Sunday 5 May 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 3

            “Kata nak ke Bandar, masih belum siap-siap lagi,”ujar Faezah bila dilihatnya Anisha masih duduk termangu sedari tadi.
 
            “Kak Nisa tak ada moodlah nak pergi,” jawab Nisa sambil memeluk bantal.
 
            “Alah, kak Nisa dah janji nak temankan Faezah carikan hadiah buat Fikri,”desak Faezah. Selalunya kak Nisa tak macam ni. Kalau sebut sahaja nak pergi Bandar pasti dia gembira.
 
            “Kak Nisa sedih hatilah Faezah, kak Nisa tak sempat nak ucapkan terima kasih kepada tuan yang bantu kak Nisa semalam,” ujar Nisa seraya mengeluh kecil. Dia menyesal kerana tidak berkesempatan mengucapkan terima kasih kepada pemuda yang membantunya semalam.
 
            “Oh tuan muda yang tampan tu ya, tak patut kak Nisa tak ucapkan terima kasih kepadanya, entah boleh jumpa dia lagi ke tidak,” usik Faezah. Kebetulan semalam dia turut sibuk mencari Anisha. Bila dia ternampak Anisha di temani seorang pemuda yang tampan itu dia turut sibuk hendak tahu apa yang terjadi pada kak Nisa.   
 
            “Faezah, janganlah buatkan kak Nisa rasa bersalah lagi,”ujar Nisa muram. Dia berjanji tidak akan berjalan sendirian tanpa di temani sesiapa lagi. Takut berulang lagi kejadian seperti semalam.
 
            “Alah kak Nisa berdoa sajalah supaya dapat bertemu lagi dengannya, insyallah kak Nisa dapat jumpa dengannya lagi, hah tapi kali ni jangan lupa ucapkan terima kasih padanya tau,” pujuk Faezah seraya mendekati Nisa.
 
****
 
            Kami berjalan dari satu kedai ke satu kedai mencari hadiah yang sesuai buat Fikri. Lenguh juga kaki Nisa mengikut rentak Faezah. Banyak juga barang yang di belinya di Bandar tadi. Nisa beli sepasang baju kurung baru berwarna biru laut dan selendang dari warna yang sama. Faezah yang memilih katanya Nisa kelihatan ayu bila setiap kali memakai baju kurung.
 
 

            “Kak Nisa penatlah Faezah, kita pergi minum air dulu ok,”cadang Nisa bila kakinya mula terasa sengal akibat terlalu banyak berjalan.
 
            “Erm ok juga kan, marilah,” ujar Faezah seraya menarik lengan Nisa perlahan.
 
            “Saya keluar sekejap aje mama, sekejap lagi saya sampailah ke rumah, mama ada masak makanan kegemaran saya tak,”
 
            Langkah Nisa terhenti sebaik sahaja terdengar suara yang amat dikenali tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
 
            “Faezah, nanti sekejap,”
 
            Faezah merasa hairan bila Nisa tiba-tiba menyuruhnya berhenti.
 
            “Kenapa kak Nisa,”
 
            “Suara tu kak Nisa macam kenal,”
 
            “Suara siapa,” soal Faezah kurang pasti.
           
            “Mama jangan risau kali ni saya duduk lama di sini, mungkin sampai Amirul balik,”
 
            “Faezah dengar tak, rasa kak Nisa sebelah sana,” ujar Nisa seraya menunjuk ke arah tempat suara itu.
 
            Faezah menoleh ke arah yang dimaksudkan oleh Nisa. Dia tersenyum sebaik sahaja terpandang si empunya suara yang dimaksudkan oleh Nisa.
 
            “Kak Nisa, abang semalam tu ada kat sini,” ujar Faezah ceria. Tak sangka boleh bertemu kembali dengan pemuda yang membantu Nisa semalam.
 
            “Kak Nisa tunggu sini ok, biar saya panggil dia,” pesan Faezah seraya berlalu mendapatkan pemuda tersebut.
 
            Nisa tersenyum gembira dia merasa bersyukur kerana berpeluang bertemu dengan pemuda itu dan dia punya kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepadanya.
 
            “Assamualaikum,”
 
“Waalaikumsalam,”
 
“Abang masih ingat saya lagi,”
 
            Pemuda itu memandang wajah gadis manis di hadapannya cuba mengingati dimana dia pernah lihat atau bertemu dengannya.
 
            “Tak ingat ke, semalam kat rumah Darul Ehsan,” ujar Faezah cuba membantu pemuda tersebut mengingatinya.
 
            “Oh ye semalam, maaf abang ni pelupa sikit orangnya,” ujar Affendy seraya tersenyum.
 
            “How is she, masih suka berjalan seorang diri lagi ke,”usik Affendy.
 
            “Kenapa tak tanya pada empunya diri sendiri,”ujar Faezah sambil tersenyum.
 
