Wednesday 15 May 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 10


             Anisha duduk merenung ke arah tasik di hadapannya. Angin petang bertiup lembut menyapu wajahnya. Petang itu tidak terlalu terik kerana awan kelihatan menyembunyikan mentari. Setiap petang Anisha tidak akan lupa untuk mengunjungi tasik tersebut. Begitulah rutin sehariannya. Waktu petang begini dia akan ke tasik untuk mencari kedamaian. Anisha yang dahulu periang kini berubah menjadi pendiam dan suka memencilkan diri.  Tiada lagi senyuman manis dibibirnya.

 

            “Faezah, agaknya apa yang membuatkan abg long tertarik pada kak Nisa,”

 

            “Ketawa dan senyuman manisnya,” ujar seseorang.

 

            Setiap memorinya bersama Affendy masih lagi tersemat di hati dan sanubarinya. Kehadiran Affendy memberi seribu makna buat dirinya. Affendy yang mengajarnya erti kebahagian. Air mata Nisa mengalir perlahan bila mengingati setiap bibit dan kenangan yang indah setiap kali mereka bersama.

 

“Anisha,” ujar Dr Azman kepada Anisha.

 

Gadis itu kelihatan ceria dan tidak sabar ingin bertemu dengan orang yang disayanginya. Anisha memakai kurung biru muda yang dibeli oleh abg long tempoh hari. Dia sengaja memakainya kerana abg long selalu memujinya kelihatan ayu bila memakai kurung biru.

 

“Ya Doktor,”

 

Dr Azman mengeluh kecil. Tidak sampai hati rasanya hendak menyampaikan berita menyedihkan itu kepada Anisha. Namun dia tidak dapat menyembunyikannya dari pengetahuan Anisha. Dia sendiri merasa kehilangan Affendy. Affendy pemuda yang baik. Dr Azman dapat melihat keikhlasan pemuda itu sejak pertama kali mereka bertemu. Affendy terlalu menyayangi gadis itu.

 

“Kenapa Doktor, ada apa-apa yang berlaku,” ujar Anisha, jantungnya berdegup kencang tidak semena-semena bila reaksi di wajah Dr Azman seakan berat hendak menyatakan sesuatu kepadanya.

 

“Saya harap Anisha dapat bersabar,” ujar Dr Azman seraya menarik nafas dalam.

 

“Kenapa Dr, cakaplah,” desak Anisha tidak sabar ingin tahu. Dia merasa tidak sedap hati. Matanya mula ditakungi air. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang buruk berlaku.

 

“Affendy terlibat dalam kemalangan di Venice dan mayatnya masih belum ditemui,”

 

“Tak mungkin, Dr salah orang, namanya bukan Affendy tapi abg long,”ujar Anisha seperti orang terkena hysteria. Air matanya mengalir tanpa di tahan.

 

“Abg long masih hidup, dia janji nak jaga Nisa, abg long tak akan mungkir janji,” ujar Nisa seraya menangis teresak-esak seperti anak kecil. Anisha hilang pertimbangan Pandangannya kelihatan kabur dan dia rebah tanpa disedari.

 

Anisha tersentak bila ranting kayu terjatuh di atas ribanya. Anisha menyeka airmatanya untuk kesekian kalinya. Walaupun sudah hampir 6 bulan peristiwa menyayat hati itu berlalu namun Anisha masih lagi tidak berubah. Terlalu perit untuk dia melupakan semuanya dalam sekelip mata. Anisha sedar dia tidak sepatutnya membiarkan kenangan lalu menghantui dirinya. Tapi abg long adalah insan yang terlalu istimewa. Anisha tidak berpeluang untuk mengenali dan hidup bersama dengannya. Mana mungkin dia dapat melupakan abg long. Hanya doa agar roh abg long ditempatkan bersama orang-orang beriman dan air mata sahaja yang menemaninya saban hari. Dia terhutang budi dan berterima kasih kepada Dr Azman dan isteri kerana begitu baik terhadap dirinya. Dr Azman yang banyak membantu Anisha menjalani latihan dan menjaganya sepanjang proses pemulihan matanya. Dr Azman dan isterinya juga yang menyatakan hasrat ingin menjaga dan sekaligus menjadikannya anak angkat mereka. Pada awalnya Anisha tidak menolak kerana dia ingin berdikari dan tidak lagi mahu menyusahkan sesiapa sebaik sahaja dia pulih. Jika khidmatnya masih di perlukan di Darul Ehsan dia akan terus bekerja di sana dan memulakan kehidupan baru. Dia tidak akan tinggal di asrama, dia akan cuba mencari rumah yang boleh disewa dan tidak mahu terus menurus menumpang di Darul Ehsan. Walaupun ianya tidak mudah kerana dia hilang deria penglihatan sejak berusia 4 tahun dia akan cuba dan boleh belajar berdikari. Pada zahirnya, Anisha kelihatan tenang bila dia membuat keputusan demikian sebaik sahaja dia pulih dan di benarkan pulang, namun jauh di sudut hatinya dia masih lagi bersedih dan menderita.  Dia cuba menyembunyikan perasaannya itu dari pengetahuan orang lain. Dia tidak tahu bagaimana hendak hidup gembira seperti dahulu. Tapi setelah di pujuk oleh Puan Adila dan isteri Dr Azman. Anisha mengalah kerana dia tahu dia tidak boleh melakukannya sendiri dalam keadaan begini dan tidak sampai hati hendak menolak permintaan mereka Akhirnya dia bersetuju untuk tinggal bersama dengan mereka. Kehadiran Anisha dalam keluarga Dr Azman sedikit sebanyak mengisi kesunyian di hati mereka kerana mereka tidak mempunyai anak.

 
To be continue...
 

No comments:

Post a Comment