah selagi dia terdaya. Kerana itu dia agak keberatan bila mendapat kerja jauh di kota kerana tidak sanggup meninggalkan mamanya seorang di kampung. Namun, setelah di pujuk dan mamanya tidak mahu Affendy mengorbankan cita-cita hanya kerana dia terpaksa duduk sendirian di kampong. Lagipun Puan Hasnah punya pembantu rumah suami isteri yang tinggal bersamanya dan dia tidak sendirian. Dia hanya berjauhan dengan kedua-dua anak bujangnya. Affendy di kota dan Amirul di US. Sungguh begitu Affendy kerap juga pulang ke kampong bila dia kesempatan atau bercuti lama untuk menemani mamanya. Affendy rapat dengan mamanya. Maklumlah anak sulung.

 

            “Fendy cuti lama? Mama rindu pada Fendy dan Mirul, mama kesunyian tanpa kamu berdua,”

 

            “Mama sunyi, tak lama lagi anak manja mama dah nak balik, Mirul akan tinggal dengan mama lama pasti masa itu mama sudah lupakan Fendy,”usik Affendy. Dia sedar sejak akhir-akhir ini dia jarang sekali meluangkan masa bersama mamanya kerana terlalu sibuk dengan pekerjaannya. Amanat arwah papanya masih utuh di ingatan supaya menjaga mama dan Amirul dengan baik. Affendy tidak pernah lupa.

 

            “Affendy dan Amirul kedua-duanya mama sayang, kedua-duanya buah hati dan pengarang jantung mama, jadi mama rindu kedua-duanya sekali,”

 

            Begitulah jawapan yang selalu mama berikan kepada kami. Kedua-duanya dia sayang. Mama tidak pernah membezakan kami. Semasa kecil apa yang dibeli untuknya di belikan juga untuk Amirul. Sama rata walaupun hakikatnya Amirul adalah anak kandung mama.
 
To be continue...

 

No comments:

Post a Comment