            “Kak Nisa ada kat sini, dimana,”soal Affendy cuba mencari kelibat Nisa. Matanya terpandang Nisa yang berdiri tidak jauh dari mereka.
 
            “Kita nak minum kat restaurant sana, abang join kita lah, lagipun kak Nisa tu sejak semalam asyik tanyakan pasal abang, katanya menyesal kerana tidak berkesempatan hendak mengucapkan terima kasih atas jasa baik abang,” ujar Faezah ramah.
 
            “Betul ke, tapi kenapa dia diam sahaja semalam,” soal Affendy. Dia sedar Nisa semalam hanya mendiamkan diri. Mungkin terperanjat dengan apa yang berlaku.
 
            “Alah malu lah agaknya tu,”usik Faezah sambil ketawa kecil.
 
            Affendy turut ketawa. Kejadian semalam masih segar di ingatannya. Wajah cantik Nisa hingga kini masih belum dapat di lupakannya.
 
            “Assamualaikum,”
 
            “Waalaikumsalam,” jawab Nisa sambil tersipu malu. Dia agak gugup bila berhadapan dengan pemuda yang pertama kali memarahinya dan dalam masa yang sama menyelamatkannya.
 
            “Faezah cakap cik Nisa hendak bertemu dengan saya,” ujar Affendy matanya tidak lepas dari menatap wajah ayu milik Nisa.
 
            “Eh duduklah, abang nak air apa biar Faezah orderkan,”
 
            “Teh tarik satu, dan Nisa,”
 
            “Kakak pun sama Faezah,”
 
            Faezah berlalu ke kaunter untuk memesan minuman. Affendy sengaja tidak bersuara dia memberi peluang untuk Nisa memulakan bicara.
 
            “Terima kasih kerana menyelamatkan saya semalam, kalau tidak kerana tuan mungkin saya tiada lagi di dunia,” ujar Nisa perlahan tetapi cukup jelas di pendengaran Affendy.
 
            “Allah gerakan hati saya untuk membantu Nisa,” jawab Affendy. Hatinya tertarik benar dengan Anisha. Kali pertama dia memandang wajah gadis itu. Dia sudah jatuh hati.
 
            “Hah, dah ucap terima kasih,” ujar Faezah seraya meletak dua gelas teh tarik di atas meja.
 
            Faezah membantu Anisha dengan memberi gelas tersebut kepadanya.
 
            “Terima kasih,”
 
            “Nama abang siapa, semalam lupa pulak nak tanya nama abang,” soal Faezah tiba-tiba.
 
            “Panggil saja abang Long,” jawab Affendy ringkas dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
 
            “Eh tak glamernya panggil abang long aje,”ujar Faezah seraya tersenyum sebaik sahaja mendengar namanya.
 
            Fendy turut tersenyum. Dia sengaja tidak mahu memberitahu namanya. Anisha disebelah Faezah turut tersenyum. Namum bagaimanapun dia cukup senang mendengar suara abg long dan tutur bicaranya.
 
            Nisa hanya mendiamkan diri sedari tadi. Tidak tahu hendak berbual apa dengan jejaka yang mengelarkan dirinya abang long. Maklumlah inilah kali pertama dia berbual dengan lelaki yang tidak dikenali. Selalunya Nisa hanya berbual dengan pegawai-pegawai di Darul Ehsan dimana Nisa sudah biasa dengan mereka.
 
            “Saya minta diri dulu kerana ada urusan, nanti bila senang saya jumpa dengan awak berdua lagi, assalamualaikum,” ujar Affendy. Sebenarnya dia sudah berjanji dengan ibunya dia akan pulang awal. Maklumlah ibunya tidak sudah-sudah menelefon supaya dia pulang lekas. Rindu benar dia dengan Affendy.
 
            “Waalaikumsalam,” jawab mereka berdua serentak. Affendy melangkah meninggalkan Anisa dengan Faezah. Namun sempat juga dia menoleh ke arah Nisa dan berharap agar gadis itu membuahkan senyum padanya. Namun hampa kerana Anisha sendiri tidak dapat melihat akan dirinya.
 
            “Hah sekarang kak Nisa dah lega ke belum, dari tadi Fiza tengok kak Nisa asyik tersenyum aje, ingatkan abang long ke,” usik Fiza bila dilihatnya Nisa sudah mula tersenyum, kalau tidak sedari tadi payah asyik merungut tentang kesilapannya kerana tidak mengucap terima kasih kepada abang Fendy.
 
            “Barulah lega hati kak Nisa, kata orang tua-tua hutang emas boleh di bayar hutang budi di bawa mati,”
 
 
            Faezah hanya menganggukkan kepalanya bersetuju dengan pendapat Nisa.
 

To be continue..
 
 
 

No comments:

Post a Comment